Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

+4
azizul
aysarahanan
fazley
dheadz
8 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

.........

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...... ..........

fazley

fazley
Ahli Junior
Ahli Junior

tersenyum skjp bile terkenangkn jwpn tengku kudin tu...... Smile

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

lagipun makan dengan tangan kan sunah...
kalo makan dengan tangan bukankah kita dah ikut sunnah...Allah...
rupenyer ade hikmah nabi makan dengan tangan...
bersih atau kotor kita sahaja yg tahu....

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Lagi satu kan, rasanya makan dengan tangan ni terasa nikmatnya lebih sikit berbanding makan dengan menggunakan alatan lain (sudu, garpu, 'chopstick' dll). Kita boleh ambil nasi + lauk tu sebanyak mana yang kita mahu, tapi kalau gunakan sudu dll tu, terhad.

Itulah dia, nikmatnya. Bagus budaya ni.

azizul

azizul
Admin
Admin

azizul ada kenalan Chinese , waktu camp kena guna garfu& sudu atau tangan... dia pilih guna garfu... tapi nak makan susah... rupa2nya selama ni dia pakai chopstick , lidah pun nak terseliuh kalau makan... cuba tengok mat2 saleh yg nak cuba makan nasi campur dengan tangan...

https://al-insyirah.forummotion.com

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Hihihi...
Tersenyum ana teringat sahabat omputeh ana makan nasi dengan tangan masa ziarah ke Malaysia tahun lepas. Hikhik, langsung x kekok Smile

traxx_racer

traxx_racer
Ahli Senior
Ahli Senior

hehe aku penah lihat kwn aku mkn pakai tgn.. cina r kn..
dia bungkus tgn dia dgn plastik baru dia mkn pakai tgn..

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

traxx_racer wrote:hehe aku penah lihat kwn aku mkn pakai tgn.. cina r kn..
dia bungkus tgn dia dgn plastik baru dia mkn pakai tgn..
makan pakai tangan.. saya makan pakai baju dan seluar.. suap guna tangan..
Laughing Laughing Laughing lol!
Traxx. jgn mare.. kena jual nanti...

http://www.umaruddin.blogspot.com

dheadz

dheadz
Admin
Admin

traxx_racer wrote:hehe aku penah lihat kwn aku mkn pakai tgn.. cina r kn..
dia bungkus tgn dia dgn plastik baru dia mkn pakai tgn..
Haaa... sampai bungkus ngan plastik dulu tangan dia, kenapa camtu ek? kotor ke tangan dia masa tu? Takpelah, janji dia bahagia dengan apa yg dia buat tu, dah.

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Cerita tentang MAKANAN ana teringat kisah masa di Mekah 2 tahun lalu, lepas habis solat.. Ana suka pusing2 sekeliling masjidil haram (kadang2 x sampai satu pusingan) ana suka perhatikan gelagat manusia dr pelbagai ceruk rantau. Alhamdulillah banyak sangat pengajaran yang boleh diambil. Smile Ana perhatikan sekelompok perkerja (cleaner masjidil haram) sedang menikmati makan tengah hari. Hati ana tersentuh, mereka hanya makan roti & aiskrim, air zam-zam... Allahuakbar! Mereka kerja 12 jam, gaji mereka sama je dengan perkerja di malaysia. Boleh dikatakan duit gaji mereka hanya cukup untuk sara hidup mereka di Mekah.

Kisah ni lebih detail, bila abi ana sembang dengan sorang cleaner tu sementara tunggu waktu solat. Allah, dorang ni keje non stop, baru duduk sikit nnt orang arab dah datang marah2. Sad Makan pun tak fikir banyak, hanya mengalas perut jer. Ana tengok kehidupan mereka, terasa macam kita ni demand lelebih jer kan! Nak sudu, garfu dsb... Dorang nak makan pun ala kadar je, tak dr aksesori sudu garfu pun... Rolling Eyes Hargailah tangan anda, kotor cmner pu masih tangan kita Smile

dheadz

dheadz
Admin
Admin

insyirah wrote:Ana tengok kehidupan mereka, terasa macam kita ni demand lelebih jer kan! Nak sudu, garfu dsb... Dorang nak makan pun ala kadar je, tak dr aksesori sudu garfu pun
Betul tu, kita ni di rakyat Malaysia amat bertuah dengan limpah kurnia yang Allah berikan. Senang hidup (insyaallah), rezeki murah, takde bencana alam sangat dan banyak lagi yang lebihnya Malaysia dari negara lain. Berbanding dengan negara lain yang lebih sukar kehidupan rakyat mereka, kita mmg amat bertuah.

Kita harus bersyukur.

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

Tengku Kudin. Bagus cerita ni. Sesungguhnya orang Melayu zaman dulu ada
nilai2 jati diri. Yakin terhadap diri sendiri. Semoga Orang2 Melayu sekarang mewarisi sikap yg demikian.

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

rasa puas bila makan dengan tangan,
nak cubit ayam,daging pon senang...
tak de la lompat2 nanti...hehe
Razz

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

Pernah makan nasi 'ambeng' tak anak2..?
Orang2 Muar kalau buat kenduri kendara, Majlis Yassin/tahlil atau kenduri arwah, biasanya hidangan nya adalah nasi ambeng. Satu bungkusan besar dimana semua jenis lauk pauk ada di dalamnya. Bila bapa pulang dari kenduri, seronok menghadap bungkusan nasi ambeng anak beranak...makan dengan tangan...!!! Kalau makan dengan sudu memang tak sesuai.

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

pertama kali tu aysa dengar nama nasi tu..hehe
satu bungkusan beso ke?cam nasi bungkus kut??
Razz

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Nasi ambeng? Pertama kali dengar ni. Kalau pergi kenduri kat Johor, mungkin jupa ni kot. Tapi betullah, makan dengan tangan lagi puas, sedap. Boleh 'kaut' sebanyak mana yang nak, kalau guna sudu banyak tu jer lah. Nak banyak, kena pakai senduk... eheh... Very Happy

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

Asya dan dheadz..
Tak pernah jumpa 'nasi ambeng' lagi ye...?
Katanya di KL ada dijual dgn harga RM6.00 sebungkus. Macam bungkus nasi lemak tu,
tapi lebih besar lah bungkusannya. Kalau bungkusan dari kenduri, lagi besar..!!!
Bungkus Daun pisang/surat khabar. Bulan puasa ni, di Johor adalah jual juga dgn harga RM3.00 atau RM4.00.

Di dalamnya ada nasi putih, dengan lauk serunding, sambal goreng, tumisan mee kuning, ikan kering, ayam masak kicap. Gitulah.

Sambal goreng...pula adalah sayuran campur dari tempeh/kacang panjang/sooh hoon/tahu kering/lobak merah/kentang/cili hijau.

apasal ibu cerita makan je ni. Maafkan ibu...!!!

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum