Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

12/01/2008 - Lagi Kanak² Hilang!!

2 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

112/01/2008 - Lagi Kanak² Hilang!! Empty 12/01/2008 - Lagi Kanak² Hilang!! Fri Jan 11, 2008 11:35 am

Nell

Nell
Ahli Senior
Ahli Senior

Cari Sharlinie seluruh negara

12/01/2008 - Lagi Kanak² Hilang!! F_mainpixm_4caba80
DIPERCAYAI DICULIK: Sharlinie hilang berhampiran rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya, kelmarin.

12/01/2008 - Lagi Kanak² Hilang!! F_suspekm_0046133
DICARI: Lakaran wajah suspek diedar Bukit Aman.



Polis perketat kawalan di sempadan, buru dua suspek culik budak lima tahun

PETALING JAYA: Polis mengetatkan kawalan di semua pintu sempadan dan lapangan terbang dalam gerakan mencari Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang berhampiran rumahnya di Taman Medan, dekat sini, kelmarin serta memburu dua suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, gerakan bersepadu besar-besaran yang bermula semalam itu turut membabitkan langkah mengedarkan poster mangsa dan lakaran wajah suspek ke seluruh negara.

Katanya, satu pasukan khas yang dianggotai bersama pegawai dan anggota polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya juga ditubuhkan untuk menerajui siasatan.

Pasukan itu yang sedang berusaha menjejak dan mengenal pasti dua suspek terbabit berdasarkan lakaran wajah atau fotofit yang diperoleh daripada maklumat saksi, diketuai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad.

Musa berkata, lakaran itu turut diedar kepada media bagi membantu siasatan polis yang dibuat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan kanak-kanak daripada penjagaan sah dan mereka yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun.

"Kita akan bertindak pantas mengesan suspek dan melancarkan gerakan besar-besaran serta berharap saksi kejadian terutama peniaga dan orang ramai tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di IPD Petaling Jaya, di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan ibu bapa Sharlinie, Mohd Nashar Mat Hussin dan Suraya Ahmad.

Mereka sebelum itu mendengar taklimat yang diberikan Arjunaidi berhubung kes kehilangan Sharlinie.

Kelmarin, akhbar melaporkan Sharlinie hilang ketika berjalan pulang ke rumah bersama kakaknya di Jalan PJS 2C/11N, Taman Medan, dekat sini selepas bermain di taman permainan berdekatan, pada kira-kira jam 11.30 pagi.

Berdasarkan maklumat kakaknya, Sharliena, 8, seorang wanita berambut paras leher dan memakai kasut tumit tinggi mengumpan adiknya dengan gula-gula sebelum menariknya masuk ke dalam kereta berwarna hitam lalu melarikannya.

Mangsa adalah kanak-kanak perempuan kedua dilaporkan hilang dalam tempoh kurang 48 jam di situ, selepas Nur Fatihah Zaidi, 6, dilarikan seorang lelaki bermotosikal ketika bermain di taman permainan Pangsapuri Desa Sepakat, kira-kira enam kilometer dari situ sebelum ditemui ditinggalkan di Wangsa Maju.

Dalam kes Nur Fatihah, lelaki berkenaan dikatakan mengajak mangsa mencari kucing dan burung, sekali gus menguatkan dakwaan suspek mungkin lelaki sama dengan `lelaki kucing' yang mencabul dua kanak-kanak perempuan di Kampung Baru, Kuala Lumpur sejak pertengahan tahun lalu.

Polis sebelum ini turut melihat kemungkinan kaitan kehilangan Sharlinie dengan kes Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mati kira-kira sebulan selepas dilaporkan hilang, dipercayai dilarikan seorang lelaki, September lalu.

Musa berkata, fotofit dua suspek yang diedarkan polis kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan Sharlinie adalah sama dengan lakaran wajah lelaki yang menjadi buruan dalam kes cabul dua kanak-kanak di Kampung Baru.

Katanya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Medan sudah dipanggil bermesyuarat dan beliau sudah meminta Khalid berbincang dengan mereka bagi menempatkan seorang dewasa di taman permainan itu bagi mengawasi kanak-kanak di situ.

Katanya, beliau juga mengesyorkan supaya JKKK di kawasan lain mengambil langkah sama dalam usaha memastikan keselamatan kanak-kanak yang menjadi tanggung jawab bersama polis serta semua ibu bapa.

Sementara itu, Shahrizat berkata, kerjasama semua pihak khususnya orang ramai dan media dalam membantu menjejaki Sharlinie dan suspek amat diperlukan bagi mengelak kes seperti yang berlaku terhadap Nurin Jazlin berulang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes kehilangan Sharlinie boleh menghubungi polis di talian 03-79662184/2177 atau SMS ke Rakan Cop, di nombor 32728.

Sumber: Berita Harian Online.

http://rawcommunity.allgoo.net/

212/01/2008 - Lagi Kanak² Hilang!! Empty Re: 12/01/2008 - Lagi Kanak² Hilang!! Fri Jan 11, 2008 3:01 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Ramai sangat kanak2 yang menjadi mangsa sekarang. Kena hati2 selalu, pada mereka yang sudah berkeluarga, dan dah ada anak...

Apa nak jadi dengan Malaysia hari ni, dah tak sama macam zaman dulu2 - aman je.

312/01/2008 - Lagi Kanak² Hilang!! Empty Re: 12/01/2008 - Lagi Kanak² Hilang!! Fri Jan 11, 2008 5:51 pm

Nell

Nell
Ahli Senior
Ahli Senior

zaman dah berubah.. manusia pun berubah.. kalau sama macam dulu xda perubahan namanya..

tp yg pegi culik budak tu apasal? dah terdesak sangat ke nak cari duit? atau untuk kepuasan diri?? jangan nanti jadi macam kes arwah Nurin.. sampai sekarang belum terjawab..

http://rawcommunity.allgoo.net/

412/01/2008 - Lagi Kanak² Hilang!! Empty Re: 12/01/2008 - Lagi Kanak² Hilang!! Mon Jan 14, 2008 8:33 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Memang Malaysia dah berubah, manusia pun berubah... Tapi perubahan tu haruslah dari yang kurang elok ke lebih elok, dari mundur ke maju, dari perangai baik ke lebih baik.. Kalau masih lagi di takuk lama, diri menjadi ntah apa ntah baik tak payah berubah, menyusahkan orang lain. Kalau dulu elok2 polis ada 100 orang je (contoh), sekarang dah bertambah berlipat kali ganda. Ni semua kerana perangai manusia yang tak mensyukuri nikmat yang diberikan Allah.

Semoga Sharlinie ni sihat hendaknya, dan terbuka hati si penculik untuk memulangkan dia ke pangkuan keluarga. Kesian keluarga dia, bukan senang nak terima kenyataan sebegini. Insyaallah, sama2lah kita doakan....

512/01/2008 - Lagi Kanak² Hilang!! Empty Re: 12/01/2008 - Lagi Kanak² Hilang!! Wed Jan 16, 2008 12:42 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

update: 16/01/2008

‘Saya nak bawa dia naik basikal’

PETALING JAYA: “Sebelum ini kami selalu bergaduh, lepas ni kalau dia pulang saya nak bawa dia naik basikal dan main bersama,” kata kakak sulung Sharlinie Mohd Nashar, 5, kanak-kanak yang hilang sejak seminggu lalu.

Nurul Amirah Mohd Nashar, 11, merindui adik bongsunya dan akan menjaga sebaik mungkin jika adiknya itu ditemui kembali.

“Saya doakan adik supaya kembali dengan cepat dan dalam keadaan selamat,” katanya.

Dia berharap, adiknya yang turut dipanggil Indah itu pulang semula kepada mereka dalam keadaan selamat.

Sementara itu, nenek mangsa, Wan Jah Wan Deris, 55, berkata dia menerima panggilan dari Mohd Nashar pada hari kehilangan Sharlinie dan bergegas ke stesen bas membeli tiket untuk ke Kuala Lumpur.

Wan Jah yang berasal dari Terengganu, berkata dia dan suami hampa apabila semua tiket bas perjalanan ke Kuala Lumpur habis dijual berikutan cuti Maal Hijrah ketika itu.

“Mujurlah ada jiran yang prihatin dan meminjamkan Perodua Kancil miliknya supaya kami dapat datang ke rumah anak lelaki saya ini,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan cucunya itu pada awal Disember lalu ketika Mohd Nashar pulang melawat abangnya yang sakit.

**************************************************************************************

Insyaallah, sama2 kita doakan kesejahteraan Sharlinie. Semoga dia selamat walau di mana pun berada.

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum