Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Program Ramadhan Al-Insyirah

+3
dheadz
indah
insyirah
7 posters

Go to page : 1, 2  Next

Go down  Message [Page 1 of 2]

1Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Program Ramadhan Al-Insyirah Mon Aug 17, 2009 3:20 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum whb.

Sahabat-sahabat di Al-Insyirah yang dihormati, bagi pihak pentadbiran Al-Insyirah ana ingin mewar-warkan Program Ramadhan Al-Insyirah yang bakal dilaksanakan SEPANJANG BULAN RAMADHAN. Insya Allah.

Program ini dibuka kepada SEMUA ahli Al-Insyirah yang berdaftar (admin, moderator dan ahli biasa). Sesiapa yang berminat bolehlah tinggalkan komen pada topik ini. Penyertaan ini akan ditutup pada hari Jumaat bersamaan dengan 21 Ogos 2009.

Setelah berbincang dengan rakan-rakan pentadbir forum Al-Insyirah, kami ingin melaksanakan program ini bersama-sama sahabat yang lain. Insya Allah, kita bakal menyambut 1 Ramadhan pada hari Sabtu (22 Ogos) atau mungkin hari Jumaat (nanti kita tengok anak bulan sama-sama) Wink

Pihak Al-Insyirah mengajak sahabat-sahabat untuk bersama kami untuk menjayakan program
"Mengimarahkan Ramadhan Dengan Al-Quran"

30 juzuk al-Quran akan dibahagikan kepada setiap orang yang menyertai. Jadi, apabila sudah dibahagi dan bila semuanya selesai membaca bahagian masing-masing, dikira juga seperti khatam al-Quran untuk sesi forum Al-Insyirah. Kemudian, kalau sesiapa nak meneruskan pembacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk sendirian, tafaddhal masykura. Insya Allah.

Contoh:

10 penyertaan dari ahli.
30 juzuk dibahagi 10 orang = setiap ahli membaca 3 juzuk (pembahagian juzuk akan diberikan pada hari Jumaat - 21 Ogos)

Setiap ahli yang menyertai akan diberikan cenderahati dari pihak Al-Insyirah, tanda kenangan program ramadhan ini. Insya Allah.


p/s: Sekiranya anda seorang huffaz (penghafal) al-Quran sila maklumkan pada Insyirah melalui mesej (semasa komen dibawah) ataupun melalui PM.

Sekiranya kita berpuasa pada hari Sabtu, makanya pada waktu maghrib hari Jumaat kita boleh mulakan bacaan bahagian masing-masing kerana mengikut hari dalam Islam, waktu Maghrib adalah permulaan hari yang baru. Wallahua'lam.

Jazakumullah khairan.

2Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Mon Aug 17, 2009 6:58 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

saya join!!!...

http://www.shindah.blogspot.com

3Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Mon Aug 17, 2009 10:30 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Alhamdulillah,

Syukran jazilan kak Indah.


UPDATE

[1] insyirah
[2] Azizul (memberi jawapan melalui sms)
[3] indah

4Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Mon Aug 17, 2009 11:36 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Assalamualaikum...

Saya pun nak turut serta.

UPDATE

[1] insyirah
[2] Azizul (memberi jawapan melalui sms)
[3] indah
[4] dheadz

5Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Tue Aug 18, 2009 10:28 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

eeee aysa mau jugak,,, cheers

6Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Tue Aug 18, 2009 11:35 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Wa'alaikumussalam...

Assalamu'alaikum Smile


UPDATE LAGI

[1] insyirah
[2] Azizul
[3] indah
[4] dheadz
[5] aysarahanan

hamdalah, ramai yang turut serta ni... jom la lagi... join join... Smile

p/s: Kak Aysa, akak puasa sama hari dengan kami tak?

7Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Wed Aug 19, 2009 9:50 pm

nurul muslimah

nurul muslimah
Ahli Junior
Ahli Junior

assalamualaikum..nsib baik syirah gtau klu x ana x tau program ni..huhu...tq2~

ana nk join! Cool

http://nurulmuslimah.blogspot.com

8Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Thu Aug 20, 2009 10:04 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Update !!! Smile

[1] insyirah
[2] Azizul
[3] indah
[4] dheadz
[5] aysarahanan
[6] nurul muslimah

Insya Allah, esok hari terakhir untuk menyertai sebelum Ramadhan. Pada sesiapa yang berminat, teruskan mendaftar. Very Happy

9Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Thu Aug 20, 2009 5:41 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Alhamdulillah.... Smile

http://www.shindah.blogspot.com

10Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Fri Aug 21, 2009 2:35 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

insyirah wrote:

p/s: Kak Aysa, akak puasa sama hari dengan kami tak?

mungkin hari sabtu 22 haribulan tapi tak pasti lagi..

insyaAllah nanti di pastikan semula...

11Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Fri Aug 21, 2009 10:09 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum Smile

Insya Allah jam 4 pm (waktu Malaysia) nanti saya TUTUP penyertaan dan maklumkan pembahagian juzuk al-Quran.

Pada yang belum mendaftar, silakan mendaftar... Cepat2 flower

12Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Fri Aug 21, 2009 5:52 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

~ Makluman Pembahagian Juzuk ~

Alhamdulillah, ana menutup dulu penyertaan untuk Program Ramadhan Al-Insyirah, di Malaysia sudah masuk waktu Asar insya Allah azan Maghrib berkumandang nanti masuklah 1 RAMaDHAN. Insya Allah Smile

[1] insyirah [Juzuk 1-5]
[2] Azizul [Juzuk 6-10]
[3] indah [Juzuk 11-15]
[4] dheadz [Juzuk 16-20]
[5] aysarahanan [Juzuk 21-25]
[6] nurul muslimah [Juzuk 26-30]

Insya Allah, kalau dah selesai bahagian masing-masing sila maklumkan di dalam forum ya! Wink

Ramadhan bulan ibadah,
Bulan kerahmatan dan keampunan,
Para malaikat merentangkan sayap,
Untuk menghitung pahala berganda,
Pintu syurga dibukakan,
Ditutup pintu neraka,
Dibelenggu syaitan yang durjana,
Dihentikan azab di pusara...
flower

SeLaMaT BerTaDaBBuR... Very Happy

13Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Fri Aug 21, 2009 6:47 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Noted ... Smile okes...

http://www.shindah.blogspot.com

14Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Sat Aug 22, 2009 7:39 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Terima kasih Insyirah, mari kita sama2 baca bahagian juzuk masing2, insyaallah. Semoga boleh habiskan baca dalam bulan Ramadhan ni.

15Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Sat Aug 22, 2009 8:11 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

~ TipS ~

Bismillahirrahmanirrahim.

Untuk membolehkan khatam Quran dalam masa satu bulan (bukan sahaja Ramadhan tetapi bulan-bulan lain juga) insya Allah bacaan boleh dilakukan 5x sehari iaitu setiap kali selepas solat fardhu sebanyak 3-4 helai (bersamaan 6-8 muka surat). Insya Allah setiap hari dapat membaca 1 juzuk al-Quran.

p/s: Kalau muslimat kene baca lebih sikit la Smile

Untuk sesi menghafaz Quran pula:
Kalau tak hafaz satu juzuk pun, setengah atau suku juzuk pun dah OK. Very Happy Kalau nak menghafaz beberapa muka surat pun boleh cuba cara ni: Baca muka surat/ayat yang hendak di hafaz pada waktu pagi selepas/sebelum subuh sehingga dapat menghafaz sebahagian atau sepenuhnya kemudian banyakkan mendengar semula ayat/surah yang hendak dihafaz ataupun memperkemaskan bacaan. Ulang berkali-kali bacaan dan mendengar melalui MP3, MP4 ataupun dari desktop (banyak dah teknologi ni) Smile Insya Allah sambil melayari internet, baca buku, masak, bawa kereta, buat kerja... Bila-bila saja. Smile Kalau buat kerja, buka berlahan-lahan, sayup-sayup jer insya Allah otak dapat mencerna dan jiwa dapat menghadam. Smile

Semoga kita menjadi hamba yang RABBANI bukan sekadar RAMADHANI. Insya Allah.
Wallahua'lam. Smile

16Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Sat Aug 22, 2009 11:33 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

moga ramadhan kali ini sangat bermakna..dan terisi..mudah-mudahan...

jum imarahkan madrasah ramadhan ....

17Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Mon Aug 24, 2009 12:10 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Salam'alaykum Smile

Alhamdulillah ana sudah habiskan bahagian ana.


p/s: Kalau antum dah habis bahagian masing-masing, inform sini eh Smile



Last edited by insyirah on Mon Aug 24, 2009 10:50 am; edited 1 time in total (Reason for editing : error typing)

18Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Thu Aug 27, 2009 4:16 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Salam..

Uuhuu.. belum lg... Sad ...

http://www.shindah.blogspot.com

19Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Thu Aug 27, 2009 4:57 pm

nurul muslimah

nurul muslimah
Ahli Junior
Ahli Junior

salam...ana pun blum abeh lg..ada lg 2 juz..lmbt tol ana bc.. afro

-----

btw, td ana trima msg yg nenek insyirah skit tenat...mari sm2 doa smuga Allah smbuhkan nenek sahabat kita dan permudahkan segala urusan..insyaAllah..amiin..

http://nurulmuslimah.blogspot.com

20Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Thu Aug 27, 2009 10:34 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

alhamdulilah dah selasai sudah.... 2 hari lepas...

menghabiskan sisa2 hafazan pula...


tak pe kalo lamnbat habis dan baca pun..yang penting kita bertadabur dengan ayat2 quran tu..insyaAllah

21Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Tue Sep 01, 2009 2:10 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

~ TaZkiRaH RaMaDhaN ~

Antara hikmah di mana Allah merahsiakan beberapa urusan agama kerana ada kebaikan dan kepentingan disebaliknya iaitu :

1. Allah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam suatu malam daripada Ramadhan supaaya kita sentiasa menghidupkan malam-malam itu dengan amal ibadat tanpa mengkhususkan suatu malam tertentu sahaja.

2. Allah menyembunyikan saat dimakbulkan doa pada hari Jumaat agar kita sentiasa berdoa sepanjang harinya.

3. Allah menyembunyikan amalan maksiat yang paling dikutuk atau dibenciNya bagi memastikan kita sentiasa menghindari segala maksiat.

4. Allah menyembunyikan waktu berlakunya qiamat supaya kita sentiasa beringat, berhati-hati dan beriman serta bertaqwa dan beramal soleh sepanjang masa.

5. Allah menyembunyikan ajal manusia iaitu masa mati supaya kita sentiasa beramal ibadat dan mentaati Allah sepanjang waktu.

Sumber: http://epondok.wordpress.com/

22Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Sun Sep 13, 2009 7:00 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Salam, saya sudah menghabiskan baca bahagian saya kelmarin.

23Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Mon Sep 14, 2009 1:51 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Alhamdulillah, nurul muslimah juga tadi maklumkan beliau sudah selesai semalam. Tinggal kak Indah lagi.. Smile

Insya Allah kak Indah masih ada satu minggu, moga sempat menghabiskan bacaan. Insya Allah.

Cenderahati tu insyirah pos lewat sikit mungkin selepas raya sebab keadaan fizikal tak mengizinkan nak keluar rumah. Smile Kalau nak keluar pun kene tunggu sihat sikit, sekarang berkerusi roda membataskan pergerakan Very Happy

Selamat mengimarahkan malam hari untuk mencari Lailatul Qadar dan juga... Selamat menyambut hari raya. Maaf Zahir & Batin dari Insyirah dan keluarga.
flower

24Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Tue Sep 15, 2009 5:21 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Alhamdulillah..

Pertama sekali maaf akak nak beritahu semua.. sebab kelewatan menhabiskan bahagian akak... ade tinggal beberapa muka sahaja lagi... InsyaAllah.. esok akan akak update... Smile Smile

http://www.shindah.blogspot.com

25Program Ramadhan Al-Insyirah Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Tue Sep 15, 2009 10:19 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

La baks kak Indah Smile

Tak apa, slowly ye kak. Insya Allah nanti sebelum Eid Fitri mudah-mudahan semua selesai. Wink

Nanti dah habis Ramadhan, rasanya seronok juga kalau Tadarus ni dibuat setiap bulan jadi setiap bulan ada la program pengisian rohani selain aktiviti lain. Kalau sebulan dapat 5 juzuk pun OK. Bagi mereka yang dah istiqamah sehari 1 juzuk, insya Allah lebih baik setiap bulan dapat khatam tapi insyirah rasa seronok pula kalau buat macam ni maksudnya kita beramai-ramai buat dan saling mengingatkan. Semangat sikit nak tadabbur Quran. Smile

Apa pendapat yang lain? Smile

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 2]

Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum