Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Warung Kopi @ al-Insyirah

+10
muzafar
munira alhashimi
indah
normyislam
syafinur
azizul
Mahfuzah
aysarahanan
dheadz
insyirah
14 posters

Go to page : Previous  1, 2, 3, 4 ... 10 ... 18  Next

Go down  Message [Page 3 of 18]

1Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 17, 2009 11:13 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

First topic message reminder :

Assalamu'alaikum whb.

Nampaknya al-Insyirah sangatttt sepi... Sad

Saja buka topic baru, ana telah berazam untuk menghabiskan buku Putera Lembah Bakkah yang telah dibeli pada bulan Ogos 2008 dan sehingga kini belum berjaya dihabiskan. Maka, ana berazam selagi buku itu tidak habis, maka ana tidak akan mengupdate [blog] dan rindu pula rasanya nak menulis. Maka, jangan marah ye warga al-Insyirah, ana melepaskan kemaruk di sesawang ini. Embarassed

Warung Kopi @ al-Insyirah insya Allah, sekadar berkongsi cerita disekeliling. Let us sharing. Sharing is caring, rite? Cool

Sekadar berkongsi pengalaman dari jendela hospital. Smile

Pada awal tahun 2009, diary 2009 yang pertama sekali dalam hidup ana ialah program memasukkan diri ke hospital. Laughing Sound good ya? Razz Dari Desember 2008 lagi kesihatan mengganggu dan terus mengganggu rutin kehidupan. Alhamdulillah, moga dengan itu menjadikan ana hamba Allah yang selalu bersyukur atas kurniaan kesihatan dan nikmat-nikmat Nya. Hati menjadi sebak, gemuruh dan sangat hiba apabila membaca peringatan dari Tuhan, "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?" Berulang kali Allah 'bertanya' kepada manusia dalam surah Ar-Rahman, hati menjadi-jadi rindu untuk sujud di depan Kaabah Mu.

Kala hati menjadi gundah-gulana apabila doktor mengatakan bahawa badan yang sangat dhaif ini barangkali akan mengalami kelumpuhan. Subhanallah, berat sungguh rasanya ujian yang bertamu. Tapi, masih yakin Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang sia-sia. Dialah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik Perancang. Subhanallah, cantik sungguh aturan Ilahi buat ana. Very Happy

Kesakitan pada tulang belakang dan menjalar ke seluruh kaki kiri membuatkan ana benar-benar 'lumpuh'. Subhanallah. Hanya Allah menarik satu nikmat, terasa seakan lupa pada nikmat-nikmat yang lain. Astaghfirullah hal azhim. Teruknya penyakit hati ni. Rolling Eyes Kiri dan kanan pesakit merintih dan meraung-raung, ana hanya mampu membekukan diri. Bila sakit, ana lebih suka diam. Diam dan berfikir. Diam dan berzikir. Ya Allah, bila sakit baru ingat Tuhan. "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

Pelbagai diagnosis doktor, sama ada ana mengalami:
Retak pada tulang belakang
Kanser tulang

Dan macam-macam yang menakutkan. Ana cuba menggarapkan kembali antara emosi dan akal. Kita semua milik Allah, apa yang ada pada kita adalah milik Nya hatta nyawa kita sendiri adalah milik Allah. Dia hanya memberi kita pinjaman. Apakah kita marah apabila Pemilik barang pinjaman meminta semula apa yang Dia pinjamkan? Apakah kita lupa diri, apakah kita terlupa akan janji kita untuk memulangkan semula apa yang kita pinjamkan?

Dilema dan terasa bukan hanya fizikal yang diuji, malah kesabaran, keyakinan dan keteguhan hati serta IMAN sedang hebat diuji Allah. Embarassed Tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu. Ana cuba membina semula keyakinan, kesabaran dan keimanan yang seakan diterjah ombak yang lebih hebat dari tsunami. Bayangkan, selama ni kita masih berjalan-jalan, buat itu dan ini... Dengan sekelip mata, kita kena terima yang semua itu dah pun 'dipulangkan' kembali pada Tuan pemilik barang itu. Allahuakbar... Susah, tapi itulah tarbiyyah 'direct' yang sedang Allah lakukan pada seorang insan bernama Insyirah. Smile Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Wink Alhamdulillah.

Kesimpulannya:

Dalam apa jua situasi sekalipun, tenang-tenangkan hati... lol!

ala bizikrillahi tatma'inal qulub. Laughing

Well, harini... Ana perlu meneruskan pembacaan Putera Lembah Bakkah, semoga Allah memberi kelapangan waktu (yang sememangnya lapang) dan menggerakkan minda untuk mengutip mau'izzoh yang dipamerkan. Insya Allah. Smile


51Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Aug 10, 2009 9:46 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum Smile

Maaf, lama tak buka Al-Insyirah, hari Jumaat-Ahad yang lalu rumah ana diserikan dengan kedatangan 6 orang sahabat dari UM. Sangat meriah dan sangat-sangat kecoh rumah dengan kehadiran mereka. Kami juga sempat ke Menara Brinchang (puncak di Cameron Highlands) dan sewaktu berada di atas menara, kami diberikan nikmat oleh Allah Taala merasa duduk di dalam awan, hehehe. Sejuknya sampai menggigil dan bila bercakap keluar asap (ala-ala musim sejuk gitu) Razz

Ya Allah, teruja sangat-sangat. Laughing

Sempat record dengan video dan merasa la angin kuat sangat masa duduk atas tu. Hehehe. Kebetulan, bila je sampai atas menara terus angin kuat dan awan sedang bergerak dengan laju. Menukar arah mengikut aturan Allah, subhanallah!

Bila sahabat-sahabat balik ke Um, heheh sepi la rumah. Semalam, semuanya tidur satu bilik (paksa ummi dan abi tidur sama) sebab takut yang teramat tersangat nak tidur dengan bibik. Crying or Very sad

Semalam called agen, maybe sending her back to Indinesia la... SAYA TAKUT! Rolling Eyes
Waktu siang, bila parents ke pejabat dan adik-adik ke sekolah maka saya sendirian dengan bibik, macam-macam yang berlaku dalam rumah. Haiyok! Haiyok! Embarassed

52Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Aug 10, 2009 11:20 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

HUhuhu... semoga Insyirah dilindungi... Smile

http://www.shindah.blogspot.com

53Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Aug 11, 2009 8:58 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

sian syirah...nanti kak aysa g teman ek ek ... Razz

apa pun syirah,di doakan semoga sentiasa di lindungi oleh Allah..
Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya... Smile

54Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Aug 12, 2009 11:14 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Warung kopi hari ni bukak kedai x??? nak pesan kopi ais satu.....

http://www.shindah.blogspot.com

55Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Aug 12, 2009 12:51 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Ade x siape-siape tahu tentang KPLI 2010.. ada x pengambilan KPLI kali ni?.. uhuhu.. berhajat nak ambil KPLI.. tapi mcm xde berita pun...

http://www.shindah.blogspot.com

56Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Aug 12, 2009 3:33 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

KPLI, macam biasa dengar, tapi tak tahu apa maksud sebenar. Latihan Industri ke Indah. Alaa.. senang jer, taip jer kat Goooogle, ada banyak nya result. Pilih yang mana yang paling berkaitan, dapatkan no telefon dan tanya terus kat diorang. Wink

57Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Aug 12, 2009 3:36 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

kursus perguruan lepasan ijazah.. tgk kat kementeriannyer website.. xde ape pun berite tentang KPLI ambilan 2010... huhu.. biasenyer akan kuar iklan kat internet... tapi puas gak tggu dr bulan julai ... sebab biasenyer aplikasi internet die untuk borang permohonan kuar bulan 7..

http://www.shindah.blogspot.com

58Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Aug 12, 2009 3:47 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Oh I see gitu rupanya, nak senang cite apakata Indah call jer tanya. Paling kurang pun, hati takde lah tertanya-tanya lagi jika kursus itu memang tidak ditawarkan. Wink

59Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Aug 12, 2009 5:19 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

aysa ade dengar juga pasal kpli ni,ada pengambilan januari kan?ke aysa salah maklumat?hehe

sambil menikmati air susu cicah sekot,menanti masa untuk ke exam..
doakan aysa.. Very Happy Razz

60Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Aug 12, 2009 5:20 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

ehehe.. betul jugak tu... tapi memang ade dengar berita harii tu .. kursus tu akan dibekukan untuk tahun ni.. uhuhu..

hari ni saya ke kedai brg2 plastik murah2.. best sgt sbb.. dpt beli tempat bekas garam.. kunyit untuk masak tu dengan harga rm2.. yang bekas siap 4 set tuh... dengan bekas plastik tempat sudu2 tu.. rm1.50...

sekarang ni kene la pandai bajet dalam semua hal... kan..

http://www.shindah.blogspot.com

61Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Aug 12, 2009 8:52 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

ha betul tu ...bajet2,list barang ..senang nanti lebih duit leh simpankan..
untuk masa depan..

ha..nak raya ni,belanja kena berpada2,..hhihi pose pon lum lagi..
ahlan ya ramadhan...
Very Happy

62Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 13, 2009 10:41 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

x sabar je rasenyer nak menyambut dan mengahadapi ramadhan... Smile bulan yang saya sangat nanti-nantikan....

http://www.shindah.blogspot.com

63Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 13, 2009 11:00 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Syirah dah beli baju raya Razz

Huhu, puasa belum... Baju raya dah beli, hik hik hik. Tahun ni satu keluarga berwarna tema coklat Very Happy Suka beli yang ready made sebab tak payah pergi tailor lagi, rasanya ready made lebih murah berbanding tailor. Kalau tailor, kadang-kadang kain RM30, upahnya RM35-40 tapi kalau tailor kelam kabut, baju tu tak sedap bila pakai. Dah 'melayang' RM70 tapi baju tak best. Kalau ready made, senang... try pakai, muat, beli, bayar, pakai. Razz

Antara butik yang menawarkan baju sedondon--> Butik Gene Martino. Tahun ni tahun kedua beli baju tema (untuk semua) di sana. Kalau pakaian perempuan, walla.. walla... hikhikhik (Razz) Ummi and Syira suka tengok di Butik Torkuaz (Jalan TAR) sebab bajunya design ala-ala arab gitu tapi price dia amatlah tidak sesuai untuk dipakai oleh budak kecil macam Syira nih. No Bajunya semua 3 angka dan kalau yang cantik menarik tertarik tu around RM300. Adoiiii... Tengok jer la, cuci mata. Very Happy

Kalau jubah yang cantik-cantik selalunya Zura Collection (House Of Jubah) dulu ada di Jalan TAR tapi sekarang dah takde, di kompleks PKNS ada rasanya sama ada cawangan atau kedai baru. Zura Collection ni simple, kain dia sangatlah best. Kain nipis (tapi tak jarang) dan berat. Kalau ditiup angin tu takde la rasa macam kain sume nak terbang. Razz Masa pergi Mekah dulu pun Syira pakai jubah Malaysia je (jarang pakai jubah hitam macam arab) pastu orang Arab suka je nak belek-belek baju masa duk lepak-lepak dalam masjid. Hehehe...

"Jamilah.. Jamilah.."

Maksud dia cantik lah tu baju tu. Very Happy

Jubah di PKNS sangat-sangat murah, ada yang RM60 tapi sangat la cantik dan kain pun not bad tauuu! Haritu (awal bulan) pergi PKNS, wah rambang mata dibuatnya. Very Happy Ada yang mahal, ada yang murah. Yang murah pun dah cukup cantik. Hihihi...

Eh, citer pasal baju lak nih... Kopi takde ker ni, semua puasa Khamis agaknya. Razz

Sapa puasa nanti claim kurma yerk untuk buka puasa, kalau tak puasa sila... sila la makan nasi lemak dengan air kopi habbatus sauda' Razz

p/s: Tengah melayan hujan lebat di luar... Sejukkkkkkkkk bounce

64Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 13, 2009 11:17 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

UHuuu.. bestnyer.. dah beli baju raya.. tahun ni akak x pk pun lagi baju raya.. dan kesimpulannya xde lg dan x tempah lagi... tahun ni tak tahu lagi nak pakai baju raya ke.. x ke.. sbb tgh pregnant kan.. maybe akak beli jubah je la kut nnt.. cr kat butik2.. uhuu.. akak pun suka beli ready made je.. sebab mudah .. cantik pun cantik.. jahitannya kemas... lagipun x sempat dah mcm dulu.. dulu mase sekolah menengah memang jahit baju sendiri je... sbb biase nak raya ni cuti sekolah..

sejak masuk U memang baju raya semua pun akak beli... sebab kadang x mau susahkan mak jahit baju... kadang mak x sempat nak jahit pun sebab sibuk mengajar ngaji...

Tapi yang seronoknya.. tahun ni ... raya yang mmg raya sebab saudara2 pun dah bertambah.. Smile

http://www.shindah.blogspot.com

65Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 13, 2009 11:30 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Hihihi, Syira selalu pakai jubah sebab boleh / sesuai dipakai kemana-mana saja, lagi satu baju kurung. Sekarang, banyak dah yang ready made tak macam dulu kan kak. Dulu selalu mak jahit sendiri je, lagipun dulu kan kalau dapat jahit baju, memang sangat membantu ekonomi tak perlu nak tempah-tempah. Masalahnya, syira tak pandai menjahit. Embarassed Kalau setakat jahit baju terkoyak/beretas tu OK la kalau nak jahit untuk buat baju, surrender la. Embarassed memang dari dulu lagi jari ni keras. silent Kalau nak menyulam pun, aih tak tahu la berapa banyak yang 'dirosakkan' sebelum berjaya. Razz

Kak Indah tak pakai uniform pregnant ker?
Tapi kan kak, kalau pakai Jubah kan after deliver pun boleh pakai lagik, kiranya sesuai sampai bila pun hehehe. Lagi satu kalau jubah yang ada butang/zip di bahagian depan nanti senang nak menyusu anak. (eceh, ni dah tipS membeli baju la pulak...)
tongue

66Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 13, 2009 11:45 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Ehehe.. betul tu sekarang memang banyak dah jual baju kurung ready made ni..

Uniform pregnant?.. kat tempat kerja ke?.. kat sini memang xde uniform ... pakai baju biasa-biasa je... yanga da sekarang ni pun ade la dalam 6 helai.. tu la..

ingatkan nnt memang beli jubah kut... tapi jubah pun biasanya lagi mahal dr baju kurung.. uhuuu...

http://www.shindah.blogspot.com

67Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 13, 2009 11:52 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Hihi maksud saya kan Kak Indah, akak tak pakai baju pregnancy mom ke? Smile

Kalau baju pregnancy mom ni, bila dah deliver tak sesuai pula nak pakai lebih-lebih lagi kalau belum back to saiz asal. Kalau dah menyusu baby, selalunya badan quite susah nak turun (ke memudahkan nak dapat saiz asal ek?). Sebab tengok makcik2 jarang pakai baju pregnancy mom (ummi pun sama) dorang lebih banyak pakai baju jubah sebab katanya lepas bersalin pun boleh pakai dan bila menyusu senang jer. Kalau pregnancy punya baju, dah deliver segan lak pakai esp bahagian perut ketara pula. Nanti orang still ingat pregnant. Smile

Kalau perut kecil, ada juga yang pakai dari awal-akhir baju kurung aje... Isk3, mesti kecil jer orangnya kan. Comel jer... hehehe.

kak Indah kene selalu jalan-jalan (tapak yang rata) dan jangan pakai kasut bertumit tau, jalan banyak-banyak leh memudahkan proses bersalin. --> Fakta yang belajar masa kelas biologi. Smile

68Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 13, 2009 12:19 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

insyirah wrote:

Kalau baju pregnancy mom ni, bila dah deliver tak sesuai pula nak pakai lebih-lebih lagi kalau belum back to saiz asal.

Memang sedang pakai pun.. ehehe.... tu lakan.. yang ade pun sket je.. tu pun mak cik yang bg.. akak beli pun selai due.. cuma ada akak beli seluar yang mmg khas utk pregnant mom.. tp nnt lps tu pun boleh pakai balik sbb die getah.. dan getah tu blh adjust.. ehhe...

insyirah wrote:
kak Indah kene selalu jalan-jalan (tapak yang rata) dan jangan pakai kasut bertumit tau, jalan banyak-banyak leh memudahkan proses bersalin. --> Fakta yang belajar masa kelas biologi. Smile

Kan.. betul tu.. memang.. kena rajin jalan.. xleh duduk je.. rehat je.. sbb akak x kan nak jogging2 lagi utk senaman... kena la rajin berjalan.. dan rajin jugak mkn mknn berkhasiat.. Smile

http://www.shindah.blogspot.com

69Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 13, 2009 5:17 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Al-fatihah buat arwah Ustaz Asri Ibrahim (vokalis RABBANI) yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 11 pagi tadi di Hospital Pantai.

70Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 13, 2009 7:55 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

Alfatihah buat Al-Fadhil Ustaz Asri ibrahim (Solo kumpulan Nasyid Rabbani) telah meninggal dunia jam 11.00 pagi tadi kerana serangan jantung. Allahu Akbar. Semoga Allah menempatkan roh dikalangan orang-orang yang syahid


semua orang dah cite pasal baju raya,aysa tahun ni tak pasti lagi ada baju raya ke tidak..raya sorang2 kan.sekadar meraikan kemenangan orang muslim di pagi raya.tahun ni keseorangan lagi,bangun pagi,mandi,g solat raya,balik balik tido atau tengok tv ..bukak siaran langsung dari makkah menghilang rasa rindu yang teramat sangat pada kampung halaman Sad ...tak pun bukak tenet...
nak masak2,buat kueh apatah lagi,sapa yang nak makan kan..kan kann.. Sad

kalau ade kucing kan bez...peneman hari2.. Sad Sad

71Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 13, 2009 9:37 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Kak Aysa... KAHWIN je la sebelum raya nih Very Happy
Dahulukan yang wajib, akad nikah. Nanti kenduri balik Malaysia lah yerk. Leh Syira pergi, hehehe. Buat rombongan geng Al-Insyirah. Ok tak kak? Nanti ada lah teman nak puasa, raya... Leh buat kueh raya, rendang makan dengan nasi impit tak pun kuah kacang pun boleh. Smile

72Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 13, 2009 9:56 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

haiyyak adek syirah comey....

nak suh berwalimah dengan sape?hihihi

adek syirah je la datang sini teman akk...huhuhu..

leh wat kueh sama2...pastu kite makan...pastu kite wat nasi impit..pastu kite jugak yang makan...amacam?? Razz

73Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 13, 2009 10:04 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Erkkk!!! Macam itu yerk kak....

Masya Allah, sukanya! Sukanya! Nak.. Nak.. Nak!! Kak Aysa bank in jer duit untuk tambang pergi-balik ataupun poskan jer tikednya, senang sket tak yah booking lagi. Hik hik hik... Razz Nak buat nasi impit makan dengan kuah kacang ke kak? Ha, apa kata kalau kita buat rendang daging, bleh makan seminggu! Razz

74Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 13, 2009 10:11 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

hehehe syirah ni saje buat k.aysa terliur...nakal ..

amboi2 nak bank in untuk die..syirah la bank in untuk akk..hehe

leh k.aysa g raya umah adek kan kan kan...

xyah susah2 da nak masak2....makan apa yg umi adek masak jer..hihi
Razz

75Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 3 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 13, 2009 11:02 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Wah, banyak cite tentang pompuan, nak menyampuk pon segan. Kenape la tak ramai kaum adam yang singgah warung kopi ni hari ni... Kalau tak boleh gak cite pasal game ke, cite2 yang best ke... ekekekke... Razz

Sponsored content



Back to top  Message [Page 3 of 18]

Go to page : Previous  1, 2, 3, 4 ... 10 ... 18  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum