Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Malaysia: Tidak lagi aman tenteram seperti dulu.

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

dheadz


Admin
Admin
Jikalau sesiapa pun yang ada baca surat khabar, tengok televisyen, pasti mengetahui, merasai yang sekarang ni negara kita yang tercinta ini tidak lagi aman damai seperti dulu. Ada sahaja cerita sedih, seram, gusar, takut yang kita lihat, dengari. Dengan kadar jenayah yang semakin meningkat, meningkatkan lagi ketakutan, kewaspadaan kita walau di mana jua kita berada.

Kalau dulu, kita boleh tinggalkan barang (apa sahaja) di luar rumah dengan senang hati, tanpa perasaan gusar, tapi kini tidak lagi boleh berbuat demikian. Alamatnya, lesaplah barang itu nanti dikebas oleh pencuri yang sememangnya menunggu peluang sahaja.

Kalau dulu, kita tak kisah anak kita bermain di luar rumah, tanpa pengawasan, kerana percaya masyarakat sekeliling akan sama2 menjaga keselamatan, ketenteraman anak kita bersama. Tapi kini, masing2 lebih rela mengunci, membiarkan anak2 bermain di dalam rumah sahaja, takut jika dibiarkan bermain di luar rumah, kemungkinan anak itu akan hilang, diculik oleh mereka yang tidak berhati perut. Dah lah diculik anak itu, wang tebusan tidak juga diminta, tapi lain yang jadinya dengan anak itu. Astaghfirullahalazim, Ya Allah... jauhkan lah ini semua dari berlaku ke atas kita semua. Amin.

Banyak lagi kes, yang kalau kita sebutkan satu2, akan mengambil masa untuk huraikan semua itu.
Tapi persoalannya, kenapa jadi begini dengan negara Malaysia ku tercinta? Adakah semua negara yang membangun dengan pesat mesti berlaku perkara2 sebegini. Tidak.... Jangan....


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

azizul


Admin
Admin
Assalam...


teringat pesan org tua2,
siakap senohong
gelama ikan duri
bercakap bohong
lama2 mencuri.

simple je kan?

benda kalau dah dibiarkan berlarutan, lama2 akan menjadi lebih parah.
di sini, kita boleh persoalkan semangat kekeluargaan, kejiranan kita,
kalau dari kecil kita dididik dengan gaya hidup yg baik.... kemungkinan besar KITA membesar sebagai org yg baik...

http://al-insyirah.forummotion.com

aysarahanan


Moderator
Moderator
salam...
sekadar pandangan aysa ...

aysa pon rase malaysia dah tak tenteram seperti dlu.,..
rase keselamatan pon dah tak terjamin walaupun duduk di rumah sendiri
bila difikir2 kenapa mudah sgt jenayah berlaku di malaysia..?

kawan2 aysa juga cite..bila balik mesia..rasa dah tak aman dn tenteram seperti dlu..
takut nak biarkan anak2 bermain diluar...hatta di sekolah pun dirasakan tidak selamat...

sebab apa yer benda2 camni berlaku?
kecanggihan teknologi??
bounce Question

dheadz


Admin
Admin
Salah satu sebabnya mungkin sebab Malaysia kini dibanjiri pendatang2 asing, tak kira yang datang secara sah atau tidak. Kalau yang datang tu dengan niat yang baik, mencari rezeki baguslah, tapi tidak semua begitu. Ada yang datang semata hanya untuk sementara, membuat apa yang mereka rancangkan, selepas itu tinggalkan Malaysia selepas apa yg dihajati, tercapai.

Macam2 hal terjadi dengan negara Malaysia ni sekarang. Apa akan terjadi 10, 20 tahun akan datang, mungkinkah perasaan takut untuk keluar rumah itu semakin kuat, atau...? Yang pastinya apa sahaja yang kita buat akan memberi impak kepada apa yang akan terjadi nanti. Betulkah?

Menjawab pertanyaan dengan pertanyaan, nampak menarik. Smile


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

haziman


Ahli Senior
Ahli Senior
Yang pastinya apa sahaja yang kita buat akan memberi impak kepada apa yang akan terjadi nanti. Betulkah?

rasanya betul apa yang pikor tulis tu..contohnya kawan2 hisap rokok kita pun nak hisap juga..lagi satu semangat kejiranan rasanya dah hilang kat kawasan bandar..aku nak jumpa jiran sebelah pun susah,,seminggu 2,3kali jer kot??

dheadz


Admin
Admin
Apa yang Haziman nyatakan tu, adalah salah satu impak kepada 'keindahan' dunia. Very Happy Bila dunia semakin kurang keindahannya, keindahan suasana dalalm negara akan turut terlibat secara langsung.

Apa yang saya cuba sampaikan mengenai 'impak' di atas, adalah berkenaan tindakan kita yang secara langsung atau tidak akan menyebabkan sesuatu yang lain akan terjadi disebabkan tindakan kita itu. Ia seperti rantaian, sekecil mana pun tindakan kita itu akan menyebabkan perubahan kepada rantaian di sebelahnya.

Contoh lain ttg impak ni, saya ternampak tingkap rumah En. Haziman terbuka, dan dia tiada di rumah, mungkin terlupa menguncinya:

Impak 1: Lalu saya rapatkan daun tingkap itu supaya ia kelihatan seperti tertutup, dan terkunci. Tiada apa yang berlaku - bagus.

Impak 2: Saya tidak ambil peduli, biarkan saja, lantaklah, rumah orang, dia yang biarkan tingkapnya terbuka. Keesokannya, kedengaran riuh rendah, dan kemudiannya didapati ruman En. Haziman telah dimasuki pencuri - ketenteraman terganggu.

Nampak kan kesan ke atas apa sahaja tindakan kita? Menarik...


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

insyirah


Moderator
Moderator
Ana setuju dengan dheadz Smile

Terlalu ramai pendatang asing, sama ada dengan izin mahu pun tidak. Mereka tetap antara penyumbang kepada masalah sosial dalam negara. Kadang-kadang terfikir juga, mereka dapat 'hidup' di Malaysia hingga dapat taraf hidup, sedang rakyat sendiri pun menganggur. Hmmm, salah rakyat sendiri. Bergantung sangat pada orang luar terutama dalam sektor buruh. Tapi skrg ni orang asing bukan sebagai buruh mahupun pembantu rumah malah dalam sektor kilang pun dah mula ramai. Huih... Apa nal jadi 10 tahun lagi? Agaknya Malaysia dah jadi negara 'Indon' sebab ramai sesangat dah orang Indonesia dalam negara ni. Rolling Eyes


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

husna


Ahli Baru
Ahli Baru
salam. tapi, keadaan di sabah mgkn beza sikit. walaupun masalah sosial wujud dalam kalangan orang Indonesia, tapi dorang juga yang hidupkan ekonomi di tawau. kebanyakan yang menjual di pasar adalah orang Indonesia. keluarga saya mengambil org Indonesia untuk bekerja di kebun kami. kerana dari pemerhatian yng dibuat drg lebih rajin dan x memilih kerja. sy x ckplah org kita ni malas, cuma itulah kenyataannya di sini. semua memilih kerja. itulah sebabnya kes menganggur semakin meningkat.

dheadz


Admin
Admin
Hmm.. ramai yang ulas tentang pendatang dari negara luar nampaknya, Bagus ni, boleh kita komen, bagi pendapat dengan lebih lanjut lagi.

Pendatang dari negara lain mmg ramai yang berminat dengan negara kita Malaysia ni. Mana taknya, dengan ekonomi yang dikira stabil, dengan sumber rezeki yang melimpah ruah, kan sumber periuk nasi tu bagi mereka yang sedar. Tapi malangnya masih ramai lagi warganegara Malaysia sendiri yang tidak 'sedar diri'. Dibandingkan dengan negara asal mereka, yang kebanyakannya mengandungi penduduk yang ramai, bertaraf sederhana dan miskin biasanya, ramai yg tidak dapat menaikkan taraf hidup sendiri melainkan dengan berhijrah ke negara lain. Itu sebabnya ramai yang sanggup menempuh gelora lautan luas, untuk datang ke negara bertuah ni. Sanggup tinggalkan anak bini, semata-mata untuk mencari sesuap nasi, dan selebihnya dikirim ke kampung halaman untuk bantu keluarga.

Kalau kita sendiri pun, berada di negara orang, kita akan sanggup buat apa sahaja, ikhtiar lebih gigih dan rajin untuk tampung keperluan hidup. Begitulah jadinya dengan mereka yang berada di negara kita ni. Sama saja.

Cuma apa yang tidak bagusnya dengan kebanjiran pendatang azing ini, kes2 jenayah semakin meningkat. Saya tidak salahkan mereka seratus peratus, ada juga sebahagian dari kes itu dilakukan oleh warganegara kita sendiri. Tapi itulah hakikatnya, negara Malaysia ni tidak lagi aman seperti dahulu. Semakin parah nampaknya. Ntah2, 10 tahun lagi, kita akan keluar rumah bila keadaan benar2 memerlukan sahaja. Kalau tidak, masing2 akan duduk di rumah, segala aktiviti dari rumah. Inputnya dari rumah, dan outputnya di luar rumah... camana tu?
Very Happy


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

syafinur


Ahli Aktif
Ahli Aktif
salam.....melihat keadaan negara kita pening kepala dibuatnya..mslh pendatang asing telah diatasi. Skrang masalah politik di negara ini yg semakin parah di buat

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
skg ni isu terbaru......malaysia dan Indonesia....tidak sudah2 berbalah....

http://izyaninsyirah.blogspot.com

dheadz


Admin
Admin
Isu tentang Indonesia dan Malaysia kata mengata ni dah lama rasanya, sejak tahun lepas. Tak tahulah apa yang menyebabkan mereka jadi begitu, manusia oh manusia. Selagi hidup selagi itulah menggelabah. Tak habis-habis. Tak pernah puas. Ada saja isu yang hendak dibangkitkan. Rolling Eyes


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
huhu.. entahla... kan ke kita harus sama-sama bantu membantu..

http://www.shindah.blogspot.com

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
rupanya pasal tarian....dikatakan malaysia mencuri tarian orang Indonesia-tarian pendet-...

bak kata Faisal Tehrani.....
"tarian pendet yang berkemban itu -
kita pun malu nak mengaku itu tarian kita - dicuri. Waktu kita di Bali,
kita ada menontonnya dalam satu acara pembukaan writers festival. Rasa malu pun ada. Mual pun ada. Tarian telanjang seperti itu kita pun tidak mahu mengaku milik kita."

http://izyaninsyirah.blogspot.com

Shahrul Na'im


Ahli Baru
Ahli Baru
semua isu isu ini sudah lama wujud di Malaysia. cuma hanya sekarang sahaja kita tersedar akan kewujudannya apabila ia mula banyak disebarkan melalui akhbar dan media. terpulang pada persepsi masing-masing.

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum