Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Peraturan Forum Al - Insyirah

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Peraturan Forum Al - Insyirah Empty Peraturan Forum Al - Insyirah Fri Feb 15, 2008 6:18 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Peraturan Forum Al - Insyirah

1.Panduan berforum
Peraturan ini ditetapkan untuk menjaga isu sensitiviti setiap ahli-ahli Forum Al - Insyirah yg berdaftar. Ahli-ahli yang berdaftar secara automatik akan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh admin Al - Insyirah

Topik Baru
Setiap ahli dibenarkan membuka topik mengikut board yang bersesuaian. Contohnya, topik berkaitan dengan remaja tidak seharusnya di letakkan di board motivasi. Tajuk bagi topik baru mestilah jelas dan nyata dengan tujuan dan isu perbincangan. Anda digalakkan membuat carian di dalam forum Al - Insyirah terlebih dahulu sebelummembuka topik baru bagi mengelakkan topik yang sama berulang.

Membalas Mesej
Setiap ahli boleh membalas mesej di semua board. Sila berikan komen yang jelas dan bernas mengikut topik yang dibincangkan dan mesej yang tidak bersesuaian akan di padam tanpa sebarang notis.

Tatasusila
Setiap ahli Forum Al - Insyirah adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan. Amaran dan teguran moderator mestilah dihormati. Penggunaan bahasa kasar dan lucah adalah amat ditegah. Tindakan seperti ban atau dibuang terus dari forumakan dikenakan. Provokasi di antara ahli juga ditegah.

NickName
Anda boleh memilih memana nick yang bersesuaian dgn etika sbg orangIslam. Setiap ahli dibenarkan mendaftar dengan 1 nick sahaja dan tidakdibenarkan menukar nick atau menggunakan banyak nick setelah mendaftar sebahagai ahli Forum Al - Insyirah . Pihak admin berhak membatalkan mana-mana nick pengguna yang tidak menepati syarat tanpa sebarang notis.


2.Syarat-syarat & Etika Semasa Berforum


Anda perlu mematuhi beberapa syarat. Anda digalakkan memperkenalkan diri di dalam board Ahli baru dahulu sebelum memulakan posting yang lain supaya ahli-ahli lain dapat mengenali anda.

Anda dilarang untuk:

1. Membuka topik yang boleh menyinggung sensitiviti agama atau kaum lain.
2. Membuka topik yang sudah pun dibuka oleh ahli lain sebelumnya.
3. Membuka topik yang tiada kena mengena dengan kepentingan Forum ini.
4. Membuat "double posting" atau kiriman yang berganda dalam sesebuah topik tanpa sebab-sebab yang munasabah.
5. Membuat kiriman yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama ahli
6. Menggunakan kata-kata lucah atau kesat kepada ahli lain (so goes to double meaning yang keterlaluan)
7. Membuat kiriman yang tidak releven dengan tajuk topik(thread)
8. Mengepilkan gambar-gambar lucah dan tidak disenangi awam.
9. Berbincang mengenai politik
10. Kiriman yang dipenuhi dengan smiley dan perkataan 'ya', 'setuju', 'tidak' dan sebagainya.

Sekiranya ada pemorum tidak mengikut polisi kami ini, Admin/Mods berhak untuk :

1. mengubah kiriman / topik anda.
2. mengeluarkan kiriman / topik anda dari database (delete)
3. menyenarai hitamkan nama anda (Banned)

Perilaku yang boleh dikenakan tindakan banned:~

1. Menggugat atau mencabar kredibiliti Admin/MODs.
2. Mengaibkan users lain (soal kesahihan tidak diambil kira)
3. Menimbulkan kekecohan atau pergaduhan.
4. Bersekutu dengan user yang menimbulkan kekecohan di forum.
5. Melanggar syarat-syarat berposting (seperti di atas)

Kami perlukan kerjasama anda untuk tidak melanggar etika berforum ini. Sekiranya ada pertanyaan berhubung perkara ini, anda boleh tujukan pertanyaan anda kepada Admin/MODs yg sedang online.

Harap Maklum.

Ingat.... Matlamat Al - Insyirah... melahirkan belia yang berguna.

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum