Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Warung Kopi @ al-Insyirah

+10
muzafar
munira alhashimi
indah
normyislam
syafinur
azizul
Mahfuzah
aysarahanan
dheadz
insyirah
14 posters

Go to page : Previous  1 ... 8 ... 13, 14, 15, 16, 17, 18  Next

Go down  Message [Page 14 of 18]

1Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 17, 2009 11:13 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

First topic message reminder :

Assalamu'alaikum whb.

Nampaknya al-Insyirah sangatttt sepi... Sad

Saja buka topic baru, ana telah berazam untuk menghabiskan buku Putera Lembah Bakkah yang telah dibeli pada bulan Ogos 2008 dan sehingga kini belum berjaya dihabiskan. Maka, ana berazam selagi buku itu tidak habis, maka ana tidak akan mengupdate [blog] dan rindu pula rasanya nak menulis. Maka, jangan marah ye warga al-Insyirah, ana melepaskan kemaruk di sesawang ini. Embarassed

Warung Kopi @ al-Insyirah insya Allah, sekadar berkongsi cerita disekeliling. Let us sharing. Sharing is caring, rite? Cool

Sekadar berkongsi pengalaman dari jendela hospital. Smile

Pada awal tahun 2009, diary 2009 yang pertama sekali dalam hidup ana ialah program memasukkan diri ke hospital. Laughing Sound good ya? Razz Dari Desember 2008 lagi kesihatan mengganggu dan terus mengganggu rutin kehidupan. Alhamdulillah, moga dengan itu menjadikan ana hamba Allah yang selalu bersyukur atas kurniaan kesihatan dan nikmat-nikmat Nya. Hati menjadi sebak, gemuruh dan sangat hiba apabila membaca peringatan dari Tuhan, "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?" Berulang kali Allah 'bertanya' kepada manusia dalam surah Ar-Rahman, hati menjadi-jadi rindu untuk sujud di depan Kaabah Mu.

Kala hati menjadi gundah-gulana apabila doktor mengatakan bahawa badan yang sangat dhaif ini barangkali akan mengalami kelumpuhan. Subhanallah, berat sungguh rasanya ujian yang bertamu. Tapi, masih yakin Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang sia-sia. Dialah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik Perancang. Subhanallah, cantik sungguh aturan Ilahi buat ana. Very Happy

Kesakitan pada tulang belakang dan menjalar ke seluruh kaki kiri membuatkan ana benar-benar 'lumpuh'. Subhanallah. Hanya Allah menarik satu nikmat, terasa seakan lupa pada nikmat-nikmat yang lain. Astaghfirullah hal azhim. Teruknya penyakit hati ni. Rolling Eyes Kiri dan kanan pesakit merintih dan meraung-raung, ana hanya mampu membekukan diri. Bila sakit, ana lebih suka diam. Diam dan berfikir. Diam dan berzikir. Ya Allah, bila sakit baru ingat Tuhan. "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

Pelbagai diagnosis doktor, sama ada ana mengalami:
Retak pada tulang belakang
Kanser tulang

Dan macam-macam yang menakutkan. Ana cuba menggarapkan kembali antara emosi dan akal. Kita semua milik Allah, apa yang ada pada kita adalah milik Nya hatta nyawa kita sendiri adalah milik Allah. Dia hanya memberi kita pinjaman. Apakah kita marah apabila Pemilik barang pinjaman meminta semula apa yang Dia pinjamkan? Apakah kita lupa diri, apakah kita terlupa akan janji kita untuk memulangkan semula apa yang kita pinjamkan?

Dilema dan terasa bukan hanya fizikal yang diuji, malah kesabaran, keyakinan dan keteguhan hati serta IMAN sedang hebat diuji Allah. Embarassed Tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu. Ana cuba membina semula keyakinan, kesabaran dan keimanan yang seakan diterjah ombak yang lebih hebat dari tsunami. Bayangkan, selama ni kita masih berjalan-jalan, buat itu dan ini... Dengan sekelip mata, kita kena terima yang semua itu dah pun 'dipulangkan' kembali pada Tuan pemilik barang itu. Allahuakbar... Susah, tapi itulah tarbiyyah 'direct' yang sedang Allah lakukan pada seorang insan bernama Insyirah. Smile Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Wink Alhamdulillah.

Kesimpulannya:

Dalam apa jua situasi sekalipun, tenang-tenangkan hati... lol!

ala bizikrillahi tatma'inal qulub. Laughing

Well, harini... Ana perlu meneruskan pembacaan Putera Lembah Bakkah, semoga Allah memberi kelapangan waktu (yang sememangnya lapang) dan menggerakkan minda untuk mengutip mau'izzoh yang dipamerkan. Insya Allah. Smile


326Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Feb 11, 2010 7:20 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

327Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Feb 17, 2010 2:24 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum...
Kopi O satu..
Senyap aje.. X ada apa2 yg menarik nak sembang kat sini ke.. ?

http://www.umaruddin.blogspot.com

328Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Feb 18, 2010 9:22 am

avar_counselor

avar_counselor
Ahli Senior
Ahli Senior

salam semua.. Very Happy

329Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Feb 18, 2010 10:59 am

azizul

azizul
Admin
Admin

salam avar...

https://al-insyirah.forummotion.com

330Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Feb 18, 2010 3:20 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Aik Avar, lalu jer, tak minum2 dulu?

331Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 23, 2010 7:51 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum... sibuk kot.. kalau ada mi kolok mungkin avar nak order

http://www.umaruddin.blogspot.com

332Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Feb 24, 2010 9:28 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum,
maaf buat semua sebab lama tak posting apa-apa, bukan sibuk (takda alasan sebenarnya) cuma waktu-waktu itu dipenuhi dengan proses menulis menuskrip buku. Insya Allah. Smile Doakanlah saya yang baru nak berjinak-jinak nih, masih banyak yang perlu dipelajari dan terkadang terasa semua nak belajar hingga tidak tersusun mana yang perlu dipelajari terlebih dulu. So excited!

Ohya, baru-baru ni ummi bawa balik 2 ekor ikan siakap (besarrr!). Kawan pejabat ummi pergi memancing dapat banyak sangat ikan, then dia beri pada ummi tetapi ummi beli dengan dia, yang seekor RM20 dan seekor lagi RM30 (tapi rasanya mahu seekor RM70-90 kalau di pasaran!), ianya sangat besar. Nak menyiang ikan itu pun, aduh penat juga 'kungfu' di dapur Laughing sisiknya saja lebih besar dari kuku ibujari saya! Smile Tak tahu nak masak apa sebab ikan besar sangat, takut pun ada juga.

Lastly, dapat idea. Potong ikan menjadi 2 bahagian Very Happy

Bahagian ekor saya stim dan bahagian kepala saya goreng (buat 3 rasa macam yang selalu dimasak di kedai) tetapi disebabkan ianya first time masak ikan yang BESAR macam tu, entah apa rasanya pun saya tak tahu.Cuma pesan pada keluarga.

"Makan senyap-senyap!" Razz

ALhamdulillah, seronok bila semuanya licin. Laughing

Kata ummi, abang yang sulung tanya. "Ummi siapa masak ikan ni?"

Ummi pun jawab "Syirah la..."

Abang buat muka pelik "Pandai juga Syirah masak, boleh buka kedai." lol!

Tak berdaya lah nak buka kedai tetapi sangat menyeronokkan bila masak dan licin! Wink Rasa puas hati walaupun seharian duduk di dapur untuk menguruskan keperluan memasak, memasak dan sebagainya. ENjoy!

Oh ya kak AYSA, ahlan ila Malizi Smile Selamat kembali... Mungkin boleh aturkan pertemuan untuk dating-dating, kita ajak kak Indah sama boleh tengok baby Very Happy

So kak Indah, bila nak bawa baby jalan jumpa achik SYirah? Laughing

333Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Feb 24, 2010 4:51 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

sedapnya adek syira masak...nyum2...
kalo tak sedap macam mana yer?olok-olok wat macam sedap..

terima kasih adik syirah,terkejut juga sampai malaysia,paling terkejut sekali adalah cuaca..
makanan yang pertama sekali aysa makan mula-mula sampai malaysia adalah roti canai..tercapai juga hasrat..alhamdulilah.

sekarang baru ada kelapangan sikit nak berforum,agak terkejar-kejar juga bila sampai,ingat ke sempat nak mohon sambung belajar,akhir sekali terpaksa tengok jer la borang tu,tarikh tutup dah dekat.Tak sempat nak berbuat apa-apa.
percaya pada rezeki Allah...insyaAllah cuba untuk akan datang. Smile

adik syirah nak dating ke?macam best je....nak dating kat mana?taman bunga?zoo?atau genting..hihihi....insyaAllah adek syirah,kalau dah jodoh kita tak kemana...hihihi I love you

leh kita jumpa ramai2 dengan seluruh ahli forum ni,ni oder je dengan adik syirah ni...leh jadi chef forum kan?
Razz:P

334Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Mar 10, 2010 8:20 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum.

Selamat Pagi.
Sobakhul khair.

Semoga kalian semua dalam keadaan yang sihat iman dan fizikal, insya ALLAH. Smile

335Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Mar 10, 2010 6:22 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

Assalamualaikum semua... harap semua dalam keadaan tenang dan selamat..

https://al-insyirah.forummotion.com

336Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Mar 25, 2010 12:13 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Dsc05418l

Yang menghidupkan hati adalah iman, dan yang mematikan hati adalah kufur (ingkar). Sedang yang menyihatkan hati adalah taat, dan penyakitnya adalah terus menerus dalam kemaksiatan. Yang membangunkan hati adalah zikrullah (ingat, menyebut nama Allah). Yang menidurkannya ialah lalai. Moga hati kita sentiasa bertaut dengan roh islamiyyah...
Very Happy

337Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Mar 26, 2010 5:24 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

Amin ya Rabb

https://al-insyirah.forummotion.com

338Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Mar 31, 2010 9:53 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Mana geng lepak kedai kopi ni...

339Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Apr 06, 2010 7:25 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum..
Ramai singgah InsyaAllah... cuma pesan bungkus aje.. tak duduk makan dan minum kat sini.. sebab tu tampak lengang

http://www.umaruddin.blogspot.com

340Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Apr 15, 2010 8:07 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum.. hai.. takkan semua main singgah.. lalu aje.. berhenti2 le sekejap.. sembang2 sikit..

http://www.umaruddin.blogspot.com

341Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Apr 21, 2010 3:08 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Ades...

http://www.shindah.blogspot.com

342Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Apr 23, 2010 4:34 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Fuh, dah berabuk dah tempat ni, sian kat kita semua. Rolling Eyes

343Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Apr 26, 2010 12:30 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamualaikum semua,
maaf lama tak jenguk sini... saya sememangnya sedang sibuk Smile
saya juga mengalami kecederaan, tulang bahu tercabut. jadi kurang aktiviti menaip Very Happy

344Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Apr 26, 2010 4:21 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Saya mengantuk.... =(

http://www.shindah.blogspot.com

345Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Apr 26, 2010 7:13 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

insyirah wrote:Assalamualaikum semua,
maaf lama tak jenguk sini... saya sememangnya sedang sibuk Smile
saya juga mengalami kecederaan, tulang bahu tercabut. jadi kurang aktiviti menaip Very Happy
WaAlaiKumMusSalamWaRahmatullah..
Macam mana boleh cendera teruk macam tu... jatuh ke? Sekarang macam mana? Berubat cara mana... moden atau kampung?

http://www.umaruddin.blogspot.com

346Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Apr 27, 2010 9:59 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Apa sudah terjadi Insyirah? Semoga tak teruk dah cepat sembuh ye. Smile

347Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Apr 27, 2010 10:03 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Heh! ramai sekali yg terkejut tulang bahu saya tercabut hinggakan ummi sendiri pun terkejut dengan bahu yang terkulai, saya shopping sehari sebelum terapi, bila buat terapi mmg sah bahu saya tercabut dan terapist juga terkejut sebab kondisi tulang sudah "jatuh" tapi saya macam tak da apa-apa... Very Happy

348Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Apr 27, 2010 10:21 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Oh begitu ceritanya. Ni mesti banyak sangat bawa barang shopping, sampai tulang bahu pun tercabut. eheh... Very Happy

Dah dimasukkan semula ke tulang bahu tu ke soketnya? Jangan biarkan, takut jadi perkara lain pula nanti, walaupun tak sakit.

349Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Apr 27, 2010 1:30 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum... Tak terasa2 apa2.. tak perasan bila kena?
Doktor kata apa? Sebabnya.. kalau tulang bahu tercabut... memang akan terasa.. nak gerak tangan pun payah..

http://www.umaruddin.blogspot.com

350Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 14 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Apr 28, 2010 3:16 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Masa sekolah dulu, pernah saya pengsan dan waktu diangkat... Bahu saya tersangkut pada pintu, dah pada masa tu lagi tulang bahu sudah tercabut. Ni kali kedua ia berlaku. Smile (bukan kerana shopping) Dah lama sakit bahu, dada dan belakang..(bukan tulang belakang tapi bahagian belakang bahu) saya ingatkan ia kerana costochondritis (pembengkakan tulang rusuk) sebab tulang rusuk + dada bengkak (timbul), bila prgi check ngan doctor, dia cakap "biasa je, costochondritis" tapi saya pergi buat terapi (untuk betulkan tulang belakang yang bengkok dan terapi keseluruhan - rawatan alternatif) dan saya mengadu bahu saya sangat sakit.

Memang ia bengkak... sebab saya ingat costochondritis, rilex saja lah shopping jalan-jalan tapi memang tangan statik saja - sakit Very Happy bila buat terapi, ahli terapi itu memarahi saya sesungguh-sungguhnya Very Happy bila saya cakap dah lama sakit... haha... dia marah sebab tak dapatkan rawatan sedangkan tulang bahu dah jatuh banyak - nampak bahu terkulai Razz

saya cakap la "dah jumpa doc, doc cakap biasa je costochondritis" Very Happy

terus dia bebel cakap itu dan ini... hihi. masa rawatan untuk betulkan tulang bahu ni, memang dengar bunyi tulang meletup2 banyak kali.

"Tulang awak dah jatuh banyak ni" -- kena marah lagi Very Happy

itu la kisahnya... so, jagalah kesihatan baik-baik Smile

Sponsored content



Back to top  Message [Page 14 of 18]

Go to page : Previous  1 ... 8 ... 13, 14, 15, 16, 17, 18  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum