First topic message reminder :
Assalamu'alaikum whb.
Nampaknya al-Insyirah sangatttt sepi...
Saja buka topic baru, ana telah berazam untuk menghabiskan buku Putera Lembah Bakkah yang telah dibeli pada bulan Ogos 2008 dan sehingga kini belum berjaya dihabiskan. Maka, ana berazam selagi buku itu tidak habis, maka ana tidak akan mengupdate [blog] dan rindu pula rasanya nak menulis. Maka, jangan marah ye warga al-Insyirah, ana melepaskan kemaruk di sesawang ini.
Warung Kopi @ al-Insyirah insya Allah, sekadar berkongsi cerita disekeliling. Let us sharing. Sharing is caring, rite?
Sekadar berkongsi pengalaman dari jendela hospital.
Pada awal tahun 2009, diary 2009 yang pertama sekali dalam hidup ana ialah program memasukkan diri ke hospital. Sound good ya? Dari Desember 2008 lagi kesihatan mengganggu dan terus mengganggu rutin kehidupan. Alhamdulillah, moga dengan itu menjadikan ana hamba Allah yang selalu bersyukur atas kurniaan kesihatan dan nikmat-nikmat Nya. Hati menjadi sebak, gemuruh dan sangat hiba apabila membaca peringatan dari Tuhan, "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?" Berulang kali Allah 'bertanya' kepada manusia dalam surah Ar-Rahman, hati menjadi-jadi rindu untuk sujud di depan Kaabah Mu.
Kala hati menjadi gundah-gulana apabila doktor mengatakan bahawa badan yang sangat dhaif ini barangkali akan mengalami kelumpuhan. Subhanallah, berat sungguh rasanya ujian yang bertamu. Tapi, masih yakin Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang sia-sia. Dialah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik Perancang. Subhanallah, cantik sungguh aturan Ilahi buat ana.
Kesakitan pada tulang belakang dan menjalar ke seluruh kaki kiri membuatkan ana benar-benar 'lumpuh'. Subhanallah. Hanya Allah menarik satu nikmat, terasa seakan lupa pada nikmat-nikmat yang lain. Astaghfirullah hal azhim. Teruknya penyakit hati ni. Kiri dan kanan pesakit merintih dan meraung-raung, ana hanya mampu membekukan diri. Bila sakit, ana lebih suka diam. Diam dan berfikir. Diam dan berzikir. Ya Allah, bila sakit baru ingat Tuhan. "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"
Pelbagai diagnosis doktor, sama ada ana mengalami:
Retak pada tulang belakang
Kanser tulang
Dan macam-macam yang menakutkan. Ana cuba menggarapkan kembali antara emosi dan akal. Kita semua milik Allah, apa yang ada pada kita adalah milik Nya hatta nyawa kita sendiri adalah milik Allah. Dia hanya memberi kita pinjaman. Apakah kita marah apabila Pemilik barang pinjaman meminta semula apa yang Dia pinjamkan? Apakah kita lupa diri, apakah kita terlupa akan janji kita untuk memulangkan semula apa yang kita pinjamkan?
Dilema dan terasa bukan hanya fizikal yang diuji, malah kesabaran, keyakinan dan keteguhan hati serta IMAN sedang hebat diuji Allah. Tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu. Ana cuba membina semula keyakinan, kesabaran dan keimanan yang seakan diterjah ombak yang lebih hebat dari tsunami. Bayangkan, selama ni kita masih berjalan-jalan, buat itu dan ini... Dengan sekelip mata, kita kena terima yang semua itu dah pun 'dipulangkan' kembali pada Tuan pemilik barang itu. Allahuakbar... Susah, tapi itulah tarbiyyah 'direct' yang sedang Allah lakukan pada seorang insan bernama Insyirah. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Alhamdulillah.
Kesimpulannya:
Dalam apa jua situasi sekalipun, tenang-tenangkan hati...
ala bizikrillahi tatma'inal qulub.
Well, harini... Ana perlu meneruskan pembacaan Putera Lembah Bakkah, semoga Allah memberi kelapangan waktu (yang sememangnya lapang) dan menggerakkan minda untuk mengutip mau'izzoh yang dipamerkan. Insya Allah.