Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Warung Kopi @ al-Insyirah

+10
muzafar
munira alhashimi
indah
normyislam
syafinur
azizul
Mahfuzah
aysarahanan
dheadz
insyirah
14 posters

Go to page : Previous  1 ... 6 ... 8, 9, 10 ... 13 ... 18  Next

Go down  Message [Page 9 of 18]

1Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 17, 2009 11:13 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

First topic message reminder :

Assalamu'alaikum whb.

Nampaknya al-Insyirah sangatttt sepi... Sad

Saja buka topic baru, ana telah berazam untuk menghabiskan buku Putera Lembah Bakkah yang telah dibeli pada bulan Ogos 2008 dan sehingga kini belum berjaya dihabiskan. Maka, ana berazam selagi buku itu tidak habis, maka ana tidak akan mengupdate [blog] dan rindu pula rasanya nak menulis. Maka, jangan marah ye warga al-Insyirah, ana melepaskan kemaruk di sesawang ini. Embarassed

Warung Kopi @ al-Insyirah insya Allah, sekadar berkongsi cerita disekeliling. Let us sharing. Sharing is caring, rite? Cool

Sekadar berkongsi pengalaman dari jendela hospital. Smile

Pada awal tahun 2009, diary 2009 yang pertama sekali dalam hidup ana ialah program memasukkan diri ke hospital. Laughing Sound good ya? Razz Dari Desember 2008 lagi kesihatan mengganggu dan terus mengganggu rutin kehidupan. Alhamdulillah, moga dengan itu menjadikan ana hamba Allah yang selalu bersyukur atas kurniaan kesihatan dan nikmat-nikmat Nya. Hati menjadi sebak, gemuruh dan sangat hiba apabila membaca peringatan dari Tuhan, "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?" Berulang kali Allah 'bertanya' kepada manusia dalam surah Ar-Rahman, hati menjadi-jadi rindu untuk sujud di depan Kaabah Mu.

Kala hati menjadi gundah-gulana apabila doktor mengatakan bahawa badan yang sangat dhaif ini barangkali akan mengalami kelumpuhan. Subhanallah, berat sungguh rasanya ujian yang bertamu. Tapi, masih yakin Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang sia-sia. Dialah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik Perancang. Subhanallah, cantik sungguh aturan Ilahi buat ana. Very Happy

Kesakitan pada tulang belakang dan menjalar ke seluruh kaki kiri membuatkan ana benar-benar 'lumpuh'. Subhanallah. Hanya Allah menarik satu nikmat, terasa seakan lupa pada nikmat-nikmat yang lain. Astaghfirullah hal azhim. Teruknya penyakit hati ni. Rolling Eyes Kiri dan kanan pesakit merintih dan meraung-raung, ana hanya mampu membekukan diri. Bila sakit, ana lebih suka diam. Diam dan berfikir. Diam dan berzikir. Ya Allah, bila sakit baru ingat Tuhan. "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

Pelbagai diagnosis doktor, sama ada ana mengalami:
Retak pada tulang belakang
Kanser tulang

Dan macam-macam yang menakutkan. Ana cuba menggarapkan kembali antara emosi dan akal. Kita semua milik Allah, apa yang ada pada kita adalah milik Nya hatta nyawa kita sendiri adalah milik Allah. Dia hanya memberi kita pinjaman. Apakah kita marah apabila Pemilik barang pinjaman meminta semula apa yang Dia pinjamkan? Apakah kita lupa diri, apakah kita terlupa akan janji kita untuk memulangkan semula apa yang kita pinjamkan?

Dilema dan terasa bukan hanya fizikal yang diuji, malah kesabaran, keyakinan dan keteguhan hati serta IMAN sedang hebat diuji Allah. Embarassed Tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu. Ana cuba membina semula keyakinan, kesabaran dan keimanan yang seakan diterjah ombak yang lebih hebat dari tsunami. Bayangkan, selama ni kita masih berjalan-jalan, buat itu dan ini... Dengan sekelip mata, kita kena terima yang semua itu dah pun 'dipulangkan' kembali pada Tuan pemilik barang itu. Allahuakbar... Susah, tapi itulah tarbiyyah 'direct' yang sedang Allah lakukan pada seorang insan bernama Insyirah. Smile Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Wink Alhamdulillah.

Kesimpulannya:

Dalam apa jua situasi sekalipun, tenang-tenangkan hati... lol!

ala bizikrillahi tatma'inal qulub. Laughing

Well, harini... Ana perlu meneruskan pembacaan Putera Lembah Bakkah, semoga Allah memberi kelapangan waktu (yang sememangnya lapang) dan menggerakkan minda untuk mengutip mau'izzoh yang dipamerkan. Insya Allah. Smile


201Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Oct 09, 2009 10:09 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Wa'alaikumussalam.

Kak Aysa: Baru mulakan sesi kuliah. Mungkin sibuk urusan...

Ibu Munira: Tak tahu kenapa lama menghilang Sad

Ayahanda Muzafar: Lama juga tak nampak. Cuti kot.

Dheadz: Misteri... Rolling Eyes

Kak Indah: Hihi, jap ada jap tak ada.

Kak Izyan: Prepare untuk final exam kot! Very Happy

Dik Nor: Hurm... No answer. Smile

Mahfuzah: Sibuk dengan projek kelas dia...

Azizul: Susah berinternet Smile

202Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Oct 09, 2009 10:44 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Salam,
Alhamdulillah..
Yeye..syirah dah blk...
Biarpun berkerusì roda, msh patut bersyukur...
Agak2 btg mancis pun x dpt menahan mata dr terlelap.. pekata syirah pakai plak btg cangkul...hua3x

Bila org x de nak melayan sgt, tu yg wat sepi...
Apatah lg bila ibu munira pun dah berpatah arang bila asyik d ganggu org yg x puas hati dgn nya...

203Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Oct 09, 2009 11:46 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

insyirah wrote:
Dheadz: Misteri... Rolling Eyes
Kenapa saya dapat pernyataan misteri lak Insyirah?

Saya ada, cuma tak sempat nak online. Kat tempat kerja dengan kerja yang ada. Kat rumah pulak, bila balik buat itu ini, layan anak... sampai ke malam, badan ni kalau baring jer senang je nak lelap. Rehat, tidur awal, rasa puas tidur. Tu yang kekadang tak online.

Betul, kebelakangan ni rasa forum macam suram sedikit. Mungkin masih ramai yang masih set dengan mood raya. Silalah tukar ke mood lain pula ye. Smile

Pada yang masih berjalan raya, selamat berhari raya. Hati-hati di jalan raya.

204Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Oct 09, 2009 12:26 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum Smile

Ayahanda Muzafar: Sungguh 'trauma' dengan perkataan CANGKUL Mad
Tapi kan, saya tak panggil kerusi roda sebaliknya panggil "kereta kebal" Laughing
Sebab... Semuanya saya langgar. Laughing Tak reti nak 'handle' kerusi roda lagi. Smile

Ibu Munira... Muncullah ibu..! Sad

Akhi Dheadz: Misteri sebab jarang sangat akhi 'invisible' dari forum. Smile

Actually, semalam birthday Mahfuzah. Hehehe... Tapi saya lupa Embarassed
Boleh tak kalau wish today... Very Happy

Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Selamatharijadiekad

TuKaR Ke MooD -
H.A.P.P.Y MeNggaNti RaYa Very Happy

205Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Oct 09, 2009 12:51 pm

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Warghh... Selamat Hari Lahir wat Mahfuzah smoga hidupmu senantiasa ceria dan menjd insan yg berguna utk agama, bangsa & negara...
Alamakk.. Ayahanda x pandai nak bg ucapan aper la... hentam je lar ye.. Razz

206Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Oct 09, 2009 1:12 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Ye, saye pun same juge, selamat hari lahir yang ke........ utk Mahfuzah. Semoga semuanya slamat. Err... yg ke berape ye?

207Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Oct 09, 2009 2:36 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

saya juga... Happy birthday Mahfuzah.. queen

http://www.shindah.blogspot.com

208Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Oct 09, 2009 4:06 pm

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Dik Nor: Hurm... No answer. Smile

ehehe... saya ni jarang berpeluang online..huuu.. kat kolej pula dengan projek raya (^_^) dan exam yang bakal menjengah. Lagi no answerlah gamaknya..huhu. Namun andai ada peluang, best saja santai kat sini:)

http://normyislam.blogspot.com

209Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Oct 10, 2009 12:05 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Terer la Insyirah, sekali panggil jer semua keluar. eheh.. Very Happy

Mana yang nak peksa tu, study bebetul ye. Nanti boleh score A, dapat result gempak. Bersusah sekarang takpe, senang masa hadapan nanti. Wink

210Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Oct 10, 2009 5:08 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

hihi adek syira comel moge cepat sembuh k....

untuk adek mahfuzah cute,hepi besday....sanah helwa ya amurrah...

minta maaf aysa jarang post,tapikan hari2 aysa menjengah ke forum tersayang ni,
macam adek syira cakap,aysa da mula kuliah,baru je seminggu,tp lagi 2 minggu dah mula exam,rasa agak tertekan sikit sem nih..emosi yg terkadang tu terbawa2 sampai susah nak lelap mata. ...hehe

apapun doakan aysa... Very Happy

k.indah,jg baby tu..nanti baby da kua buh pic baby kat forum tau..(leh tengok muke aysa ke atau muke adek syira Razz)

ayahanda muzafar...asek hepi jee,apa petuanya?hehe senyum 333

kagum dengan dheadz,setia menjaga forum..hihi..


ayahanda umar pon sama....rajin kelihatan di forum... Very Happy


ibu munira pon sama...moga sentiasa di beri kesihatan yang baik..amenn

211Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Oct 10, 2009 10:43 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Ahaa, akhirnya nampak pun post Aysa. Selamat mengulangkaji ye Aysa. Jangan blur blur ye, kalau blur jugak, tenangkan hati, baca doa insyaallah semuanya berjalan lancar. Insyaallah. Smile

212Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Oct 10, 2009 1:00 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

dheadz wrote:Ahaa, akhirnya nampak pun post Aysa. Selamat mengulangkaji ye Aysa. Jangan blur blur ye, kalau blur jugak, tenangkan hati, baca doa insyaallah semuanya berjalan lancar. Insyaallah. Smile
Assalamualaikum..
Betul saranan Dheadz.. cuma nak tambah satu aje.. Ummul Kitab.. Al Fatihah.. kalau terdesak masa exam.. Ikhlaskan Hati.. munajat pada Allah.. baca..
Kan ada ayat yang bermaksud.. tujukkan aku jalan yang lurus..
Dalam konteks ni.. jangan sempit kan pandangan.. fahaman yang tu doa untuk tetapkan Iman.. dan beri Hidayat.. ianya boleh diperluaskan ke diberi pedoman.. petunjuk.. termasuk.. diberikan idea untuk jawab soalan exam..
InsyaAllah.. ada rezeki.. adalah petunjuk tu datang..
Sebenarnya Ayahanda selalu amalkan ni.. Fathiah setiap hari cuba baca sekurang2nya 40 kali sehari... InsyaAllah..
Takat ni Alhamdulillah.. hampir kesemua perancangan Ayahanda berjalan lancar.. bira rasa sempit.. Alhamdulillah ... ada aje jalan keluar.. Cuma amalkan Fatihah aje..

http://www.umaruddin.blogspot.com

213Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Oct 10, 2009 1:21 pm

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

aysarahanan wrote:[color=green]

apapun doakan aysa... Very Happy

ayahanda muzafar...asek hepi jee,apa petuanya?hehe senyum 333

[color]

InsyaAllah kami akan iringkan doa kejayaan wat aysa...
hepi d luar x bermakna hepi di dalam aysa..
hepi d luar tu hanya buat2 tok cover kedukaan ayahanda jer sbnrnya..
tp x per ahh... susah2 ayahanda pun...org lain lg ramai yg jauh lbh susah...
Smile Smile

214Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Oct 10, 2009 3:51 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Ayat ayahanda Muzafar mmg dalam maknanya. Apa yang mengganggu perasaan, meggusarkan hati ayahanda ni? Kuih raya tak cukup ke? Very Happy

Cerita lah sikit kat kedai kopi ni, ramai yang mendengar, mana tahu ada yang ada jalan penyelesaian.

215Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Oct 10, 2009 8:29 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

terima kasih atas nasihat semua,aysa jadi risau keterlaluan mungkin sebab ni semester aysa yang terakhir,macam2 ada dalam hati ni..nak kene selalu motivasikan diri sendiri,..mak aysa salu pesan "ini jalan yang aysa pilih,nak tak nak aysa kena hadapi".... Rolling Eyes
masih dalam mood semangat nak belajar,berhajat nak terus sambung MA,atau apa2 la yg berkaitan dengan belajar..ada juga intai2 peluang tu,ada pandangan?
apapun doakan aysa ya....Smile

ayat2 ayahanda muzafar macam sedih je,kenapa?
Smile

216Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sun Oct 11, 2009 11:45 am

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

muzafar wrote:
aysarahanan wrote:[color=green]

apapun doakan aysa... Very Happy

ayahanda muzafar...asek hepi jee,apa petuanya?hehe senyum 333

[color]

InsyaAllah kami akan iringkan doa kejayaan wat aysa...
hepi d luar x bermakna hepi di dalam aysa..
hepi d luar tu hanya buat2 tok cover kedukaan ayahanda jer sbnrnya..
tp x per ahh... susah2 ayahanda pun...org lain lg ramai yg jauh lbh susah...
Smile Smile
Assalamualaikum...
Tuan... masih fenin fenin lagi ke... Tuan ada hp no saya kan.. email ada tak.. tak pun Sabtu Ahad.. ada masa kita jumpa.. I'm willing to lend an ear..
Kekadang.. luahkan perasaan pun satu terapi.. InsyaAllah saya sedia bantu..

http://www.umaruddin.blogspot.com

217Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Oct 12, 2009 10:16 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Kak Aysa, sambung M.A di Malaysia atau di Jordan kak? Balik la Malaysia duluk... Embarassed Boleh syirah juga dengan akak, naik unta dengan akak. Hihi, kan kita dah janji nak naik unta pergi Genting Highlands. Razz Kesian syirah menanti akak umpama menunggu bulan jatuh ke riba... Sad Pulang lah... Pulang lahhh... Jangan tinggal syirah No

p/s: AirAsia kalau booking tiked ke Jordan best jugak kan. Smile Moga Allah permudahkan.

218Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Oct 12, 2009 10:08 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

aysarahanan wrote:terima kasih atas nasihat semua,aysa jadi risau keterlaluan mungkin sebab ni semester aysa yang terakhir,macam2 ada dalam hati ni..nak kene selalu motivasikan diri sendiri,..mak aysa salu pesan "ini jalan yang aysa pilih,nak tak nak aysa kena hadapi".... Rolling Eyes
masih dalam mood semangat nak belajar,berhajat nak terus sambung MA,atau apa2 la yg berkaitan dengan belajar..ada juga intai2 peluang tu,ada pandangan?
apapun doakan aysa ya....Smile

ayat2 ayahanda muzafar macam sedih je,kenapa?
Smile
Assalamualaikum... Aysa.. apa2 hal kena ingat:
1) Berilmu tapi tak amal ... tu kerja sia2.. Amal tapi tak berilmu... tu kerja tak waras...

2) Belajar untuk belajar.. dan Belajarlah juga untuk Mengajar...

Selami dalam2 maksud tersurat dan tersirat... InsyaAllah Aysa dapat cari halatuju...

http://www.umaruddin.blogspot.com

219Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Oct 13, 2009 9:59 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Kak Aysa, kalau sambung MA di Malaysia, agaknya UKM, UM atau UIAM (USIM pun beshhh) ramai juga yang buat BA di oversea. Wallahua'lam. Bezanya kalau kekal di sana, boleh terus bertalaqqi dengan masyasyeikh, ya Allah anugerah tiada bandingan tu berada dikalangan para alim auliya Smile Apapun, moga semester akhir ni kak aysa jayyid jiddan, ameen. flower

220Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Oct 13, 2009 3:21 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum... Aysa buat akaunting ke? Kalau nak sambung belajar baik daftar belajar dan ambil ujian menjuruskan ke charted... Ambil MIA ke.. CIMA.. ACCA.. kalau ASCPA.. kalau nak lari sikit dari bidang tu.. MICSA.. Malaysian Institute of Chartered Secretarial and Administration.. Khusus pada cabang Fiance and Accounting.

http://www.umaruddin.blogspot.com

221Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Oct 15, 2009 3:18 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Aysa perlu tumpukan perhatian, betul-betul tumpukan perhatian pada apa yang sedang diusahakan.

Ada satu forum tu, yang mana admin nya akan menghadapi SPM tahun ini. Mungkin disebabkan takut terlalai, dia tidak mahu libatkan dirinya dengan forum lagi hingga peperiksaan selesai. Itu bagus untuk suatu yang lebih bermakna nanti.

Selamat berjaya untuk Aysa. Wink

222Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Oct 15, 2009 5:17 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Selamat berjaya untuk aysa juga.. ehehe... Good Luck .. Ganbate Kudasai...

Warung Al-Insyirah ade jual cendol tak.. pekena cendol pun sedap gak ni.. uhuuu...

http://www.shindah.blogspot.com

223Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Oct 16, 2009 7:03 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

terima kasih atas semangat serta nasihat dari semua...
sedikit sebanyak dapat kembalikan semula semangat aysa,,
insyaAllah aysa akan usahakan yang terbaik..
Smile

224Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Oct 16, 2009 10:51 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Istimewa buat Kak Indah :

Cendol pulut letak jagung dan kacang merah. Wink
Selamat hari jumaat Very Happy

Untuk Ayahanda Umar :

Sky juice dan pil barakah (habbatus sauda') Very Happy
Hihihi... Baik untuk jantung!
Smile

225Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 9 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Oct 16, 2009 12:06 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Wau.... marvelous.... sedapnyerrrrrr........ slurrrpppp.... makaseh2... bape semangkuk ni....

http://www.shindah.blogspot.com

Sponsored content



Back to top  Message [Page 9 of 18]

Go to page : Previous  1 ... 6 ... 8, 9, 10 ... 13 ... 18  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum