Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Warung Kopi @ al-Insyirah

Go to page : Previous  1 ... 5, 6, 7 ... 12 ... 18  Next

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 6 of 18]

1 Warung Kopi @ al-Insyirah on Tue Feb 17, 2009 11:13 am

insyirah


Moderator
Moderator
First topic message reminder :

Assalamu'alaikum whb.

Nampaknya al-Insyirah sangatttt sepi... Sad

Saja buka topic baru, ana telah berazam untuk menghabiskan buku Putera Lembah Bakkah yang telah dibeli pada bulan Ogos 2008 dan sehingga kini belum berjaya dihabiskan. Maka, ana berazam selagi buku itu tidak habis, maka ana tidak akan mengupdate [blog] dan rindu pula rasanya nak menulis. Maka, jangan marah ye warga al-Insyirah, ana melepaskan kemaruk di sesawang ini. Embarassed

Warung Kopi @ al-Insyirah insya Allah, sekadar berkongsi cerita disekeliling. Let us sharing. Sharing is caring, rite? Cool

Sekadar berkongsi pengalaman dari jendela hospital. Smile

Pada awal tahun 2009, diary 2009 yang pertama sekali dalam hidup ana ialah program memasukkan diri ke hospital. Laughing Sound good ya? Razz Dari Desember 2008 lagi kesihatan mengganggu dan terus mengganggu rutin kehidupan. Alhamdulillah, moga dengan itu menjadikan ana hamba Allah yang selalu bersyukur atas kurniaan kesihatan dan nikmat-nikmat Nya. Hati menjadi sebak, gemuruh dan sangat hiba apabila membaca peringatan dari Tuhan, "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?" Berulang kali Allah 'bertanya' kepada manusia dalam surah Ar-Rahman, hati menjadi-jadi rindu untuk sujud di depan Kaabah Mu.

Kala hati menjadi gundah-gulana apabila doktor mengatakan bahawa badan yang sangat dhaif ini barangkali akan mengalami kelumpuhan. Subhanallah, berat sungguh rasanya ujian yang bertamu. Tapi, masih yakin Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang sia-sia. Dialah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik Perancang. Subhanallah, cantik sungguh aturan Ilahi buat ana. Very Happy

Kesakitan pada tulang belakang dan menjalar ke seluruh kaki kiri membuatkan ana benar-benar 'lumpuh'. Subhanallah. Hanya Allah menarik satu nikmat, terasa seakan lupa pada nikmat-nikmat yang lain. Astaghfirullah hal azhim. Teruknya penyakit hati ni. Rolling Eyes Kiri dan kanan pesakit merintih dan meraung-raung, ana hanya mampu membekukan diri. Bila sakit, ana lebih suka diam. Diam dan berfikir. Diam dan berzikir. Ya Allah, bila sakit baru ingat Tuhan. "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

Pelbagai diagnosis doktor, sama ada ana mengalami:
Retak pada tulang belakang
Kanser tulang

Dan macam-macam yang menakutkan. Ana cuba menggarapkan kembali antara emosi dan akal. Kita semua milik Allah, apa yang ada pada kita adalah milik Nya hatta nyawa kita sendiri adalah milik Allah. Dia hanya memberi kita pinjaman. Apakah kita marah apabila Pemilik barang pinjaman meminta semula apa yang Dia pinjamkan? Apakah kita lupa diri, apakah kita terlupa akan janji kita untuk memulangkan semula apa yang kita pinjamkan?

Dilema dan terasa bukan hanya fizikal yang diuji, malah kesabaran, keyakinan dan keteguhan hati serta IMAN sedang hebat diuji Allah. Embarassed Tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu. Ana cuba membina semula keyakinan, kesabaran dan keimanan yang seakan diterjah ombak yang lebih hebat dari tsunami. Bayangkan, selama ni kita masih berjalan-jalan, buat itu dan ini... Dengan sekelip mata, kita kena terima yang semua itu dah pun 'dipulangkan' kembali pada Tuan pemilik barang itu. Allahuakbar... Susah, tapi itulah tarbiyyah 'direct' yang sedang Allah lakukan pada seorang insan bernama Insyirah. Smile Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Wink Alhamdulillah.

Kesimpulannya:

Dalam apa jua situasi sekalipun, tenang-tenangkan hati... lol!

ala bizikrillahi tatma'inal qulub. Laughing

Well, harini... Ana perlu meneruskan pembacaan Putera Lembah Bakkah, semoga Allah memberi kelapangan waktu (yang sememangnya lapang) dan menggerakkan minda untuk mengutip mau'izzoh yang dipamerkan. Insya Allah. Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

126 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Sep 05, 2009 4:02 am

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
heehe geli kucing ker?
nape syirah nak geli?
kalo kucing kurap, mmg patut la geli..
kalo kucing2 mcm ni :



tak patut rasa geli pun...

masa ayahanda kecik2 dulu...ader gaks bela kucing
"chiko" namanya... sebelah mata hijau...sebelah lg mata biru..
cukup manja & hmpr tiap2 mlm tido ngan kami...
What a Face What a Face

127 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Sep 05, 2009 4:04 am

azizul


Admin
Admin
ibu, al-insyirah.co.nr (.com... x mampu lagi nak ke sana Very Happy)

Assalamualaikum,
cakap pasal kucing ni, azizul ada dua org kawan yg trauma dengan kucing, seorang lelaki dan sorang lagi perempuan.. kalau perempuan, maybe normal. tetapi bagi seorang lelaki, yg berbadan sasa.. sampai skarang dok terfikir, mcm mana dia bleh tkut dengan kucing?..... erm... kalau kat rumah, kucing keluar masuk dengan bebas, siap ada yg pergi ke toilet lagi kalau pintu terkunci, tapi kami tak "bela" kami just hidup "bersama2" dengan kucing, nak kata bagi makanan pun... jarang2... just bila ada lebih yg belum tentu ada... tp itulah...kucing datang... acap kali... siap ada yg sangka kami bela kucing... Very Happy


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

128 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Sep 05, 2009 8:54 am

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
insyirah wrote:Ya Rabbi, terkezut baca shoutbox blog ada komen ayahanda muzafar Embarassed

Blog saya tu kanak-kanak rebina ye, malu nya... Jauh bezanya dengan blog kak Aysa yang banyak je santapan minda. Smile Memang pink color... Embarassed Tapi tulisan-tulisan tetap purple color! Razz

mmm...nmpk gaya soma ade blog yer..
ayahanda hanya ader batu blok jerk kat umah.. tongue
soma batu blok tu, wife susun wat tapak pasu2 bunga..

tapikan ayahanda kagum ngan blog syirah lar...
ade klasss nyer tersendiri...
rasanya syirah mmg berbakat utk jd penulis cerpen...
kalo nak belajar wat cerpen....syira bole menuntut ngan ibu munirah..
kalo x silap...ibu munirah dah terbitkan cerpennya sendiri...

dlm blog syirah...tang tajuk "bibik" tu...betul2 ke syirah nmpk lembaga tu?
ape rupanya erk?? dan ape cara syirah wat tok menghalaunya?
hmmm...ade masa nanti nak baca citer2 lain plak lar...
What a Face What a Face

129 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Sep 05, 2009 10:02 am

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
wow....citer pasal kucing...
sy paling suka kucing....sy ada dua ekor kucing kat rumah kt kg..mmg manja sangat2 kt sy.

rumah kt kl ni, sy ingat nk bela kucing tapi kwn tk bagi...diorg semua takut dgn kucing..jadi, tpaksa la sy bela pokok bunga yg cantik n comel juga...

http://izyaninsyirah.blogspot.com

130 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Sep 05, 2009 10:35 am

insyirah


Moderator
Moderator
Assalamu'alaikum.

Hihi, hanya Allah saja yang tahu kenapa syirah takut+geli kucing kerana syirah sendiri tak tahu kenapa. Razz Mungkin juga kerana trauma tapi rasanya dah lama sangat kalau nak kata trauma. Masa syirah kecil (dalam 7 atau 8 tahun) pernah pergi pasar malam (selepas solat Mahgrib) masa nak masuk dalam kereta (selapas habis beli barang) nampak binatang bergerak, buat la "meoowwww" sekali 'meow' tu menyalak! Allahuakbar, anak anjing rupanya. Terus melompat masuk kereta, nangis. Hehehehe, sejak itu kalau ada kucing... Lari lintang pukang. Kalau ada kucing nak manja-manja, sohih situ juga syirah bantai nangis. Embarassed

Terima kasih kerana doakan kesihatan ibu. Ameen.

La syukran 'ala wajib ibu Smile

tapikan ayahanda kagum ngan blog syirah lar...
ade klasss nyer tersendiri...
rasanya syirah mmg berbakat utk jd penulis cerpen...
kalo nak belajar wat cerpen....syira bole menuntut ngan ibu munirah..
kalo x silap...ibu munirah dah terbitkan cerpennya sendiri...

Hehehe... Cerpen? Laughing
Syirah memang ada blog yang koleksi karya sahaja --> http://karya-islami.blogspot.com/
Tapi itu la, kadang-kadang (selalunya) malas nak tulis cerpen. Hehehehe. Lepas ni kena belajar dengan ibu, ibu apa pengerasnya ibu? Ais kacang semangkuk ke? atau jeng jeng jeng... pengerasnya pizza la ibu, hik hik hik. Kalau ada pengeras kena ada pelembut, kalau keras nanti tak lembut payah pula. Pelembutnya air kelapa, subhanallah sedapnyaaa... Razz (Ibu, syirah gurau je tau Smile)

blog tu tempat syirah mengomel dan merepek la ayahanda muzafar. jangan terpengaruh tau. Smile

dlm blog syirah...tang tajuk "bibik" tu...betul2 ke syirah nmpk lembaga tu?
ape rupanya erk?? dan ape cara syirah wat tok menghalaunya?
hmmm...ade masa nanti nak baca citer2 lain plak lar...

Hihihi, insya Allah. Rajinnya ayahanda muzafar godek blog syirah, dah la banyak merepek je nanti terjangkit susah pula. Rolling Eyes Yang bicara Alahai Bibik tu memang benar berlaku pada syirah Smile Alhamdulillah, walaupun banyak kekurangan tetapi Allah berikan juga kelebihan pada syirah. Syirah selalu nampak benda-benda ghaib Smile Macam haritu, syirah 'pagar rumah' dengan ayat al-Quran sahaja. Insya Allah, itu sebaik-baiknya.

Untuk elak jin masuk rumah, amalkan selalu al-mathurat kerana setiap rumah yang ahlinya membaca surah al-baqarah maka tidak dimasuki jin selama 3 hari (wallahua'lam). Kebetulan babah (ayah angkat) memang belajar dan boleh mengubat orang, jadi babah ajar sikit-sikit macammana nak hindari gangguan makhluk halus. Kalau orang yang "membela" dari melihat wajahnya pun syirah boleh tahu dia ada "membela" sebab tu orang cakap susah kalau nampak apa yang orang tak nampak, kena selalu bersangka baik. Sesetengah orang memakai tangkal dan sebagainya, kalau duduk dekat dengan orang tu pun syirah boleh rasa dia pakai tangkal sebab tu ummi dan abi selalu pesan: husnudzon (berbaik sangka) dengan orang.

Kalau ummi dan abi ada masalah denga staff, mereka ajak syirah pergi pejabat. Syirah duduk la satu sudut dalam bilik abi tu, sementara abi bercakap dengan staff syirah melayan la laptop atau kadang-kadang buat failing abi. Very Happy Selepas habis bicara abi dan staff, abi akan tanya pendapat syirah. Melalui nada suara, boleh juga kesan apa yang orang tu nak cakap sebenarnya. Wallahua'lam. Tapi, selalunya syirah buat 'derk' jer... Laughing Ngeh ngeh ngeh... Kalau 'nampak' tu buat-buat tak tahu jer. Dia pun makhluk Allah juga, dia hidup lagi lama dari kita. Razz

Kadang-kadang tak sedar syirah tercakap: "pergi la sana, jangan kacau.."

Adik-adik seram je, pastu mula la nak pegi tandas pun berteman Razz Padahal tandas itu lah 'tempat' tinggal makhluk halus pun. Hik hik hik... Very Happy


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

131 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Sep 05, 2009 12:35 pm

dheadz


Admin
Admin
Ni dah boleh buat kisah mistik dah ni macam yang kat dalam tv tu Syirah, nanti saya bgtau diorang yer yang kat Tapah ada sorang yang boleh ditemuramah masuk ke dalam rancangan mereka... eheh.. gurau jer. Very Happy

Alaaa, takyah takut ngan kucing, dia comel jer.. boleh jer nak belai2 jer... cium2 misai dia ke.. kan kannn? Kalau selalu buat camtu, insyaallah hilanglah takut tu nanti Insyirah. Smile

muzafar wrote:
mmm...nmpk gaya soma ade blog yer..
ayahanda hanya ader batu blok jerk kat umah.. tongue
soma batu blok tu, wife susun wat tapak pasu2 bunga..
Sama la kita Muzafar, saya pun camtu... tapi saya blok pun takde, bunga pun takde.. tinggal batu blok yang dibuat rumah ni jer haa... takleh nak alih2 nak letak bunga. Razz


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

132 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sun Sep 06, 2009 9:43 am

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum..
Kalau macam tu.. syirah kalau jumpa saya... tetiba nampak pengiring baju putih kat belakang.. jgn terkejut lak ye.. Very Happy Masa sekolah asrama dulu2.. ramai nampak ada benda putih ikut belakang saya... macam pengiring.. peneman..
Saya pula sentiasa rasa ada yang meneman... sebab tu kat Seremban ni.. saya tingal sorang2 semua tanya tak takut ke.. sebab mereka kata rumah yang sayu sewa sekarang ni mereka nampak macam2.. Alhamdulillah takat ni.. tak de lak apa2 jadi kat saya..

http://www.umaruddin.blogspot.com

133 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sun Sep 06, 2009 1:37 pm

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Hihihi, insya Allah. Rajinnya ayahanda muzafar godek blog syirah, dah la banyak merepek je nanti terjangkit susah pula. Yang bicara Alahai Bibik tu memang benar berlaku pada syirah Alhamdulillah, walaupun banyak kekurangan tetapi Allah berikan juga kelebihan pada syirah. Syirah selalu nampak benda-benda ghaib Macam haritu, syirah 'pagar rumah' dengan ayat al-Quran sahaja. Insya Allah, itu sebaik-baiknya.

ayahanda mmg kaki godek bila x der keje sgt... tongue
Allah Maha Besar...d sebalik kekrgan kita...pasti ade kelebihan lain yg d beriNya..
kalo babah syirah ade dkt sini...mgkn sy teringin gaks nak nuntut dgn nya..
syirah...awat syirah x bgtau camne rupa makhluk tu?...ngeri ker?


Assalamualaikum..
Kalau macam tu.. syirah kalau jumpa saya... tetiba nampak pengiring baju putih kat belakang.. jgn terkejut lak ye.. Masa sekolah asrama dulu2.. ramai nampak ada benda putih ikut belakang saya... macam pengiring.. peneman..
Saya pula sentiasa rasa ada yang meneman... sebab tu kat Seremban ni.. saya tingal sorang2 semua tanya tak takut ke.. sebab mereka kata rumah yang sayu sewa sekarang ni mereka nampak macam2.. Alhamdulillah takat ni.. tak de lak apa2 jadi kat saya..

waduh...bro umar pun ade pengiring ke?
pernah suatu ketika dulu..ketika dok di PJ SS8, umah lama mak...
acapkali terbau sesuatu yg aneh...kdg2 wangi...kdg2 seakan kemenyan..
pernah suatu ketika...anak kami beralih tmpt tido..dr atas katil ke dlm buaian
bila sy tanya wife..dia kata dia x alih... sy pun x alih jg..

pernah sy rujuk dgn seorg tua yg berilmu...
katanya d rumah sy tu ad 'penjaga' serba putih pakaian & janggutnya..
d katakan ia dr keterunan nenek-moyang sy...
ia x ganggu...cuma 'memerhatikan' aje kami..
tp syg...umah tu adik dah jual ke tgn org..
frust nyer saya... Sad

134 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sun Sep 06, 2009 2:12 pm

syafinur


Ahli Aktif
Ahli Aktif
salam....sabar ya ayahanda muzafar.... bekas rumah ayahanda muzafar tu besar ka? Question

135 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sun Sep 06, 2009 2:31 pm

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
nak kata besar sgt x der la syafinur..
tp RALAT sgt2 sbb tanah luarnya luas la jg...
adik plak bole jual murah tanpa bincang ngan adik-beradik yg lain..
kes terdesak la tu... hutang byk sgt!!
Sad Sad

136 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Mon Sep 07, 2009 9:53 am

insyirah


Moderator
Moderator
Assalamu'alaikum

Ayahanda Muzafar:

Hehehe... Ikut juga la berapa usia mereka, kalau yang dah tua tu, memang tua sangat. Seperti contoh di belakang rumah di kampung, dulu tempat tu semak sangat bila orang berubat "buang" di semak tu. Tetapi sekarang dah cerah tanpa semak, Pak Uteh buat ternak lintah. Smile Di belakang memang ramai "penghuni" tetapi sebelum ni saya tak pernah cakap pada sesiapa Razz Tetapi bila Pak Uteh cerita pekerja selalu kena ganggu waktu malam, hehehe. Senyum je la.

Ada satu "penghuni" ni katanya jin Islam tetapi tak tahu juga, kadang-kadang "mereka" ni berbolak balik juga. Kadang kata Islam tapi sebaik-baik "mereka" adalah seteruk-teruk manusia. Memang suka menyakat. Yang satu ni tangannya aja penuh pagar belakang rumah. Allahuakbar, besarrrr... pale Baru la semua orang tahu kenapa saya begitu malas dan tak ada hati nak ke ruang belakang tu. Embarassed

ps: mereka boleh 'menyerupai' pelbagai bentuk Smile

Ayahanda Umar:

Memang ssetengah orang ada penemannya sendiri. Kira macam "kembar" juga la, pendamping. Dia tak kacau, cuma ikut dan menjaga. Kadang tu ianya adalah faktor keturunan (bukan saka) yang Allah berikan. Contohnya kita tak tahu beberapa generasi sebelum kita adalah orang yang soleh dan Allah berikan kelebihannya, kemudian tak dapat pada generasi sebelum kita tapi dapat pada kita. Wallahua'lam.

ps: beza orang "membela" dan orang yang "didamping" Smile

Beza dengan saka, saka ni kalau tak 'jaga' mendatangkan mudhorat pada diri. Sesetengah tu Allah beri pendamping mungkin dari amalan kita, macam sesetengah ulama' yang menjaga amalan tertentu, ada kelebihan tersendiri. Kalau ulama' yang memang hebat ilmu dan amalannya, selalu mendapat kelebihan kasyaf dan juga ada yang ilmu ladunni Smile

Kasyaf ni dia boleh melihat sejarah hidup kita, apa yang kita fikirkan, apa yang terlintas di hati kita, apa yang kita rasa. Seperti contoh, ada sahabat yang menuntut di Timur Tengah pernah cakap:

"Jumpa dengan seorang syeikh ni, senior cakap memang orangnya hebat. Kasyaf. Ana pun bersalam dengan dia, berkat alim ulama'. Sekali katanya: Kamu kena kahwin."

Haaa... Laughing memang masa tu sahabat ni dalam urusan melamar seseorang. Terus terkedu. Hihihi. Hanya pandang mata kita je dia dah tahu... Smile Sebab tu kalau jumpa ulama', tunduk je... Bukan setakat tunduk hormat tapi juga tunduk takut. Very Happy

Ilmu ladunni pula contohnya kita berjumpa dengan dia, dia akan pesan (beri amanah) mengikut hati kita. Sebagai contoh, ana jumpa dengan orang yanga da ilmu ladunni, dia akan cakap: "Syirah, amalkan setiap hari zikir subhanallah 10x" dan kalau melihat hati kita semakin sihat, mungkin amalan tersebut akan berganda ke 100, 1000, dan sebagainya Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

137 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Mon Sep 07, 2009 7:25 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Syirah.. memang Ayahanda lebih didampingi dari membela..
Ada 2 3 kali dah berlaku.. bila dalam keadaan kesempitan.. bahaya.. semacam ada suara bisik beri amaran..
Ada 2 3 kali juga berlaku.. bila solat.. tetiba rasa ada ramai makmum kat belakang.. bila beri salam.. tak nampak sorang kelibat pun..

http://www.umaruddin.blogspot.com

138 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Tue Sep 08, 2009 2:37 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Mana gi semua ni.. menghilangkan diri ke.. atau dihilangkan diri...
Jangan anda diselubungi misteri...... Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy

http://www.umaruddin.blogspot.com

139 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Tue Sep 08, 2009 7:50 pm

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
umaruddin wrote:Assalamualaikum...
Mana gi semua ni.. menghilangkan diri ke.. atau dihilangkan diri...
Jangan anda diselubungi misteri...... Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy

hehe...
agak2 syira & pak Umar tau x cara nak mengenali org yg bawa saka ni..
ada tak org yg kena tempias saka ni?
dlm erti kata lain...dia x bela...tp mende ni mengikutnya..
sy cukup risau pasal ni lar..
adakah dgn membaca 3 Qul..ia dpt membentengkan diri kita?


nota kaki - betul2 d selubungi misteri ni... tongue

140 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Sep 09, 2009 12:52 am

insyirah


Moderator
Moderator
Assalamu'alaikum Pak Muzafar.

Insya Allah, syirah cuba jawab.
Bagi yang 'menerima' saka selalunya bermimpi melihat orang bersalin, dan paling kuat ialah apabila melihat dirinya (kalau perempuan) bersalin. Saka ni selalunya melalui benda antik sebagai contoh benda yang disimpan oleh orang dedulu dan dia simpan hingga sekarang. Selalunya keris, parang... Menda camtulah. Kalau kita ada tahu (nampak keris/parang) yang macam kesayangan tu, hati-hatilah terutama bila orang tua 'menyerahkan' barang tersebut maknanya dia serahkan saka sekali. Kalau ada barang (keris,parang) tu, berubat untuk BUANG maka... lebih mudah. Kalau tak da barang (keris, parang) pun boleh BUANG tetapi take time sikit la.

Makhluk halus ni kalau dah lama dalam badan, dia boleh beranak pinak terutamanya kalau perempuan, kalau duduk dalam rahim boleh menyebabkan perempuan tak boleh mengandung dan kalau mengandung selalu gugur. Wallahua'lam. Kalau lagi lama duduk dalam badan, lagilah benda halus ni sayang... sebab dah buat macam tempat duduk dia. Nak buang tu agak menyeksa badan (manusia) la sebab dah sebati dengan badan, nak tarik dia keluar... sakit tuh. Rolling Eyes

Nak kenal orang yang ada saka tak tahu nak cakap... Embarassed

Selalulah melihat ke DALAM mata seseorang, kalau ada benda selalunya sangat susah 'benda' nak bertentang mata dengan kita lain la kalau tersipu2 malu, itu lain pula kisahnya. hehehe. Smile

Wallahua'lam.

Selain 3 Qul boleh baca ayat Qursi dan baca "a'uzubillahi minash syaitonirrajim" aku berlindung dari syaitan yang direjam Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

141 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Sep 09, 2009 9:47 am

insyirah


Moderator
Moderator
Assalamu'alaikum...

sedikit sambungan dari post di atas.

Orang yang menerima saka selalunya mimpi orang tua (yang tidak dikenali mahupun dikenali). Tak kenal sebab ia adalah generasi nenek moyang yang tak sempat nak berjumpa. Pewaris juga selalu 'diganggu' dan ahli keluarga lain juga boleh menerima tempiasnya.

Wallahua'lam.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

142 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Sep 09, 2009 2:18 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
muzafar wrote:
umaruddin wrote:Assalamualaikum...
Mana gi semua ni.. menghilangkan diri ke.. atau dihilangkan diri...
Jangan anda diselubungi misteri...... Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy

hehe...
agak2 syira & pak Umar tau x cara nak mengenali org yg bawa saka ni..
ada tak org yg kena tempias saka ni?
dlm erti kata lain...dia x bela...tp mende ni mengikutnya..
sy cukup risau pasal ni lar..
adakah dgn membaca 3 Qul..ia dpt membentengkan diri kita?


nota kaki - betul2 d selubungi misteri ni... tongue
Assalamualaikum..
Tuan.. mana ayat suci quran kalau dibaca betul, faham maknanya.. dan yakin sepenuhnya akan hikmahnya.. InsyaAllah boleh jadi pendinding.
Cuma satu aje nak ingatkan.. Mahluk2 halus ni suka gangu orang yg lemah semangat.. sebab akal, badan dan iman tak selaras.

Hati2 tuan.. semua.. tempat yang semua duduk ni.. keras.

http://www.umaruddin.blogspot.com

143 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Sep 09, 2009 11:03 pm

dheadz


Admin
Admin
umaruddin wrote:
Hati2 tuan.. semua.. tempat yang semua duduk ni.. keras.
Tak tahu nak kata apa , tapi tersenyum seketika baca ayat Tuan Umar yang satu ni.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

144 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Thu Sep 10, 2009 9:24 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
apapun mereka semua makhluk Allah.

solat kita hari2 pun boleh jadi pendinding diri....

"selamat hari raya"

145 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Thu Sep 10, 2009 9:43 am

insyirah


Moderator
Moderator
Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamu'alaikum whb.

Insyirah tukar topik lain pula yer. Smile

Alhamdulillah, semalam dapat tazkirah pagi fi malizi wa tazkirah pagi buta fi misri... huhuhuhu.

Sahabat Syirah ikuti kelas tafaqquh dari Syeikh Nuruddin al-Banjari al-Maliki yang mana setiap tahun di bulan puasa, Syeikh Nuruddin pergi ke Mesir untuk mengajar kelas tafaqquh. Jadi, untuk tidak melepaskan peluang ini sahabat Syirah pun ikuti kelas tafaqquh tersebut. Semalam, sahabat berikan sedikit sebanyak ilmu yang sempat di kutip dari syeikh Smile

Soal sahabat pada Syirah: "Apa yang dapat tapi tak dapat?" Rolling Eyes

Dah la rasa macam blur je pagi semalam. Very Happy

Maka sahabat pun meneruskan. "Saidina Ali karamallahu wajhah, apabila meminta kepada Allah. Selalu makbul! Apabila DAPAT maka 1x gembira dan 9x sedih. Kenapa?"

Waduh, kok kamu banyak tanya pulak... Embarassed

"Mungkin sebab, kalau dah dapat Saidina Ali rasa terlalu senang nak dapat jadi dia kurang menangis depan Allah." Embarassed -- jawapan bodoh dengan otak beku lantaran kabus tebal. Embarassed

"Salah la..." Embarassed

"Habis tu, gapo dio?"

"Syeikh cakap kalau kita minta dunia, dapat dunia... iya sudah. Ngak ada lagi."

"Owh, maksudnya manusia ni memang tak pernah merasa cukup dengan apa yang ada (tiada qanaah) sebab lepas dapat satu nak yang lain, dah dapat nak lagi yang lain. Macam tu ke?"

"Salah la..." --> adoyai, semalam failed betul semua jawapan salah. Embarassed

"Maksud syeikh: Kalau kita dah dapat di dunia, maka dapat hanya di dunia. Kalau Allah tak berikan di dunia, maka Allah beri ganjaran yang lebih baik di akhirat kelak. Insya Allah.

Contoh lain ada 2 orang anak yang seorang sentiasa meminta dan kalau dia dapat dia tak nak orang lain dapat. Nak dapat seorang sahaja. Anak yang seorang lagi jenis tak kisah, dapat maka dapat la. Kalau tak dapat pun dia redha. Selalunya anak yang beginilah di 'belakang' secara senyap si ayah akan memberi lebih dari anak yang seorang lagi (yang sentiasa meminta). Faham?"


Subhanallah. Allahuakbar... Betapa kasihnya Allah pada kita. Smile

"Awak tahu tak kenapa Saidina Ali kalau dia meminta, doanya selalu makbul?" --> soalan cepumas yang menambah tahap beku dalam otak Razz

"Sebab dia kan orang yang dijanjikan syurga. Disisi Allah, mulianya Saidina Ali hingga Allah janji syurga." --- ape menda la ana merepek ni. Adoyai..

"Salah la..."

*** semua jawapan ku salah la... Embarassed

"Saidina Ali ni akidahnya ALLAH TIDAK PERNAH TIDAK MEMBERI"

Subhanallah.


Dan bila hatiku berkata
"Engkau adalah segalanya"
Mengalir tinta air mata
Syahdu mengharap belas kasih Nya...
Crying or Very sad


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

146 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Thu Sep 10, 2009 10:14 am

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Bolih tak ibu tambah sikit..sikit je.
Sesungguhnya Allah itu dgn nama Al-Wahhab bererti" Sangat berlebihan dalam memberi"
Allah memberi sebelum diminta dan melimpahkan kemurahan serta kurniaanNya.

Yang Maha memberi.

147 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Thu Sep 10, 2009 1:45 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
dheadz wrote:
umaruddin wrote:
Hati2 tuan.. semua.. tempat yang semua duduk ni.. keras.
Tak tahu nak kata apa , tapi tersenyum seketika baca ayat Tuan Umar yang satu ni.
Assalamualaikum..
Betul Dheadz.. saya dapat resakan tempat kerja Dheadz tu KERAS... Very Happy

http://www.umaruddin.blogspot.com

148 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Thu Sep 10, 2009 3:02 pm

dheadz


Admin
Admin
umaruddin wrote:
Betul Dheadz.. saya dapat resakan tempat kerja Dheadz tu KERAS... Very Happy
Betul tu, mmg keras. Tempat yang saya duduk ni je rasanya lembut sikit. Saya faham sangat makna ayat Tuan Umar tu. eheh... Very Happy


insyirah wrote:
"Saidina Ali ni akidahnya ALLAH TIDAK PERNAH TIDAK MEMBERI"

Yang part ni mmg tak faham, minta penjelasan lanjut cik Insyirah. Very Happy


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

149 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Thu Sep 10, 2009 6:01 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Insya Allah En Dheadz, Cik Insyirah cuba... Smile

Maksudnya Saidina Ali ni sentiasa bersangka baik dengan Allah, Allah sentiasa mengabulkan permintaan hamba-hamba Nya (Dan berdoalah kepada KU nescaya akan KU perkenankan), kalau Allah tak makbulkan di dunia maka Allah akan beri ganjaran yang jauh berlipat ganda di akhirat andai kita bersabar dengan ujian dan memandang segalanya dengan hati yang redha Smile

Itulah maksud Allah TIDAK PERNAH TIDAK MEMBERI kerana Allah sentiasa memberi tanpa kita sedari.$ Kadang kita minta, Allah terus bagi. Kadang kita minta, tapi Allah gantikan dengan yang lain yang lebih baik (tanpa kita fikir). Kadang kita minta, Allah tak bagi di dunia sebab Allah nak beri yang lebih baik di akhirat kelak. - Hadis sahih.

Wallahua'lam


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

150 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Sep 12, 2009 4:50 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
aysa tak tahu nape suka sangat video ni,tak tahu nak letak kat mana,nak buh kat blog lambat pula upload,aysa letak kat sini jer ye.... Razz

moga baby ni jadi anak yang solehah,penyejuk hati ibu ayah..
Razz

151 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Today at 5:56 pm

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 6 of 18]

Go to page : Previous  1 ... 5, 6, 7 ... 12 ... 18  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum