Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Warung Kopi @ al-Insyirah

+10
muzafar
munira alhashimi
indah
normyislam
syafinur
azizul
Mahfuzah
aysarahanan
dheadz
insyirah
14 posters

Go to page : Previous  1 ... 5 ... 7, 8, 9 ... 13 ... 18  Next

Go down  Message [Page 8 of 18]

1Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 17, 2009 11:13 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

First topic message reminder :

Assalamu'alaikum whb.

Nampaknya al-Insyirah sangatttt sepi... Sad

Saja buka topic baru, ana telah berazam untuk menghabiskan buku Putera Lembah Bakkah yang telah dibeli pada bulan Ogos 2008 dan sehingga kini belum berjaya dihabiskan. Maka, ana berazam selagi buku itu tidak habis, maka ana tidak akan mengupdate [blog] dan rindu pula rasanya nak menulis. Maka, jangan marah ye warga al-Insyirah, ana melepaskan kemaruk di sesawang ini. Embarassed

Warung Kopi @ al-Insyirah insya Allah, sekadar berkongsi cerita disekeliling. Let us sharing. Sharing is caring, rite? Cool

Sekadar berkongsi pengalaman dari jendela hospital. Smile

Pada awal tahun 2009, diary 2009 yang pertama sekali dalam hidup ana ialah program memasukkan diri ke hospital. Laughing Sound good ya? Razz Dari Desember 2008 lagi kesihatan mengganggu dan terus mengganggu rutin kehidupan. Alhamdulillah, moga dengan itu menjadikan ana hamba Allah yang selalu bersyukur atas kurniaan kesihatan dan nikmat-nikmat Nya. Hati menjadi sebak, gemuruh dan sangat hiba apabila membaca peringatan dari Tuhan, "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?" Berulang kali Allah 'bertanya' kepada manusia dalam surah Ar-Rahman, hati menjadi-jadi rindu untuk sujud di depan Kaabah Mu.

Kala hati menjadi gundah-gulana apabila doktor mengatakan bahawa badan yang sangat dhaif ini barangkali akan mengalami kelumpuhan. Subhanallah, berat sungguh rasanya ujian yang bertamu. Tapi, masih yakin Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang sia-sia. Dialah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik Perancang. Subhanallah, cantik sungguh aturan Ilahi buat ana. Very Happy

Kesakitan pada tulang belakang dan menjalar ke seluruh kaki kiri membuatkan ana benar-benar 'lumpuh'. Subhanallah. Hanya Allah menarik satu nikmat, terasa seakan lupa pada nikmat-nikmat yang lain. Astaghfirullah hal azhim. Teruknya penyakit hati ni. Rolling Eyes Kiri dan kanan pesakit merintih dan meraung-raung, ana hanya mampu membekukan diri. Bila sakit, ana lebih suka diam. Diam dan berfikir. Diam dan berzikir. Ya Allah, bila sakit baru ingat Tuhan. "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

Pelbagai diagnosis doktor, sama ada ana mengalami:
Retak pada tulang belakang
Kanser tulang

Dan macam-macam yang menakutkan. Ana cuba menggarapkan kembali antara emosi dan akal. Kita semua milik Allah, apa yang ada pada kita adalah milik Nya hatta nyawa kita sendiri adalah milik Allah. Dia hanya memberi kita pinjaman. Apakah kita marah apabila Pemilik barang pinjaman meminta semula apa yang Dia pinjamkan? Apakah kita lupa diri, apakah kita terlupa akan janji kita untuk memulangkan semula apa yang kita pinjamkan?

Dilema dan terasa bukan hanya fizikal yang diuji, malah kesabaran, keyakinan dan keteguhan hati serta IMAN sedang hebat diuji Allah. Embarassed Tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu. Ana cuba membina semula keyakinan, kesabaran dan keimanan yang seakan diterjah ombak yang lebih hebat dari tsunami. Bayangkan, selama ni kita masih berjalan-jalan, buat itu dan ini... Dengan sekelip mata, kita kena terima yang semua itu dah pun 'dipulangkan' kembali pada Tuan pemilik barang itu. Allahuakbar... Susah, tapi itulah tarbiyyah 'direct' yang sedang Allah lakukan pada seorang insan bernama Insyirah. Smile Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Wink Alhamdulillah.

Kesimpulannya:

Dalam apa jua situasi sekalipun, tenang-tenangkan hati... lol!

ala bizikrillahi tatma'inal qulub. Laughing

Well, harini... Ana perlu meneruskan pembacaan Putera Lembah Bakkah, semoga Allah memberi kelapangan waktu (yang sememangnya lapang) dan menggerakkan minda untuk mengutip mau'izzoh yang dipamerkan. Insya Allah. Smile


176Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Sep 21, 2009 7:40 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Ooo dah bole order la yer ni...
dulu asyik order pizza jer kan...
kali ni, nak order chicken chop dua (kira nak balas dendam pose lar ni)...
teh tarik pun kasi dua jugak erk...
tongue Very Happy

177Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Sep 21, 2009 7:06 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

izyan insyirah wrote:cuba beli penyembur serai wangi....pastu sembur tempat yg lipas n serangga2 slalu ada....insyaAllah lipas n serangga2 yg sewaktu dgnnya takkan datang.....
Assalamualaikum...
Dheadz... Izyan pun dah bagi petua sama dengan saya.. ada kemungkinan petua tu ada kesan... cuba le...

http://www.umaruddin.blogspot.com

178Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Sep 22, 2009 7:54 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'laikum Smile

Ciken Cop? er... nampaknya saya terpaksa kejar ayam untuk disembelih... Rolling Eyes

Petua : Guna AfyHanif yang selalu keluar dalam iklan tuh. Very Happy Insya Allah, selain wangi ianya boleh menghalau serangga. Wallahua'lam.

179Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Sep 23, 2009 12:51 am

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum...
Saya nak order... sky juice on rock...

http://www.umaruddin.blogspot.com

180Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Sep 23, 2009 1:01 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Sekarang ni musim raya, siang malam terasa bahang. Malam2 pun terasa nak minum ais gak. waduhhh.... Tapi dah malam ni, warung ni pun dah gelap jer. Camni kena buat air milo sendiri la nampaknya. Wink

Tentang idea dari Umaruddin dan Izyan tu terima kasih, saya betul2 nak cuba kaedah bersihkan kereta. Nak cuba nanti.

181Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Sep 28, 2009 9:35 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum whb Smile

Salam Eid Fitri, masih lagi mood raya. Barangkali selepas ini semakin banyak rumah terbuka dari sahabat handai. Maaf lama tak respon di sini, ada juga online tetapi sekadar beberapa minit. Maaf juga kalau selepas ini kurang aktif di dalam forum, ana kurang sihat lantaran masalah kesihatan. Insya Allah, akan selalu berada bersama kawan-kawan di Al-Insyirah tetapi sekiranya hilang, minta maaf banyak-banyak. Smile

Sepanjang raya kurang aktif akibat kaki kiri tak mampu digerakkan dan semalam kaki kanan mula terasa sakit implikasi akibat masalah tulang belakang. Smile Beberapa hari sepanjang raya abang-abang membantu untuk bergerak dan memudahkan pergerakan ana, didukung saja tetapi bermula semalam ana perlu belajar bertatih semula menggunakan tongkat.

Tangan kiri juga tidak mampu diangkat tinggi (lebih 45 darjah) kerana tulang bengkak dan sudah timbul. Razz Jadi, hanya menggunakan tangan kanan untuk melakukan apa-apa kerja. Kena 'jaga' kesihatan tangan kanan bimbang tangan kanan juga merajuk. Hihihihihi... Smile


flower Biar kulit segelap ALMOND LONDON, asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT. Biar iman sekental DODOL jangan senipis REMPEYEK. Biar jiwa selembut BAHULU asalkan akhlaq secantik BISKUT DAHLIA. Senyumlah semanis WAJIK agar lebaran yang disambut lebih bermakna. flower

182Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Sep 28, 2009 1:20 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

umaruddin wrote:Assalamualaikum...
Saya nak order... sky juice on rock...
Assalamualaikum...
Mana ni.. order tak sampai2...
Ok lah tukar order.. nak ais kosong tarik kurang manis...

http://www.umaruddin.blogspot.com

183Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Sep 28, 2009 2:24 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

insyirah wrote:
Tangan kiri juga tidak mampu diangkat tinggi (lebih 45 darjah) kerana tulang bengkak dan sudah timbul. Razz Jadi, hanya menggunakan tangan kanan untuk melakukan apa-apa kerja. Kena 'jaga' kesihatan tangan kanan bimbang tangan kanan juga merajuk. Hihihihihi... Smile

Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup Insyirah.

Selamat hari raya buat semua... Pada yang dah abis puasa 6 tu alhamdulillah. Saya baru nak mula hari ini. Smile

184Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Sep 29, 2009 12:46 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Salam.

Maaf, warung tutup la sekejap Embarassed

p/s: Cenderahati untuk Prog Ramadhan @ Al-Insyirah belum hantar lagi. Maaf sangat. Insya Allah sihat nanti ana akan hantar. Sad

185Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Sep 29, 2009 9:09 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

insyirah wrote:Salam.

Maaf, warung tutup la sekejap Embarassed

p/s: Cenderahati untuk Prog Ramadhan @ Al-Insyirah belum hantar lagi. Maaf sangat. Insya Allah sihat nanti ana akan hantar. Sad
Assalamualaikum... tak pe.. bila dah sihat.. buka balik ye... buat kenduri doa selamat sekali.. baru meriah warung nanti.. Insya Allah...

http://www.umaruddin.blogspot.com

186Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Sep 30, 2009 10:01 am

Mahfuzah

Mahfuzah
Ahli Baru
Ahli Baru

TRIBUTE BUAT KAK INSYIRAH.

Ya Allah,
berikanlah kesihatan kepada kak Insyirah. jadikanlah kak insyirah orang yang bersabar dengan ujian.

i love you kak.

Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Dsc02314lu

Semasa sihat...

Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Uhibbuki

Ya Allah, jadikanlah kami berkasih sayang kerana Mu.

187Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Sep 30, 2009 3:03 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Nampaknya Insyirah dah ada backup, bolehlah Mahfuzah uruskan warung ini bila kakak takde. eheh... Very Happy

188Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Oct 02, 2009 11:35 am

Mahfuzah

Mahfuzah
Ahli Baru
Ahli Baru

InsyaALLAH Very Happy

Kak Insyirah mungkin masuk wad sebab keadaan dia makin teruk. Doakan kakak ye. Smile

189Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Oct 02, 2009 5:13 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum...
Keadaan dia sekarang macam mana? Apa komplikasi yang doktor kata?
InsyaAllah saya doakan yang terbaikkan.. dan InsyaAllah Syirah akan kian baik..

http://www.umaruddin.blogspot.com

190Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Oct 03, 2009 10:40 pm

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Assalamu'alaikum,

Ayahanda jg akan turut mendoakan sama agar insyirah segera sembuh dan kembali bersama kita smula.
Smpikan salam kami yer anakanda mahfuzah...

191Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sun Oct 04, 2009 10:02 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum whb Smile

Syukran wa jazakumullah khair pada semua.
Masih lagi lemah, buat masa sekarang terpaksa duduk diam-diam Razz

192Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Oct 05, 2009 4:04 pm

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

semoga kak Insyirah cepat2 sembuh.. moga kesabaran akak akan terus menebal harungi dugaan. InsyaAllah, "tiada putus asa terhadap rahmat Tuhan melainkan orang kafir" Smile

http://normyislam.blogspot.com

193Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Oct 05, 2009 5:45 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum.. Syirah.. jgn duduk diam2.. banyakkan berzikir... baru betul.. duduk diam2 tanpa buat apa2.. dikhuatiri Iblis dan Syaitan akan mendampingi...

http://www.umaruddin.blogspot.com

194Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Oct 05, 2009 11:25 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

InsyaAllah... kami disini doakan anti..

https://al-insyirah.forummotion.com

195Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Oct 06, 2009 2:32 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

untuk adek syira di sayangi... Razz

Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Doa-pe10

196Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Oct 06, 2009 2:39 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

updatekan lah kami slalu perkembangan syirah tu yer...
masih di hospital ker ni?

197Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Oct 06, 2009 1:34 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum whb Smile

- Ana ada di rumah -

Alhamdulillah. Mohon maaf kerana momentum menulis merudum ke angka paling bawah (atau telah menjadi (-). Wallahua'alam) dan setelah banyak hari tak sihat, saya jadi depress atas sebab-sebab yang tak dapat dinyatakan disini. Argh... Saya pula telah overdose ubat dan natijahnya saya asyik rasa ngantuk saja! Alhamdulillah, kini saya guna kerusi roda untuk bergerak dan sudah beberapa kali juga saya hampir tersembam dari kerusi roda sebab saya ngantuk. Embarassed Saya rasa dah oversleep sebab asyik nak tidur je. Hari ini saya memaksa diri untuk tidak tidur walaupun mata saya dah terpaksa kene letak batang mancis... Razz Maka... Saya pun memaksa untuk menulis, hasilnya... cherengggggg!

[cerpen] Biarkan Kami Bercinta terhasil setelah saya berusaha keras untuk tidak melelapkan mata. Huks... Tak tahu kenapa saya jadi depress kalau sakit berpanjangan, astaghfirullah. Asyik rasa nak nangis je sebab saya tak leh bergerak macam biasa, huhuhuhu. Dari menangis, baiklah saya tidur maka... tidur lagi, adoiiii... Dah tak mau tidur lagi... Yeay... Layan je la internet Smile

p.s: Tetiba ada soalan cepumas "Adik tak sedih ke tak bleh jalan" keh keh keh, macam nak sambung tidur je dapat soalan camtu... Tetiba terasa, kenapa la low self motivation pada saat genting camni, allahu rabbi Sad

198Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Oct 06, 2009 8:46 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum... Alhamdulillah tumpang gembira Insyirah dah kembali ke rumah..
Jgn dikesalkan sangat.. tentu ada hikmah Allah duga macam tu.. Syukur Alhamdulillah masih dapat bergerak guna kerusi roda.. ada yg tak daya.. terbaring sahaja.. tu lagi berat...

http://www.umaruddin.blogspot.com

199Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Oct 08, 2009 12:12 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Wa'alaikumussalam Smile

Kebelakangan ini saya lihat al-Insyirah semakin suram, barangkali semua sudah sibuk dengan urusan masing-masing Smile

200Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 8 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Oct 08, 2009 5:50 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum... Syirah.. mungkin juga.. tapi doa2kanlah.. kembali ceria dan meriah kembali.

http://www.umaruddin.blogspot.com

Sponsored content



Back to top  Message [Page 8 of 18]

Go to page : Previous  1 ... 5 ... 7, 8, 9 ... 13 ... 18  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum