Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Warung Kopi @ al-Insyirah

+10
muzafar
munira alhashimi
indah
normyislam
syafinur
azizul
Mahfuzah
aysarahanan
dheadz
insyirah
14 posters

Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5 ... 11 ... 18  Next

Go down  Message [Page 4 of 18]

1Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 17, 2009 11:13 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

First topic message reminder :

Assalamu'alaikum whb.

Nampaknya al-Insyirah sangatttt sepi... Sad

Saja buka topic baru, ana telah berazam untuk menghabiskan buku Putera Lembah Bakkah yang telah dibeli pada bulan Ogos 2008 dan sehingga kini belum berjaya dihabiskan. Maka, ana berazam selagi buku itu tidak habis, maka ana tidak akan mengupdate [blog] dan rindu pula rasanya nak menulis. Maka, jangan marah ye warga al-Insyirah, ana melepaskan kemaruk di sesawang ini. Embarassed

Warung Kopi @ al-Insyirah insya Allah, sekadar berkongsi cerita disekeliling. Let us sharing. Sharing is caring, rite? Cool

Sekadar berkongsi pengalaman dari jendela hospital. Smile

Pada awal tahun 2009, diary 2009 yang pertama sekali dalam hidup ana ialah program memasukkan diri ke hospital. Laughing Sound good ya? Razz Dari Desember 2008 lagi kesihatan mengganggu dan terus mengganggu rutin kehidupan. Alhamdulillah, moga dengan itu menjadikan ana hamba Allah yang selalu bersyukur atas kurniaan kesihatan dan nikmat-nikmat Nya. Hati menjadi sebak, gemuruh dan sangat hiba apabila membaca peringatan dari Tuhan, "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?" Berulang kali Allah 'bertanya' kepada manusia dalam surah Ar-Rahman, hati menjadi-jadi rindu untuk sujud di depan Kaabah Mu.

Kala hati menjadi gundah-gulana apabila doktor mengatakan bahawa badan yang sangat dhaif ini barangkali akan mengalami kelumpuhan. Subhanallah, berat sungguh rasanya ujian yang bertamu. Tapi, masih yakin Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang sia-sia. Dialah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik Perancang. Subhanallah, cantik sungguh aturan Ilahi buat ana. Very Happy

Kesakitan pada tulang belakang dan menjalar ke seluruh kaki kiri membuatkan ana benar-benar 'lumpuh'. Subhanallah. Hanya Allah menarik satu nikmat, terasa seakan lupa pada nikmat-nikmat yang lain. Astaghfirullah hal azhim. Teruknya penyakit hati ni. Rolling Eyes Kiri dan kanan pesakit merintih dan meraung-raung, ana hanya mampu membekukan diri. Bila sakit, ana lebih suka diam. Diam dan berfikir. Diam dan berzikir. Ya Allah, bila sakit baru ingat Tuhan. "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

Pelbagai diagnosis doktor, sama ada ana mengalami:
Retak pada tulang belakang
Kanser tulang

Dan macam-macam yang menakutkan. Ana cuba menggarapkan kembali antara emosi dan akal. Kita semua milik Allah, apa yang ada pada kita adalah milik Nya hatta nyawa kita sendiri adalah milik Allah. Dia hanya memberi kita pinjaman. Apakah kita marah apabila Pemilik barang pinjaman meminta semula apa yang Dia pinjamkan? Apakah kita lupa diri, apakah kita terlupa akan janji kita untuk memulangkan semula apa yang kita pinjamkan?

Dilema dan terasa bukan hanya fizikal yang diuji, malah kesabaran, keyakinan dan keteguhan hati serta IMAN sedang hebat diuji Allah. Embarassed Tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu. Ana cuba membina semula keyakinan, kesabaran dan keimanan yang seakan diterjah ombak yang lebih hebat dari tsunami. Bayangkan, selama ni kita masih berjalan-jalan, buat itu dan ini... Dengan sekelip mata, kita kena terima yang semua itu dah pun 'dipulangkan' kembali pada Tuan pemilik barang itu. Allahuakbar... Susah, tapi itulah tarbiyyah 'direct' yang sedang Allah lakukan pada seorang insan bernama Insyirah. Smile Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Wink Alhamdulillah.

Kesimpulannya:

Dalam apa jua situasi sekalipun, tenang-tenangkan hati... lol!

ala bizikrillahi tatma'inal qulub. Laughing

Well, harini... Ana perlu meneruskan pembacaan Putera Lembah Bakkah, semoga Allah memberi kelapangan waktu (yang sememangnya lapang) dan menggerakkan minda untuk mengutip mau'izzoh yang dipamerkan. Insya Allah. Smile


76Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Aug 14, 2009 10:38 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

game?.. cite best?.. ehehe.... cian dheadz...

http://www.shindah.blogspot.com

77Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Aug 18, 2009 10:34 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

mate xleh tito lagi...tinggal 4 jam lagi nak pie exam...No

mata nape la tak mo tito...

aik..dah subuh...da.. Sad

78Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Aug 21, 2009 12:32 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Salam'alaik Smile

Menghadapi musim panas memang menduga emosi kak Aysa cayang. Moga ketabahan dan kesabaran mengatasi segala kegetiran sebagai mujahidah ilmu, jihad ilmu! Subhanallah, besar pahala tu kak. Kalau mati, syuhada terus. Tak payah pergi bertempur di medan perang dengan pedang pun dah dapat syahid. Kalau Syira, memang suka mengembara dan duduk tempat orang tapi keadaan tak mengizinkan lebih-lebih lagi ummi dan abi tak boleh nak berjauhan dengan Syira. Kalau nak jauh-jauh kene tawen... huhuhu. pale

~ FatRaH RaMaDHaN ~ (hiiii.. seswai ke ayat neyh?)

Alhamdulillah, walaupun tadi tidur agak lewat menyiapkan beberapa perkara. Alhamdulillah, siap juga. Pagi ini dah selesai cuci peti ais (Ramadhan ni boleh la beri tumpuan yang lebih dengan aktiviti lain, yey yey!) dan hasrat nak mengelap tingkap belum lagi selesai. Selepas mengemas rumah, amatlah penat. Embarassed Waduh, dah rehat-rehat, makan dan bangun nak sambung buat kerja tak larat pula. Seronok kalau badan lenguh-lenguh, terjun dalam sungai. Segar membugar jer kan? Razz

Harap-harap dapat la siapkan rumah supaya bersinar-sinar sebelum malam nanti, hihihi. Tak sabar nak sambut Ramadhan, seronoknyaaaa. Ya Allah, sampaikan kami kepada Ramadhan! Wink Ameen.

Dengan ini, Insyirah mengucapkan ;


SeLaMaT MeNyaMBuT RaMaDhaN el-MuBaRak

Semoga kita sama-sama menghayati, menghadam dan tadabbur dengan Ramadhan. Hopefully, sahabat-sahabat semua dan Insyirah sendiri berjaya khatam Quran sekurang-kurangnya sekali. Smile Terasa sungguh teruja sebab ada kawan aim nak khatam Quran 3x. Subhanallah, moga beliau berjaya laksanakan apa yang diimpikan. Kurniaan nikmat kesihatan dapat kita sama-sama UP GRADE iman dan taqwa pada Allah. Smile Insya Allah. Ameen allahumma ameen.

Pstttt... Sila-sila la kepilkan alamat, senang-senang nanti boleh cari Kad Raya. Hehehe, tak sempat nak tempah kad raya versi Al-Insyirah. Beli yang biasa-biasa pun boleh kan? kan? kan? Tak janji nak bagi kad raya, tapi insya Allah kalau ada kelapangan nak cari kad raya. Nak hantar pada sahabat di Perlembahan Nil, kena hantar awal-awal, nanti hujung bulan Ramadhan kalau sempat dapat la kad raya dari Malaysia. Hihihi.


Kak Aysa: Sila la bagi alamat Very Happy
Ganti dengan rendang dan lemang, DIk Syirah yang tomey (Razz) nak bagi kad untuk kak Aysa cantik.

Kak Indah: Tetiba Syirah rasa teringin nak ketemu kak Indah... heheheheeeee Embarassed

79Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Aug 21, 2009 11:19 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

Assalammualaikum.
maafkan ibu, tetamu yang terlewat sampai. Dah masuk awal Ramadhan baru singgah
ke warung kopi Insyirah. Ibu tak minum kopi...Order Teh O saja. Beri air putih
pun OK. Makan tak ada ke...? Nasi goreng pun bolih.

Esok kita akan memulakan ibadah berpuasa. Ibu cuma
berdua di rumah bersama suami. Anak2 yg ber2 tu mereka di Campus masing2.
Tidaklah terasa sunyi, mereka seringnya sms/ym/call ibu. Kadangkala ibu dah tertelap....jam 1.00 am masih sms ibu.

Maafkan ibu, tak tahu yang Insyirah dalam keadaan kurang sihat. Bagaimana keadaannya sekarang. Bolih tak ibu nak tahu secara rengkas...walaupun sudah membaca berulangkali, masih ingin tahu lagi. Ibu doakan moga
Insyirah sentiasa sihat dan ceria selalu. Moga sentiasa dalam limpahan Rahman dan Rahim Allah jua. Terima kasih.

80Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Aug 26, 2009 10:22 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum semua Smile

semalam tak online al-Insyirah Smile

Selamat berpuasa pada hari ke-5 Ramadhan. Semoga kita semakin bertambah iman dan mudah-mudahan tingkatan taqwa kita lebih baik dari sebelum ini, insya Allah. Ameen allahumma ameen.

Ibu, maaf tak dapat nak hidang apa-apa sebab harini dah berpuasa. Embarassed Insyirah dah separuh dari usia makan ubat, hik hik hik. Insyirah de masalah saraf, jantung, paru-paru dan tulang belakang. Very Happy Alhamdulillah sekarang dah sembuh jauh lebih baik dari dulu, cuma tulang belakang agak sensitif dan perlu berhati-hati lebih sikit.

Semalam dah start demam, adik-adik yang lain semua dah sihat. Alhamdulillah Smile

Semalam badan rasa tak sihat, demam dan sakit belakang. Kaki kiri 'berat' nak angkat, dari pinggang-tapak kaki kiri rasa tak selesa. Saraf dan sendi kaki masih sakit hingga ke hari ini. Semalam solat pun hanya duduk atas kerusi, dah tak boleh nak duduk antara 2 sujud dan rukuk lagi. Berdiri pun tak sempurna, Allahuakbar.

Diantara nikmat-nikmat Tuhanmu, nikmat apakah yang hendak kamu dustakan?

81Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Aug 26, 2009 3:30 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

WaalaikumsalamWarahmaullah..
Oh..demikian rupanya keadaan kesihatan insyirah. Ibu doakan semoga cepat sembuh,
sihat dan kuat. Agar memudahkan Insyirah untuk beribadat, ruku' dan sujud.
Ada ke patut ibu ni, puasa puasa gini order hidangan, patutnya ibu yang bawa buah tangan.
maafkan ibu.

ceria2kan harimu di Ramadhan ini. Bahagia dalam dakapan Ramadhan bulan kerahmatan.

82Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Aug 26, 2009 4:17 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Hik hik hik Smile

Alhamdulillah, syukran 'ala do'a. Jazakillah ibu.

Harini selepas subuh terasa 'high' teramat sangat (mungkin disebabkan kesan ubat yang diambil selepas sahur) dan mata macam tak boleh nak buka tapi gagahkan juga diri untuk elak tidur selepas subuh. Jadi, on laptop dan nak buka lagu Hijjaz tapi semalam dah dengar lagu Hijjaz, harini nak cari kelainan. Dengar lagu Rabbani? Er... Tak de idea, akhirnya tak buka lagu apa-apa. Imsak (menahan diri) dari mendengar muzik. Smile Kiranya puasa mendengar lagu jugak la, hihihi. (Ada lak puasa dengar lagu ye?)

Kemudian, layan YM dengan sahabat di Mesir. Cerita tentang puasa, cemburu pula rasanya. Dengan aktiviti kelas tafaqquh, ada yang nak habiskan sanad qiraat dengan syeikh, ada yang berpesta di masjid dengan i'tikaf, ada yang bersungguh menghafaz Quran. Macam best je bunyinya... Embarassed Tengok siaran solat terawih dari Masjidil Haram, subhanallah terasa macam suasana HAJI je. Penuh orang dalam masjid, umrah di bulan Ramadhan, pahalanya sama seperti pahala haji. Allahuakbar Smile

Dah lama sikit, yeay ada ukhti Aysa lah. Mesti ukhti Aysa masa tu nak siap-siap sahur, erk alamak silap faham rupanya dah azan pertama dan kak Aysa dah kenyang pun sahur. Uhuk, tak sempat nak ngacau kak Aysa sahur... Huhuhu... Sebenarnya bukan ngacau tapi teman. Kan kak Aysa kan? Razz

Ibu...
Syirah harini kan seharian 'high' semacam je. Cool
Jadi, kalau ibu tanya syirah masak apa harini... Rasanya syirah hanya mampu masak air jer untuk berbuka nanti Embarassed alhamdulillah lauk semalam masih bersisa, nanti panaskan lagi. Insya Allah tak membazir. Wink Kan ibu? Tapi kalau ikut mulut ni, terasa nak makan kuih sumsum la. Smile Teringin nak buat kuih sumsum tapi umi pesan harini jangan masak apa-apa. Umi suka makan dadih tak? Hari ahad lepas Syirah buat dadih perisa durian, masih ada banyak lagi dalam peti ais. Kalau ibu nak, nanti berbuka di rumah SYirah yerk Smile Berbuka dengan tamar, dadih dan air teh perisa blackcurrant. Hehehehe...

83Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Aug 26, 2009 5:30 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Dadih? Memang best sangat... macam2 perasa lak tu. Nak mintak cikit Insyirah dadih durian tu, nak makan malam nanti. Smile Hari minggu yang lepas, makan dadih perasa keladi, banyak juga isteri buat. Tapi, lepas tu bila masuk hari Isnin, dah kerja semula... dah tak ingat dah apa makanan yang ada, tak usik pun apa yang ada dalam peti ais tu. Tapi, kalau ada depan mata, senang... tak payah cari-cari lagi. eheh... Razz

84Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Aug 26, 2009 5:45 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Sedapnya... dengar tentang sumsum .. dadih.. uhuuu.. teringin plak rase nnt berbuka mkn sumsum... eheh... Hari kene cucuk ATT (tetanus).. terasa sepetang kebas tangan... nak menaip pun x berapa lalu... ni nak reply2 topik hari pun x berapa semangat... isk... Sad ...

tapi.. eheh.. hari ni dah plan ...nak makan steambot kat Shabu-Shabu.. ehehe... best steambot tuh.. rm15.90 .. tapi mkn sampai kenyang... boleh pilih mcm2... siap ade air.. desert.. buah.. sekali.. daripada kat Johny's uhuuuu... mahal... kadang-kadang boleh la jugak nak pegi...

http://www.shindah.blogspot.com

85Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Aug 26, 2009 6:06 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

hehe adek syirah x kaco pon k.aysa pagi2 tadi,mujur juga ade syirah teman akk melayan mata yang lali..sambil menunggu azan subuh...

sedapnye steambot tu k.indah...lama tak mkan,teringat masa mkan steambot di OU dulu..

hihi nampak gaye warung insyirah tetap beroperasi walaupun bulan ramadhan...hehe
Razz

86Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Aug 26, 2009 6:08 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Ehehe.. kan... sebenarnya dari hari ahad lepas lagi nak ke Shabu-Shabu tu nak mkn steambot.. tp sebab lepas berbuka kan... terasa mcm dah malam sgt
.. kedai pun dah tutup... ehehe... tapi.. kalau dapat buat sendiri steam bot ni.. lagi sedap kan... Smile

http://www.shindah.blogspot.com

87Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Aug 26, 2009 11:28 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

salam anak2...
kueh sum-sum dan dadih perisa durian..!!! memang lazat.
Makan kadar yg sedikit bolih lagi ibu. Ibu sebenarnya mengelak yg manis.
Walaupun gitu, yg manis manis juga yg sedap.

88Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 27, 2009 3:29 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Salam soma,

nak order ape yer kat sini...hehe
sy nak lari kan topiknya sikit bole?
nmpk serious jg penyakit insyirah ni yer..
Maaf bertanya lagi...insyirah skrg ni duduk dgn keluarga ke?
atau berada d perantauan lantaran dr sambung belajar?
namun sy kagum dgn ketabahan insyirah hadapi dugaan Allah...

bercakap pasal warung kopi (tajuk asal)...
kalo sy singgah d satu warong ni...menu tetap nya adelah mee rebus...
walaupun agak jauh dr rumah, seminggu sekali mesti pekena...
asal terfikir nak mkn mee rebus jer...mesti sy kesana.. hehehe.

89Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 27, 2009 6:09 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Nampaknya warung ini tetap beroperasi, walaupun di bulan Ramadhan, tapi kalau nak makan minum sebelah malam jer lah ye.

Kalau boleh order betul2 makanan minuman itu semua kan best, online ke. Order jer, betul2 sampai.... Razz

90Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 27, 2009 6:42 am

azizul

azizul
Admin
Admin

Assalaumualaikum semua, selamat bersahur(lg seminit nak imsak Smile )order betul2 online, ada gak, tak silap azizul ada yg usahakan, nama dia, mangkuk tingkat. base dia kat kajang. ni lecturer yg cerita la.. Smile nak order utk berbuka bleh kot.
azizul kalau ke warung kopi, ordernya maybe sama, roti canai dan kopi o ais.. cuma kalau ke area "kampung lama" azizul, order roti sardin sebab murah dan sedap (rm 1.50 je)
ni insyirah bile nak wat bisnes warung kopi ni? dah banyak resepi di kepala...

https://al-insyirah.forummotion.com

91Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Aug 27, 2009 7:11 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum whb.

Masa'ul khair Very Happy

Mohon sahabat-sahabat bacakan Yaasin buat nenek ana yang on-off Sad

Jam 5.30 pagi dapat panggilan dr pakcik. Selepas subuh kami sekeluarga bergegas pulang dari Perak ke Penang.

Pakcik Muzafar:
Saya masih tinggal dengan keluarga. Insya Allah haritu dah buat preparation sebab cadangnya nak ke Mesir tapi... hihihi ummi tak nak lepaskan anak manja kesayangan ni, nak suruh duduk bawah ketiak (sebantal, sekatil, seselimut Razz ) lagi... Sekarang full time duduk rumah (sebab tu boleh buka warung Al-Insyirah, huhu) dan doakanlah saya boleh hafaz al-Quran sampai habis. Embarassed Penyakit malas selalu sangat datang. Kalau ada jodoh, mungkin tahun depan sampai juga ke bumi kinanah impianku... ameen Smile

Maaf sume saya tak dapat nak balas semua posting, ni online sekejap je nak minta tolong semua2 baca yasin utk nenek. Sad

92Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Aug 28, 2009 3:14 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Assalamu'alaikum insyirah,


Smoga Insyirah tabah setabahnya..
InsyaAllah kami akan turut mendoakan utk nenek Insyirah...

Pd pandangan sy.. bkn emak x benarkan insyirah keluar negara...
tp sbg sorg ibu...mak mana x risaukan kesihatan anaknya...
apatah lg keadaan insyirah yg x sesegar mana utk berada jauh dr nya...
seandainya sy sendiri berada d tmpt mak insyirah...sy jg akan wat kptsan yg sama...

Melalui tulisan insyirah saje... dah tergambr kepribadian insyirah..
pasti mak-bpk insyirah sejuk hatinya dpt anak spt insyirah...
terus-terang sy katakan...jauh d sudut hati ini, sy sendiri idamkan anak spt insyirah...
Gunalah peluang berada d rumah sebaik2nya utk terus menghafaz Quran..

Biar sy bg sikit tips utk hilangkan rasa malas tu erk...

1. cuba disiplin kan diri & simpan azam yg tggi utk hafaz Quran
2. wat jadual peribadi spt tetapkan waktu hafaz lps zohor (cth)utk jdkan amalan harian
3. cari seorg pendorong atau pemantau (tugasnya utk menegur kalo jadual x dilaksankan)
4. Simpan tekad utk hafaz 1 hari brp ayat (cth)
5. Pakar motivasi berpesan - utk laksanakan ape2 tugas keesokan hari kita kena bygkan yg baik2 sblm tido & jgn fikirkan yg negatif (cth spt x der mood nak hafaz esoknya)
6. Pakar motivasi jg berpesan - hadiahkan diri anda tiap kali tercapai/terlaksananya satu2 tugas harian tu (cth - hadiahkan diri anda aiskrim sbg pendorong utk terus berusaha)
7. kena slalu berdoa agar Allah permudahkan usaha murni yg dilakukan itu.


Gitu lah serba sikit tips yg dpt sy coretkan disini wat sementara ni..
kalo ade ape2 tambahan tips...sy akan catitkan lg disini...
all the best 2u...
Wink Wink

93Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Aug 28, 2009 7:08 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

sejuk ibu syirah mengandungkan syirah...kaki..tangan..semua2 la...
syirah kanak 2 yang comel..hihi..

moga Allah menyembuhkan syira dan nenek syirah.....
Razz

94Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Aug 28, 2009 8:41 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

aysarahanan wrote:sejuk ibu syirah mengandungkan syirah...kaki..tangan..semua2 la...
syirah kanak 2 yang comel..hihi..

moga Allah menyembuhkan syira dan nenek syirah.....
Razz


aysa pun ape krgnya... Very Happy
2X5 jer sejuk hati mak-bpk bila dpt anak2 yg baik2 spt aysa & insyirah...
begitu jg yg lain2 dlm ni...
moga kalian d contohi remaja2 skrg ni...


nota kaki - agaknya camne yer suasana kat jordan tu aysa?

95Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Aug 28, 2009 9:17 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

suasana kat sini camne ek?
tak de bazar ramadhan,xde ikan segar,xde sayur kangkung,xde belacan,serai...yg paling tak beznyerr tak de roti canai..fav aysa... Sad Sad

sini negara empat musim,sejuk,bunga,luruh,panas
sekarang penghujung musim panas..insyaAllah hujung bulan 9 nanti masuk musim sejuk..

musim sejuk - ade salji
musim panas - ade banyak jus
musim bunga - ade banyak bunga
musim luruh - bunga pon gugur..

paling bez bulan ramdhann..malam2 nya hidup macam siang.berebut2 memenuhkan masjid2
raya tak bez sebab tak lemang mahupun kueh mueh.. Razz

paling mencabar bila bermuamalat dengan bangsa arab...(perlukan kesabaran..dan ketabahan)


hehe nak cite tak abes kat sini ayahanda muzafar ...kene masuk blog aysa
Razz

96Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Aug 28, 2009 9:28 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Wa'alaikumussalam pakcik muzafar Embarassed

Tetiba insyirah da tukar watak dari nakal jadi malu baca ayat pakcik ni Embarassed

Yup, semua tipS pakcik tu betul cumanya tak leh nak reward diri sendiri dengan aiskrim nanti semput Razz selalunya reward diri sendiri dengan membuat kek coklat untuk dimakan beramai-ramai. (Agaknya terdetik pada sahabat-sahabat al-Insyirah "Tak de benda lain la insyirah ni selain makan") Embarassed

Kawan di DQ (Darul Quran) pun cakap kena istiqamah, pastu paling penting ialah rajin sebab kalau malas semua yang dah hafaz pun boleh lupa. Kena jaga hati, jaga mata, jaga semua-semua. Paling bagus hafaz adalah waktu pagi, otak fresh dan suasana bening. Insya Allah, mudah nak hafaz. Embarassed Sebab haritu ada kawan (tahfiz) pesan, dah diri sendiri 'cari pasal' nak hafaz Quran, kena disiplin yang tinggi. Then, kalau dah kawin nanti pun kena juga mencari masa untuk hafaz Quran, kalau tidak hafazan boleh lupa. (Panjang pula ke depan fikirannya, alamakkk) Smile

Jordan sekarang musim panas, siang panjang dan malam pendek (jawab macam duk Jordan je... Razz )

97Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Aug 28, 2009 11:23 am

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

Assalammualaikum...

Ibu mesti singgah di warung kopi ni, kerana rindu.
Apa khabar nenek Syirah kini..?
ibu pun turut titipkan doa buatnya.
Moga nenek syirah dan syirah juga akan segera sihat.


Asya....
ibu terbayang apa yg asya tulis mengenai musim yg 4 tu.
Tentu indah pemandangan di sana. Tapi mesti indah lagi bumi Malaysia,
sebab ada ayah/bonda.


Bolih ke ibu tumpang melawat blog asya...?
ibu buat muka tak malu je.hehehe Smile Embarassed

98Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Aug 28, 2009 12:03 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Jordan memang "cantik" pun ibu, kalau majlis ilmunya bertalaqqi dengan syeikhul yang hebat-hebat dengan ilmu. Tetapi seperti yang kak Aysa cakapkan, bila bermuamalat dengan orang arab SANGAT memerlukan kesabaran dan ketabahan yang amat tinggi. Orang arab ni kasar tetapi kalau bab meraikan tetamu, hehehehe musuh pun macam kawan karib. Smile Kalau rasa urusan dengan imegresen Saudi (umrah atau haji) pun dah cukup menyakitkan hati, imgeresen Mesir JAUH lebih teruk sebab mereka sangat la kasar. Very Happy

Kadang-kadang nak sambung visa pelajar, penat beratur bila tiba giliran kita, orang tu cakap "Balik, esok datang lagi." Erk, tak ke rasa macam nak balik Malaysia terus je... Laughing Sebab tu bila nak urusan ngan arab ni kene awal pagi supaya mereka tak letih lagi dan harap-harap tak la kena maki. Very Happy Syria pun rasanya bermasalah dengan urusan imegresen (sampai sesetengah tu minta rasuah, kalau tidak kita tidak akan dilayan). Isk, baru terfikir betapa hikmahnya kenapa Rasulullah dikalangan masyarakat Arab. Sebab... ini la antaranya. Untuk mengajar bagaimana berakhlaq. Smile

Wallahua'lam.

Kalau ke Mesir lagi 'indah' ibu, terkenal dengan pintu 3 benua (benua asia, afrika dan benua **tak ingat**) penduduk dalam Kaherah saja sudah cukup padat. Agaknya sama banyak dengan jumlah penduduk di Malaysia, macam Jakarta agaknya. Smile Kalau di Mesir ni macam-macam boleh kutip, sama ada nak ikut tauladan ambiya' mahupun firaun. (Teringat kisah pelajar mati dibunuh sewaktu sedang membaca al-Quran oleh rakannya gara-gara tidak mahu memberi pinjam wang. Al-Fatihah) Sad

Kadang-kadang orang pergi Mesir sebab nak belajar talaqqi dengan syeikhul azhar, ada juga yang jalan-jalan nak tengok piramid dan giza. Huhuhu... Macam-macam Smile

p/s: Teringin nak 'jalan-jalan' dalam ashabul kahfi Very Happy

99Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Aug 28, 2009 1:30 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

hehe ashabul khafi kat jordan adik syirah...

jum la datang sini..leh syirah jalan sambil duduk2 dalam gua tu..hihi


ibu..
silalah ke blog aysa sini~~
hehe dah berhabuk blog tu..hihi,sila beri tunjuk ajar Embarassed

100Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 4 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Aug 28, 2009 1:50 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Subhanallah...seronoknyer... baca tentang jordan.. mesir.. uhuhu.. bila la agaknya saya berkesempatan ke sana.. berharap suatu hari nanti dikabulkan agar dapat ke luar negara...

bercerita tentang 4 musim... satu pengalaman yang memang dari kecik saya harapkan...
Kalau boleh, harap Aysa letakkanlah gambar-gambar dijordan yang sempat aysa ambil ke... x kisahla pemandanganke... Terasa terigin nak tengok.. tapi boleh je kalau saya surf kat internet.. ehehe... Smile

http://www.shindah.blogspot.com

Sponsored content



Back to top  Message [Page 4 of 18]

Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5 ... 11 ... 18  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum