Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Warung Kopi @ al-Insyirah

Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 11 ... 18  Next

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 5 of 18]

1 Warung Kopi @ al-Insyirah on Tue Feb 17, 2009 11:13 am

insyirah


Moderator
Moderator
First topic message reminder :

Assalamu'alaikum whb.

Nampaknya al-Insyirah sangatttt sepi... Sad

Saja buka topic baru, ana telah berazam untuk menghabiskan buku Putera Lembah Bakkah yang telah dibeli pada bulan Ogos 2008 dan sehingga kini belum berjaya dihabiskan. Maka, ana berazam selagi buku itu tidak habis, maka ana tidak akan mengupdate [blog] dan rindu pula rasanya nak menulis. Maka, jangan marah ye warga al-Insyirah, ana melepaskan kemaruk di sesawang ini. Embarassed

Warung Kopi @ al-Insyirah insya Allah, sekadar berkongsi cerita disekeliling. Let us sharing. Sharing is caring, rite? Cool

Sekadar berkongsi pengalaman dari jendela hospital. Smile

Pada awal tahun 2009, diary 2009 yang pertama sekali dalam hidup ana ialah program memasukkan diri ke hospital. Laughing Sound good ya? Razz Dari Desember 2008 lagi kesihatan mengganggu dan terus mengganggu rutin kehidupan. Alhamdulillah, moga dengan itu menjadikan ana hamba Allah yang selalu bersyukur atas kurniaan kesihatan dan nikmat-nikmat Nya. Hati menjadi sebak, gemuruh dan sangat hiba apabila membaca peringatan dari Tuhan, "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?" Berulang kali Allah 'bertanya' kepada manusia dalam surah Ar-Rahman, hati menjadi-jadi rindu untuk sujud di depan Kaabah Mu.

Kala hati menjadi gundah-gulana apabila doktor mengatakan bahawa badan yang sangat dhaif ini barangkali akan mengalami kelumpuhan. Subhanallah, berat sungguh rasanya ujian yang bertamu. Tapi, masih yakin Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang sia-sia. Dialah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik Perancang. Subhanallah, cantik sungguh aturan Ilahi buat ana. Very Happy

Kesakitan pada tulang belakang dan menjalar ke seluruh kaki kiri membuatkan ana benar-benar 'lumpuh'. Subhanallah. Hanya Allah menarik satu nikmat, terasa seakan lupa pada nikmat-nikmat yang lain. Astaghfirullah hal azhim. Teruknya penyakit hati ni. Rolling Eyes Kiri dan kanan pesakit merintih dan meraung-raung, ana hanya mampu membekukan diri. Bila sakit, ana lebih suka diam. Diam dan berfikir. Diam dan berzikir. Ya Allah, bila sakit baru ingat Tuhan. "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

Pelbagai diagnosis doktor, sama ada ana mengalami:
Retak pada tulang belakang
Kanser tulang

Dan macam-macam yang menakutkan. Ana cuba menggarapkan kembali antara emosi dan akal. Kita semua milik Allah, apa yang ada pada kita adalah milik Nya hatta nyawa kita sendiri adalah milik Allah. Dia hanya memberi kita pinjaman. Apakah kita marah apabila Pemilik barang pinjaman meminta semula apa yang Dia pinjamkan? Apakah kita lupa diri, apakah kita terlupa akan janji kita untuk memulangkan semula apa yang kita pinjamkan?

Dilema dan terasa bukan hanya fizikal yang diuji, malah kesabaran, keyakinan dan keteguhan hati serta IMAN sedang hebat diuji Allah. Embarassed Tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu. Ana cuba membina semula keyakinan, kesabaran dan keimanan yang seakan diterjah ombak yang lebih hebat dari tsunami. Bayangkan, selama ni kita masih berjalan-jalan, buat itu dan ini... Dengan sekelip mata, kita kena terima yang semua itu dah pun 'dipulangkan' kembali pada Tuan pemilik barang itu. Allahuakbar... Susah, tapi itulah tarbiyyah 'direct' yang sedang Allah lakukan pada seorang insan bernama Insyirah. Smile Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Wink Alhamdulillah.

Kesimpulannya:

Dalam apa jua situasi sekalipun, tenang-tenangkan hati... lol!

ala bizikrillahi tatma'inal qulub. Laughing

Well, harini... Ana perlu meneruskan pembacaan Putera Lembah Bakkah, semoga Allah memberi kelapangan waktu (yang sememangnya lapang) dan menggerakkan minda untuk mengutip mau'izzoh yang dipamerkan. Insya Allah. Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

101 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Fri Aug 28, 2009 7:11 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Assalamu'alaikum semua Smile



Alhamdulillah, nenek sekejap OK sekejap tak OK. Tadi panggil doktor datang rumah, check kadar gula dalam darah sangat rendah (3.3) jadi bagi minum glukos dan bubur lambuk (famous di utara). Doktor suruh ke hospital tetapi nenek sudah maklumkan dari awal "apa-apa jadi tak nak ke hospital" dan insyirah sebagai insan yang paling layak memahami kenapa orang tak nak ke hospital bersuara
"Kalau Syirah, Syirah pun tak mo pegi sepital jugak!" Cool

Lastly decided (sebab nenek dah pesan = amanat) duduk rumah je, tengok dulu progress dalam beberapa hari ni. Sad Moga nenek dipermudahkan urusan, segala yang akan berlaku adalah yang terbaik disisi Allah. Insya Allah. Ameen. Syukran pada semua yang mendoakan. Smile

Kak Indah, Insyirah pun sama gak! Teringin nak pergi timur tengah. Embarassed

Kak Aysa, hehehe tahu ashabul kahfi di jordan. Haritu babah angkat cerita pergi jordan, sangat la mencemburukan hati ini. Sad

Dulu Syirah ada seorang kawan menuntut di Syria Very Happy
Tetapi selepas peristiwa pengeboman di Damsyik tu, parents dia suruh balik. Huhu, awal tahun ni (bulan 1 yang lalu) maka balik la sahabat Syirah ke Malaysia dengan hati yang berat. Kemudian, dia masuk DQ buat tahfiz Quran tapi tak tahan dengan disiplin ketat DQ kemudian seminggu je duduk dalam DQ, dia masuk KUIS. Smile Selalu je cakap rindu dengan Syria. Kite yang tak pernah sampai pun dah mengada-ngada rindu. Embarassed

Syirah sangat ingin mahu menjejakkan kaki ke --> mesir, jordan, syria mungkin sebab selalu dengar cerita sana Smile Tetapi yaman pun bagus juga, wallahua'lam. Syira hanya pernah ke Mekah dan Madinah (Jeddah pun iye juga Very Happy) masa menunaikan umrah pada 2006 dan 2008 yang lalu. Masa tu kan dah terlebih excited nak belajar di Madinah tetapi kawan cakap, "sorry cik Syirah, there are no muslimah school at Medina, but if you wanna furthur study, you can study at mecca." Laughing Adeh la... Ummul Qura dia cantikkkkkk... Tengok dari luar je la. Razz

Pengalaman masa umrah tu kan, insyirah disayangi oleh orang-orang arab Razz Asyik kene peluk cium je dengan mereka, tenggelam dibuatnya. Kalau kene peluk tu, ha hati-hati je la, rasa penyek la pula. Laughing Terdetik dalam hati. 'kecil-kecil sungguh orang Malaysia' walau hakikatnya Insyirah bukan orang yang kecil. Tapi duk Mekah, boleh la nak perasan kecil sebab orang arab besar-besar. Lagi sebelah Turki, subhanallah punya la 'kuat', dia rempuh kita boleh terbalik. Laughing Syirah teringat masa tengah solat sunat di Hijr Ismail boleh seorang jaddatun (nenek) arab ni ANGKAT syirah sebab dia nak solat di tempat yang syirah solat. Laughing Kui kui, betapa kuatnya nenek tuh kan. Razz ---> Tak rasa jeles ke, kalau nak kuat macam arab kena banyak makan gandum, susu... keh keh keh. Laughing

Apapun 'layanan' masyarakat Arab (sama ada rai ataupun kerenah di imegresen) syirah tetap rinduu nak pergi mekah dan madinah lagi. Crying or Very sad

Just nak dropping gambar... Cuci mata Smile




Pemandangan belakang tu cantik kan! Teringin nak pergi lagi Very Happy



Strawberry with chocolate and cream, nyummy!


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

102 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Aug 29, 2009 2:05 am

dheadz


Admin
Admin
Wah, cantiknya tasik tu. Kalo posing dekat sikit ngan tasik, atau para kayu tu (ini ke nama benda ni?), lagi cantik kot... eheh.. komen.. komen...

Strawberi ngan coklat tu pun nampak sedap, menarik... kalau ada la depan mata ni, nak mintak cikit (buat muka tak malu).... eheh... :p


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

103 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Aug 29, 2009 7:35 am

insyirah


Moderator
Moderator
Nak pergi dekat tasik tu malu sebab ada ramai lelaki (nampak tak belakang tu ada ramai lelaki bersantai? Embarassed) Ramai yang berjogging, tapi ana pergi jalan-jalan je. Very Happy Itu pun pergi dengan akhawat, tak lama pun duk situ sebab ramai lelaki jogging. Ada yang datang dengan family, riadhah Smile

Hehehe, stawberry tu ambil masa kawan datang rumah, bawa jalan ke cameron highlands. Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

104 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Mon Aug 31, 2009 11:59 am

syafinur


Ahli Aktif
Ahli Aktif
salam.....bestnya dgr cerita pasal jordan, mesir, jedddah...sya rasa mcm nak g skrang juga Very Happy ...tp pa leh wat takder rezeki lg nak g situ... mcm maner agaknya pemandangan 4 musim tu kak asya... sya teringin nak tgk... Laughing

105 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Mon Aug 31, 2009 12:08 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Dik Syafinur Smile

Sekarang di Matrik ambil bidang apa?
Kalau nak buat medic, insya Allah dah banyak yang tawarkan biasiswa ke timur tengah. Sekarang ni di Mesir, lambakan pelajar medic membimbangkan kerana ustaz+ustazah susah nak kawal mereka. Iye la, sekali datang berduyun-duyun dan bukan semuanya yang berlatarbelakang agama, ada yang bagus tu bagus la kalau kena yang 'buat kepala sendiri' tu amatla membimbangkan, mereka berpakaian menjolok mata dan buat suka hati je. Padahal di timur tengah, budaya bukan la macam disini. Surprised

Ada junior akak (sekarang upper 6) tengah strive untuk STPM end this year kemudian nak cuba buat medic di timur tengah. Bila dah cerita kisah-kisah timur tengah, dia jadi risau plak. Embarassed Huhu, apapun keyakinan dan tawakal pada Allah Wink Dik Syafinur kalau nak furthur di luar negara, hehehehe... Boleh la rasa 4 musim. Boleh main salji (yeay! sonoknyeee!) Razz


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

106 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Mon Aug 31, 2009 12:13 pm

syafinur


Ahli Aktif
Ahli Aktif
kak syirah....sya ambil perakaunan kat matrik...tak ambil medic..ntah leh ka tu futher study kat luar negara

107 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Mon Aug 31, 2009 12:17 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Alhamdulillah Smile

Akaun yer dik, bagusnya. Ada seorang kenalan akak, on the way nak buat ACCA di UK. Mungkin selepas raya (lepas semua persiapan selesai) beliau berangkat la. Insya Allah. Akaun buat di oversea pun boleh tapi kene struggle dari sekarang nanti senang nak dapat penaja Very Happy


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

108 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Mon Aug 31, 2009 12:38 pm

syafinur


Ahli Aktif
Ahli Aktif
alhamdulillah...mudah-mudahan dipermudahkan perjalanan kenalan kak syirah tu ya... sya teringin juga nak melanjutkan pelajaran kat luar negara...tapi melihatkan iman sya lum kuat takut2 jer terpengaruh ngan budaya kat sana...nauzubillah

109 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Tue Sep 01, 2009 12:30 pm

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
aysarahanan wrote:suasana kat sini camne ek?
tak de bazar ramadhan,xde ikan segar,xde sayur kangkung,xde belacan,serai...yg paling tak beznyerr tak de roti canai..fav aysa... Sad Sad

sini negara empat musim,sejuk,bunga,luruh,panas
sekarang penghujung musim panas..insyaAllah hujung bulan 9 nanti masuk musim sejuk..

musim sejuk - ade salji
musim panas - ade banyak jus
musim bunga - ade banyak bunga
musim luruh - bunga pon gugur..

paling bez bulan ramdhann..malam2 nya hidup macam siang.berebut2 memenuhkan masjid2
raya tak bez sebab tak lemang mahupun kueh mueh.. Razz

paling mencabar bila bermuamalat dengan bangsa arab...(perlukan kesabaran..dan ketabahan)


hehe nak cite tak abes kat sini ayahanda muzafar ...kene masuk blog aysa
Razz


Assalamu'alaikum,


Wahh..best nyer ade 4 musim kan aysa... Very Happy
ayahanda sempat ke jepun pd msm panas n bunga (ke luruh ??) jer..
musim sejuk n luruh x kesampaian... g pun sbln je.. hehe
masa nak ke musim bunga/luruh tu...siang nya lbh dpd malamnya..
kalo x silap...pkul 3 pg dah subuh ketika itu & 5 ptg dah senja..

kat sana x der perang2 ke aysa?
ayahanda cukup risau dgn tmpt yg ade perang2 ni lar..
aysa ambil bidang ape kat jordan tu?


nota kaki - blog aysa ape address nya?

110 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Tue Sep 01, 2009 2:06 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Assalamu'alaikum ayahanda muzafar Smile

Ni link blog kak aysa : http://www.syaouqulhanin.blogspot.com/
Ada gambar-gambar pokok di bawah blog, cantik sangat (macam tuan blog juga) Smile

p/s: kak Aysa... Nanti belanja nasi mandi tau Razz


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

111 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Sep 02, 2009 8:36 am

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
insyirah wrote:Assalamu'alaikum ayahanda muzafar Smile

Ni link blog kak aysa : http://www.syaouqulhanin.blogspot.com/
Ada gambar-gambar pokok di bawah blog, cantik sangat (macam tuan blog juga) Smile

p/s: kak Aysa... Nanti belanja nasi mandi tau Razz

wa'alaikumsalam anakanda insyirah,

t/kasih utk blog tu..
dah msk & tgk smlm....mmg cantik...dan mmg da-bomm
byk jg ilmu yg bole d kongsi bersama...
tentu tuan die pun lg cantik kan??.. tongue
anakanda punya blog ade ke??
Smile Smile

112 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Sep 02, 2009 2:19 pm

dheadz


Admin
Admin
muzafar wrote:
anakanda punya blog ade ke??
Smile Smile
Biar anakanda yang ini pula tolong jawab ye. Smile

--> Ayahanda Muzafar klik jer link kat signature beliau. Wink


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

113 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Sep 02, 2009 2:45 pm

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
kalo dheadz pun pggl sy ayahanda...
terasa tua bebeno lar plak..
Laughing

woww...pink karer la blog insyirah...
menarik...tertarik...mmg da-bomb juga..
byk gaks ilmu kat sana... kena timba ni..
Smile Smile

114 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Sep 02, 2009 4:10 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Ya Rabbi, terkezut baca shoutbox blog ada komen ayahanda muzafar Embarassed

Blog saya tu kanak-kanak rebina ye, malu nya... Jauh bezanya dengan blog kak Aysa yang banyak je santapan minda. Smile Memang pink color... Embarassed Tapi tulisan-tulisan tetap purple color! Razz


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

115 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Sep 02, 2009 7:32 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
assalamualaikum..
Cerita pasal blog.. sape lagi ada blog.. saya memang ada.. Dheadz ada lawat sekali.. Bonda Munira pun ada.. Tuan Owner pun pernah sekali kalau tak silap saya..

Share le info.. mana tahu boleh dapat ilmu yang berguna.. Insya Allah dapat pahala yg tak putus..

http://www.umaruddin.blogspot.com

116 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Sep 02, 2009 11:34 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
huhu lama tak masuk forum ni..
3 hari pose internet..gara2 hostel tak bayar bil tenet..Twisted Evil
da lah duk sowang2..takut jadi tak betul cakap sorang2..hihi

blog adek syirah pon bez jugakkan...pink2....se "pink" tuannya..hehe
apa2 pon k.aysa banyak juga belajar dari blog syirah ni.
hehe syirah kan pandai menulis..dan juga pandai kacau orang..hehe(ye ke?)

bagi aysa blog aysa adalah dairi aysa,perjalanan hidup sehari2 kat sini untuk di kongsi.buat kenangan masa hadapan...Razz

ni add blog sape ek www.niqobgirl.blogspot.com ? hehe Razz

ayahanda muzafar
timo kasih ziarah blog aysa yaang tak seberapa....adoiyaii malu lak..hehe Embarassed


adek syirah
nak suh belanja nasi mandi boleh aje,kabsah,maqlubah,briani....pon leh
meh la datang rumah..kita men masak2 ok..hihi

117 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Thu Sep 03, 2009 3:27 am

dheadz


Admin
Admin
muzafar wrote:kalo dheadz pun pggl sy ayahanda...
terasa tua bebeno lar plak..
Laughing
Ye ke? eheh... ok ok... Very Happy

umaruddin wrote:assalamualaikum..
Cerita pasal blog.. sape lagi ada blog.. saya memang ada.. Dheadz ada lawat sekali.. Bonda Munira pun ada.. Tuan Owner pun pernah sekali kalau tak silap saya..

Share le info.. mana tahu boleh dapat ilmu yang berguna.. Insya Allah dapat pahala yg tak putus..
Ramai juga yang ada blog sendiri kat sini. Mana yang ada tu, sempat juga saya menjenguk kalau ada link ke blog tu disertakan sekali. Saya pula, mmg takde blog semdiri. ;P

aysarahanan wrote:huhu lama tak masuk forum ni..
3 hari pose internet..gara2 hostel tak bayar bil tenet..Twisted Evil
da lah duk sowang2..takut jadi tak betul cakap sorang2..hihi

Oooo camtu kisahnya, patut lah tak nampak Aysa sehari dua ni. Ingatkan bz ngan kelas ngan peksa. Very Happy

118 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Thu Sep 03, 2009 8:35 am

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Assalammualaikum semua...
Rindu pada semua anak2. Dan Syirah juga lama tidak kelihatan.
Kemana perginya anakku yg satu itu..?

119 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Thu Sep 03, 2009 11:06 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
manalah pergi adikku yang seorang tu..hehe syirah2...
moga sentiasa di beri kesihatan yang baik..

120 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Fri Sep 04, 2009 1:55 am

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
iyer la...manalah insyirah ni?
di doakan die sihat sejahtera hendaknya...
sunyi je forum tanpa usikan insyirah ni rasanya..
silent

121 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Fri Sep 04, 2009 12:10 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Assalamu'alaikum Smile

Ibu, Syirah ada ni ha... Online tu ada tapi tak respon apa-apa di forum, baca-baca jer. Kurang sihat, itu yang tak menghadirkan nickname di PC ibu. Hehehehe. Tak sangka rupanya ada juga yang rindu Insyirah ye. Embarassed

Ana pernah masuk blog ayahanda Umar sekali tapi dah lama sangat rasanya. Hurm, info apa yang nak yerk? Blog Kak Aysa tu selalu juga masuk (terutama bila di update Razz) dan blog Azizul pun bila update, jenguk la sebab letak link blog mereka pada blog. Bila update, link mereka pun naik maka tanpa ragu-ragu terus klik dan baca Very Happy

Ayahanda Muzafar sunyi eh?
Kalau sunyi buka lagu Opick Razz Syirah tgh dengar lagu Taqwa ni Embarassed

Kak aysa, niqobgirl.blogspot tu sapa eh? Tak tahu, tak kenal... (tak mo kenalan pun dengan dia Razz)


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

122 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Fri Sep 04, 2009 12:33 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Salam....
Ye..ibu dah nampak pun Syirah tadi...
Yelah macam ibu kucing...kehilangan satu anaknya...asyik meowww je tercari2.

Doa ibu...agar Syirah bertambah2 sihat walafiat.

123 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Fri Sep 04, 2009 12:45 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Hehehe, citer pasal kucing pula ibu hari ni ye. Kalau tengok kucing terbayang Abu Hurairah. Tapi Syirah takut dengan kucing, geli pun iya juga. Dulu teruk sangat, kalau kucing datang gesel-gesel kat kaki boleh menangis dibuatnya. Dulu kalau kedai makan kan selalu ada kucing, Syirah duduk bersila atas kerusi. Embarassed

Malu juga kadang-kadang aksi spontan terlompat bila nampak kucing Embarassed

Sekarang, alhamdulillah tak la teruk sangat macam dulu. Di rumah pun ada kucing yang setia ziarah. Meoww meowww entah berapa banyak kali dah dia bersalin tapi anak-anaknya tak nampak pun. Entah mana ibunya sorok anak-anak, tapi dulu pernah sekali anak kucing tu masih berdarah lagi Syirah nak letak dalam kotak (takut anjing makan - sini banyak anjing yang dibela orang asli) tapi geli sangat-sangat. Panggil abang minta tolong. Abang pun geli sebab berdarah lagi... Tak lama kemudian, tengok sekali lagi dah dimakan anjing. Crying or Very sad Rasa bersalah sangat. pale

Jazakillah, syukran 'ala doa ibu Smile
Moga ibu juga diberikan kesihatan yang baik sepanjang ramadhan Wink Ameen


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

124 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Fri Sep 04, 2009 4:47 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum..
Syirah takut.. geli kat kucing.. nape ye.. bukan kah kucing tu salah satu binatang kesayangan Baginda Rasulullah...
Tapi elok jugele.. kucing senang gugur bulu.. kalau yang ada asthma senang sakit.. Kalau perlu elak..elak

http://www.umaruddin.blogspot.com

125 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Sep 05, 2009 3:17 am

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Salam Syirah....
Ooo Syirah takut/geli dgn kucing rupanya.
Ibu suka kucing. Tapi tidak lah suka sampai bawa ke tempat tidur. Bulunya
yg gugur tu memang tak sesuai untuk orang yg berpenyakit asthma. Tapi makin
berpenyakit asthma...makin dia tersangat sayang dgn kucing...tulah dia anak lelaki ibu. Dia bolih berborak2 dgn kucing. Dari kecil sampai usia kini ibu selalu perhati perangainya suka kepada kucing.

Terima kasih kerana doakan kesihatan ibu. Ameen.
Demikian juga doa ibu buat Syirah dan semua anak2 ibu. Termasuk semua bapa2 di
Al-Insyirah.com

126 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Today at 5:51 pm

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 5 of 18]

Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 11 ... 18  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum