Jikalau sesiapa pun yang ada baca surat khabar, tengok televisyen, pasti mengetahui, merasai yang sekarang ni negara kita yang tercinta ini tidak lagi aman damai seperti dulu. Ada sahaja cerita sedih, seram, gusar, takut yang kita lihat, dengari. Dengan kadar jenayah yang semakin meningkat, meningkatkan lagi ketakutan, kewaspadaan kita walau di mana jua kita berada.
Kalau dulu, kita boleh tinggalkan barang (apa sahaja) di luar rumah dengan senang hati, tanpa perasaan gusar, tapi kini tidak lagi boleh berbuat demikian. Alamatnya, lesaplah barang itu nanti dikebas oleh pencuri yang sememangnya menunggu peluang sahaja.
Kalau dulu, kita tak kisah anak kita bermain di luar rumah, tanpa pengawasan, kerana percaya masyarakat sekeliling akan sama2 menjaga keselamatan, ketenteraman anak kita bersama. Tapi kini, masing2 lebih rela mengunci, membiarkan anak2 bermain di dalam rumah sahaja, takut jika dibiarkan bermain di luar rumah, kemungkinan anak itu akan hilang, diculik oleh mereka yang tidak berhati perut. Dah lah diculik anak itu, wang tebusan tidak juga diminta, tapi lain yang jadinya dengan anak itu. Astaghfirullahalazim, Ya Allah... jauhkan lah ini semua dari berlaku ke atas kita semua. Amin.
Banyak lagi kes, yang kalau kita sebutkan satu2, akan mengambil masa untuk huraikan semua itu.
Tapi persoalannya, kenapa jadi begini dengan negara Malaysia ku tercinta? Adakah semua negara yang membangun dengan pesat mesti berlaku perkara2 sebegini. Tidak.... Jangan....