Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Warung Kopi @ al-Insyirah

+10
muzafar
munira alhashimi
indah
normyislam
syafinur
azizul
Mahfuzah
aysarahanan
dheadz
insyirah
14 posters

Go to page : Previous  1 ... 6 ... 9, 10, 11 ... 14 ... 18  Next

Go down  Message [Page 10 of 18]

1Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 17, 2009 11:13 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

First topic message reminder :

Assalamu'alaikum whb.

Nampaknya al-Insyirah sangatttt sepi... Sad

Saja buka topic baru, ana telah berazam untuk menghabiskan buku Putera Lembah Bakkah yang telah dibeli pada bulan Ogos 2008 dan sehingga kini belum berjaya dihabiskan. Maka, ana berazam selagi buku itu tidak habis, maka ana tidak akan mengupdate [blog] dan rindu pula rasanya nak menulis. Maka, jangan marah ye warga al-Insyirah, ana melepaskan kemaruk di sesawang ini. Embarassed

Warung Kopi @ al-Insyirah insya Allah, sekadar berkongsi cerita disekeliling. Let us sharing. Sharing is caring, rite? Cool

Sekadar berkongsi pengalaman dari jendela hospital. Smile

Pada awal tahun 2009, diary 2009 yang pertama sekali dalam hidup ana ialah program memasukkan diri ke hospital. Laughing Sound good ya? Razz Dari Desember 2008 lagi kesihatan mengganggu dan terus mengganggu rutin kehidupan. Alhamdulillah, moga dengan itu menjadikan ana hamba Allah yang selalu bersyukur atas kurniaan kesihatan dan nikmat-nikmat Nya. Hati menjadi sebak, gemuruh dan sangat hiba apabila membaca peringatan dari Tuhan, "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?" Berulang kali Allah 'bertanya' kepada manusia dalam surah Ar-Rahman, hati menjadi-jadi rindu untuk sujud di depan Kaabah Mu.

Kala hati menjadi gundah-gulana apabila doktor mengatakan bahawa badan yang sangat dhaif ini barangkali akan mengalami kelumpuhan. Subhanallah, berat sungguh rasanya ujian yang bertamu. Tapi, masih yakin Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang sia-sia. Dialah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik Perancang. Subhanallah, cantik sungguh aturan Ilahi buat ana. Very Happy

Kesakitan pada tulang belakang dan menjalar ke seluruh kaki kiri membuatkan ana benar-benar 'lumpuh'. Subhanallah. Hanya Allah menarik satu nikmat, terasa seakan lupa pada nikmat-nikmat yang lain. Astaghfirullah hal azhim. Teruknya penyakit hati ni. Rolling Eyes Kiri dan kanan pesakit merintih dan meraung-raung, ana hanya mampu membekukan diri. Bila sakit, ana lebih suka diam. Diam dan berfikir. Diam dan berzikir. Ya Allah, bila sakit baru ingat Tuhan. "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

Pelbagai diagnosis doktor, sama ada ana mengalami:
Retak pada tulang belakang
Kanser tulang

Dan macam-macam yang menakutkan. Ana cuba menggarapkan kembali antara emosi dan akal. Kita semua milik Allah, apa yang ada pada kita adalah milik Nya hatta nyawa kita sendiri adalah milik Allah. Dia hanya memberi kita pinjaman. Apakah kita marah apabila Pemilik barang pinjaman meminta semula apa yang Dia pinjamkan? Apakah kita lupa diri, apakah kita terlupa akan janji kita untuk memulangkan semula apa yang kita pinjamkan?

Dilema dan terasa bukan hanya fizikal yang diuji, malah kesabaran, keyakinan dan keteguhan hati serta IMAN sedang hebat diuji Allah. Embarassed Tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu. Ana cuba membina semula keyakinan, kesabaran dan keimanan yang seakan diterjah ombak yang lebih hebat dari tsunami. Bayangkan, selama ni kita masih berjalan-jalan, buat itu dan ini... Dengan sekelip mata, kita kena terima yang semua itu dah pun 'dipulangkan' kembali pada Tuan pemilik barang itu. Allahuakbar... Susah, tapi itulah tarbiyyah 'direct' yang sedang Allah lakukan pada seorang insan bernama Insyirah. Smile Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Wink Alhamdulillah.

Kesimpulannya:

Dalam apa jua situasi sekalipun, tenang-tenangkan hati... lol!

ala bizikrillahi tatma'inal qulub. Laughing

Well, harini... Ana perlu meneruskan pembacaan Putera Lembah Bakkah, semoga Allah memberi kelapangan waktu (yang sememangnya lapang) dan menggerakkan minda untuk mengutip mau'izzoh yang dipamerkan. Insya Allah. Smile


226Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Oct 16, 2009 8:04 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. extra service.. minta air.. siap bagi ubat..
Anakanda.. keadaan Alhamdulillah dan terkawal.. kian baik.. cuma bila kerja lebih sikit mula le sempit dada tu.. dah mula berumur.... begitulah.. Elok juga.. lebih mengingati akan rumah kekal saya nanti...

http://www.umaruddin.blogspot.com

227Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Oct 16, 2009 10:39 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Alaaa, tak aci la camni. 2 orang jer dapat, untuk kami-kami yang tak dapat ni camne? Takkan takde lebih kot? Laughing

228Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Oct 17, 2009 8:51 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum semua Smile

Kak Indah : Ehe tak per, khas untuk orang demam... Smile

Ayahanda Umar : Ada buat latihan pernafasan tak? Selalunya kalau sempit pada ruang pernafasan kita digalakkan untuk batuk bagi 'boost' rongga pernafasan. Sama juga kalau sesiapa di serang heart attack, maka untuk menunggu bantuan kita kena berusaha untuk batuk. Smile Ini yang doc pesan la, wallahua'lam.

Akhi Dheadz : Ehe, tak aci yer? Tak apa la, untuk weekend ni saya belanja makan puding yerk. Resepi mudah je, beli kek gulung di kedai perisa pandan, kemudian letak kastard, bila dah keras maka letak jelly pula. Fuh, marvellous! Razz Sesuai sebagai appertizer atau pencuci mulut pun okay. Very Happy

Lagi... Lagi nak order apa? Smile

p/s: Hari ini saya ada tetamu dari jauh, sahabat yang sedang menunggu untuk pengajian Master di Al-Azhar nak ziarah. Tengah fikir nak masak apa ea. Masakan kampung atau western? Both bahan dah ada....! Rolling Eyes

229Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Oct 17, 2009 12:02 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

Assalamualaikum semua... sorry lama tak singgah,
InsyaAllah another 2 weeks, azizul ada final.. hehe, doakan ek.. mana tau dapat 4.00 .. ai.. berangan je.. Ukhti, ana nak 4 pudding boleh? hantakan kepada ana A.S.A.P ! Smile

https://al-insyirah.forummotion.com

230Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sun Oct 18, 2009 8:41 am

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

insyirah wrote:Assalamu'alaikum semua Smile

Kak Indah : Ehe tak per, khas untuk orang demam... Smile

Ayahanda Umar : Ada buat latihan pernafasan tak? Selalunya kalau sempit pada ruang pernafasan kita digalakkan untuk batuk bagi 'boost' rongga pernafasan. Sama juga kalau sesiapa di serang heart attack, maka untuk menunggu bantuan kita kena berusaha untuk batuk. Smile Ini yang doc pesan la, wallahua'lam.

Akhi Dheadz : Ehe, tak aci yer? Tak apa la, untuk weekend ni saya belanja makan puding yerk. Resepi mudah je, beli kek gulung di kedai perisa pandan, kemudian letak kastard, bila dah keras maka letak jelly pula. Fuh, marvellous! Razz Sesuai sebagai appertizer atau pencuci mulut pun okay. Very Happy

Lagi... Lagi nak order apa? Smile

p/s: Hari ini saya ada tetamu dari jauh, sahabat yang sedang menunggu untuk pengajian Master di Al-Azhar nak ziarah. Tengah fikir nak masak apa ea. Masakan kampung atau western? Both bahan dah ada....! Rolling Eyes
Assalamualaikum...
Ada.. Kalau buat multitasking.. terlebih tumpuan.. kekadang memang kurang buat pernafasan penuh.. bila rasa dada menyucuk sikit.. tangan kebas sikit.. ayahanda ambil break sekejap.. gi te tandas.. paling kurang cuci muka.. ada peluang ambil wudhuk.. baca AlFathihah.. baca 3 Qul.. Isthiqfar.. Selawat.. sambung balik kerja.. sambil2 tu buat breathing exercise sikit.. buat senam anerobic .. regangan otot sikit.. sebelum sambung balik kerja..
Elok juga bila sempit dada sikit.. kurang2 ingat balik Allah..

http://www.umaruddin.blogspot.com

231Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Oct 19, 2009 11:46 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Ehee..... terima kasih terima kasih.... Smile Hr jummat hari tu x kirje.. cuti.. jadi hari baru la baca semua reply... isk.. x sempat nak join azizul order pudding... boleh order lagi kaaaaaa.....?

http://www.shindah.blogspot.com

232Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Oct 19, 2009 11:45 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum...
Order puding ye.. puding apa ada?

http://www.umaruddin.blogspot.com

233Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Oct 21, 2009 11:37 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum semua Smile

Hehehe, breakfast makan kotiaw goreng.. Dah lama tak makan kotiaw, jemput makan. Very Happy

p/s: Puding dah habis la... Buat jelly la pulak, perisa mangga.. Wahhh... bestttt Razz

234Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Oct 21, 2009 1:45 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum....
Oooh.. makan kueh ye.. kueh tiaw goreng... ok juga tu..
Saya kalau ke tempat makan baru... nak uji kemahiran tukang masaknya... saya akan order sama ada kuey tiaw goreng atau nasi pattaya..
yang handal masak kuey tiaw goreng.. setiap kuey tiaw akan sama rata.. terasing.. tak melekat.. berketul2.. Kenyal sikit..
Kalau handal masak pattaya.. nasi masih panas.. bungkusan telur dadar kemas.. tak pecah atau terbuka.. telur masak betul.. tapi tak ada kesan perang.. (terlebih masak)..
Saya bukannya berkira sangat pasal makan.. cuma kalau ada yang dapat buat macam tu.. memang tu tempat tumpuan saya makan.. Very Happy

http://www.umaruddin.blogspot.com

235Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Oct 21, 2009 3:09 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

erm... sedapnyer nasi goreng pattaya.. lame dah x makan.... jelly mangga ke... sedap jugak tu.. kak nak order la... order sepuluh boley?..

Uhuu... x kira sebenarnya tentang makanan ni.. memang penting pun untuk tahu danpastikan makanan yang kita beli tu ok atau tak... Bagi saya memang goreng kuew tiaw adalah mencabar.. ehehe.. sebab dia x macam mee.. bihun semua... dan kalau tak pandai sukat masin die.. selalu je ade yg buat ter tawar.. terutama char kuew tiaw..

kalau saya pulak, saya akan order tom yam campur dan ayam goreng kunyit.. kalau sedap dua benda tu.. mesti sedap la lauk2 dia yang lain.. ehehe....

http://www.shindah.blogspot.com

236Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Oct 22, 2009 6:30 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

waa macam2 ada di warung ni..lama tak singgah sini...

aysa pulak pegi mana2 mesti nak roti canai..
salunyer aysa mesti memilih juga la roti canai tu...
kalo tebal sangat tak bez...suke yg garing2..nipis makan ngn kari...
kacang dal tak sukeee....

buli syirah suruh masak..hehe nanti kite pegi serangg! Razz

237Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Oct 22, 2009 12:37 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum...
Hmmm roti canai.. Kalau saya order.. mesti 2 keping.. banjir.. dhal sambal..
Lawan ngan susu halia...
Hmmm.... cik... cik.. ambil order.. 2 roti.. banjir.. dhal sambal.. susu halia.. panas.. kaw punya.. Very Happy

http://www.umaruddin.blogspot.com

238Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Oct 22, 2009 5:14 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Wah, seronoknya ramai-ramai cerita pasal makan. Ni yang buat perut terasa lapar ni, dah lah kat luar tu hujan... Smile

Aysa suka roti canai ye? Baru semalam pekena roti canai kat satu kedai ni masa makan tengahari. Ye betul, makan tengah hari. Orang lain cari nasi, saya makan roti canai. eheh... Bukan apa, dah lama juga tak makan, bila sesekali jumpa roti canai ni, apa lagi, tak lepas peluang, walaupun dah tengahari. Very Happy

239Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Oct 23, 2009 10:41 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Roti canai... hmm... memang sedap...adang .. malam-malam teringin nak makan... sedap gak mkn roti canai malam2... dulu mase bujang...masa tu duk kat wangsa maju... lepak ngan kawan-kawan makan roti tisu malam2... biase la.. mamak suka bukak skrin besar.. pekena roti canai sekeping dua sambil melepak... memang best...

Sekarang ni kalau teringin makan, suka makan roti canai sepupu... dia buka kedai malam... kalau order je mesti dua keping.. dia pun dah paham sangat.. ahaha....

http://www.shindah.blogspot.com

240Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sun Oct 25, 2009 8:51 am

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum...
Sebut pasal roti canai.. teringat masa belajar kat U dulu.. makan tengahari.. saya makan roti dalam 5 ke 8 keping.. menggantikan nasi... lagi murah.. dah lebih mengeyangkan.. tambahan pula saya agak hyperaktif... kalories dari roti canai Alhamdulillah cukup.. saya tak main bolakeranjang.. main ragbi.. banyak guna tenaga.. lagipun pula cara pemikiran saya unik sikit.. banyak guna tenaga juga..

http://www.umaruddin.blogspot.com

241Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Oct 27, 2009 1:32 am

azizul

azizul
Admin
Admin

Assalamualaikum,
teringat cakap cikgu..
satu keping roti, sama kalori dengan satu bungkus nasi lemak... Very Happy

https://al-insyirah.forummotion.com

242Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Oct 29, 2009 10:18 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Blueberry

Blueberry Muffin.

Selamat menjamu selera. Cukup tak warga Al-Insyirah... Hihihi... Lama tak masuk Al-Insyirah, saya ada sedikit masalah (berkaitan emosi) insya Allah apabila semuanya kembali reda saya akan menekan pedal minyak untuk terus memeriahkan Al-Insyirah.

Moga Allah merahmati saya dan anda semua. Smile

243Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Oct 29, 2009 4:03 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

Assalammualaikum Tuan Rumah....
Ada ke sesiapa di dalam tu.
Salam rindu ibu pada Warung Kopi ni. Terlihat Blueberry muffin...
Ada lagi ke buat ibu..?

244Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Oct 30, 2009 9:11 pm

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

sedapnya muffin tu...
kalo bole capai...mmg abis ayahanda bedal
tongue tongue

245Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Oct 31, 2009 8:05 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum whb

salam kasih sayang buat semua.

Alhamdulillah, muffin tu ada je tak berkurangan pun [dalam gambar] sila la... hehehe. Kalau setakat dalam gambar memang tak berkurangan. Smile Kalau di alam nyata, sekejap je dah habis.

HARINI mungkin bercadang nak beriadhah di swimming pool. Hehe, adik yang bongsu dah banyak kali ajak ke swimming pool. Untungnya swimming pool tersebut berbentuk privasi, jadi tiada masalah untuk mandi. Hanya booking dan mandi la selama mana yang mahu dengan ahli keluarga (pekerja syarikat) Very Happy

246Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Nov 02, 2009 9:17 am

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum.. lama tak ke sini.. Air suam satu Very Happy

http://www.umaruddin.blogspot.com

247Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Nov 02, 2009 10:32 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

sedapnyer... blueberry muffin... nyum nyum.... baru-baru ni memang tengah suka makan muffin dan coklat cake.. Smile ...

http://www.shindah.blogspot.com

248Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Nov 02, 2009 10:03 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Baru nampak gambar muffin tu, hari tu masa view kat tempat kerja, tak nampak. Emmmmmmmm. sedapnya, Nak betul-betul satu boleh? Tak banyak, satu jer.... Very Happy

Bulan ni, hujung bulan kita akan sambut raya haji, hari Jumaat tak silap. Best, seronok.... boleh cuti sederet 3 hari. Nak cuti lama2 tak boleh, cuti tinggal ciput jer. Smile

249Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Nov 03, 2009 12:50 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

sejuknyeeeeeeeee....nak milo...

doakan aysa,aysa kurang sihat semenjak 2 menjak ni....
sampai xleh amik exam...huk2...rasa cam nak nasik lemak panas je,pastu bubuh kerang,bubuh telor goreng,bubuh sotong,buh ikan bilis garing2..nasi beralaskan daun pisang.....lalala~

250Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 10 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Nov 03, 2009 9:33 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum whb Smile

Akhi Dheadz: Hihihi, insya Allah boleh tapi kene datang sini lah ambil Razz

Kak Indah : Syirah amat sangat suka choc cake, hihi. Kadang-kadang buat choc moist cake tapi tak buat dalam loyang, syirah buat macam muffin. Comel-comel jer, hehe. Nak makan pun senang, pastu tak yah basuh loyang dan tak mengambil banyak space. Hihihi... Very Happy

Kak Aysa : Terliur syirah dengan 'order' dari Kak Aysa... Nyummy!

Insya Allah 12 November ni Insyirah nak ke Kuala Lumpur,
13 November ada rehlah mahabbah di bukit cerakah,
14 November pergi sabak bernam,
15 November ada ziarah di KUIS dan juga UIA Insya Allah.

Haiyo... Haiyo... Syirah pun demam (macam kak Aysa jugak nih, jangkit ke kita ni kak?) harap-harap sebelum ke Kuala Lumpur, dah sihat. Ameen Very Happy

Sponsored content



Back to top  Message [Page 10 of 18]

Go to page : Previous  1 ... 6 ... 9, 10, 11 ... 14 ... 18  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum