Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Warung Kopi @ al-Insyirah

+10
muzafar
munira alhashimi
indah
normyislam
syafinur
azizul
Mahfuzah
aysarahanan
dheadz
insyirah
14 posters

Go to page : Previous  1 ... 10 ... 16, 17, 18

Go down  Message [Page 18 of 18]

1Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 18 Empty Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 17, 2009 11:13 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

First topic message reminder :

Assalamu'alaikum whb.

Nampaknya al-Insyirah sangatttt sepi... Sad

Saja buka topic baru, ana telah berazam untuk menghabiskan buku Putera Lembah Bakkah yang telah dibeli pada bulan Ogos 2008 dan sehingga kini belum berjaya dihabiskan. Maka, ana berazam selagi buku itu tidak habis, maka ana tidak akan mengupdate [blog] dan rindu pula rasanya nak menulis. Maka, jangan marah ye warga al-Insyirah, ana melepaskan kemaruk di sesawang ini. Embarassed

Warung Kopi @ al-Insyirah insya Allah, sekadar berkongsi cerita disekeliling. Let us sharing. Sharing is caring, rite? Cool

Sekadar berkongsi pengalaman dari jendela hospital. Smile

Pada awal tahun 2009, diary 2009 yang pertama sekali dalam hidup ana ialah program memasukkan diri ke hospital. Laughing Sound good ya? Razz Dari Desember 2008 lagi kesihatan mengganggu dan terus mengganggu rutin kehidupan. Alhamdulillah, moga dengan itu menjadikan ana hamba Allah yang selalu bersyukur atas kurniaan kesihatan dan nikmat-nikmat Nya. Hati menjadi sebak, gemuruh dan sangat hiba apabila membaca peringatan dari Tuhan, "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?" Berulang kali Allah 'bertanya' kepada manusia dalam surah Ar-Rahman, hati menjadi-jadi rindu untuk sujud di depan Kaabah Mu.

Kala hati menjadi gundah-gulana apabila doktor mengatakan bahawa badan yang sangat dhaif ini barangkali akan mengalami kelumpuhan. Subhanallah, berat sungguh rasanya ujian yang bertamu. Tapi, masih yakin Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang sia-sia. Dialah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik Perancang. Subhanallah, cantik sungguh aturan Ilahi buat ana. Very Happy

Kesakitan pada tulang belakang dan menjalar ke seluruh kaki kiri membuatkan ana benar-benar 'lumpuh'. Subhanallah. Hanya Allah menarik satu nikmat, terasa seakan lupa pada nikmat-nikmat yang lain. Astaghfirullah hal azhim. Teruknya penyakit hati ni. Rolling Eyes Kiri dan kanan pesakit merintih dan meraung-raung, ana hanya mampu membekukan diri. Bila sakit, ana lebih suka diam. Diam dan berfikir. Diam dan berzikir. Ya Allah, bila sakit baru ingat Tuhan. "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

Pelbagai diagnosis doktor, sama ada ana mengalami:
Retak pada tulang belakang
Kanser tulang

Dan macam-macam yang menakutkan. Ana cuba menggarapkan kembali antara emosi dan akal. Kita semua milik Allah, apa yang ada pada kita adalah milik Nya hatta nyawa kita sendiri adalah milik Allah. Dia hanya memberi kita pinjaman. Apakah kita marah apabila Pemilik barang pinjaman meminta semula apa yang Dia pinjamkan? Apakah kita lupa diri, apakah kita terlupa akan janji kita untuk memulangkan semula apa yang kita pinjamkan?

Dilema dan terasa bukan hanya fizikal yang diuji, malah kesabaran, keyakinan dan keteguhan hati serta IMAN sedang hebat diuji Allah. Embarassed Tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu. Ana cuba membina semula keyakinan, kesabaran dan keimanan yang seakan diterjah ombak yang lebih hebat dari tsunami. Bayangkan, selama ni kita masih berjalan-jalan, buat itu dan ini... Dengan sekelip mata, kita kena terima yang semua itu dah pun 'dipulangkan' kembali pada Tuan pemilik barang itu. Allahuakbar... Susah, tapi itulah tarbiyyah 'direct' yang sedang Allah lakukan pada seorang insan bernama Insyirah. Smile Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Wink Alhamdulillah.

Kesimpulannya:

Dalam apa jua situasi sekalipun, tenang-tenangkan hati... lol!

ala bizikrillahi tatma'inal qulub. Laughing

Well, harini... Ana perlu meneruskan pembacaan Putera Lembah Bakkah, semoga Allah memberi kelapangan waktu (yang sememangnya lapang) dan menggerakkan minda untuk mengutip mau'izzoh yang dipamerkan. Insya Allah. Smile


426Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 18 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Dec 01, 2010 7:15 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum... warung kopi senyap aja.. meja.. bangku dah berabuk... penuh sawang.. moh ramai2 ziarah..

http://www.umaruddin.blogspot.com

427Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 18 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Dec 03, 2010 1:05 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum.

Lama tak masuk sini. Selalu masuk, sendirian saja. Lama-lama, malas nak masuk. Hurm...

428Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 18 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Dec 04, 2010 11:41 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

Salam Insyirah...dari dulu sampai kini...asik sunyi je..
Tapi tak apa jauh dari PHD.

429Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 18 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Dec 06, 2010 7:45 pm

syafinur

syafinur
Ahli Aktif
Ahli Aktif

salam.....tak ramai org skrang ni....lau masuk pun mesti sorang2 jer....mgkn lum masanya lg kita nak jd meriah mcm kat forum yg dulu...masing2 sibuk dgn hal mereka...tunggu dan sabar...Inshaallah kita akan berkumpul semula..

430Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 18 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Mar 04, 2011 9:38 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum semua.

Apa khabar semua?
Lamanya tak masuk dalam forum ni,
Insyirah pun dah nak dapat title baru Very Happy

431Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 18 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Mar 09, 2011 12:37 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

Salamualaikum wbt...

aysa pon lama tak masuk forum ni...tiap kali lalu tengok macam tak ada orang..hmmm

432Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 18 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Jun 13, 2011 1:12 pm

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Assalamualaikum..

Sudah saangat lama saya tak menjengah ke forum ni..hu.
Em, saya tertanya-tanya status semua orang di sini, bagaimanakah?

Smile

http://normyislam.blogspot.com

433Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 18 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Jun 17, 2011 8:55 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

Wsalam,
normyislam.. insyaAllah.... azizul rasa mesti semua rindu zaman2 kita aktif dahulu, InsyaAllah azizul akan pindahkan forum ini ke tapak baru. Azizul baru sahaja beli domain www.zizul.com , domain ini sebenarnya domain personal, tapi azizul boleh subdomainkan forum ini, jadi masalah iklan yang MENYAKITKAN!, insyaAllah akan selesai, dan azizul masih boleh gunakan www.al-insyirah.co.nr untuk 'mask' subdomain ini... Doakan ye... tempat ini kalau dimanfaatkan, InsyaAllah besar impaknya, Amin...

https://al-insyirah.forummotion.com

434Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 18 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Jun 17, 2011 10:51 pm

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Wsalam,
normyislam.. insyaAllah.... azizul rasa mesti semua rindu zaman2 kita aktif dahulu, InsyaAllah azizul akan pindahkan forum ini ke tapak baru. Azizul baru sahaja beli domain www.zizul.com , domain ini sebenarnya domain personal, tapi azizul boleh subdomainkan forum ini, jadi masalah iklan yang MENYAKITKAN!, insyaAllah akan selesai, dan azizul masih boleh gunakan www.al-insyirah.co.nr untuk 'mask' subdomain ini... Doakan ye... tempat ini kalau dimanfaatkan, InsyaAllah besar impaknya, Amin...

Hu sebenarnya terkejut yang amat dengan iklan tu.. hm
InsyaAllah, apa2 yang baru maklumkanlah walaupun saya ni dulunya jarang berpeluang menjengah ke sini, hu. Sekarang ni barulah masa banyak terluang (lepas tamat persediaan A level). Apapun jazakallah buat pihak admin yang tak putus asa mencari-cari jalan meningkatkan trafik di sini:)

Ada baiknya juga tapak baru ni, moga dengan tu semua user akan bersemangat baru, ^_^
InsyaAllah

http://normyislam.blogspot.com

435Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 18 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Jun 24, 2011 6:08 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

InsyaAllah, Amin, sekarang ini azizul sedang mengintai CMS Drupal http://drupal.org

dan dalam proses mereka website al-insyirah. Alhamdulillah, azizul dapat tawaran menjadi business consultant dibawah program sirim , dan SME , dan dlm proses membuka syarikat berdaftar al-insyirah training & consulting , dan al-insyirah f&b . dan sebahagian daripada keuntungannya akan digunakan utk membangunkan komuniti al-insyirah sendiri. azizul baru berbincang dgn hanis, dan azizul harap ada yg sudi menjadi sukarelawan utk komuniti ini. sekiranya ada yang berminat boleh hubungi azizul di azizul_is(at)yahoo.com . Tq

insyaAllah latihan dan insentif akan diberikan. hanis dan normyislam, azizul sangat berharap pada kalian.

https://al-insyirah.forummotion.com

436Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 18 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Jul 08, 2011 10:38 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

Assalamualaikum, update ringkas.... azizul dah membeli domain www.al-insyirah.com , td azizul hubungi dheadz, dan telah berikan info kepada syafiqah. harap semua dapat membantu menghidupkan kembali komuniti ini, InsyaAllah xde lagi masalah iklan2 yg menyakitkan etc. TQ!

https://al-insyirah.forummotion.com

Sponsored content



Back to top  Message [Page 18 of 18]

Go to page : Previous  1 ... 10 ... 16, 17, 18

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum