Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

10/01/2008 - Tambang naik bulan depan

2 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

110/01/2008 - Tambang naik bulan depan Empty 10/01/2008 - Tambang naik bulan depan Thu Jan 10, 2008 10:19 am

Nell

Nell
Ahli Senior
Ahli Senior

Pengusaha bas sekolah tambah 50 peratus walaupun tiada kelulusan

KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia tetap akan menaikkan tambang sebanyak 50 peratus selepas perayaan Tahun Baru Cina bulan depan walaupun belum mendapat kelulusan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Presidennya, Chee Ah Tey, berkata lebih 8,000 ahli persatuan itu terpaksa menaikkan tambang berkenaan bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat.

Katanya, sebahagian besar pengusaha bas sekolah pula kehilangan sumber pendapatan sampingan selepas LPKP menguatkuasa peraturan melarang bas sekolah berusia lebih 15 tahun mengadakan perkhidmatan sewa khas pada musim perayaan dan cuti sekolah.

"Sebelum ini pengusaha berkenaan dapat menampung kenaikan kos operasi dengan mengadakan perkhidmatan sewa khas. Sekarang, peluang mereka mencari pendapatan sampingan sudah disekat.

"Jadi, bagaimana mereka hendak menampung kos operasi yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga minyak, manakala subsidi diesel yang diterima sangat rendah," katanya kepada Berita Harian.

Chee berharap LPKP menarik balik larangan itu kerana bas berusia lebih 15 tahun masih berkeadaan baik, malah turut mendapat kelulusan Puspakom. Pengusaha bas sekolah yang sebahagian besarnya beroperasi secara bersendirian, tidak mampu membeli bas baru yang berharga lebih RM500,000.

Sementara itu, Persatuan Pemandu Bas Gemilang (Gemilang) yang berpangkalan di kawasan utara Semenanjung, turut mengumumkan akan menaikkan tambang bas sekolah antara 30 hingga 40 peratus.

Presidennya, Razali Ab Ghani, bagaimanapun berkata 1,000 ahli persatuan itu akan hanya menaikkan tambang berkenaan selepas mendapat kelulusan LPKP.

Pada Mac 2006, LPKP menetapkan kadar tambang baru bas sekolah untuk tempoh lima tahun dengan di Wilayah Persekutuan serta Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Ipoh, Seremban, Bandar Melaka, Johor Bahru dan Pulau Pinang meningkat RM3.50 kepada RM21.10 sebulan bagi kilometer pertama atau sebahagiannya, berbanding RM17.60 sebelumnya.

Kadar baru di kawasan lain di Semenanjung ditetapkan RM15.85, meningkat RM2.65 bagi kilometer pertama atau sebahagiannya, berbanding RM13.20 sebelumnya.

Setiap kilometer tambahan atau sebahagiannya bagi semua kawasan di Semenanjung pula dikenakan RM1.55, meningkat 25 sen berbanding RM1.30 sebelumnya.

Di Sabah pula, kadarnya diselaraskan dengan kenaikan antara RM4.40 hingga RM17.60 menjadikan tambang baru meningkat kepada RM26.40 dan RM105.60 mengikut 13 kategori jarak perjalanan bermula tidak lebih lima kilometer dan sehingga lebih 60 kilometer.

Sementara itu, Pengerusi LPKP, Datuk Markiman Kobiran, memberi amaran pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha bas yang menaikkan tambang tanpa kelulusan lembaga itu.

LPKP sudah melantik juruperunding yang kini membuat penilaian kadar tambang bersesuaian untuk pelbagai jenis perkhidmatan pengangkutan awam merangkumi bas sekolah, bas ekspres, teksi dan bas berhenti-henti.

"Mereka hendaklah bersabar dan jangan membuat keputusan berdasarkan kepentingan sendiri," katanya sambil meminta orang ramai membuat laporan jika ada pengusaha bas sekolah menaikkan tambang.

INFO: Alasan naik tambang

Kos operasi meningkat berikutan kenaikan harga minyak dan subsidi diesel diterima sangat rendah.

Peraturan melarang bas sekolah berusia lebih 15 tahun mengadakan perkhidmatan sewa khas menyebabkan pengusaha hilang sumber pendapatan.

Pengusaha bas sekolah persendirian tidak mampu membeli bas sekolah baru yang berharga lebih RM500,000.

Sumber: Berita harian Online

http://rawcommunity.allgoo.net/

210/01/2008 - Tambang naik bulan depan Empty Re: 10/01/2008 - Tambang naik bulan depan Fri Jan 11, 2008 10:55 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Sekarang ni semua naik, itu ini naik... macam2 hal...
Apa yang turun?

310/01/2008 - Tambang naik bulan depan Empty Re: 10/01/2008 - Tambang naik bulan depan Fri Jan 11, 2008 11:32 am

Nell

Nell
Ahli Senior
Ahli Senior

prestasi menurun.. keke..

biasa la zaman sekarang semua mahal.. x naikkan harga rugi pulak nanti.. hmm..

http://rawcommunity.allgoo.net/

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum