Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

DuLU guLa, sekarang Minyak

2 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1DuLU guLa, sekarang Minyak Empty DuLU guLa, sekarang Minyak Mon Jan 07, 2008 8:30 pm

husna

husna
Ahli Baru
Ahli Baru

Kuota minyak masak ditambah
Oleh Fazallah Pit, Tuan Nazuri Tuan Ismail dan Amin Ridzuan Ishak

Mohd Roslan Mahayudin



SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi jaminan kekurangan bekalan minyak masak di seluruh negara akan dapat diselesaikan sepenuhnya selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu akan datang.

Ketua Pengarah Penguat Kuasanya, Mohd Roslan Mahayudin, berkata semua 23 kilang penapis minyak sawit seluruh negara sudah diarah menambah kuota pengeluaran sebanyak 10 peratus berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, penambahan kuota itu akan meningkatkan pengeluaran bekalan minyak masak kepada 53,886 tan sebulan, berbanding 48,988 tan sebelum ini.


"Penambahan kuota pengeluaran minyak masak itu akan dibuat sehingga bekalan kembali pulih. Malah, orang ramai tidak perlu panik kerana bekalan minyak masak dalam negara masih mencukupi... cuma bekalannya lambat diedarkan ke pasaran," katanya selepas mengadakan tinjauan di pasar raya Giant di sini, semalam.

Sebelum ini, Konsortium Pembungkus dan Pengedar Minyak Masak mendakwa tindakan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengurangkan kuota bulanan minyak masak pada Disember lalu adalah antara faktor menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran sejak seminggu lalu.

Presidennya, Gulab Bibi Mydin Khan, berkata cuti panjang bermula akhir tahun lalu juga menjadi antara penyebab berlaku krisis bekalan minyak masak.


Antara negeri yang teruk terjejas ialah Kelantan, Pahang, Melaka dan Kedah. Berikutan itu, kerajaan membuat keputusan mencatu jualan minyak masak dengan setiap pembeli dibenarkan membeli maksimum lima kilogram berkuat kuasa hari ini.

Kerajaan juga meningkatkan pemantauan di pintu masuk utama di sempadan bagi mengelak minyak masak diseludup ke negara jiran, sekali gus menjejaskan bekalan dalam negara.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut meminta peniaga menghentikan tindakan menyorok bekalan dan menasihatkan pengguna supaya tidak melakukan pembelian panik yang menjadi punca berlaku masalah itu.

Mohd Roslan berkata, sikap tidak bertanggungjawab pihak industri membeli minyak masak bentuk paket seberat satu kilogram menjadi punca kekurangan bahan kawalan itu, selain peningkatan permintaan sebanyak lima peratus berikutan pertambahan penduduk serta pasar raya dan restoran di seluruh negara.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Pembangunan) kementerian berkenaan, Iskandar Halim Sulaiman, berkata pihaknya sudah memulakan operasi di seluruh negara sejak kelmarin untuk mengenal pasti kelemahan dalam sistem pengedaran serta jumlah bekalan yang diperlukan.

Beliau berkata, hasil laporan operasi itu yang sebahagian besarnya dijangka diterima kementerian hari ini, akan diserahkan kepada pihak berkenaan seperti pembekal serta pemborong untuk tindakan lanjut.

"Walaupun kita tidak dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah kekurangan bekalan, ia akan membantu mengurangkan sebahagian besar masalah itu, terutama menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Februari depan," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Di GEORGETOWN, Ketua Pegawai Penguat Kuasa kementerian cawangan Pulau Pinang, M Guneselan, berkata pembekal di negeri itu sudah menerima kuota tambahan daripada MPOB dan proses pengedaran sedang giat dilakukan.

Katanya, pembekal yakin bekalan itu akan diterima peruncit termasuk di luar bandar dalam tempoh seminggu.

"Pembekal mendakwa kekurangan bekalan berlaku kerana kuota pengedaran bagi November dan Disember lalu sudah digunakan ketika sambutan Aidilfitri lalu," katanya ketika dihubungi.

2DuLU guLa, sekarang Minyak Empty Re: DuLU guLa, sekarang Minyak Tue Jan 08, 2008 11:47 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Bekalan minyak masak dijangka akan kembali pulih dalam masa terdekat ni, dengar kat tv pagi tadi. Kalau nak jimat lagi, bagi suri rumah kot... kurangkan masakan yang menggunakan minyak, rebus jer... Wink

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum