Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Warung Kopi @ al-Insyirah

+10
muzafar
munira alhashimi
indah
normyislam
syafinur
azizul
Mahfuzah
aysarahanan
dheadz
insyirah
14 posters

Go to page : 1, 2, 3 ... 9 ... 18  Next

Go down  Message [Page 1 of 18]

1Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 17, 2009 11:13 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum whb.

Nampaknya al-Insyirah sangatttt sepi... Sad

Saja buka topic baru, ana telah berazam untuk menghabiskan buku Putera Lembah Bakkah yang telah dibeli pada bulan Ogos 2008 dan sehingga kini belum berjaya dihabiskan. Maka, ana berazam selagi buku itu tidak habis, maka ana tidak akan mengupdate [blog] dan rindu pula rasanya nak menulis. Maka, jangan marah ye warga al-Insyirah, ana melepaskan kemaruk di sesawang ini. Embarassed

Warung Kopi @ al-Insyirah insya Allah, sekadar berkongsi cerita disekeliling. Let us sharing. Sharing is caring, rite? Cool

Sekadar berkongsi pengalaman dari jendela hospital. Smile

Pada awal tahun 2009, diary 2009 yang pertama sekali dalam hidup ana ialah program memasukkan diri ke hospital. Laughing Sound good ya? Razz Dari Desember 2008 lagi kesihatan mengganggu dan terus mengganggu rutin kehidupan. Alhamdulillah, moga dengan itu menjadikan ana hamba Allah yang selalu bersyukur atas kurniaan kesihatan dan nikmat-nikmat Nya. Hati menjadi sebak, gemuruh dan sangat hiba apabila membaca peringatan dari Tuhan, "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?" Berulang kali Allah 'bertanya' kepada manusia dalam surah Ar-Rahman, hati menjadi-jadi rindu untuk sujud di depan Kaabah Mu.

Kala hati menjadi gundah-gulana apabila doktor mengatakan bahawa badan yang sangat dhaif ini barangkali akan mengalami kelumpuhan. Subhanallah, berat sungguh rasanya ujian yang bertamu. Tapi, masih yakin Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang sia-sia. Dialah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik Perancang. Subhanallah, cantik sungguh aturan Ilahi buat ana. Very Happy

Kesakitan pada tulang belakang dan menjalar ke seluruh kaki kiri membuatkan ana benar-benar 'lumpuh'. Subhanallah. Hanya Allah menarik satu nikmat, terasa seakan lupa pada nikmat-nikmat yang lain. Astaghfirullah hal azhim. Teruknya penyakit hati ni. Rolling Eyes Kiri dan kanan pesakit merintih dan meraung-raung, ana hanya mampu membekukan diri. Bila sakit, ana lebih suka diam. Diam dan berfikir. Diam dan berzikir. Ya Allah, bila sakit baru ingat Tuhan. "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

Pelbagai diagnosis doktor, sama ada ana mengalami:
Retak pada tulang belakang
Kanser tulang

Dan macam-macam yang menakutkan. Ana cuba menggarapkan kembali antara emosi dan akal. Kita semua milik Allah, apa yang ada pada kita adalah milik Nya hatta nyawa kita sendiri adalah milik Allah. Dia hanya memberi kita pinjaman. Apakah kita marah apabila Pemilik barang pinjaman meminta semula apa yang Dia pinjamkan? Apakah kita lupa diri, apakah kita terlupa akan janji kita untuk memulangkan semula apa yang kita pinjamkan?

Dilema dan terasa bukan hanya fizikal yang diuji, malah kesabaran, keyakinan dan keteguhan hati serta IMAN sedang hebat diuji Allah. Embarassed Tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu. Ana cuba membina semula keyakinan, kesabaran dan keimanan yang seakan diterjah ombak yang lebih hebat dari tsunami. Bayangkan, selama ni kita masih berjalan-jalan, buat itu dan ini... Dengan sekelip mata, kita kena terima yang semua itu dah pun 'dipulangkan' kembali pada Tuan pemilik barang itu. Allahuakbar... Susah, tapi itulah tarbiyyah 'direct' yang sedang Allah lakukan pada seorang insan bernama Insyirah. Smile Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Wink Alhamdulillah.

Kesimpulannya:

Dalam apa jua situasi sekalipun, tenang-tenangkan hati... lol!

ala bizikrillahi tatma'inal qulub. Laughing

Well, harini... Ana perlu meneruskan pembacaan Putera Lembah Bakkah, semoga Allah memberi kelapangan waktu (yang sememangnya lapang) dan menggerakkan minda untuk mengutip mau'izzoh yang dipamerkan. Insya Allah. Smile

2Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 17, 2009 6:00 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Salam Insyirah, wah ada kedai kopi di sini. Boleh saya pesan Milo panas satu? Laughing

Camtulah Insyirah, bila dah rasa kat diri sendiri, baru kita tahu tinggi rendahnya bumbung itu. Smile Insyirah ada jatuh ke sebelum ni sampai jadi macam ni? Isk... Semoga Insyirah tabah dengan semua ini, semoga cepat sembuh dan dapat jalani hidup seharian seperti biasa. Insyaallah. Wink

Mana member2 lain ye? Dulu ramai, seronok dapat berforum... rasa nak check jer forum ni selalu... Embarassed

3Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 17, 2009 6:59 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Dheadz,
Apa kata minum Habbatus Sauda', insya Allah. Dalam satu hadis sohih ada menyebut, bahawa habbatus sauda' merupakan makanan yang mengandungi pelbagai jenis penawar penyakit kecuali as-sam (mati). Smile Wallahua'lam.

Itulah;
Kak Avar
Kak Aysa
Syafinur
Syahirah Husna
Akhi IB
Akhi Azizul
Prince of Honest
Haziman

Dll... Dah hilang.

Nampak: Dheadz & cikgu Umaruddin je Very Happy

Kika diyal chokolah [Ustaz Arab kita tu] alhamdulillah dah balik Malaysia beberapa bulan lalu, sekarang dia kerja sebagai editor sebuah syarikat penerbitan buku. Mengedit buku-buku Arab. [Nanti ana pesan-pesankan dia jenguk disini ye. Insya Allah] Smile

----

Dheadz,
Hehehe... Jatuh? Tak terkira rasanya Razz
Selalu pengsan di merata-rata tak kira tempat dan masa. Embarassed
Maybe ianya adalah kesan dari selalu jatuh dan dalam keadaan pengsan, orang angkat ikut dan je, asal cepat nak bawa ke hospital. Maybe masa angkat tu tak alert pada tulang belakang. Hihihi... Dan badan ku rasanya susut sedikit. Yaaa! Razz [Anyone jealous?] Hihihi... Ujian kecil je, alhamdulillah bila konsisten dengan fisioterapi plus ~ plus dengan senaman untuk lower back, dah boleh jalan dengan tongkat. Wink Kaki kiri selalu bengkak, belum sembuh sepenuhnya. Sebenarnya, tak ada kanser tulang mahupun keretakan pada tulang. Hanya tulang belakang menekan saraf tunjang membuatkan 'lumpuh' beberapa ketika. Very Happy

Allah nak tarik sekejap ye. Sama juga macam nyawa kita, semua orang tahu kita AKAN/PASTI mati tapi tak buat persediaan mati. Sedangkan mati tu sakitttttt sangat-sangat. Allahuakbar. Ana benar-benar mengalami satu proses tarbiyyah langsung dari Allah sewaktu di hospital tempoh hari. Mengalami zone silent yang agak dahsyat kerana susah sangat nak bercakap, mata basah je. [cengeng...] Razz

Awalnya, kaki memang rasa sakit. Even nak angkat 10 darjah pun tak boleh, subhanallah. Dan tulang belakang rasa kebas, tapi doc tanya tetap tak nak mengaku sebab takut. [Nnt kecik-kecik dah kene operate tulang? Nauzubillah] Bila doc tanya kebas tak, mesti jawab "TAK". Dah balik rumah few weeks baru cerita pada abi, apa lagi.. Terus kene ceramah perdana. Razz Tapi tak per la, dah keluar hospital pun... Laughing

p/s: Warung Kopi bukan ke kena minum kopi yer? Laughing Just joking Smile

4Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 17, 2009 10:31 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

salam..

cianyer adik insyirah...SYAFAKALLAH...amenn..

bagus la makan habbah sauda`... tak de penyakit xleh ubati atas dunia ni kecuali mati..kan... Allahu.

kesibukan blaja,masa terhad buatkan aysa tak leh nak salu berforum..
insyaAllah salu jer cuba"mencuri" masa menjeguk al-insyirah kesayangan..hihi..


moga ukhuwah terbina diredhai Allah..

5Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Feb 18, 2009 10:55 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Betul tu, nama sahabat2 yg Insyirah senaraikan tu, dah lama tak nampak kat forum ni. Mungkin diorang dah membawa haluan masing2, ke forum yg lain mungkin. Ada la sebab munasabah agaknya tu... Neutral Tapi tak best sangat bila tak ramai yang berikan sumbangan. Lagi ramai, lagi bagus... best.

Tak pernah lagi minum Habbatus Sauda ni walaupun dah banyak kali nampak iklan, dengar orang kata. Camana la rasanya ye? Tapi kat kedai kopi biasa, tak jumpa rasanya minuman ni. Razz

Insyirah selalu pengsan, erk... kenapa jadi camtu? Macam ada penyakit tertentu je bunyinye ni. Kurang darah putih kot. Rolling Eyes

Kalau ada masa tu, singgah2 la kat forum ni Aysa, mudah mudahan boleh bertukar pandangan, pendapat. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pandangan. Very Happy

6Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Feb 18, 2009 11:23 am

Mahfuzah

Mahfuzah
Ahli Baru
Ahli Baru

Assalamualaikum. Saya tetamu baru, selalu nampak kakak saya masuk forum ni.

"KEMENANGAN & KEJAYAAN ITU SEDANG MENANTI DI HADAPAN KITA. WALAUPUN TEKANAN SEMAKIN DAHSYAT DAN KERAS MENGHIMPIT KITA, TETAPI INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FAJAR MENTARI PASTIKAN TERBIT WALAUPUN KEGELAPAN MASIH BERPANJANGAN" -AL IMAM HASSAN AL BANNA-

7Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Feb 18, 2009 12:08 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Salam Mahfuzah... selamat datang ke forum Al-Insyirah. Siapa kakak yg dimaksudkan tu?

Selamat berforum...

8Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Feb 18, 2009 4:17 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Salam ukhuwwah, salam kasih sayang...

Ukhti Aysa:

Insya Allah, kalau ada kelapangan waktu selalu la jenguk ke mari ye. Kongsi-kongs cerita dari Lembah Syam, insya Allah. Mudah-mudahan yang tak menjejaki bumi ambiya' akan selalu merindui dan mengimpikan saat untuk menjejakkan kaki ke sana. Aamin Smile

Beberapa hari yang lalu, baru bersembang dengan kawan. Antara Mesir, Jordan, Syria & Yaman, mana tempat yang paling strategi nak sambung belajar. Smile Subhanallah, macam-macam jawapan. Semuanya bumi barakah, insya Allah.

Akhi Dheadz:

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah. Kalau nak rasa habbatus sawda' yang pure tu dalam bentuk serbuk. Tapi kalau nak rasa yang dah mixed dengan yang lain, cuba beli Kopi Sawda'. Ada jual di pasaran. Kotaknya warna merah, sama macam kotak Kopi Radix. Alhamdulillah. Di Malaysia sekarang ni dah ada macam-macam jenis kopi: Radix, Sawda', Cenkudu dll lagi la. Tak payah makan jamu pun. Razz

Teringat habbatus sauda' teringat pula Madinah Smile

... Bak kata seorang teman: Insyirah mesti tabah. Smile Bukan baru semalam, bukan bulan lepas, bukan tahun lepas sakit tapi dah bertahun-tahun. Sedangkan sakit mati tu jauh lebih sakit dari apa yang ditanggung (walaupun tak tertanggung Very Happy ).

**SAKIT BELAKANG**

Alhamdulillah, syukur pada Allah walaupun tak sembuh sepenuhnya tapi dah boleh jalan sendiri. Yeyeyey... Tongkat simpan kenangan je la. (Berlagak pula) Even buat kerja macam biasa, mulakan semula tugasan seperti dahulu tapi banyak sangat perhentiannya. Lepas sapu sampah + mop lantai mesti nak baring 10-20 minit sebelum buat kerja lain. Buat kerja sikit, duduk dulu. Embarassed

Just wondering if other people thinking that Im lazy. Rolling Eyes

Kalau di rumah mungkin ahli baeyt 'faham' kondisi tapi kalau pulang ke kampung dan bersama sanak saudara. Risau juga la kalau ada yang memandang sengaja mencari alasan untuk bermalas-malas padahal kondisi tulang belakang perlu untuk dijaga. Rasa serik pula kalau ianya berulang seperti yang lalu. Embarassed Trauma untuk melaluinya semula tapi kalau memang itu kehendak Nya, tak mampu nak lari atau elak. Cumanya, hanya bermunajat agar diberikan kekuatan untuk menempuhinya. Allahuakbar. Smile

Pagi tadi usai mop lantai, termenung sendirian. Memikirkan haluan hidup. Subhanallah. Banyak cabaran yang terbentang di depan, terutamanya cabaran kesihatan (bagi ana). memikirkan sakit belakangku ini yang menjalar ke kaki kiri. Takut pula rasanya berdepan dengan 'orang', takut difikirkan ana malas menghulur tangan. Rolling Eyes Bila dalam kondisi begini, terfikir juga:

Kalau dalam kondisi semput, dah terang-terang tercungap-cungap, memang la orang tak boleh nak kata apa. Memang sohih semputnya (muka pun dah jadi pucat, hihi). Kalau pengsan, sohih tak boleh buat apa. Nama pun tak sedarkan diri. Nak buat apa pun buat la, nak cekik pun memang tak boleh defence myself. Laughing Tapi sakit belakang? Hanya tau sendiri-sendiri, kecuali kalau dah worse macam haritu hingga jadi nenek si bongkok tiga. Urm... Baru la orang tau sakit belakang.

Am I lazy? Embarassed

May ALLAH help me to face with this situation. Aamin.

Alhamdulillah, dah berjaya habiskan buku Putera Lembah Bakkah study Boleh la cari buku baru lepas ni, insya Allah. Smile Anyone "kaki buku" here? Laughing

p/s: Jemput makan jagung rebus Wink

9Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Feb 20, 2009 10:07 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Eloklah... Insyirah dah semakin sihat. Bercakap ttg malas, mmg sukar utk terangkan kat orang lain yg tak tahu keadaan diri, macam keadaan Insyirah contohnya. Nak tetiba beritahu, takut nanti orang lain kata kita kita pandai cari alasan, tapi kalau tak bagitau... nanti diorang tak tau pulak. Isk, mmg susah nak lalui... Tapi, memandangkan saya dah tau keadaan Insyirah... kesimpulannya Insyirah bukanlah malas, tapi rajin... Very Happy

Nak jagng rebus tu !! Smile

10Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Feb 20, 2009 2:55 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Alhamdulillah Smile

Banyak betul jagung di rumah, ummi beli 2 plastik. Setiap petang, 'temujanji' dengan adik kena rebus jagung. Smile Sila-sila...

**Kembar**

Lucu rasanya melihat keletah si kembar. Lebih-lebih lagi kembar seiras, tak semena-mena akan bandingkan karekter antara keduanya. Smile Teringat kelas Biologi zaman sekolah dulu, cikgu Biologi yang garang dan amat tegas, terkadang disuruhnya menghafal istilah yang amat membuatkan lidah berbelit. Smile Bicara soal kembar, secara teori biologinya. Sekiranya kita mempunyai genetik kembar, makanya peluang untuk mendapat anak kembar cerah. Terutamanya dari sebelah lelaki. Kalau seorang lelaki itu ada adik-beradik atau genetik kembar, maka peluangnya untuk mendapat anak kembar adalah lebih tinggi berbanding perempuan. Subhanallah.

Lihat dari satu sudut berbeza. Tiada siapa pun yang tidak berpeluang mendapatkan anak kembar kerana sebenarnya kita semua mempunyai salasilah dari keturunan KEMBAR! Smile Lihat saja sejarah manusia pertama: Nabi Adam a.s. dan isterinya, Siti Hawa. Mereka mempunyai 2 pasang anak kembar. Habil & kembarnya, Qabil & kembarnya (tak ingat nama yang perempuan). Jadi, jangan terlalu merasa 'pelik' apabila suatu hari nanti anda menimang anak-anak kembar walaupun secara 'teori biologi'nya anda tidak mempunyai saudara-mara kembar Wink

Anda muslim bukan?
Percayalah... Very Happy

Wallahua'lam.

11Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Feb 20, 2009 4:39 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Browser internet - Firefox dan SeaMonkey berkelakuan pelik hari ni. Ada beberapa forum yang boleh dilawati sebelum ini, kini tidak boleh lagi... Hmm... Jikalau selepas ini ada sesiapa menyedari yg saya aka dheadz tidak online dalam masa yg agak lama, ini adalah sebahagian dari jawapannya. Smile

Tapi sebelum masa itu sampai, kita berforum lagi. Sila..., silalah tambah.. jangan malu2 ye akak, abang, adik2 sekalian... Very Happy

12Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Feb 21, 2009 7:32 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Insyirah menggunakan Firefox, alhamdulillah tidak pula berkelakuan pelik. Harap-harap tidaklah pelik pada masa akan datang. Smile

p/s: Sila tambah apa tu Mr Dheadz? Very Happy

13Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Feb 21, 2009 9:02 am

azizul

azizul
Admin
Admin

daripada kelmarin lagi cuba online daripada bilik.. roommate dapat, kita plak yg tak dapat...
ini, sementara tunggu anak2 murid masuk kelas tutorial ,.. online la skejap...

Insyirah.. jga kesihatan ek... lama dah tak dengar kabo selepas kisah yg "mengejutkan" tu...Very Happy

https://al-insyirah.forummotion.com

14Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Feb 23, 2009 3:21 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Cikgu: Hari ni kita akan belajar erti kasih sayang dan persahabatan..

Pelajar: Macam mana kita nak menilai tu semua?

Cikgu: Senang saja ,kamu pergi ke padang rumput.. cari rumput yg paling cantik sekali.dengan syarat,jgn sesekali pandang ke belakang selepas kamu cabut.

Pelajar tadi pergi ke padang dan mencari rumput yg paling cantik. Dia mencabut satu rumput yg dia rasakan cantik. Tetaapi di sebabkan padang rumput itu dia rasa luas lagi,dia mencampakkan semula rumput tu ke tanah..dan teruskan perjalanan mencari rumput yg lebih cantik.tapi, hingga ke hujung padang,dia tidak dapat jumpa satu pun rumput yang lebih cantik dr yg sebelumnya.

Cikgu: Sudah jumpa?

Pelajar: Ada,saya sudah cabut satu.tapi sy campak semula sebbb sy rasa ada yg lebih cantik dari yg sy cabut tadi.tp bila sy sampai ke hujung padang,saya tak dapat jumpa yg lebih cantik dari yg sebelumnya.lagipun cikgu tak benarkan saya pandang ke belakang semula.

Cikgu: Itulah,manusia tida pernah menghargai apa yg kita pernah ada,selalu nak lebih dari apa yg ada.padahal rumput tu semua sama,bayangkan lah padang rumput tu besar mane je kalau nak di bandingkan ngan dunia ini,tp apabila kita cepat ambil keputusan yg kita tidak fikir panjang,banyak perkara yg kita terlepas pandang,bila dah jumpa yang lebih baik, yg lama selalu ditinggalkn,bila dah kehilangan apa yg kita ada dulu,barulah rasa menyesal.

p/s: Petikan dari blog
Very Happy

15Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 24, 2009 12:45 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Mmm... ramai yang lalu lalang kat warung kopi ni, tapi tak singgah nampaknya. Nak kata takde orang, tauke kedai - Insyirah ada. Nak kata takde minuman yg best, banyak dah minuman dah disebut... Mmm...

16Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 24, 2009 10:17 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Wallahua'lam.

Dheadz,
Sekarang, kita jangan lagi mengharapkan pada mereka. Kita sekadar berusaha sedaya yang mungkin untuk menceriakan forum. Apabila kita mendaftar bermaksud kita telah meletakkan diri kita sebahagian ahli keluarga forum, maka tanggungjawab kita adalah sama-sama memberi manfaat kepada 'adik-beradik' dalam forum. Saling memberi nasihat dan saling ingat mengingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kita tak boleh salahkan mereka kalau mereka tak nak 'bersama' kita. Mungkin kesalahan itu datang dari diri sendiri, tidak benar-benar meluruskan niat berukhuwwah disini. Mungkin juga tidak berhikmah dalam berkata-kata. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan, maka kita saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Smile

Andai tidak ada yang sudi, apalah daya kita sebagai hamba Nya? Smile

Kita hanya berusaha yang terbaik untuk forum dan 'adik-beradik' kita yang lain. Untuk sama-sama mewarnai kehidupan ini, walaupun hanya dalam forum. Tapi, mungkin mereka ada perkara yang perlu diutamakan. Jangan lelah, jangan putus asa. Dakwah dan tarbiyyah itu perlukan sentuhan dari hati yang akan 'menerjah' kamar hati sedangkan kata-kata yang keluar dari mulut belum tentu melepasi telinga. Insya Allah. Mungkin Allah menguji kesungguhan kita apakah benar-benar sayangkan ukhuwah yang terjalin atau sekadar hangat-hangat tahi ayam. Wallahua'lam. Allah lebih tahu hikmahnya, kan. Very Happy

Salam secerah pawarna.

17Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 24, 2009 11:27 pm

Mahfuzah

Mahfuzah
Ahli Baru
Ahli Baru

dheadz wrote:Salam Mahfuzah... selamat datang ke forum Al-Insyirah. Siapa kakak yg dimaksudkan tu?

Selamat berforum...

Warung Kopi @ al-Insyirah Allahinheart

Terima kasih.

Tuan warung ni kakak saya. Smile

18Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Feb 27, 2009 6:56 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum whb Smile

Semoga diberikan nikmat kesihatan yang baik, insya Allah.

Maaf. Beberapa hari melarikan diri dari komputer, sakit kepala menyerang membuatkan kepala jadi agak bingung apatah lagi nak mengadap komputer. Melarikan diri dari komputer, tv dan juga hp! Alhamdulillah, beberapa hari yang dilalui dengan tahap kepala ala-ala tak berapa nak stabil harini dah semakin OK. Smile

Insyirah: Maaf, lama tak balas sms. Sakit kepala amat-amat. Smile
Sahabat: Owh, migrain yer?
Insyirah: Worse than that Very Happy I had scar at my left brain, maybe it cause when I have 'tragic' excident when Im still kid. Cannot having presure. Huwaa... Thanks God, Im not having fainted for this time. Just feeling blur Cool

So now!
- Have a nice holiday for tomorror!

Petang Jumaat: Hari yang 'paling best' dalam hidup sebab esok tak perlu ke sekolah/pejabat. Smile

Malam Ahad: Hari yang 'paling tak best' sebab esoknya perlu ke sekolah/pejabat. Hihihi..

** bagi negeri selain Kelantan, Terengganu dan Kedah Smile

19Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Feb 28, 2009 12:14 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Salam ziarah Smile

Sebetulnya mata ana tak mampu dilelapkan, usai update blog sebentar tadi. Ana sekadar membaca blog sahabat-sahabat. Mata masih belum mampu terlelap, sebenarnya ana merasakan sesuatu dari dalam diri. Entah dari mana datangnya 'rasa' itu, wallahua'lam. Barangkali ada sesuatu yang membuatkan ana menjadi resah dalam penantian. Sebetulnya, ana masih menanti abang ke-2 yang bertolak dari Temerloh, Pahang. Masih belum sampai. Mungkin beberapa jam lagi sampai, insya Allah. Aamin allahumma aamin. Smile Ana masih mengerlip bebintang, tak ada yang tampak nyata. Gugusan kabus masih menebal sejak petang tadi. Alhamdulillah. Ana suka melihat gugusan kabus, tampak tenang dalam kabur pada zahirnya namun hakikinya tidaklah sekabur itu. Kabut hati juga seakan walah. Alhamdulillah. Akhirnya mengalah pada janji-janji Allah. Alhamdulillah.

Hamdalah.

Tak putus-putus rasa bahagia mengecap ruang hati. Bahagia dengan mehnah yang dipagari rasa 'BER'Tuhankan Allah yang Maha Berkuasa. Bahagia dengan tribulasi perjuangan yang entahkan nampak titik noktahnya. Ana yakin, masih banyak lagi ranjau yang akan dan perlu dilalui sebagai gugusan meraih cinta Nya. Ana bahagia, masih memercip rasa syukur kala dihimpit sepi dengan ujian yang datang tanpa sempat melepaskan lelah dalam perjalanan semalam. Masih banyak masa yang terbuang tanpa diisi sebaiknya. Ana suka menulis! Ana cintakan sastera! Ana rindu pada kalam-kalam seperti rindunya ana untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w..

Melalui wadah dan kata, ana menyimpulkan rasa cinta dan rindu. Pengubat bagi hati yang seakan tak sabar-sabar untuk menanti satu pertemuan hakiki. Entah! Susah mengulit bicara hati. Tuhan memberi satu hati. Supaya kita memberikannya pada Ilahi, yang menciptakan kita, yang memberi rahmat Nya, menanungi kita dan juga membelai kita yang selalu menzalimi diri sendiri. Tapi, masih ramai ummat manusia memberi hati kepada selain Allah taala. Susah mengawal hati? Susah mentafsir hati? Susah mendekatkan hati pada Ilahi? Susah menghidupkan hati yang mati?

Maha Suci Allah.

Dia yang menghidup dan mematikan manusia. Pohonlah pada Nya dengan segenap ruang kesungguhan, dengan segala cinta dan cita untuk merasai manisnya tika bersama dengan Nya. Saat unggas berbisik di luar sana, dalam gelapnya maya... Maka embunan pagi yang menitis hingga menyerkap segenap tulang sendi... Bangkitlah, masih punya waktu untuk direnungi. Muhasabahlah. "Maka diantara nikmat-nikmat Tuhanmu, nikmat apakah yang hendak kamu dustakan?"

Allah Maha Besar.

Tidak diciptakan sesuatu dengan sia-sia melainkan segalanya ada bicaranya di hujung kata. Apakah kita manusia mahu hidup selamanya di atas bumi sedangkan kita berbicara soal kematian? Lagaknya saja bicara sendu dan duka, hakikatnya masih suka melayan nafsu yang bergelora. Lantaran itu, apakah masih mengaku punya iman hatta senipis bawang?

Tuhan... Hamba Mu kerdil.
Tuhan... Hamba Mu lemah.
Tuhan... Bantulah hamba ini.
Sering tersasar dari jalan Deen-Mu.

Jatuh tersungkur umpama mainan.
Kala mendengar bicara Tuhanku.
Lantas menjadi hamba yang bersungguh.
Bersungguh mahu menatap wajah Mu, Tuhan.
Bersungguh mahu bersama kekasih Mu, Tuhan.

Nikmat pawana malam. Ana sendiri suka malam, mendengar cengkerik dan desir aliran sungai, damai lagi mendamaikan. Maha Suci Allah. Tidak diciptakan sesuatu dengan sia-sia. Semuanya punya hikmah, ada ibrah yang boleh dikutip dan direnungi, ada mau'izzah untuk diimbas kembali saat terleka dari jalan perjuangan. Kata-kata mampu menjadikan manusia gagah, kerana berkata-kata juga akan membuatkan manusia menjadi lemah. Usah biarkan lidah yang tidak bertulang, berbicara lagak pahlawan andai tidak bersandar bicara Quran dan Sunnah Rasulullah.

Anak solehah itu tunduk pada nasihat
Patuh pada amanah ibu ayah
Dibibirnya manis dengan senyuman
Hatinya basah dengan alunan zikir
Jiwanya mesra dengan kalam Tuhan
Akhlaqnya biasan al-Quran
Amalannya cerminan Sunnah Nabi
Itulah permati yang dicari
Indah dipandang tapi bukan pameran
Cantik ditatap tapi bukan perhiasan
Mekar di jambangan taman larangan
Hanya mampu dipetik kumbang pilihan
Diciptakan Tuhan untuk memilikinya
Dan diciptakan Tuhan untuk dimilikinya

Moga malam kan melabuhkan embunan rahmat Tuhan, melitupi kabusnya hati, kabutnya perasaan dengan segala keberkatan dan kemanisan IMAN. Aamin ya Robbal alaamin. Smile

Insyirah

20Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Mar 05, 2009 7:05 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Salam Ziarah Smile

... Salam maulud Nabi... Moga perjuangan baginda kan kita jejaki, tauhid pada Ilahi seteguk karang di lautan walau sehebat mana ombak menghampas pantai tetap kukuh berdiri mengEsakan Ilahi. Rabbul Izzati...

ALhamduLillah. Hasrat untuk menukar template blog sudah terlaksana. Walaupun pada awalnya agak sukar mencari template yang saya suka dari keseluruhannya, saya tidak mahu template yang terlalu islamic dan tidak juga terlalu tampak ganas. Saya mahu yang sederhana. Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa template yang saya suka dan berkenan di hati. Designer barangkali dari Perancis mahupun Sepanyol kerana bahasanya agak sukar saya fahami bahkan boleh dikatakan hampir langsung tidak faham! Tapi buat-buat faham juga la. Mungkin template yang saya gunakan sekarang maksudnya "Rumahku Syurgaku" Wallahua'lam. Smile

Ya Habibi,
Ya Izzati,
Ya Khaliq,
Moga teguhkan kami di jalan deen Mu, istiqamah sebagai daei yang membawa sunnah Rasul Mu, jadikanlah kami dari kalangan hamba Mu yang "sedikit" dan jauhkanlah kami dari menjadi hamba Mu yang "banyak" kerana kami tidak mahu dunia menjadi bahan menyalanya api neraka Mu.

...Sesungguhnya terlalu sedikit dikalangan hamba Ku yang bersyukur. [Surah Saba' ayat 13]

Wallahua'lam.

21Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sun Mar 15, 2009 11:30 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

~ JaNgaN PiSaHkaN aKu DaN 'Dia' ~

Terima kasih ya Allah.

Ku bersyukur atas kurniaan Mu. Selautan syukurku hanya setitis dari rahmat Mu. Terima kasih ya Habibi atas setiap percaturan yang Engkau tintakan buatku sepanjang usia ini. Hanya dengan rahmat Mu sajalah hamba Mu masih disini. Masih bernafas dan bergerak, hanya dengan ihsan dari Mu sebagai tanda cinta Mu pada ku. Ya Ilahi. Seandainya telah Kau ciptakan sesuatu yang punya hikmah terbaik untuk dunia dan akhiratku, aku berserah diri sepenuhnya pada Mu sebagai tempat sandaran dan pengaduanku. Ya Ilahi, bukan aku tak tahan dengan ujian Mu, aku hanya nak mengadu pada Mu tempat aku kembali nanti. Terimalah pengaduan serta pengharapan ini. Tiadalah dayaku tanpa pertolongan dari Mu.

Syukur atas segalanya.
Dia menghadirkan 'dia' saat kerapuhan yang teramat sangat. Saat ketidakmotivasian diri beraja di dalam hati dan emosi, Engkau datangkan 'dia' yang seakan meniup semangat dan menyubur taqwa hamba. Alhamdulillah. Syukrillah ala nikmatillah ya Allah. 'Dia' selalu hadir dan masih setia menerima diri ini seadanya, diri yang serba kekurangan dan nyata pula kelompongan sebagai manusia biasa. 'Dia' pelengkap kehidupan yang penuh pancaroba. Sesungguhnya Engkau memberi apa yang hamba perlukan, walaupun munajat serta bingkisan dari hati tidak Engkau penuhi namun Engkau gantikan dengan perkara yang jauhhhhh lebih baik untukku. Moga ianya baik untuk agama, dunia dan akhiratku. Insya Allah. Ameen.

Syukur atas suratan takdir Ilahi.
Kehadiran'nya' sangat mendamaikan relung jiwa. Kehadiran'nya' menyemai sabar yang sangat rapuh. Hanya dengan kehadiran'nya', hidup ini sangat indah. Setiap duri dan jarum kehidupan hanyalah satu permainan dan titik tolak perubahan diri yang sangat mengasyikkan. Pengalaman dan pengorbanan yang dilakukan terasa sangat dihargai bila 'dia' bersama. Tuhan, terima kasih kerana menghadirkan 'dia' dalam hidup hamba yang sering alpa dan leka dengan permainan dunia. Maafkan hamba yang selalu menyepikan diri dari'nya' lantaran kebodohan diri yang nyata. Sungguh, hidup ini tersangat indah dengan 'dia' dihati. Yang sentiasa membelai relung jiwa supaya infaqkan diri pada perjuangan, pada ummi dan abi, pada agama dan adik-beradik di serata DUNIA. Tuhan, jangan ambil 'dia' dari hidupku, kerana 'dia'lah sumber pengharapan diriku menggagahi segala ujian yang Engkau semaikan supaya hamba selalu mencari ruang untuk berfikir dengan'nya', supaya hamba TAHU dan sedaya upaya MAHU bersyukur dengan takdir terindah dari Mu.

Tuhan... 'Dia' adalah sumber untukku bernafas. Jangan pisahkan kami. Walau dunia terbelah dua... Walau dunia hilang rasa kasih dan cinta, izinkan kami KEKAL bersama selama-lamanya hingga ke Negeri Abadi yang kekal selamanya. Hanyalah 'dia' terbaik untukku walau ku tahu 'dia' adalah kekasih terbaik dalam kembara ini. Siapalah aku tanpa 'dia' dihati, siapalah aku tanpa 'dia' bersama dalam hari-hari ini... 'Dia' menyemai cintaku pada Mu, juga kerana manisnya mencintai'nya' membuatkan aku sangat bersyukur kerana diberi peluang menyayangi dan sentiasa belajar menjadi manusia yang penyayang pada ayah bonda, akhun wa ukhtun, sahabat-sahabat dan 'adik-beradik'ku di serata dunia. Tuhan, 'dia' adalah anugerah yang lebih bermakna yang Engkau suburkan melalui ummi dan abi dan kecintaan ku pada Mu melangkaui segala-galanya hanya kerana kehadiran 'nya'. Tanpa 'dia', siapalah aku dipandangan Mu Tuhan. Hanya insan yang terlalu hina, terlalu kerdil dan jahil menilai cinta Mu.

Terima kasih Tuhan.
Sentiasa mengingatkan cintaku pada'nya' walau apa jua yang Engkau hadirkan. 'Dia' datang saat aku gembira, saat berduka juga saat aku menghitung waktu untuk kembali pada Mu. Setianya 'dia' dihati juga adalah kerana rahmat dari Mu. Hamba pohon ya Allah, kekalkan 'dia' selamanya di dalam relung jiwa ini kerana 'dia' adalah
IMANKU ya Allah. Jangan pesongkan hati ini setelah Kau berikan hidayah Mu. Tuhan, hamba pohon... Kekalkan nikmat iman dan Islam. Kekalkan kemanisan imanku walau tat kala nyawa di pertaruhkan. Ameen ameen ameen...

Jangan pisahkan aku dan 'dia'...
'Dia'lah sumber inspirasiku...
'Dia'lah sumber cintaku pada Mu...

22Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Mar 18, 2009 1:06 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

~ Warkah Untuk Calon Zaujku ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assolatuwassalam, selawat buat junjungan mulia, Muhammad s.a.w. Kekasih Istimewa.

Assalamu'alaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah ku temui, namun doa ku tidak pernah putus mengiringi setiap langkah mu demi meraih keredhaanNya…

"Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah"

Ku mulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w. kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,

"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..."

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buat mu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalan ku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diri ku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buat ku oleh ummi dan abi. Tiada harta untuk ku persembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang." (surah ar-Rum: 21)

"... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri..." (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk ku pertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-sama ku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suami ku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul.

"Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diri ku dan diri mu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (An Nisaa’ : 1)

Calon Zaujku yang dirahmati,

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka". (An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untuk ku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diri ku dan diri mu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.


Warung Kopi @ al-Insyirah Image003wec

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! Ketahuilah. Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hati ku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlak mu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Ku titipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w. kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w. tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang ku susuli kerana pada ku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Wassalam

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.

~ tulang rusuk kirimu ~


pertemuan...
menghadiahkan kita kasih sayang...
jika cinta satu pasti bertemu...
ia tidak ternilai...

kerana antara hati kita
telah tiada antaranya lagi
yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi...
kita berpisah hanya sementara
kerana pertemuan bukan milik kita...
jasad dan suara berjauhan sentiasa
namun cinta abadi...
biar berpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
sedang neraka dipagari oleh nikmat
bertemu tidak jemu...berpisah tak gelisah..

23Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Apr 04, 2009 3:41 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

~ TaHuKaH aNDa? ~

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seora ng budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan muz: ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi..

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walau bagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.


cheer up! lol!

24Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue May 05, 2009 3:57 pm

syafinur

syafinur
Ahli Aktif
Ahli Aktif

salam......terima kasih kak insyirah...byk ilmu yg dpt dikongsi

25Warung Kopi @ al-Insyirah Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue May 05, 2009 11:44 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Salam dik Syafinur Smile

Alhamdulillah, back in action. Ahlan wasahlan ila Warung Kopi @ Al-Insyirah. Dah lama tak update warung ni... Hihihi... Alang-alang tuh, jom minum secawan kopi habbatus sauda'. Hihihihi. Smile

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 18]

Go to page : 1, 2, 3 ... 9 ... 18  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum