Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Warung Kopi @ al-Insyirah

Go to page : Previous  1 ... 9 ... 15, 16, 17, 18  Next

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 16 of 18]

1 Warung Kopi @ al-Insyirah on Tue Feb 17, 2009 11:13 am

insyirah


Moderator
Moderator
First topic message reminder :

Assalamu'alaikum whb.

Nampaknya al-Insyirah sangatttt sepi... Sad

Saja buka topic baru, ana telah berazam untuk menghabiskan buku Putera Lembah Bakkah yang telah dibeli pada bulan Ogos 2008 dan sehingga kini belum berjaya dihabiskan. Maka, ana berazam selagi buku itu tidak habis, maka ana tidak akan mengupdate [blog] dan rindu pula rasanya nak menulis. Maka, jangan marah ye warga al-Insyirah, ana melepaskan kemaruk di sesawang ini. Embarassed

Warung Kopi @ al-Insyirah insya Allah, sekadar berkongsi cerita disekeliling. Let us sharing. Sharing is caring, rite? Cool

Sekadar berkongsi pengalaman dari jendela hospital. Smile

Pada awal tahun 2009, diary 2009 yang pertama sekali dalam hidup ana ialah program memasukkan diri ke hospital. Laughing Sound good ya? Razz Dari Desember 2008 lagi kesihatan mengganggu dan terus mengganggu rutin kehidupan. Alhamdulillah, moga dengan itu menjadikan ana hamba Allah yang selalu bersyukur atas kurniaan kesihatan dan nikmat-nikmat Nya. Hati menjadi sebak, gemuruh dan sangat hiba apabila membaca peringatan dari Tuhan, "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?" Berulang kali Allah 'bertanya' kepada manusia dalam surah Ar-Rahman, hati menjadi-jadi rindu untuk sujud di depan Kaabah Mu.

Kala hati menjadi gundah-gulana apabila doktor mengatakan bahawa badan yang sangat dhaif ini barangkali akan mengalami kelumpuhan. Subhanallah, berat sungguh rasanya ujian yang bertamu. Tapi, masih yakin Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang sia-sia. Dialah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik Perancang. Subhanallah, cantik sungguh aturan Ilahi buat ana. Very Happy

Kesakitan pada tulang belakang dan menjalar ke seluruh kaki kiri membuatkan ana benar-benar 'lumpuh'. Subhanallah. Hanya Allah menarik satu nikmat, terasa seakan lupa pada nikmat-nikmat yang lain. Astaghfirullah hal azhim. Teruknya penyakit hati ni. Rolling Eyes Kiri dan kanan pesakit merintih dan meraung-raung, ana hanya mampu membekukan diri. Bila sakit, ana lebih suka diam. Diam dan berfikir. Diam dan berzikir. Ya Allah, bila sakit baru ingat Tuhan. "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

Pelbagai diagnosis doktor, sama ada ana mengalami:
Retak pada tulang belakang
Kanser tulang

Dan macam-macam yang menakutkan. Ana cuba menggarapkan kembali antara emosi dan akal. Kita semua milik Allah, apa yang ada pada kita adalah milik Nya hatta nyawa kita sendiri adalah milik Allah. Dia hanya memberi kita pinjaman. Apakah kita marah apabila Pemilik barang pinjaman meminta semula apa yang Dia pinjamkan? Apakah kita lupa diri, apakah kita terlupa akan janji kita untuk memulangkan semula apa yang kita pinjamkan?

Dilema dan terasa bukan hanya fizikal yang diuji, malah kesabaran, keyakinan dan keteguhan hati serta IMAN sedang hebat diuji Allah. Embarassed Tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu. Ana cuba membina semula keyakinan, kesabaran dan keimanan yang seakan diterjah ombak yang lebih hebat dari tsunami. Bayangkan, selama ni kita masih berjalan-jalan, buat itu dan ini... Dengan sekelip mata, kita kena terima yang semua itu dah pun 'dipulangkan' kembali pada Tuan pemilik barang itu. Allahuakbar... Susah, tapi itulah tarbiyyah 'direct' yang sedang Allah lakukan pada seorang insan bernama Insyirah. Smile Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Wink Alhamdulillah.

Kesimpulannya:

Dalam apa jua situasi sekalipun, tenang-tenangkan hati... lol!

ala bizikrillahi tatma'inal qulub. Laughing

Well, harini... Ana perlu meneruskan pembacaan Putera Lembah Bakkah, semoga Allah memberi kelapangan waktu (yang sememangnya lapang) dan menggerakkan minda untuk mengutip mau'izzoh yang dipamerkan. Insya Allah. Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

376 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Jul 14, 2010 6:42 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
dheadz wrote:Insyaallah, berkat usaha semua, kita boleh meriahkan kembali forum ini.

Bulan Julai sudah sampai di pertengahan, tak lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelma. Kalau tak silap, mengikut perkiraan ramai, dalam 10hb Ogos, kita akan mula berpuasa. Kejap je kan masa berlalu sekarang? Pejam celik, pejam celik dah sebulan, kemudian setahun, cepat sungguh masa berlalu.

Kalau mungkin ada sesiapa yang perasan dari semalam, sekejap saiz font utk posting akan sedikit kecil, dan kemudian sedikit besar. Saya tidak pasti mana yang lebih sesuai, yang sekarang ini (11 pixel), atau yang terdahulu (12 pixel) lebih sesuai. Yang nyatanya bagi saya, yang ini lebih sesuai dari yang sebelum ini (10 pixel mungkin). Smile
Assalamualaikum...
Setuju.. sekarang ni sedang elok.. tak besar dan tak kecil sangat..
InsyaAllah.. begitu perkiraannya.. dalam 3 minggu aje lagi.


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

377 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Jul 14, 2010 11:25 pm

dheadz


Admin
Admin
Takpelah Insyirah, nak membebel boleh juga, meriah kembali suasana. Smile


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

378 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Thu Jul 15, 2010 10:06 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Ni dah alang2 dah lalu warung kopi ni.. Saya nak menjemput semua ke majlis zikrullah menyambut Ramadhan di rumah ayah saya.. InsyaAllah..

Tarikh: Ahad 1 Ogos 2010 (20 Syaaban 1431)
Masa 11:30pagi
Atucara bermula dengan ketibaan tetamu... bacaan Yaasin dan Zikrullah dan diakhiri dengan jamuan..

Tempat: 85 Jalan 14/58 Petaling Jaya... Berhampiran dengan Sek Sri Aman.

Dijemput datang beramai-ramai untuk mengimarahkan majlis tahunan ini..


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

379 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Fri Jul 16, 2010 1:01 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
ramadan yang di nanti-nantikan....
suda 5 taun tak raya mau pon puasa bersama keluarga..
rasa sangat teruja...

"selamat menyambut bulan ramadan yang mulia"
jom start balik program ktam Al Quran


>>>>feninn,keyboard bermasala<<<<


_________________
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

380 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Jul 17, 2010 3:24 pm

dheadz


Admin
Admin
5 tahun tak beraya bersama keluarga, wow satu jangka masa yang lama, sama panjangnya utk pelajar2 kat sekolah menengah sampai SPM. Tentu banyak perubahan yang dah berlaku masa sampai Malaysia hari tu kan? Ingat jalan balik rumah lagi tak? Very Happy

Bila Aysa sebut program khatam Quran ramai2, terus teringat program ni tahun lepas. Smile


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

381 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Jul 17, 2010 7:26 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Maaf terlepas pandang.. Jumaat 16 hb Julai.. harijadi Tuan Owner kan?
Selamat harijadi.. Moga panjang umur lagi.. sentiasa diberkati.. dan dilindungi.. dimurahkan rezeki


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

382 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sun Jul 18, 2010 1:10 am

azizul


Admin
Admin
Thanks... huhuhu.. semester ni, ada perubahan struktur cuti semester utk kebnyakan ipta, akn ada 3 minggu cuti seblum final, sempena cuti raya puasa dan haji.. bercuti sblum final.. mesti mkin berat ujiannya..


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

383 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Mon Jul 19, 2010 9:37 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum.. tempat saya tak ada kesan..
Sem baru akan bermula InsyaAllah 2 Ogos nanti.. cuti Aidul Fitri mid dem break .. Deepavalli.. cuti tambahan.. Aidul Adha.. sedang elok... lepas final exam



Last edited by umaruddin on Wed Jul 21, 2010 9:03 pm; edited 1 time in total


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

384 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Jul 21, 2010 11:41 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
selamat ari lair azizul..
semoga di panjangkan umur,permudakan segala urusan ..tapi yang keberapa ya azizul?

biasa la deadz adat belajarkan...5 taun nampak macam lama,tapi tak sedar pun masa berlalu
umur pun makin meningkat...


>>sori keyboard masi lom stabil<<Sad


_________________
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

385 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Jul 21, 2010 9:09 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
aysarahanan wrote:selamat ari lair azizul..
semoga di panjangkan umur,permudakan segala urusan ..tapi yang keberapa ya azizul?

biasa la deadz adat belajarkan...5 taun nampak macam lama,tapi tak sedar pun masa berlalu
umur pun makin meningkat...


>>sori keyboard masi lom stabil<<Sad
Assalamualaikum...
Aysa.. kalau umur kian menurun tu kes paranormal.... Very Happy

Seboleh2nya cuba jadikan proses pembelajaran dan pengajaran sebagai proses yg berkekalan... proses pembelajaran sepanjang hayat. Selagi kita bernyawa... setiap perkara kita lakukan.. tak kita masa atau tempat.. jadikan satu proses pembelajaran... sama ada pengajaran baru... penambahbaikan ilmu yg sedia ada.. atau paling tidak.. proses pengingatan semula.
Kalau dikirakan begitu.. 5 tahun adalah satu tempoh yg teramat singkat. Kita nak belajar bercakap pun makan masa lebih 5 tahun..


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

386 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Thu Jul 22, 2010 8:48 am

insyirah


Moderator
Moderator
Kak Aysa, hihihi... Mesti rindu pada bumi Jordan kan? Masa duduk jauh mesti tak sabar nak balik Malaysia dan bila dah sampai Malaysia hati macam tertinggal je di tempat belajar kerana pengalaman mendewasakan, tanah tempat jatuh pun teringat inikan pula jami'ah yang memberi kita ilmu pengetahuan dan bumi barakah yang penah dijejak oleh para wali dan ambiya'. Allahuakbar, moga kak Aysa akan ke sana lagi Smile

Suami insyirah pun dulu belajar di Pakistan 6 tahun dari maahad sampai master, kemudian sambung pula di Mesir 3 tahun lebih buat 2nd BA, sekarang sambung master di UKM. Kalau bersembang dengan suami atau mendengar kuliah (in person) memang Insyirah akan "penat" untuk berfikir sebab belum habis nak hadam satu perkara dah ditanya tentang perkara lain. Benar-benar mengasah minda untuk berfikir secara kreatif dan kritis sampai satu tahap rasa macam duduk dalam kelas dan kena latih tubi minda, haih penat-penat Smile

Bukan penat buat kerja, tapi penat berfikir. Suami atur jadual, harini nak ajar Insyirah tafsir Quran kemudian dia ajar pula hadis, itu dan ini... Insyirah yang bukan basic agama, terasa macam toink toink kepala berpusing nak hafal istilah-istilahnya. Tapi proses pembelajaran sangat seronok, sebab selalu diselang selikan dengan soalan yang entah apa-apa dari Insyirah nak rehatkan minda. Huhuhu... Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

387 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Jul 24, 2010 11:03 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
ayanda umaruddin
itu yang cuba aysa lakukan sekarang...insyaAlla belajar selagi bernafas..

adik syira,
rumatangga rasululla sebagai model,bagaimana baginda selalu ajarkan aisya yang tak tau apa-apa sampai boley jadi rujukan oley para wanita lain.belajar selagi boley belajar..
Smile


_________________
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

388 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sun Jul 25, 2010 12:47 am

dheadz


Admin
Admin
Rindu pada banyak perkara, yang menceriakan hari2 berlalu, mendewasakan kita ke tahap sekarang, oh indahnya kenangan. Kalaulah boleh dirakam dan disimpan dalam cakera keras untuk tatapan sendiri dan anak cucu cicit pada masa akan datang, kan seronok. eheh...

Saya perasan huruf 'h' dalam post2 Aysa memang ada masalah, takpe... sabar ye, nanti2 bolehlah bawak ke kedai utk baiki papan kekunci tu. Smile


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

389 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Mon Jul 26, 2010 1:43 am

insyirah


Moderator
Moderator
Insya Allah.

Kak Aysa, betul la tu. Aisyah dari tak tahu apa-apa jadi rujukan hampir semua bidang. Allahuakbar, mudah-mudahan mampu untuk menjadi Aisyah untuk suami Smile

Dheadz,
Salah satu usaha untuk merakam ialah dengan menulis jurnal peribadi - blog pun okey! Very Happy


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

390 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Mon Jul 26, 2010 7:01 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
umaruddin wrote:Assalamualaikum...
Ni dah alang2 dah lalu warung kopi ni.. Saya nak menjemput semua ke majlis zikrullah menyambut Ramadhan di rumah ayah saya.. InsyaAllah..

Tarikh: Ahad 1 Ogos 2010 (20 Syaaban 1431)
Masa 11:30pagi
Atucara bermula dengan ketibaan tetamu... bacaan Yaasin dan Zikrullah dan diakhiri dengan jamuan..

Tempat: 85 Jalan 14/58 Petaling Jaya... Berhampiran dengan Sek Sri Aman.

Dijemput datang beramai-ramai untuk mengimarahkan majlis tahunan ini..
Assalamualaikum...
Peringatan.. kalau siapa2 ada kelapangan Ahad ni.. jemput datang mengimarahkan lagi majlis.. InsyaAllah..


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

391 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Tue Jul 27, 2010 9:22 pm

dheadz


Admin
Admin
Semoga majlis tersebut berjalan dengan lancar Umaruddin.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

392 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Jul 28, 2010 8:04 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
dheadz wrote:Semoga majlis tersebut berjalan dengan lancar Umaruddin.
Assalamualaikum.. Tuan Dheadz.. dekat dengan tempat kerja tuan.. kalau ada kelapangan.. jemput hadir.


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

393 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Thu Jul 29, 2010 11:04 pm

dheadz


Admin
Admin
Terima kasih atas undangan, saya sekeluarga akan pulang ke kampung esok dan kembali semula pada hari Isnin. Insyaallah di lain masa.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

394 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Fri Jul 30, 2010 5:52 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
dheadz wrote:Terima kasih atas undangan, saya sekeluarga akan pulang ke kampung esok dan kembali semula pada hari Isnin. Insyaallah di lain masa.
InsyaAllah...
Selamat bermusafir, selamat pergi dan selamat kembali..


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

395 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Fri Jul 30, 2010 6:27 pm

syafinur


Ahli Aktif
Ahli Aktif
sya mcm nak pergi jer..tapi tgkla lau kolej takder aktiviti atau fakulti takder aktiviti....hehehe...mcm tau jln...

396 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Jul 31, 2010 11:49 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
ramadhan bakal tiba..............
seronoknya..

moga di panjangkan umur agar dapat melalui ramadhan kali ni...


_________________
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

397 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Jul 31, 2010 10:06 pm

azizul


Admin
Admin
yup... tinggal lg x sampai 2 minggu... x sabar rase... harap2 ketemu di bulan ramadhan... theme baru pn bakal dipasang...


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

398 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Aug 04, 2010 10:53 am

umaruddin


Moderator
Moderator
aysarahanan wrote:ramadhan bakal tiba..............
seronoknya..

moga di panjangkan umur agar dapat melalui ramadhan kali ni...
Assalamualaikum...
InsyaAllah.. dan InsyaAllah juga.. Ramadhan yg lebih baik dari yg sebelumnya..


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

399 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Thu Aug 05, 2010 8:50 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
syafinur wrote:sya mcm nak pergi jer..tapi tgkla lau kolej takder aktiviti atau fakulti takder aktiviti....hehehe...mcm tau jln...
Assalamualaikum..
InsyaAllah lain kali ada rezeki.. jodoh.. boleh jumpa..


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

400 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Fri Aug 06, 2010 2:29 am

dheadz


Admin
Admin
Tak tahu jalan pun tidak mengapa Syafinur, boleh juga dapatkan panduan daripada Google Maps, senang gitu. Saya pun kalau ingin ke satu2 tempat yang tidak pernah dikunjungi, Google Maps lah yang menjadi panduan saya. Ada tips lain? Smile


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

401 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Today at 7:31 pm

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 16 of 18]

Go to page : Previous  1 ... 9 ... 15, 16, 17, 18  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum