Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Duduk Depan Komputer Bawa Maut

5 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Duduk Depan Komputer Bawa Maut Empty Duduk Depan Komputer Bawa Maut Fri Nov 20, 2009 9:34 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut. Shocked

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.


Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10
jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul
di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom
Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.


Cegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.

2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki

3. Elakkan meminum airbatu

4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk

5. Sentiasa meminum air panas

6. Amalkan bersenam

Rawatan

Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).

Nota Kaki : Wallahua'lam. Jadi, selepas ini kurangkan duduk depan komputer secara statik. Smile

2Duduk Depan Komputer Bawa Maut Empty Re: Duduk Depan Komputer Bawa Maut Fri Nov 20, 2009 4:39 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

Assalamualaikum, ana pernah dengar tentang perkara ini, bagi kebanyakan pekerja, gerakan rutin boleh membawa kepada kemudaratan, jadi kena ubah gerak tubuh selalu.

https://al-insyirah.forummotion.com

3Duduk Depan Komputer Bawa Maut Empty Re: Duduk Depan Komputer Bawa Maut Fri Nov 20, 2009 10:14 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Benar sekali khabar berita ini. Seeloknya rehatkan badan, dan juga minda sekejap setelah lama menghadap komputer, mungkin boleh berjalan sekejap ke tempat lain sambil menghirup udara segar. Sambil cuba meregangkan otot badan. Minum minuman panas sekejap... banyak lagi boleh dibuat.

4Duduk Depan Komputer Bawa Maut Empty Re: Duduk Depan Komputer Bawa Maut Mon Nov 23, 2009 1:17 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Uhuhu.. saya pasrah dengan kerja saya yang menghadap komputer 8 jam sehari ni.. uhuuu... Sad Tapi.. memang selalu kadang kuar gi mana2 sbb meghadap komputer ni memang preasure.. ihikkss.. Smile

http://www.shindah.blogspot.com

5Duduk Depan Komputer Bawa Maut Empty Re: Duduk Depan Komputer Bawa Maut Tue Nov 24, 2009 12:40 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Bahaya hadap komputer lama2, tambah pula kalau monitor yang jenis CRT, lebih banyak radiasi terbebas berbanding LCD monitor. Jadi, selang masa dua jam ke misalnya, boleh lah bawak diri berehat seketika, pergi ke tandas ke, sembahyang ke, minum sekejap ker.... kan?

Selamat guna komputer utk semua. Very Happy

6Duduk Depan Komputer Bawa Maut Empty Re: Duduk Depan Komputer Bawa Maut Tue Nov 24, 2009 1:43 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum.

Setuju dengan apa yang dikatakan oleh akhi Dheadz.
Memang kita boleh take rest beberapa minit, contohnya 2 jam mengadap komputer kemudian ambil masa sekejap berjalan. Jangan bergosip sudah la. Razz

7Duduk Depan Komputer Bawa Maut Empty Re: Duduk Depan Komputer Bawa Maut Sun Nov 29, 2009 9:46 am

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Sekadar berkongsi, ya ada benarnya apa yang dikatakan. Untuk menghantar darah yang mengandungi oksigen ke seluruh badan, bergantung pada tekanan yang dihasilkan di ventrikel kiri jantung dan salur arteri aorta yang punya ciri-ciri khas untuk penghasilan tekanan yang cukup.

Namun, untuk memulangkan semula darah ini ke jantung tidak lagi bergantung kepada 'pressure' tersebut kerana kandungan darah yang sudah kurang oksigen menurunkan tekanan darah tersebut. Jadi, untuk menggerakkan darah ini terutamanya daripada anggota bawah seperti kaki amat bergantung pada pengembangan dan pengecutan otot kaki yang terhasil apabila kita berjalan di mana proses ini akan menolak darah itu ke atas secara perlahan-lahan agar tidak terkumpul di kaki..

Jadi, dapat lihatlah di sini bagaimana kaki yang statik saja menyebabkan 'thrombosis' (pembekuan darah).

Bagi yang biasa berdiri lama seperti askar yang berkawad dan sebagainya, kalau perasan, jurulatih akan selalu nasihatkan agar jari-jari kaki itu digerak2kan.. untuk mengelakkan kita dari pitam.. boleh nampak signifikannya di sini:)

Sebenarnya bila difikir2 balik, banyak sebenarnya kesan yang tak best akibat duduk depan komputer saja nih..huhu. Saya membayangkan darah yang tak beroksigen itu berkumpul dengan banyak, bermaksud darah yang mengandungi karbon dioksida juga bertambah.. menganggu pula kekacauan pH darah kerana karbon dioksida ini diangkut ke jantung dalam bentuk ion hidrogen dan ion karbonate.

Jadi buat kak indah, hehe.. bila dah lama sikit depan komputer tu bolehla jalan-jalan kejap..huhu. minta maafla juga kalau perkongsian yang berbelit di atas sebab mengalami masalah dengan bahasa..huhu.(^_^)

http://normyislam.blogspot.com

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum