Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Kisah 'Perfume' @ 'minyak wangi' dari barat.

5 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Assalamualaikum,

Saya ingin memperkukuhkan maklumat yang sahih tentang persoalan perfume yang saya sendiri selidiki secara kebetulan. Semasa saya mengikuti pengajian di Kalamazoo, U.S. saya terbaca dalam satu encyclopedia yang mengandungi maklumat tentang perfume dan proses pembuatannya.

Alangkah terperanjatnya saya apabila mengetahui bahawa balang besar yang digunakan untuk memerapkan minyak disaluti dengan lard (lemak baabi) bagi tujuan memastikan seperti yang dinyatakan dalam mel-e yang terdahulu. Saya terus mencari maklumat tentang perfume dalam hampir all the encyclopedias that I could get hold of at the Waldo Library in Kalamazoo. Kesemua encyclopedia yang telah saya baca memberi maklumat yang sama. Semenjak itu saya tidak pernah membeli perfume dari barat. Setiap kali saya ke tanah suci saya membeli berbotol-botol minyak wangi seribu bunga. Saya juga pesan keluarga atau rakan yang ke tanah suci untuk membelikannya.

Sehubungan dengan perkara perfume, para penceramah ada menyentuh soal pemakaian minyak wangi dan lazimnya isu yang ditimbulkan adalah soal haram/halal memakainya. Sedikitpun tidak disentuh tentang halal/haram minyak wangi itu sendiri.

Di satu ceramah yang saya hadiri semasa di PTSL, walaupun penceramah yang hadir seorang yang terkenal, saya beranikan diri untuk mendedahkan bahawa persoalan tentang perfume yang lebih serius adalah soal kesucian bahan itu sendiri. Penceramah tersebut terkejut tetapi beliau turut setuju dengan bukti yang telah diberi dan menyeru semua yang hadir supaya elakkan daripada memakai minyak buatan barat.

Satu perkara lagi tentang perfume. Jangan pakai perfume sehingga apabila dibau oleh lelaki selain muhrim kita, ia ibarat..... Waallahu'alam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Setakat mana kebenarannya...? wallahhualam..

Hampir setahun yg lalu, apabila saya mendapat maklumat ini saya merasakan ujian Allah yang datang pd saya umpama batu besar yg perlu dipikul sehinggalah sampai ke destinasi yang saya sendiri tak tahu. Pendek kata jika maklumat ini tidak disampaikan, selama itulah bebanan ke atas diri saya memikul' batu besar' itu akan terus menerus saya pikul. Saya manusia yg begitu lemah iman, tidak mampu menegah dgn perbuatan serta pertuturan. Hanya doa yg termampu dilakukan. Namun saya masih tak gembira dgn sikap saya krn tidak berusaha bersungguh mencegahnya. Maka, saya rasa sekarang Allah berikan saya lorong pertuturan mengajak rakan-rakan yang dirahmati Allah meninggalkan sesuatu yg selama ini kita jahil mengenainya...

Ceritanya begini... Sewaktu mengikuti rombongan Puspanita ke Indonesia bersama kumpulan isteri-isteri orang kenamaan termasuklah Puan Seri dan beberapa orang Datin, kami transit di Singapura dlm perjln balik, sewaktu di duty free shop sambil berjalan bersama seorang Datin, kami melalui kedai perfume. Ramai ahli-ahli biasa Puspanita dan lain-lain Datin serta Puan Seri singgah dan mencuba berbagai jenis perfume yg ada.

Memang agak lumrah perkara ini berlaku dan ia bukan setakat di kalangan wanita malahan kaum lelaki juga. Tiba-tiba seorang Datin bersuara kpd kumpulan 'pembeli' perfume ini... "dengar ni nak cerita" katanya. "Dulu saya suka pakai minyak-minyak wangi begini dan buat koleksi hampir semua jenis jenama perfume buatan luar negara. Satu hari saya ikut Datuk melawat Europe dan kami dibawa ke kilang membuat minyak wangi. Dalam kilang yang begitu besar itu, bermacam-macam jenama minyak wangi dipersembahkan kpd rombongan kami dgn harga kilang yg jauh lebih murah berbanding dgn harga di pasaran. Sampai pd satu peringkat pembuatan, kami melalui kawasan di mana terdapat tangki-tangki besar berisi bendalir putih yg dicampurkan ke hasil akhir iaitu minyak wangi tadi. Saya pun tanyalah pekerja kilang itu apa bendalir putih tu dan untuk apa kegunaannya?" Jawapnya.. "Oooh! That's lard, and it helps the smell stays longer". Datin itu bertanya lagi dalam nada terkejut dan wajah selamba, "you mean you add lard in all types of perfume?" "Oh yes! Or else the odour will not last." Cukup setakat itu cerita saya kpd sahabat sekelian.

Dipendekkan cerita, Saya menyeru kpd rakan2 Muslim sekelian, bhw semua jenama pewangi import ada mengandungi minyak baabi. Marilah kita semua berhenti dari menggunakan barangan tersebut. Ramai rakan-rakan kita yg mengunjungi tanah suci Makkah dan Madinah dan di sana banyak terdapat minyak wangi yg tak dicampurkan dgn bahan dari baabi.

Di negara Egypt yg merupakan negara pengeluar minyak wangi terbesar dari kalangan negara-negara Islam, bermacam2 perfume boleh didapati dan barang tersebut juga boleh diperolehi di Malaysia. Kita hanya perlu bertanya negara asal pembuat perfume itu. Ujian Allah ada kalanya begitu ringan dan mudah.... berhentilah menggunakan minyak wangi jenama Barat... itu sahaja. Namun ia memerlukan kekuatan iman yg jati utk mengubah diri kita ke arah keredhaan Allah.

Wallahu'alam.

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

salam....


asal semuanya nak wat dari haiwan ni ek?


kalo rase nak pakai gak minyak wangi beli jer myk atar..
suci bersih tak de alkohol..leh bawak solat..
produk org islam ade....dahulukan yg tu dulu...

azizul

azizul
Admin
Admin

yap... betul tentang larb tu, selain drpd itu, apa2 yg menggunakan lemak binatang... kan tak suci hukumnya kan? undang2 kerahsiaan ramuan x membenarkan kita mengetahui kandungan sebenar sesuatu barang... misalnya... tahukah kita apa ramuan sebenar kfc? (kalau KFC pun tak mo bagitau... inikan pulak ramuan nak buat perfume kan? )

https://al-insyirah.forummotion.com

haziman

haziman
Ahli Senior
Ahli Senior

minta maaf terpesong sikit..bedak import sama tak cara pembuatan minyak import??

azizul

azizul
Admin
Admin

bedak import? bedak mcm mana tu ?
cikgu sains azizul waktu form 2 nasihatkan kami(satu kelas) jgn guna bedak yg wangi2 tu...
cikgu azizul kata, dia satu family pakai tepung je..tak tahu betul ke tak ... atau just melawak,.... ada sapa2 yg nak komen?

https://al-insyirah.forummotion.com

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Aiseh.. tp biase bedak2 import ni kualiti die memang best.. tapi.... halal haramnyer x tahu la pulak..... Indah pernah dengar gak dulu2 org kate bedak2 ni ade yg dibuat dr uri la.. entah la....

http://www.shindah.blogspot.com

azizul

azizul
Admin
Admin

kalau sabun kosmetik, saya yakin, ada yang dibuat drpd plasenta... em.

https://al-insyirah.forummotion.com

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Saya sendiri pun pakai sabun yang dibuat dr madu.. sabun cuci muka... budjet sket.... pakai sabun je.. tp ok... lgpun madu kan.... mmg aik utk kulit..

http://www.shindah.blogspot.com

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum