Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Mahu Jadi Abu Jahal Atau Abu Lahab?

2 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Mahu Jadi Abu Jahal Atau Abu Lahab? Empty Mahu Jadi Abu Jahal Atau Abu Lahab? Wed Feb 24, 2010 9:21 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

MAHU JADI ABU JAHAL ATAU ABU LAHAB?

Bacaan : www.wadiqurra.blogspot.com

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :

" Katakanlah (wahai Muhammad): " Jika bapa2 kamu, dan anak2 kamu, dan saudara2 kamu, dan isteri2 (atau suami2) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara2 yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka) "

at Taubah : 9

Nikmat, rahmat, ujian, dugaan, dan apa sahaja yang dihadirkan kepada manusia dariNya pastilah ada hikmahnya, hanya tinggal kita untuk mengkaji dan mencari bagaima bentuk hikmah itu, di jumpai atau tidak, syukurilah setiap apa yang dikurnia, redhalah apa yang di uji, segala puji buat Pencipta Alam semesta!. Selawat dan salam buat baginda junjungan, dengan nurnya alam diterangi, dibawanya rahmat membajai bumi, Muhammad Rasulullah SAW yang ku cintai!.

Maksud sabda Rasulullah SAW :

" Sesiapa yang terdapat di dalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka "

HR Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i

Insan agung itu kekasih Allah, menahan perih dan pedih penyeksaan, menahan lapar dan dahaga di pulaukan, menahan pedang dan panah di medan perang, itu semua di lakukan bukan kerna harta kekayaan, bukan kerna pujaan dan sanjungan, demi Allah, demi Islam, baginda korbankan. Sayang baginda kepada ummat telah di buktikan, kasihnya Baginda SAW dibawa ke akhir, hingga lafaz terakhir masih ummat yang diingati, kasih kita kepada Rasulullah bagaimana pula?...hanya di mulut penyedap kata, hanya ditulisan pengelok bicara, hanya perarakan dalam barisan, sunnah Baginda bagaimana?

Sekarang bukan masanya bertelingkah waktu lahir baginda yang sebenar, ya hari kelahiran Baginda SAW adalah Isnin dan itu memang disepakati, cuma bulan dan tarikhnya yang dikhilafkan. Ini juga bukan masanya bersoal bicara sambutan maulid itu bida'ah atau tidak. Benarlah tiada satu pun nas yang sohih dan rajih tentang sambutan maulid, Baginda SAW sendiri tidak pernah menyambutnya, tidak pernah baginda mahupun sahabat, at tabi'in dan at tabi' tabiin, berarak ke sana ke mari untuk menyambut hari kelahiran. Namun ya, baginda berpuasa pada hari Isnin bagi meraikan hari kelahiran dan hari diturunkan wahyu pertama.

Maksud Sabda Rasulullah SAW :

Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda bersabda: "Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepada ku"

HR : Muslim

Ana berbicara begini bukan kerna mahu mengatakan, tidak boleh di anjurkan perarakan atau sambutan maulid, akan tetapi, ini adalah kerna mahu menunjukkan, tiadalah anjuran daripada Rasulullah SAW untuk sambutan ini dengan perarakan yang telah terbiasa dengan kita masyarakat Melayu. Namun, tiada juga nas yang rajih menyatakan sambutan ini tidak di benarkan. Cumanya disini, perlu di tekankan betul2 dalam minda, sambutan, perarakan sedemikian rupa sememangnya tiada anjuran dan ia bukanlah satu KEWAJIBAN untuk kita ummat Islam. Tanamkan elok2 dalam fikiran kalian, anjuran yang sebenar benarnya dengan nas yang sohih dan rajih daripada al Quran dan as Sunnah, adalah mencintai Rasulullah SAW dengan MENGAMALKAN sunnah serta menuruti setiap arahannya tanpa banyak soal!. Berarak ke sana kemari dgn songket bewarna warni pun tidak ada gunanya kalau sunnah serta syariatullah ditelapak kakikan, dan perlembagaan barat di junjung tinggi!.

Maksud sabda Rasulullah SAW :

" Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan.” Para sahabat bertanya:“Siapa yang enggan?”Rasulullah menjawab: “Barangsiapa yang taat kepadaku maka dia masuk syurga dan barangsiapa yang durhaka kepadaku maka dialah yang enggan"

HR : Bukhari

Mahu berarak, mengadakan majlis sambutan, tidaklah secara total ana mahu tolak, cuma ia hendaklah disertai dgn tindakan yang secara nyata dan jelas menunjukkan semangat cintakan Baginda, iaitu, penuhilah seluruh tuntutan sunnah dan syariatullah, payah benarkah?...memang payah kalau jahil, dan jahil disini bukanlah jahil kerana bodoh, tetapi jahil maqam yang tertinggi iaitu sudah tahu tapi buat2 tak tahu, bodoh sombong serta menolak kebenaran yang nyata. Sambutlah maulid, selagi ia di batasi dengan adab Islami, tiada pembaziran, tiada keterlaluan, maka sambutlah serta ikutilah dengan perlakuan yang benar2 menunjukkan cinta pada Rasulullah SAW.

Kita kata kita cinta Baginda, dengan perarakan bersongket dan sedikit kenduri kita sudah kata kita cinta Baginda?...ana mahu ketawa, tapi ana tahan dan senyum saja. Mari bandingkan kita dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Sejurus kelahiran Baginda SAW, Tsuwaibah, iaitu hamba Abu Lahab memberi khabar gembira itu kepada kepada tuannya, maka kerna terlalu gembira, Abu Lahab memerdekakan terus Tsuwaibah, bukan senang wahai sahabat mahu memerdekan hamba dulu, bahkan Tsuwaibah telah diberikan kepada ibu Baginda SAW, Aminah. Tidak cukup dengan itu, Abu Jahal serta Abu Lahab masing2 menyembelih 100 ekor kambing setiap seorang bagi meraikan kelahiran Muhammad Rasulullah SAW. Nah sekarang, sepanjang hidup ini, pernah korbankan kambing sebanyak itu?...sudah berarak bersongket sedikit sudah mahu menjaja kata cintakan Rasul, Abu Jahal dan Abu Lahab lebih hebat!

Namun, selepas Rasulullah SAW mula menyebarkan dakwah, setelah rasa tergugat, Abu Jahal dan Abu Lahab tadi yang begitu meraikan kelahiran Rasulullah SAW sanggup pula menawarkan ganjaran yang amat hebat, iaitu 100 ekor unta untuk sesiapa yang menangkap Baginda SAW hidup atau mati. Lihat perbandingan di sini, ketika kelahiran 100 ekor kambing, tetapi demi menangkap Baginda adalah ganjaran yang lebih2 besar, 100 ekor unta. Beginilah hakikat ummat Islam sekarang, sememangnya sudah kembali pada zaman jahiliyyah, hari kelahiran di sambut dengan perarakan, dan sedikit kenduri, namun bila tiba masanya untuk menjalankan tuntutan sunnah dan syariatullah, semua pakat geleng kepala, al Quran dan as Sunnah yg sepatutnya menjadi asas pemerintahan sebuah negara tidak lagi ditempatnya, bahkan perlembagaan kuffar Lord Reid menjadi sanjungan. Arak, judi, pelacuran dan segala jenis ma'siat berleluasa, hukum Allah di perkotak katikkan, kononnya tidak sesuai dgn keadaan, sistem barat jadi rujukan, apa ini?...tidakkah jelas dunia sekarang sedang kembali ke zaman jahiliyyah, sambut maulid hanya dengan perarakan, akan tetapi hukum Allah dan sunnah secara jelas di anak tirikan.

Maksud firman Allah SWT :

" Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang2 itu ialah bapa2, atau anak2 atau saudara2 ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka "

al Mujadilah : 22

Mahukah kita menjadi seperti Abu Jahal dan Abu Lahab?...menyambut hari kelahiran Baginda SAW bagai nak rak, akan tetapi bila sampai masa di seru kepada kebenaran, begitu hebat pula tentangan yang diberikan. Janganlah kita hanya memperjuangkan isu2 ranting seperti sambutan maulid itu semata, tetapi hayatilah apa tuntutan sebenar Rasulullah SAW kepada manusia, tidaklah lain, yang utamanya adalah mengangkat Islam ke puncak!. Islam tidak akan dpt dijulang dengan berarak, tetapi ia perlulah dengan pergorbanan dan menjalankan segala tuntuntanNya dengan sempurna. Ini tanggujawab kita seluruhnya, bukan sesetengah pihak sahaja, bila kita bergelar muslim, maka ini tanggungjawab bersama. Hayatilah sirah perjuangan Baginda SAW, penat lelah, jerit perih dalam meletakkan Islam ke tempatnya. Adakah kita mahu menjadi golongan yang mempersia siakan usaha Baginda SAW yg tercinta itu?...hilang sudahkah cinta kepada Rasulullah SAW?...renungilah sahabat sekalian, bagaimana kasihnya baginda terhadap kita, maka jangan biarkan Baginda SAW kecewa dengan sikap kita, dan janganlah di akhirat esok, Baginda memalingkan wajahnya dari kita...wal'iyazubillah!...ana undur dulu.

2Mahu Jadi Abu Jahal Atau Abu Lahab? Empty Re: Mahu Jadi Abu Jahal Atau Abu Lahab? Wed Feb 24, 2010 5:16 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

yang penting ikutan dan ajaran yang telah Rasulullah saw tinggalkan buat umatnya..
sunahnya...
mungkin kita tak dapat buat semuanya,apa yang penting azam dalam diri untuk lakukan sunahnya walaupun sedikit..

Maulud tanda kasih dah sayang kita pada nabi kita.Sambutan dengan mengingati sirahnya,kesempurnaanya,serta menunjukkan kasih sayang kita pada Nabi Muhammad saw.
Pelajaran serta pengajaran yang telah di bawanya untuk kita sampai ke hari ini.

Bukan sekadar ingat di hari keputeraannya sahaja,tapi setiap detik dan masa.

Wallahua`lam. Smile

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum