Baru2 ni terdengar keluhan, gula dicatu di kedai2, dimana seorang pembeli akan dihadkan beberapa pek gula sahaja, tidak boleh lebih. Sekarang saya tahu, ini adalah antara puncanya... Tak habis2 diorang ni.
-----------------------------------------------------------------------
23 tan gula disorok dalam gudang di Perlis
KANGAR: Sebanyak 23.8 tan metrik gula bersubsidi yang disorok dalam sebuah gudang di Jejawi, dekat sini disita oleh sepasukan anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam.
Timbalan Pengarah KPDNKK cawangan Perlis, Abdul Halim Pakri, berkata gula bernilai RM32,000 itu disita jam 5 petang semalam selepas pasukan itu melakukan serbuan ke premis yang terletak dalam kawasan perindustrian ringan Jejawi itu. Jumlah gula yang disorokkan itu dikatakan hampir menyamai separuh daripada keperluan gula penduduk Perlis sehari berdasarkan keperluan sebenar bahan itu antara 50 tan dan 60 tan metrik.
Abdul Halim tidak menolak kemungkinan pengumpulan stok gula yang begitu banyak di gudang itu mempunyai kaitan dengan aktiviti penyeludupan ke negara jiran. "Kita percaya gudang terbabit menerima stok berkenaan sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun hanya sebilangan kecil daripadanya diagihkan manakala selebihnya disimpan," katanya.
Rampasan itu adalah yang terbesar dilakukan oleh KPDNKK Perlis sejak krisis kekurangan bekalan gula di pasaran melanda Perlis dan beberapa negeri lain di negara ini sejak lebih seminggu lalu.
Semalam Pengarah KPDNKK Perlis, Mohd A Aruwan Abdul Aziz, berkata kegiatan menyimpan gula secara berlebihan oleh peniaga menjadi antara punca kekurangan bekalan itu di pasaran di samping faktor penyeludupan.
H. Metro