Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Peperiksaan, adakah masih lagi releven?

Releven?

67% 67% [ 2 ]
33% 33% [ 1 ]
Total Votes : 3

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Peperiksaan, adakah masih lagi releven? on Tue Oct 27, 2009 12:18 pm

azizul


Admin
Admin
Assalamualaikum, semalam saya berkesempatan berdiskusi ringkas dengan seorang sahabat, penuntut ijazah undang2. antara topik yang kami perbualkan ialah peperiksaan, adakah masih lagi releven dalam kalangan penentut pengajian tinggi?

"hanya 40% sahaja peratusan student master yang berjaya, bakinya gagal berpunca daripada tiadanya peperiksaan. sekiranya tiada peperiksaan sebagai sebahagian daripada assessment, saban tahun, kita akan kehilangan 60% daripada student kita"

begitulah lebih kurang kata - kata lecturer saya, yang berstatus Prof Madya. ketika kuliah Management of Organization , berkenaan OBE(outcome based education).

mungkin ramai yang meyangka, yg gagal dalam ujian belum tentu gagal keseluruhannya (penilaian) selain daripada peperiksaan, adakah kedatangan(yg selalu ditipu), assignment(yg selalu ditiru) dan quiz (pun sama, ditiru juga) mampu menjadi kayu pengukur dalam menilai seseorang pelajar?

pendapat peribadi saya, yg diuji dalam peperiksaan bukanlah kefahaman kita semata - mata, tetapi juga diri(jasad,jiwa, dan ruh) yg dinilai bukan sekadar pada hari peperiksaan, tetapi perjalanan kita ke arah menduduki peperiksaan.

seperti kata Dr. Tengku Asmadi, Exam ni bukan uji berapa banyak kita belajar, (input). tetapi berapa banyak yg kita boleh keluarkan (output).

apa2pun, mcm mana pendapat kalian? Smile


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

2 Re: Peperiksaan, adakah masih lagi releven? on Tue Oct 27, 2009 10:09 pm

dheadz


Admin
Admin
Ya, peperiksaan masih lagi relevan, masih lagi diperlukan dalam menilai tahap kefahaman para pelajar. Kalau tiada peperiksaan, bagaimana hendak tentukan mereka di tahap mana? Kala inilah, keputusan peperiksaan amat bernilai di mata ramai pihak.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

3 Re: Peperiksaan, adakah masih lagi releven? on Fri Oct 30, 2009 10:15 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
Em, selain peperiksaan, saya merasakan cara lain masih belum ada yang cukup relevan.. Dulu saya pernah terfikir juga, penilaian ni seharusnya mengambil kira semua aspek. Misalnya sesetengah orang tidak cemerlang dalam peperiksaan, mungkin atas faktor2 tertentu...namun tak semestinya mereka tidak mempunyai kualiti tersendiri, kemahiran misalnya. Huu..sebab tulah saya bersetuju sangat bila pusat-pusat kemahiran dibanyakkkan..hehe.
Mungkin juga dengan peperiksaan penilaian terhadap individu itu benar2 dapat dilakukan.. hee~ tanpa campur tangan dan bantuan orang lain.
Apapun, ada juga sesetengah peperiksaan ni pelik2 sikit..huhu. Misalnya apa yang saya ambil di kolej ni.. subjek yang dipelajari sebahagian besar macam tiada kaitan pun dengan kos yang bakal diambil di ijazah nanti..InsyaAllah. Namun, untuk melayakkan kami teruskan dengan kos tersebut, kami perlu lepasi tahap ni dulu (^_^)

http://normyislam.blogspot.com

4 Re: Peperiksaan, adakah masih lagi releven? on Mon Nov 02, 2009 8:59 am

umaruddin


Moderator
Moderator
Asssalamualaikum...
Maaf saya agak kurang setuju.. walaupun saya dari bidang akademician..
Penilaian sekarang lebih menjurus pada akademik.. Malah kalau tak silap saya pandangan ProF Khoo Kay Khim pun menjurus pada ni...
Saya rasa cara penilaian berteraskan Kompetensi.. dinilai bila mana pelajar bersedia dan mampu dinilaikan adalah lebih tepat berbanding cara sekarang.
Cuba bayangkan UPSR, PMR, SPM, STPM... dan final exam.. dibuatnya masa tu kita kurang sihat.. ada masalah peribadi yg tak dapat dielakkan.. kematian dalam keluarga.. dsb.. mampukah mereka dapat menjawab dengan tepat.. adakah mental dan emosi mereka stabil untuk jawab..

http://www.umaruddin.blogspot.com

5 Re: Peperiksaan, adakah masih lagi releven? on Sat Sep 04, 2010 7:45 am

Shahrul Na'im


Ahli Baru
Ahli Baru
sungguhpun peperiksaan bertulis seperti yang ada sekarang ini tidak menguji semua aspek yang perlu diuji pada diri seseorang itu, akan tetapi ia tetap adalah suatu medium bagi menilai tahap input dan output seseorang. kalau hendak seseorang itu diuji sepenuhnya, jadi dari aspek fizikal,emosi dan mental turut perlu diuji tidak?

6 Re: Peperiksaan, adakah masih lagi releven? on Mon Sep 06, 2010 1:42 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum..
peperiksaan masih releven.. tapi jika ianya berteraskan CBT.. competent based training.. dan bentuk pernilaian mestilah normatif bukannya summatif.
Kurikulum kita rata2 tidak berteraskan CBT dan kita lebih cenderung ke arah Sumatif dari normatif. Kita amat jarang menekankan perperiksaan berteruskan.. berkala.. tapi lebih menekankan peperiksaan akhir tahun.. penggal mahupun semesta... ini termasuk juga kes UPSR, PMR, SPM mahupun STPM.


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

7 Re: Peperiksaan, adakah masih lagi releven? on Sun Oct 31, 2010 6:32 pm

azizul


Admin
Admin
En. Umar, kalau boleh pejelaskan lagi? apa itu sumatif dan normatif, x ramai yg biasa dgn bahasa2 begini...


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

8 Re: Peperiksaan, adakah masih lagi releven? on Tue Nov 02, 2010 1:18 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Summative peperiksaan akhir dgn skala besar.. contoh UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan akhir semester. Secara dasarnya.. objektif untuk penilaian comprehensive.. tetapi isu2 kestabilan emosi.. kesihatan pelajar terlepas pandang.
Normatif.. markah perperiksaan berdasarkan skala normal distribution. Jika ramai pelajar dapat markah tinggi.. atau rendah.. grade keputusan markah akan diselaraskan agar pembahagian terbaik dan lemah dalam rangka peratusan yg telah ditetapkan. Kurang sesuai jika benar2 pelajar2 tu cemerlang dan dapat permarkahan tinggi.. atau pelajar2 yg benar2 lemah.. kurang adil pada keseluruhan. Biasa digunapakai untuk peperiksaan2 nasional.. UPSR, PMR, SPM, STPM rata2 guna kaedah permarkahan ini.

Yg agak sesuai.. peperiksaan berteras kummulatif.. peperiksaan berterusan berdasarkan topik2 yg selesai belajar. Dijalankan semasa tempoh pembelajaran.. markah dikumpul secara keseluruhan.
Agak sesuai kerana dapat mengenalpasti topik2 yg lemah dan yg cemerlang.. dibuat secara berperingkat2.. diuji selepas tamat sesuatu topik atau semasa penggunaan semula topik yg telah dibelajar.


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum