Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Malaysia kekurangan gula lagi?

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Malaysia kekurangan gula lagi? on Thu Aug 06, 2009 5:49 pm

dheadz


Admin
Admin
Baru2 ni terdengar keluhan, gula dicatu di kedai2, dimana seorang pembeli akan dihadkan beberapa pek gula sahaja, tidak boleh lebih. Sekarang saya tahu, ini adalah antara puncanya... Tak habis2 diorang ni. Mad

-----------------------------------------------------------------------

23 tan gula disorok dalam gudang di Perlis

KANGAR: Sebanyak 23.8 tan metrik gula bersubsidi yang disorok dalam sebuah gudang di Jejawi, dekat sini disita oleh sepasukan anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam.

Timbalan Pengarah KPDNKK cawangan Perlis, Abdul Halim Pakri, berkata gula bernilai RM32,000 itu disita jam 5 petang semalam selepas pasukan itu melakukan serbuan ke premis yang terletak dalam kawasan perindustrian ringan Jejawi itu. Jumlah gula yang disorokkan itu dikatakan hampir menyamai separuh daripada keperluan gula penduduk Perlis sehari berdasarkan keperluan sebenar bahan itu antara 50 tan dan 60 tan metrik.

Abdul Halim tidak menolak kemungkinan pengumpulan stok gula yang begitu banyak di gudang itu mempunyai kaitan dengan aktiviti penyeludupan ke negara jiran. "Kita percaya gudang terbabit menerima stok berkenaan sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun hanya sebilangan kecil daripadanya diagihkan manakala selebihnya disimpan," katanya.

Rampasan itu adalah yang terbesar dilakukan oleh KPDNKK Perlis sejak krisis kekurangan bekalan gula di pasaran melanda Perlis dan beberapa negeri lain di negara ini sejak lebih seminggu lalu.

Semalam Pengarah KPDNKK Perlis, Mohd A Aruwan Abdul Aziz, berkata kegiatan menyimpan gula secara berlebihan oleh peniaga menjadi antara punca kekurangan bekalan itu di pasaran di samping faktor penyeludupan.


H. Metro


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

2 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Thu Aug 06, 2009 6:45 pm

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
HUhu... nak kene simpan gule dah la ni.. mcm mn kang nak raye.... ehhe.. puase pun belum... Smile Orang simpan segudang saya simpan setong.. ehhe

http://www.shindah.blogspot.com

3 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Thu Aug 06, 2009 9:38 pm

avar_counselor


Ahli Senior
Ahli Senior
ptg td balik dari keje..singgah mall jap..saya dengan kawan berpakat membeli berasingan sbb notis situ hanya 2 paket utk seorang customer...tp bila sampai.mmmmm.. dah habis.. Very Happy

4 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Thu Aug 06, 2009 11:48 pm

dheadz


Admin
Admin
Ramai orang yang buat camni, nak beli banyak dan simpan stok lebih kat rumah, takut kehabisan stok di pasaran. Puasa/raya pula semakin hampir, banyak gula diperlukan. Ada pula pembekal yang tak tidak bertanggungjawab, yang hendak cepat maju (kononnya), dengan menyimpan/menyorok gula. Kesannya, permintaan gula melebihi bekalan, ini yang melanda kita sekarang. Rolling Eyes


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

5 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Fri Aug 07, 2009 4:33 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
tak baik la diorang buat camtukan..kita sama2 nak pakai gula tu...

susah juga kalau ada sikap pentingkan diri,yang jadi mangsa pengguna..

salu sangat dah dengar pasal gula ni..

kalau macamtu kene beli gula hari2 pastu wat simpanan juga..ish2 Shocked

6 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Fri Aug 07, 2009 12:10 pm

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Tapi yang peliknya... kat tempat saya tak pula ada masalhkurang gula ni... buat masa ni.. semua kedai masih mcm biase.. tiada sekatan gula dilakukakn lagi.. erm.. mesti terjadi dalam setahun masalah kekurangan gula ni...

http://www.shindah.blogspot.com

7 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Tue Aug 11, 2009 4:22 pm

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Huhu.. kat kedai dah x de GULA...... !!!!!! huhuhu ... Sad

http://www.shindah.blogspot.com

8 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Tue Aug 11, 2009 9:09 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
aik da tak de gula...huhu

ni la jadi masalah ni,pose da nak dekat,mesti nak wat kueh raya apa semua kan...
kalau berterusan sampai raya susah jugak..

aysa cadangkan beli sikit dari kedai yang berlainan..haaa pastu wat stok simpanan...

9 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Tue Aug 11, 2009 9:23 pm

dheadz


Admin
Admin
Yup, camtu la... beli kat kedai A sikit, pastu pegi kat kedai B... camtulah seterusnya. Kalau kat pasaraya plak, pegi masa pagi2, masa ni stok utk semua barangan masih banyak lagi, kalau datang sebelah malam, peluang utk pulang dengan tangan kosong amat cerah. Very Happy


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

10 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Wed Aug 12, 2009 10:53 am

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
HUhu.. tu la... memang kene buat mcm tu jugak la nampaknya... Sad

http://www.shindah.blogspot.com

11 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Wed Aug 12, 2009 3:45 pm

dheadz


Admin
Admin
Sapa yang tak panik bila bekalan keperluan harian semakin sukar didapati.

--------------------------------------------------------------------------


Bekalan gula pulih minggu ini

PUTRAJAYA 11 Ogos - Bekalan gula di seluruh negara dijangka pulih sepenuhnya sebelum hujung minggu ini sekiranya orang ramai tidak melakukan pembelian panik terhadap bahan tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana pihaknya telah menambah sebanyak 20,000 metrik tan gula di pasaran tempatan dan ia memang mencukupi.

Beliau berkata, pihaknya turut memaklumkan kepada pengilang gula utama di negara ini supaya menambahkan jumlah pengeluaran masing-masing minggu lalu.

"Saya ingin menasihatkan rakyat supaya tidak membuat pembelian secara panik kerana ia akan menyukarkan usaha kerajaan memulihkan bekalan gula di pasaran.

"Bekalan gula di pasaran adalah mencukupi tetapi belian secara panik akan menyebabkan kami sukar untuk memenuhi permintaan yang wujud," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan dialog dengan 270 pengurus koperasi dari seluruh negara di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Zain Mohd. Dom.

Sejak bulan lalu, beberapa kawasan di seluruh negara dilaporkan mengalami masalah kekurangan bekalan gula.

Berikutan itu, pelbagai langkah diambil bagi mengatasinya termasuk melantik tiga koperasi sebagai ejen pemborong, pengedar dan peruncit bahan berkenaan.

Ismail berkata, langkah tersebut bukan sahaja membolehkan koperasi menambah sumber pendapatan malah ahlinya boleh menikmati harga belian yang murah.

Utusan Online


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

12 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Wed Aug 12, 2009 5:09 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
uii...maunyer tak panik..pale
nak pose ni,nak raya lagi...hehe..
sekurang2nya kita bersedia hadapi kemungkinan berlaku lagi kekurangan gula..
nak2 lagi kaum ibu,alhamdulilah aysa kat sini tak ada masalah kekurangan gula..
dah la orang malaysia suka gula,sebab tu manis2.. Very Happy

13 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Wed Aug 12, 2009 5:16 pm

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
iNDAh PUN MANIS JUGA... Smile

http://www.shindah.blogspot.com

14 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Wed Aug 12, 2009 5:21 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
hehehe k.indah manis... seri ibu mengandung..hehe..mudahan2 baby manis cam ibu die..cam aysa pon xpe...hihihi Razz Razz

15 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Wed Aug 12, 2009 6:37 pm

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
aysa ni.. ehhe.. arigato gozaimas.... moga-moga manis juga mcm aysa... Smile

http://www.shindah.blogspot.com

16 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Wed Aug 12, 2009 9:10 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
ameennn ....jangan terkejut pulak k.indah...hihi Razz

17 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Thu Aug 13, 2009 12:46 am

dheadz


Admin
Admin
Bukan para ibu2 jer yang panik, para bapa2 pun sama gak. Takde gula kang, camne nak bancuh teh o, feberet tu.... Smile

Iye, memang diakui, rakyat Malaysia memang manis2 belaka. Very Happy


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

18 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Thu Aug 13, 2009 11:11 am

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
ehhe... peberet jugak tu.. alamatnyer minum teh o ala-ala jepun style.... teh semata... xde gule.. oke gak tu... ehhe.. semalam ke kedai.. namapak sign gula habis.. tanyer la kat kaunter.. die kate ade.. tapi kalau nak sekilo je boleh la... sy pun kate.. boleh la dik.. sekilo... sebenarnyer memang ada lagi gula kat mah.. cuma stok mmg xde lg..
so lps ni xleh nak beli kedai tu lg .. kene cr kedai lain pulak... uhuuuu...

http://www.shindah.blogspot.com

19 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Thu Aug 13, 2009 10:22 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
tindakan bijak2...

kena bersedia awal2...

aysa kat sini gula 2 kg yang beli sejak awal semester lepas..sampai sekarang tak abes2..hehehe
Razz

20 Re: Malaysia kekurangan gula lagi? on Fri Aug 14, 2009 10:44 am

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Uhuu.. memangkan.. masa kat u dulu pun mcm tu.. kalau beli sekilo pun x sure abes bile... same la kalau sabun ke... syampu ke.. sabun basuh baju ke.. kalau beli sekali terus yg besar.. satu sem blh pakai... huhu.. tercerita tentang sabun plak... .. lari dr tajuk ... Smile

http://www.shindah.blogspot.com

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum