Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Islam Datang Dengan Maksud

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Islam Datang Dengan Maksud Empty Islam Datang Dengan Maksud Thu Feb 04, 2010 6:57 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

~Islam Datang Dengan Maksud Bukan Dengan Bentuk~

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, cinta dan kasih buat Tuhan yang Mencintai, demiNya aku hidup, dan demiNya aku mati, demiNya dan keranaNya kita masih disini. Selawat dan salam buat baginda yang dicintai, cinta yang sebenar pabila sunnah dijunjung, bukan kasih dimulut tapi perilakunya bejat, sunnah entah kemana, syariat entah kemana, alih2 mengaku cinta Allah dan Rasul?

Kali ini ana jadi tercuit dengan kata2 Abraham Maslow iaitu :

" Jika peralatan yang ada pada kamu hanyalah sebatang tukul, kamu dengan mudah akan melihat setiap masalah sebagai paku. "

Sungguh, kata2 ini begitu mencuit hati ana ketika mana melihat keadaan ummat Islam. Prinsip tukul dan paku ini begitu sinonim dengan ummat Islam sekarang disebabkan sikap dan perangai yang rigid serta beku. Biasanya begitulah sikapnya pabila kita di beri tukul, perkara yang biasanya akan terlintas difikiran adalah paku, tiada yang lain, seolah tukul itu hanya boleh di gunakan untuk mengetuk paku sahaja?. Pemikiran sebeginilah yang tidak seharusnya berlaku, dan kita ummat Islam perlu membuka minda dan berani mengolah kegunaan tukul itu. Satu lagi sifat buruk si tukul ini, ia suka benar mengetuk, semua pihak yang tidak sependapat terus saja mahu diketuk2, ah, si tukul yang comel.

Sekarang, bermacam fikrah sudah terbentuk dan dibentuk, tidak lupa bilangan jamaah juga semakin bertambah, itu semuanya dasarnya amal Islami. Jika mahu bicara soal ta'adud jamaah, ana telahpun bebelkan sebelum ini, dan kini ana tidak mahu bebel buat kali kedua kerna ada perkara lain yang mahu disampaikan. Kepelbagaian buah fikiran telah mencorakkan warna kepada dunia kini, dan khususnya buat dunia Islam.

Islam itu akan benar2 nampak rigid jika penganutnya tidak membawa Islam yang sebenar. Seringkali pertelingkahan soal perbezaan pendapat ini terjadi, bahkan soal bagaimana memakai serban pun boleh cetuskan huru hara, belum kira lagi soal berapa rakaat solat sunat tarawih, sampaikan ada yg empat imam satu masjid. Ah, ini semua bukan berlaku di zaman kita saja, bahkan al Imam as Syafie Rahimahullah sendiri pernah difitnah dan di pukul oleh ahli khianat si Sohul serta rakan2 Fityan yang jahil diebabkan perbezaan pendapat serta dengki, bahkan Imam yang empat, semuanya pernah merasai kesan fitnah akibat kejahilan, termasuk jugalah perkembangan Ikhwanul Muslimin, yang begitu berat pada langkah mulanya akibat daripada pemahaman Islam yang kaku oleh ummat Islam yang hanya memahami Islam dari konteks agama semata, bukan cara hidup.

Maksud firman Allah SWT :

" Wahai orang2 yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu. "

al Baqarah : 208

Ada golongan yang kata, tahlil, talqin dan amalan2 yg disifatkan tradisional itu bida'ah, ada pula golongan yg mengatakan semua itu bukan bida'ah, dan ada juga golongan yang lebih istimewa mengatakan, peduli saja semua itu, hidup di dunia mesti enjoy. Ana sendiri pening dengan benda2 begini, tetapi pening ana bukanlah kerna permasalahan yang berlaku, cuma ana jadi pening kerana kelakuan si pelakunya. Kalau sini tembak, sana pun tembak, kalau sana menyorok, sini tembak juga, kalau sini dan sana sama2 menyorok, datang pula pihak ketiga tembak kedua2 pihak...oh...ana pening!

Lagi ceritanya, ada yang kata jika mahu menjadi Muslim sejati jalannya mesti begini2, ada pula pihak yang lain kata kalau mahu jadi Muslim sejati jalannya mesti begitu2. Dan ana angkat lagi permasalahan ini ke satu tahap dimana, ada pihak yang kata jika mahu tegakkan daulah Islamiyyah, jalannya mesti macam ni!, fikrahnya mestilah begini jika mahu Islam mencapai izzah! disamping itu ia sedang mempromosikan penyatupaduan dan meraikan perbezaan pendapat, persoalan ana, tidakkah ia sesuatu yg pelik bila dalam satu waktu ia mengangkat tinggi2 fikrahnya dan menjatuhkan fikrah yang lain tetapi pada masa yang sama ia mempromosikan perbezaan pendapat dan penyatupaduan?

Kalian membaca pun sudah rasa pening bukan, ana pun sama2 pening, tapi tidak mengapalah, ana mahu terus lagi. Islam datang dengan maksud, bukan dengan bentuk, apa maksudnya?. Begini, suatu hari anda di minta memasak tomyam ayam untuk sepuluh orang makan, alat2 dan bahan2nya anda sudah arif benar sehingga pejam mata pun tomyam ayam itu akan jadi kenyataan, akan tetapi kebiasaannya anda masak untuk seorang makan, jadi memasak untuk sepuluh orang berbanding seorang pasti berbeza kuantiti bahan2nya bukan? atau sama saja? jika anda jawab ya makan anda sudah pandai memasak, jika jawapannya tidak, anda perlu belajar memasak lagi Smile

Inilah yang ana mahu sampaikan, analogi tomyam itu mahu ana kaitkan dengan tajuk posting di atas, apakah boleh menggunakan kuantiti sama untuk mendapat hasil yg berbeza?...semacam inilah yang berlaku jika umat Islam terlalu rigid dan tidak pernah mahu berubah sedangkan thabat wal murunah itu salah satu sifat Islam, tetap pada prinsip dan fleksibel dari segi pelaksanaan. Sepertimana keadaan mahu memasak tomyam tadi, bahan2nya untuk memasak tomyam pastinya bahan2 yang khusus, ia perlu menggunakan rempah untuk tomyam bukannya rempah untuk gulai, maknanya ia perlu juga thabat dengan rempah tomyam, akan tetapi kuantiti bahan2 itu perlu di ubah mengikut keperluan, maknanya ia perlulah bersifat fleksibel.

Islam juga begitu, kandungan Islam itu sama sekali tidak boleh diubah, penetapan dan kalam dari Allah dan RasulNya jangan sesekali dibantah, Ingatlah pesan Abu Musa al Asy’ari dengan katanya :

" Sesungguhnya al Quran ini adalah pahala bagi kamu dan dosa atas kamu. Maka ikutilah al Quran dan janganlah al Quran mengikuti kamu. Kerana sesiapa mengikut al Quran maka ia meletakkan dia ke dalam taman Syurga manakala sesiapa yang diikuti oleh al Quran maka dia dicampakkan ke dalam Neraka. "

Maksud firman Allah SWT :

" Kemudian jika kamu berbantah bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. "

an Nisa' : 59

Itulah perkara yang tetap dan tidak boleh lagi diubah2, namun, dalam masa yang sama, untuk mencapai sesuatu tujuan, Islam juga agama yang membenarkan fleksibeliti dalam mencapai sesuatu maksud, sepertimana ia mengambil kira 'uruf, kepentingan awam dan lain2 dalam menetapkan hukum. Inilah juga bila kita mahu perkatakan soal pembentukan fikrah, yang sepatutnya jika mahu mempromosikan soal keterbukaan dan penyatupaduan, soal ini perlu dikehadapankan. Fikrah yang begitu rigid tidak akan mampu melahirkan minda yang terbuka, itu masalah utamanya. Jika kita kata fikrah Imam Hassan al Banna itu sesuatu yang benar2 kompeten dan sesuai untuk masa ini, maka itu memang benar! akan tetapi, pengolahan untuk menyesuaikan ia dengan keadaan dan tempat mesti juga berlaku, sebagaimana fikrah itu sendiri sememangnya bersifat fleksibel. Kenapa ana katakan begitu?...kerna kita bukannya mahu mengambil pokok kurma dari mesir dan mahu menanamnya di kebun kelapa sawit lah...Smile

Kata Ibnu Khaldun dalam kitabnya, al Muqaddimah :

" Manusia itu dijadikan berbeza dari segi bahasanya, adatnya dan budayanya. Setiap kaum mempunyai sifat2 tersendiri, adat setempat dan sudut pandangan semesta yang tersendiri "

Minda perlu bergerak seiringan dengan semangat perjuangan jika mahukan Islam mencapai izzah, Islam itu sendiri didatangkan dengan maksud yang terlalu mulia demi kesejahteran seluruh penganut bagi mencapai redha Allah. Islam bukan datangnya dengan bentuk seolah ia tidak langsung mampu bergerak mengikut zaman dan keperluan, bahkan ia di datangkan dengan maksud yang mulia untuk melahirkan sesutu yang mulia. Kita jangan terlalu rigid dalam menilai Islam sehinggakan hanya nampak Islam itu solat, puasa, zakat dan haji semata, sedangkan ia merangkumi seluruh cara hidup dari bersiwak hinggalah berjihad fisabilillah, sekecil2 kecil perkara hinggalah sebesar besar perkara.

Apalagi jika dikira bentuk fikrah yang diolah manusia?...ia lebih2 lagi perlu keterbukaan dan kefleksibelitian, jika tujuannya seluruh fikrah Islami pastinya sama, iaitu menggapai keizzahan Islam, namun caranya masing2 berbeza, itu tidak mengapalah, pandai2 pilih yang terbaik, namun amatlah silap jika sesutu fikrah itu di ambil bulat2 tanpa ada pengolahan untuk kesesuaian tempat dan keadaan, inilah yang terjadi sehinggakan begitu ramai pejuang yang mengaku berjuang tetapi hakikatnya kosong kefahaman. Jika mahu menyelam di laut, jangan pula memakai pakaian ragbi, jika berada di restoran Arab, jangan pula memesan asam pedas. Oh, mana mungkin tujuan akan di capai jika pemikiran begitu?

Penegasan ana dalam hal ini adalah, ke anjalan Islam dalam mencapai maksud itu perlulah dipromosikan secara benar, janganlah terikat dengan sesuatu yang akhirnya merugikan diri sendiri, sistem yang ada sentiasa boleh dibaiki, fikrah yang telah tersusun rapi itu perlulah di dokongi dan di perhalusi lagi agar ia bergerak sesuai dengan tempat dan keadaan. Islam datang dengan maksud supaya seluruh manusia mencapai redha Allah, bukan dengan bentuk yang membuatkan fikiran jumud dan terus beku tanpa usaha ke arah pembaharuan. Jangan sekadar berkata dan mempromosikan idea demi sokongan, sebaliknya cubalah terjun ke medan sebenar.

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum