Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Warung Kopi @ al-Insyirah

+10
muzafar
munira alhashimi
indah
normyislam
syafinur
azizul
Mahfuzah
aysarahanan
dheadz
insyirah
14 posters

Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 10 ... 18  Next

Go down  Message [Page 2 of 18]

1Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 17, 2009 11:13 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

First topic message reminder :

Assalamu'alaikum whb.

Nampaknya al-Insyirah sangatttt sepi... Sad

Saja buka topic baru, ana telah berazam untuk menghabiskan buku Putera Lembah Bakkah yang telah dibeli pada bulan Ogos 2008 dan sehingga kini belum berjaya dihabiskan. Maka, ana berazam selagi buku itu tidak habis, maka ana tidak akan mengupdate [blog] dan rindu pula rasanya nak menulis. Maka, jangan marah ye warga al-Insyirah, ana melepaskan kemaruk di sesawang ini. Embarassed

Warung Kopi @ al-Insyirah insya Allah, sekadar berkongsi cerita disekeliling. Let us sharing. Sharing is caring, rite? Cool

Sekadar berkongsi pengalaman dari jendela hospital. Smile

Pada awal tahun 2009, diary 2009 yang pertama sekali dalam hidup ana ialah program memasukkan diri ke hospital. Laughing Sound good ya? Razz Dari Desember 2008 lagi kesihatan mengganggu dan terus mengganggu rutin kehidupan. Alhamdulillah, moga dengan itu menjadikan ana hamba Allah yang selalu bersyukur atas kurniaan kesihatan dan nikmat-nikmat Nya. Hati menjadi sebak, gemuruh dan sangat hiba apabila membaca peringatan dari Tuhan, "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?" Berulang kali Allah 'bertanya' kepada manusia dalam surah Ar-Rahman, hati menjadi-jadi rindu untuk sujud di depan Kaabah Mu.

Kala hati menjadi gundah-gulana apabila doktor mengatakan bahawa badan yang sangat dhaif ini barangkali akan mengalami kelumpuhan. Subhanallah, berat sungguh rasanya ujian yang bertamu. Tapi, masih yakin Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang sia-sia. Dialah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik Perancang. Subhanallah, cantik sungguh aturan Ilahi buat ana. Very Happy

Kesakitan pada tulang belakang dan menjalar ke seluruh kaki kiri membuatkan ana benar-benar 'lumpuh'. Subhanallah. Hanya Allah menarik satu nikmat, terasa seakan lupa pada nikmat-nikmat yang lain. Astaghfirullah hal azhim. Teruknya penyakit hati ni. Rolling Eyes Kiri dan kanan pesakit merintih dan meraung-raung, ana hanya mampu membekukan diri. Bila sakit, ana lebih suka diam. Diam dan berfikir. Diam dan berzikir. Ya Allah, bila sakit baru ingat Tuhan. "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

Pelbagai diagnosis doktor, sama ada ana mengalami:
Retak pada tulang belakang
Kanser tulang

Dan macam-macam yang menakutkan. Ana cuba menggarapkan kembali antara emosi dan akal. Kita semua milik Allah, apa yang ada pada kita adalah milik Nya hatta nyawa kita sendiri adalah milik Allah. Dia hanya memberi kita pinjaman. Apakah kita marah apabila Pemilik barang pinjaman meminta semula apa yang Dia pinjamkan? Apakah kita lupa diri, apakah kita terlupa akan janji kita untuk memulangkan semula apa yang kita pinjamkan?

Dilema dan terasa bukan hanya fizikal yang diuji, malah kesabaran, keyakinan dan keteguhan hati serta IMAN sedang hebat diuji Allah. Embarassed Tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu. Ana cuba membina semula keyakinan, kesabaran dan keimanan yang seakan diterjah ombak yang lebih hebat dari tsunami. Bayangkan, selama ni kita masih berjalan-jalan, buat itu dan ini... Dengan sekelip mata, kita kena terima yang semua itu dah pun 'dipulangkan' kembali pada Tuan pemilik barang itu. Allahuakbar... Susah, tapi itulah tarbiyyah 'direct' yang sedang Allah lakukan pada seorang insan bernama Insyirah. Smile Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Wink Alhamdulillah.

Kesimpulannya:

Dalam apa jua situasi sekalipun, tenang-tenangkan hati... lol!

ala bizikrillahi tatma'inal qulub. Laughing

Well, harini... Ana perlu meneruskan pembacaan Putera Lembah Bakkah, semoga Allah memberi kelapangan waktu (yang sememangnya lapang) dan menggerakkan minda untuk mengutip mau'izzoh yang dipamerkan. Insya Allah. Smile


26Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sun Jul 05, 2009 10:41 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Salam 'alaykum whb Smile

Alhamdulillah setelah 2 bulan ana tidak memposting apa-apa di warung kopi, saja ana nak hidang seteko kopi habbatus sauda'. Insya Allah, mudah-mudahan secawan kopi habbatus sauda' akan menyerikan lagi forum Al-Insyirah. Very Happy

Terkejut juga sebenarnya hari ini, sebelum Maghrib tadi ana saja ziarah Al-Insyirah sekejap sementara menunggu azan. Terasa sedikit pelik kerana nama ana bertukar warna dari hitam kepada hijau! Shocked

Sudah dinaik taraf kepada moderator forum. Ya Allah, ana tak tahu apa jasa ana pada forum hingga Azizul melantik ana menjadi moderator. Embarassed Apapun... Quite surprised. Terima kasih di atas kepercayaan board of admin/moderator Al-Insyirah.

Semoga forum ini lebih ceria.

P/s: Azizul, apa kata anta design satu logo Al-Insyirah yang akan dipaparkan ke dalam blog AHLI-AHLI Al-Insyirah (yang ada blog la) macam logo i Luv Islam dan forum-forum lain, secara tak langsung ianya mempromosikan forum Al-Insyirah. Smile

TQ

27Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sun Jul 05, 2009 11:01 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Yup, saya pun perasan yg warna nick Insyirah dah berubah warna ke warna hijau hari ni. Ada maksud kaler tu, tu. Very Happy Adalah tu, yang Admin lantik Insyirah sebagai moderator. Kalau nak katakan sumbangan, jasa.. mmg dah banyak Insyirah sumbangkan dalam forum ni. Jadi mmg layak dah Insyirah dapat pangkat tu.

Terasa panas pulak malam ni, sebab tak hujan kat Shah Alam ni hari ni, terasa kering pulak tekak ni. Kakak, mintak Milo Ais satu. Smile

28Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sun Jul 05, 2009 11:14 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Tak ada stock milo ais lah Smile

Saya pun agak kepanasan juga sebab makan durian siang tadi Razz
Hanya makan 4 ulas pun dah terasa macam panas sangat then badan tak berapa sihat, demam masih belum pulih. Dah masuk minggu ke-3 demam, on-off pula demam saya kali ni. Teringin tengok durian, huhu.

Menu baru: Tembikai Laici Ais Razz

Nyum nyum nyum, sedappppppp...! Tak pun air kelapa laut, masya Allah beshnye kalau dapat minum. Hihihi. Teringat pula sepotong hadis, doa dari Rasulullah s.a.w.:

Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku cinta Mu dan kurniakanlah kepadaku orang yang mencintai Mu dan kurniakanlah kepadaku rasa cinta kepada Mu lebih dari kecintaanku kepada AIR SEJUK.

Bila kita panas, tiada yang lebih enak selain air sejuk. Very Happy

Moga rasa kecintaan kita kepada Allah lebih dari kecintaan kita pada air sejuk waktu panas. AMeen. (^_~)

29Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Jul 06, 2009 3:10 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Yup, masa tekak tengah kering, air sejuklah yang paling sedap. Tambah pulak dengan keadaan sekarang ni, malam2 pun panas. Tapi, macam biasa la, utk kesihatan, tak baik diamalkan meminum air sejuk ni. Ramai orang yg kata camtu, mmg terbukti pun kebenarannya.

Saya pernah amalkan selama 2 minggu (lama ini jer yg mampu pd masa tu), tak makan itu ini (yang tak bagus), tak minum air sejuk. Memang terbukti, badan akan terasa lebih sihat, terasa lain benar jika dibandingkan dengan sebelum ni. Wink

30Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Jul 06, 2009 6:13 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

warung2...

nak air tebu..nak air kaler hijau,biru,kuning..wane wani..nak air bandung....nak mee goreng...nak kueh karipap..roti canai...nak semua2....

nak balikk... Sad Sad

31Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Jul 06, 2009 8:28 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Aysa rindu kampung halaman nampak? Dah berapa lama tak balik semenanjung bertuah ni? Itulah, mmg benar kata pepatah... "hujan emas di negeri orang, baik lagi hujan batu di negeri sendiri". Kan? eheh... Smile

Mana la kakak ni, milo ais takde, camtu bagi air suam jer la. Very Happy

32Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Jul 07, 2009 9:43 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Hehehehe. Milo ais tiada dalam stock la akhi Dheadz Very Happy

Air suam aja la, bagus untuk kesihatan.

Kak Aysa, bawa bertenang. Bawa bersabar, insya Allah tahun depan kan Kak Aysa balik Malaysia. Nanti dah balik Malaysia, rindu pada Jordan. Haaa...! Macammana pula tu?? Razz Insyirah tak dapat la nak tolong kalau tiba-tiba nak makanan Jordan pula, hik hik hik Smile

Manfaat masa merantau dengan sebaiknya. Insya Allah, saat berlalu dari masa.. Kita akan terkenangkan memori tersebut dan akan rindu untuk mengulanginya. Wallahua'lam Smile

33Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Jul 07, 2009 10:13 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Tadi saya berkata kepada beberapa orang rakan, mulai hari ni akan cuba untuk tidak meminta air sejuk lagi sebagai minuman semasa makan tengahari. Rolling Eyes Insyaallah, akan cuba berpegang pada janji yang satu ini. Kalau dapat diteruskan, alhamdulillah...

Sinar Al-Insyirah nampak semakin terang dari hari ke sehari. Smile

34Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Jul 08, 2009 10:12 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Subhanallah!! Smile

Bagusnya, azam yang baik. Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Hehehe. Maksud disini, azam nak JAGA KESIHATAN insya Allah moga kita diberikan kekuatan. Maklum saja la, melihat orang lain meneguk air yang berais dalam cuaca panas agak menggetarkan juga pegangan untuk meneruskan hasrat menjauhi minuman berais. Maknanya, akhi Dheadz juga melupakan kesejukan da keenakan ais kacang? Cendol?

I' trying to avoid ice-cream and bla bla bla... But, sometime I can't!!! Sad

p/s: Nampaknya semakin berseri Al-Insyirah. Insya Allah, keep it up! Smile

35Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Jul 08, 2009 1:56 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

insyirah wrote:
Maknanya, akhi Dheadz juga melupakan kesejukan da keenakan ais kacang? Cendol?

I' trying to avoid ice-cream and bla bla bla... But, sometime I can't!!! Sad

p/s: Nampaknya semakin berseri Al-Insyirah. Insya Allah, keep it up! Smile
Gulp... pale

Ais kacang, cendol !! Waa.. sedap tu... !! Betul2 menduga.
Tapi takpe, saya akan pertahankan azam baru ni jugak. eheh Very Happy

36Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Jul 25, 2009 5:15 pm

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

yaa... betul tu, nak balik. rindu pulak kat rumah sekarang... namun masih ada perjuangan yang perlu diteruskan!! huhuhu.

http://normyislam.blogspot.com

37Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sun Jul 26, 2009 5:24 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

nanti balik nak makan seme...cendol pulut pon sedap gak,

bakal beraya di perantauan untuk tahun kelima... Sad (5 thn da x raya kat kg)

mudahan2 ni raya yg terakhir di sini....

nak makan rendang,lemang....nak men mercun..mungee api.. albino

nak g raya umah adek syirah..hehehe..[
lol!

nak g raya umah dheadz,goku,gohan...seme2 la..

38Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Jul 27, 2009 2:09 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Humangaih, ramainya yang raye kat perantauan, pasti terasa syahdu dengar takbir raya kan? Takpelah, itu semua akan menjadi kenangan manis kelak. Wink

Tak lama lagi nak puasa, lebih kurang sebulan lagi, pastu raya, makan lemang, ketupat... kuih itu ini... bestnya.... Very Happy

Nak raya umah saya gak, haaa... jemput2 lah datang. Tapi goku dan gohan takde. eheh...

39Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Jul 29, 2009 10:54 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Hihi, ahlan wasahlan kak Aysa kalau nak datang raya Razz

Nanti lepas raya kita jalan-jalan pusing di kebun bunga yer kak. Hehehehe. Wink
Tapi rumah saya tak de mercun lah kak, kalau bunga api pun belum tentu ada. Sebabnye... Hihihi, saya takuttttttt. Embarassed Tapi, rendang, lemang insya Allah ada. Ketupat, almond london, cornflake choc. Huish, banyak tuuuuuu. Razz

Dah masuk bulan Syaaban, tak lama lagi Ramadhan. Ya Allah, tak sabarnya... Smile

40Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Jul 31, 2009 2:35 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

mungkin kene ade menu teh tarik ngan roti canai dulu kut.. ehehehe... anyway.. sekarang indah kat perak... kerja kat perak dah... dah jadi orang utara... cuba guna google chrome kalau firefox anda ade problem.. sbb kat sini pun saya gune firefox.. tapi kadang tu... die pelik memelik sekejap.. saya cuba la google chrome... memang laju...

http://www.shindah.blogspot.com

41Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Jul 31, 2009 3:49 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

ai k.indah mano poie..lamo tak nampak?hehe...

nak g raya umah k.indah lak la..hehe....
Razz

42Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Jul 31, 2009 7:15 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Warung kopi ni mungkin sunyi sikit menjelang bulan Ramadhan nanti. Razz Tapi takpe.. sebelah malam, mungkin ada juga pengunjung. Wink

indah wrote:mungkin kene ade menu teh tarik ngan roti canai dulu kut.. ehehehe... anyway.. sekarang indah kat perak... kerja kat perak dah... dah jadi orang utara... cuba guna google chrome kalau firefox anda ade problem.. sbb kat sini pun saya gune firefox.. tapi kadang tu... die pelik memelik sekejap.. saya cuba la google chrome... memang laju...

OIC, dah jadi orang Perak no. Firefox, Google Chrome... Rolling Eyes

43Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 06, 2009 3:09 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

~ UnHaPPy ~ Crying or Very sad

Semalam, seharian ana rasa serba tak kena dan rasa macam tak selesa. Perasaan tidak enak di dalam hati yang berpunca dari hati, waaaaa tak suka tak suka! Setelah seharian 'melarikan' diri dari perasaan tidak enak tersebut pada waktu senja kemuncaknya ana macam nak menangis depan ummi apabila ummi pulang ke rumah bersama pembantu rumah (maid) yang baru. Ana maklum, maid yang baru akan datang 2 hari lalu yang mana maid telah tiba di Malaysia dan nanti agen akan hantar pada kawan ummi (agen juga).

Ana sekadar meraikan kehadirannya dengan berusaha memaniskan muka dan menyusun bicara. Pertama kali melihatnya, terdetik dalam hati;
"Takut-takut dia lebih tak larat dari ana." She looks old. Uwaaaaaa...!!! Ini masalah kalau mengambil pembantu rumah Indonesia, mereka selalu menipu umur. Bayangkanlah orang yang sama, tetapi dokumen yang lain. Satu dokumen umurnya 39 tahun dan dokumen satu lagi 32 tahun sedangkan kedua-dua dokumen diisi pada TAHUN YANG SAMA. Abi tengok ana, abi senyum je.

"What do you think? How old is she?"

"Maybe 45 years..." Ana menjegilkan mata.

"I think she around 50 years, she told ummi that she already have a grandchildren!"

Lagi la ana tepuk dahi, ya Allah... Husnudzon saja, mungkin mereka bernikah di awal usia jadinya muda lagi dah ada anak dan anak yang muda pun dah kawin maka dapatlah cucu. Ana cuba untuk memujuk hati, sabar Syirah... Sabar... Puasa, puasa...

Setelah 1 tahun 3 bulan tidak mempunyai pembantu rumah, ana sangat tidak seronok apabila kembali mempunyai pembantu rumah. Ana tahu, masa ummi apply untuk ambil pembantu rumah pun masa ana tengah sakit teruk. Tak boleh berjalan, tak boleh melakukan kerja rumah yang berat-berat. Masa tu rumah tak terurus, ana selalu dimarahi adik-adik, dan macam-macam cabaran tetapi kini ana beransur pulih... keadaan rumah juga sudah tenang dan tenteram.

Apabila kehadirannya seakan 'tidak kena' pada hati ana, ana rasa nak menangis sangat-sangat! Dari awal lagi apabila ummi mengusulkan untuk ambil pembantu rumah, ana menolak dan usaha untuk membuktikan pada ummi yang ana tak mahu pembantu rumah, ana berusaha keras tetap melakukan kerja-kerja rumah seperti biasa walaupun ana bertongkat kecuali pada saat-saat yang ana langsung tak mampu mengangkat badan dari pembaringan. Ana mengalah... Sad

Ya Allah,
Moga kecelaruan hati ini dapat diatasi dan ana boleh menerima kehadirannya.

Dah 2 hari Fadilah demam, sekejap teruk dan sekejap OK. 2 malam lepas, ana langsung tak boleh tidur gara-gara sepanjang malam Fadilah mengerang. Dan malam semalam, ummi take over menemani Fadilah. Pagi tadi ummi cakap sepanjang malam Fadilah mengerang dan menggeletar je badannya. Menambahkan lagi rawan di hati... *_*

NAK NANGISSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS! Sad

44Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 06, 2009 5:17 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

saba ye dek syirah...yang penting selalu husnu zon.

bila bermain dengan perasaan banyakkan beristigfar...

kadang2 syaitan tu saja nak mencucuk 2..

tak mo nanggis2 da.nanti da tak comel..
Razz

45Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 06, 2009 5:36 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Saya tahu keadaan Insyirah, tapi apa pula sakit Fadilah?

46Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Aug 07, 2009 10:11 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Haaa...

Malam tadi ana telah 'mengadu' panjang dengan Babah (bapa angkat) untuk meminta pendapat beliau, sebenarnya... Ana ada masalah sikit dengan pembantu rumah ni kerana beliau datang 'berteman', pada awalnya buat jer macam tak ada apa-apa. Keep secret dari parents tak nak bagitau parents dan bila ana sendiri nampak 'teman' yang dibawa oleh pembantu rumah. Maka, dah tahu kenapa hati ni rasa tak sedap jer Smile

Kebiasaannya, pembantu rumah dari Indonesia tak datang 'kosong'. Wallahua'lam. Semalam Babah dah ajarkan cara untuk memagar rumah dari gangguan halus dan moga usaha ini dapatlah mengelakkan 'temannya' dari mendekati ana. Huhuhu. Kenapa dia 'kacau' ana jer. Ana seorang je nampak, hadoi hadoi... Surprised Setiap kali ana membaca Quran, pembantu rumah macam resah jer. Bila tengok muka dia, dia tunduk. Uwaaaaaaaaaa! Sad

Tapi kena yakin, mudharat dan fadilat datang dari Allah. Kan kak Aysa Smile

p/s: Fadilah (Adik bongsu) demam panas, hamdalah harini dah surut demamnya. Smile

47Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Aug 07, 2009 12:08 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Hmm... kene yakin... dalam hal-hal macam ni.. kita adalah khalifah Allah di bumi.. dan yang berakal... kita adalah manusia... Apa-apa pun.. moga Insyirah sentiasa dilindungi... Amin... Smile

http://www.shindah.blogspot.com

48Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Aug 07, 2009 3:56 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Oooo, begitu kisahnya, semoga Fadilah cepat sembuh.

49Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Aug 07, 2009 5:31 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

oo kesianya syirah...Allah yushfikum...mudahan2..

moga Allah melindungi syirah sekeluarga.. Smile

50Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Aug 10, 2009 2:20 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Kedai kopi tidak buka hari ni, mungkin tuannya ada hal.

Bawa banyak bersabar Insyirah, Semoga semua urusan kita dipermudahkan Allah.

Sponsored content



Back to top  Message [Page 2 of 18]

Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 10 ... 18  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum