Islam menjelaskan bahawa senjata utama seorang muslim ialah doanya. Sejauh mana ketajaman “pedang” ini bergantung kepada diri kita sendiri. Andai kiranya kita ialah seorang penzina, masakan sama dengan doa seorang wali. Begitulah sebaliknya
Sewaktu fenomena “kehangatan” kisah penjarahan rejim zionis keatas Palestin semester lepas, ana pernah menegur teman kepada teman ana melalui telefon, “ saudara mara kita di Palestin sedang sengsara diserang, kita di sini seronok plak tengok juara lagu...”
Dia membalas dengan kata – kata pedas “ takkanlah nak aq duduk atas sejadah 24 jam!”
Adakah perlu kita berteleku 24 jam sebagai seorang muslim yang dididik perjalanan sunnatullah di muka bumi ini? Kita perlu makan, minum, berhibur, beriadah dan berehat. Bukan bersipu hingga kepenatan diatas sejadah semata – mata. Perkara yang kita lakukan sememangnya perkara yang PERLU dan betul. Tetapi bagaimana cara kita melaksanakan itu lebih penting. Bagaimana cara yang betul dalam berhibur. Sewaktu peristiwa penyelembihan para sahabat, Rasulullah mengajar kita melaksanakan qunut nazilah. Sewaktu peristiwa sahabat kita sengsara dirundung malang, kita dituntut membawa sifat empati mendekati simpati. Yang penting ialah melakukan perkara yang betul dengan cara yang betul..
Bagaimana dengan berdoa?
Adakah kita berdoa dengan cara yang betul?
Kenalan ana pernah mengajar ana , bezanya doa seseorang muslim itu, antara mengharap dan meminta. Adakah kita meminta pertolongan kepada Allah, atau kita meminta pertolongan semata – mata. Seandainya kita memerlukan sesuatu yang kita harap, tentu sekali kita akan berusaha mendapatkannya. Disitu dapat kita pastikan betapa doa itu sendiri ialah sebahagian daripada usaha. Dengan doa yang penuh dengan pengharapan , timbul keredhaan dan tawakkal. Bukan seperti peminta yang bersungut andai tidak dikabulkan permintaanya. Allah S.W.T mengetahui apa yang terbaik untuk kita, bukan seperti Jin Aladdin yang mengkabulkan tanpa mengira baik buruk sesuatu. Janganlah menzalimi diri kita dengan berlaku syirik. Percayalah Allah tidak akan mempersiakan doa – doa hamba-Nya. Bukankah Allah S.W.T pernah berfirman.
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.
Bukankah kita dididik rahmat Allah tidak terbayang besarnya dan tiada bandingan dengan apa yang mampu dipohon oleh kita?
Telusuri sanubari kita , adakah selama ini kita berdoa dengan berharap kepada Allah S.W.T
Atau sekadar berdoa dan meminta kepada-Nya, kemudian meletakkan harapan kepada ciptaan-Nya?
Firman Allah Taala "Dan apabila gelombang dari segenap penjuru menimpanya dan mereka sedar bahawa mereka didalam kepungan bahaya, mereka berdoa kepada Allah dengan ikhlas semata-mata kepadaNya. Mereka berkata: sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang bersyukur" (Yunus:22)
Semoga Mendapat manfaat.
Nur Fatah
www.mujibuddin.wordpress.com