Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

13/05/2008 - Lombok, Ramai masih ‘tersangkut’.

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

dheadz


Admin
Admin
Ramai masih ‘tersangkut’


KLANG: “Bukan saya seorang saja perempuan Malaysia yang berada di Dusun Menceh (Lombok, Indonesia) tapi ramai lagi,” itulah pengakuan mengejutkan dibuat Nurul Wahida Hamzah, 20, yang dibawa pulang dari Pulau Lombok, Indonesia, Rabu lalu selepas tiga tahun menderita di sana.

Menurutnya, dia turut mempunyai rakan senasib dari negara ini yang ‘tersangkut’ kerana berkahwin dengan lelaki dari perkampungan sama dengan suaminya, Mohd Yusop Supardi, 40-an.

Nurul berkata selama berada di Dusun Menceh, dia mengenali lebih 30 wanita yang hampir sebaya dengannya menetap di sana.

Ditanya bagaimana dia mengetahui wanita berkenaan rakyat negara ini, Nurul berkata pada mulanya dia mengenali mereka sebagai rakan sekampung ketika sama-sama bekerja di sawah, menanam pucuk paku, tembakau dan padi.


Menurutnya, menjadi satu budaya di kampung berkenaan golongan wanitanya bergotong-royong membuat kerja tani dan kebiasaannya pada waktu itu juga peluang kepada mereka untuk berkenalan dengan lebih rapat.

“Kami banyak berbual dan daripada perbualan itu saya tahu rupa-rupanya ramai lagi teman-teman senasib dari tanah air berada di Dusun Menceh.

“Mereka juga seperti saya yang tidak menggunakan nama sendiri kerana masuk ke Indonesia dengan menggunakan pasport dan kad pengenalan palsu yang dibuat suami masing-masing bagi meloloskan diri daripada ditahan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumah kakaknya, Saadiah Hamzah, 38, di Taman Johan Setia, dekat sini, semalam.

Nurul berkata, adat yang perlu dipatuhi iaitu perempuan perlu tinggal di kampung suami menyebabkan semua wanita yang senasib dengannya itu tidak berpeluang kembali ke negara ini.

Sementara itu, kajian lima tahun dijalankan 22 penyelidik universiti dari Perancis, Amerika Syarikat, Australia, Scandinavia dan Sepanyol dengan kerjasama tiga universiti ternama Indonesia mendapati, punca wanita berkenaan ke sana ialah atas dasar cinta kepada buruh Indonesia yang bekerja di negara ini.

Penyelidik berkenaan yang juga sukarelawan Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Migrant Care) adalah pelajar sarjana dalam jurusan sosiologi, sains politik, Ekonomi dan antropologi budaya.

Wakil Migrant Care, Alex Ong yang tidak terkejut dengan pengakuan Nurul itu berkata ketika ini ada 47 wanita negara ini berada di Lombok.

Katanya, data awal yang dikumpul penyelidik terbabit setakat ini turut mendapati hanya dua wanita yang berkahwin di negara ini sebelum mengikuti suami warga Indonesia ke Dusun Menceh.

Manakala 46 wanita Malaysia lagi berkahwin di kampung terpencil itu selepas dilarikan buruh Indonesia yang bekerja di negara ini.

Menurut Alex, kajian pihaknya mendapati sejuta lelaki daripada 4.5 juta penduduk di Pulau Lombok, bekerja di luar negara.

Daripada jumlah itu katanya, perangkaan rasmi Kementerian Tenaga Kerja Indonesia menunjukkan 400,000 lelaki dari kepulauan Lombok bekerja di Malaysia secara sah manakala lebih 400,000 lagi memasuki negara ini untuk bekerja tanpa izin.

“Kajian mendapati kebanyakan kes membawa lari gadis negara ini ke sana (Dusun Menceh) dilakukan buruh Indonesia yang memasuki Malaysia secara haram.

“Usia pula disasarkan kepada gadis belasan tahun berpendidikan setakat bersekolah, keluarga berpendapatan rendah dan dari kampung kerana mereka dipercayai lebih mudah diperdaya.

“Persepsi lelaki Lombok bahawa membawa pulang perempuan terutama ‘anak baru gede (ABG)’ iaitu panggilan gadis bawah umur 15 tahun, dari luar negara ke kampung mereka untuk kemegahan pula menyebabkan ia berleluasa,” katanya.

Menurutnya, taktik digunakan gadis dan buruh asing terbabit bagi mengaburi supaya tidak dikesan pihak berkuasa dalam semua kes adalah sama iaitu menukar identiti kad pengenalan serta pasport.

Menurutnya, kajian turut mendapati pengawalan sempadan negara ini boleh dikatakan longgar terutama melalui Kota Tinggi, Johor kerana kapal yang membawa barang seludup seperti rokok dan kain, turut berjaya menyeludup keluar gadis tempatan.

Mengulas penemuan gadis Malaysia berusia 12 hingga 30 tahun di Dusun Menceh oleh penyelidik Migrant Care, Alex berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan ada unsur ilmu hitam digunakan kerana kebanyakan yang ditemui enggan pulang ke Malaysia.

Kajian itu mendapat kerjasama Universiti Gadjah Mada, Universiti Indonesia, Universiti Atma Jaya Jakarta, Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO) beribu pejabat di Geneva, Human Rights Group di New York dan sebuah pertubuhan cendekiawan.

negara jiran itu iaitu Lembaga Institut Pengetahuan Indonesia.

Pengkhususan penyelidikan ialah implikasi migrasi di Indonesia.

Dua kes terbaru dilaporkan Harian Metro sebelum ini ialah Che Siti Nor Azreen Che Ishak, yang hilang sejak Aidiladha tahun lalu dipercayai menjadi mangsa pukau seorang lelaki warga asing empat bulan lalu, ditemui di Lombok Timur pada 4 April lalu dalam keadaan selamat.

Manakala Harian Metro pada 21 April lalu melaporkan, Nurul Wahida dipercayai dilarikan seorang lelaki Indonesia, M Yusup, 40-an ketika berusia 17 tahun, sebelum dikahwini di kampung lelaki itu di Dusun Menceh pada 2005.

Sumber: H.Metro.

**********************************************************************************

Rasa kasihan pada mereka yang terpedaya, macam kes nurul Wahida ni. Berhati-hatilah sentiasa, terutama pada keluarga sendiri.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

dheadz


Admin
Admin
Info tambahan:

Tahan sakit dalam bilik.


KUALA LUMPUR: Nurul Wahida Hamzah, 22, yang baru pulang dari Lombok Timur, Indonesia, minggu lalu, dikejarkan ke klinik di Banting, dekat Klang, semalam apabila menghadapi kesukaran bernafas akibat tanda-tanda diserang asma.

Menurut kakaknya, Saadiah, 38, dia tidak menyedari keadaan Nurul yang sedang berseorangan dalam bilik kerana sedang sibuk melayani tetamu yang tidak putus-putus mengunjungi rumah mereka sejak awal pagi semalam.

“Saya hanya mengetahui keadaan Ida (panggilannya kepada Nurul Wahida) ketika masuk ke biliknya. Pada masa itu saya memanggilnya dari ruang tamu tapi dia tidak menyahut.

“Berikutan bimbang jika berlaku sesuatu, saya terus masuk ke biliknya dan mendapati Ida sedang menahan kesakitan. Dadanya turun naik macam susah nak bernafas,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.


Saadiah berkata, apabila melihat keadaan Nurul itu, dia terus mendapatkan bantuan jiran berdekatan untuk membawa Nurul ke klinik, kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, dia diberitahu Nurul menghidap tanda-tanda awal asma dan doktor yang memeriksa turut memberitahu ada kemungkinan psikologi Nurul juga dalam keadaan yang tidak stabil.

Ditanya adakah dia merujuk keadaan Nurul kepada hospital untuk mendapatkan rawatan pakar, Saadiah berkata setakat ini keluarganya belum berbuat demikian.

“Entahlah...satu lepas satu timbul, Ida tidak ada sejarah menghidapi asma selama ini, ketika kecil hingga dia dibawa ke Lombok pada 2005 dulu pun, dia sihat,” keluhnya.

Saadiah berkata, dia tidak menyangka Nurul mempunyai masalah asma dan psikologi kerana Nurul kelihatan cergas membantunya ketika kenduri doa selamat yang diadakan bagi menyambut kepulangan adiknya itu, kelmarin.

Ketika diminta untuk berbual dengan Nurul, Saadiah memberitahu, adiknya tidak dapat memberi sebarang ulasan kerana sedang berehat.

Harian Metro pada 21 April lalu melaporkan Nurul yang menetap di Teluk Intan, Perak, dipercayai mengikut kekasihnya, seorang buruh Indonesia dikenali sebagai M Yusup, 40-an, ke Indonesia ketika berusia 17 tahun, sejurus menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dia bernikah dengan lelaki itu di Dusun Menceh, Desa Gelanggang, Kecamatan Sakra Timur, Kabupaten Lombok Timur, pada 2005 dan dikurniakan seorang anak lelaki, tetapi meninggal dunia ketika berusia setahun tiga bulan akibat sesak nafas.

Enam hari selepas kisahnya tersiar, Nurul dilaporkan menyesal meninggalkan tanah air, terutama ibunya, Halimah Said, 62, di Teluk Intan.

Nurul yang dipanggil Pia (Putri Sofia) di kampung suaminya turut mendedahkan pelbagai onak duri terpaksa diharungi sepanjang tiga tahun di Lombok sehingga terpaksa merayu pihak di Malaysia membantunya pulang ke pangkuan keluarganya.

Sumber: H.Metro


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum