Muhyiddin mahu penutup hidung, mulut jadi barang kawalan
BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Penularan wabak selesema khinzir yang semakin membimbangkan menyebabkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan negara kini berada dalam keadaan seakan darurat kesihatan.
Sehubungan itu, beliau mahu supaya penutup hidung dan mulut diwartakan sebagai barang kawalan bagi memastikan ia dapat diperoleh pada harga yang munasabah berikutan pemakaiannya adalah satu keperluan pada ketika ini.
''Setidak-tidaknya kita jadikan penutup hidung dan mulut sebagai barang kawalan sehingga wabak ini berakhir. Dengan itu rakyat akan mudah dapat bekalan dengan harga munasabah.
''Alat itu adalah keperluan sekarang dan maka sepatutnya dalam kesulitan seperti ini, tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan," katanya pada sidang akhbar ketika menghadiri proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, hari ini.
Turut hadir bersama Muhyiddin pada sidang akhbar tersebut ialah Menteri Kesihatan, Datuk SeriLiow Tiong Lai dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Mereka turut memakai topeng muka pada sepanjang sidang akhbar berkenaan. Rata-rata pemimpin parti politik dan penyokong kedua-dua parti yang bertanding di DUN berkenaan turut memakai penutup hidung dan mulut.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan mengenai penutup hidung dan mulut yang melambung tinggi dengan alasan yang diberi peniaga bahawa bekalan tersebut sukar diperolehi daripada pembekal.
Sementara itu, Muhyiddin mengingatkan para peniaga supaya tidak sesekali melakukan pengambilan untung dengan menjualnya pada harga yang tidak masuk akal.
Katanya, perbuatan mencekik darah dengan menjual penutup hidung dan mulut berlipat kali ganda daripada harganya yang sebenar di saat orang lain berhadapan kesulitan adalah sangat dikesali.
''Saya tak fikir masalah bekalan tak cukup, ini adalah pengambilan untung berlebihan. Harganya yang sebenar sebelum ini hanyalah 30 sen tetapi sekarang ada yang menaikkan sehingga RM4, RM5 seunit.
''Ini sebenarnya mencekik darah. Sebab itu dengan perakuan yang diberi Kementerian Kesihatan maka sudah sepatutnya Akta Kawalan Harga digunakan atas tafsiran keadaan sudah semacam darurat kesihatan untuk memastikan bekalan penutup muka mencukupi dan harga yang dikenakan berpatutan," jelasnya.
Kata Timbalan Perdana Menteri, apabila penutup muka diwartakan sebagai barang kawalan maka tindakan boleh diambil ke atas mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjualnya melebihi pada harga yang ditetapkan.
''Dan kemudian diadakan sistem pelesenan iaitu siapa nak edar kena ada lesen. Bila habis wabak esok (nanti), kita keluarkanlah dari senarai barang kawalan.
''Ini supaya tiada pihak ambil kesempatan. Mustahak untuk kita pastikan bekalan ada dan harga berpatutan kerana pemakaiannya sudah keperluan untuk dipakai pada ketika ini," ujarnya.
Utusan Malaysia Online.
* Isk, isk... apa nak jadi la diorang ni, nak kaya cepat konon, tapi nyusahkan orang lain. Kalau dah terkena virus ni nanti (banyak sebab), barulah tahu yang duit itu semua dah macam tak bernilai lagi... sedarlah.