Haziman, memang ramai di luar sana yang 'cemburu' dengan Islam. Mungkin mereka tidak puas hati dengan pencapaian kita, apa yang kita ada... Jadi, mungkin diorang cuba pelbagai cara untuk jatuhkan, sesatkan, hina dan sebagainya untuk jejaskan umat Islam.
Kalau ada sesuatu barangan / produk tu memang tidak patut dibeli kerana keuntungannya akan disalurkan ke persatuan yang menentang Islam (seperti yang kita pernah dapat sebelum ni), jangan beli, pulaukan terus. Dengan itu baru kita dapat sokong barangan lain yang lebih patut kita beli.
Kita pula kena tetapkan hati, tidak mudah goyah dengan propaganda diorang. Mudah-mudahan, kita tidak macam resmi lalang - ditiup angin ke kiri, ke kirilah ia, ditiup angin ke kanan, ke kananlah ia.