Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Jenis-Jenis Seorang Isteri ..

Go down  Message [Page 1 of 1]

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

1. Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.


2. Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


3. Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.


4. Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."


-megasutra-

Share this post on: reddit

aysarahanan

Post Thu Sep 10, 2009 9:30 am by aysarahanan

muzafar wrote:1.

[i][b]4. Isteri Fasik


Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."


-megasutra-

nauzubillah...
--------------------------------------------------------------------------

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

muzafar

Post Thu Sep 10, 2009 10:55 am by muzafar

aysarahanan wrote:

nauzubillah...
--------------------------------------------------------------------------

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

ayahanda sedih bila kenangkan perkara2 diatas tu...
Moga Allah kuatkan semangat ayahanda...
Sad Sad

indah

Post Thu Sep 10, 2009 11:00 am by indah

kenapa ayahanda sedih?.. uhuu... terima kasih pada ayahanda muzafar sebab post tentang isteri ni.. terkenang diri sendiri.. terletak di golongan yang mana.. Sad

insyirah

Post Thu Sep 10, 2009 11:17 am by insyirah

3. Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

Bila baca tahap ni pun dah berfikir panjang, usahkan siddiqin atau muqarrobin yang solehah pun fikir lagi ni. Rolling Eyes

Melihat keadaan sekarang, hampir semua orang mementingkan meterial. Benar duit itu perlu tapi ia bukan segala-galanya. Ummi selalu pesan untuk menundukkan nafsu, perempuan ni banyak nafsunya dan selalu meminta-minta dengan suami. Syirah ada 1 habit yang teruk Sad Kalau nak minta duit dengan abi selalu tanya:

"Abi ada duit tak?"

"Nak berapa?"

"Belanja eksrem boleh tak?" Embarassed

Abi selalu gelak, itu bad habit yang tak tahu macammana nak buat supaya tak tanya macam tu. Sad Abi selalu cakap nanti dah kawin berpeluh suami dengar soalan macam tu. No Tapi itu la, macammana ye nak hilangkan habit ni. Crying or Very sad

Tapi kalau dah kawin, tetap juga nak minta lebih... lebih kasih sayang Razz

muzafar

Post Thu Sep 10, 2009 11:51 am by muzafar

indah wrote:kenapa ayahanda sedih?.. uhuu... terima kasih pada ayahanda muzafar sebab post tentang isteri ni.. terkenang diri sendiri.. terletak di golongan yang mana.. Sad

eh...xder ape lar indah..
syirah...kalo setakat eskerem...tu perkara kecik jer..
ayahanda pun bole belanja bila2 jer..
Razz Razz

insyirah

Post Thu Sep 10, 2009 5:45 pm by insyirah

Haa... Itu la pasalnya ayahanda:

sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu

Huhuhu, macammana nak jadi isteri solehah kalau belum jadi anak solehah. Orang kata, nak jadi anak solehah ni tak sesusah nak jadi isteri solehah. Orang yang kata, syirah taipkan je. Embarassed Kalau difikir secara akal logika, memang betul pun kerana tanggungjawab sebagai anak, kita dipimpin dan tanggungjawab sebagai suami/isteri ialah memimpin, bagi isteri setidak-tidaknya kena pimpin anak-anak. Wah, berat tuh. Rolling Eyes

Lepas tu pula, perempuan bila dah jadi IBU terlupa jadi ISTERI sebab sifat keibuaannya terlebih dari sifat keisterian, sedangkan kadang-kadang suami yang nakkan perhatian. Ada satu perkara, kekadang suami boleh kecil hati kalau isteri tak sendukkan nasi, remeh bebenor kata orang Perak tapi dek kerana kecil hati si suami tu lah boleh 'menyusahkan' isteri.

Sebab tu Syirah selalu mengingatkan diri dengan 3 kisah.

1 kisah Fatimah r.a. bertanya Rasulullah "Siapakah yang menjadi penghulu syurga" dan Rasulullah jawab ada seorang perempuan di satu tempat terpencil di sekian sekian tempat. Fatimah r.a. iri hati, apakah agaknya amalan perempuan tersebut hinggakan jadi penghulu syurga. Akhirnya Fatimah ke tempat yang Rasulullah katakan.

Hari pertama Fatimah pergi ketuk pintu, perempuan tak buka pintu dan hanya tanya "siapakah itu?" dan Fatimah jawab "aku, Fatimah Binti Muhammad" tapi perempuan tu tak bagi masuk rumah kerana suaminya tak ada di rumah dia memberi alasan "suamiku tiada di rumah dan beliau tidak mengizinkan aku memberi izin kepada orang untuk masuk ke dalam rumah. Datanglah esok setelah aku meminta izin dari suamiku" Fatimah balik semula...

Hari kedua Fatimah pergi ketuk pintu, perempuan tu tak buka dan hanya tanya "siapakah itu?" dan Fatimah jawab "aku, Fatimah Binti Muhammad dan anak lelakiku." tapi perempuan tu tak bagi masuk rumah kerana suaminya tak ada dirumah dan dia memberi alasan "suamiku tiada di rumah dan beliau tidak mengizinkan lelaki masuk ke rumah. Datanglah esok setelah aku meminta izin dari suamiku" Fatimah balik semula...

Hari ketiga Fatimah ketuk pintu dan perempuan itu tanya lagi "siapakah itu?" dan Fatimah menjawab "aku Fatimah Binti Rasulullah." baru lah perempuan tu buka pintu dan izinkan Fatimah masuk. Sangat sederhana saja orangnya. Fatimah bertambah pelik apakah rahsia perempuan di depannya hingga menjadi penghulu syurga. Smile

Tak lama kemudian, perempuan tersebut kelam kabut jer. Dia sediakan secawan air dan juga satu (alat rotan). Fatimah bertambah pelik dengan kelakuan perempuan tersebut. Rupanya tak lama kemudian suaminya balik rumah... Dia buka pintu dan mengalu-alukan suaminya, dia memberi minum untuk menghilangkan dahaga suami yang baru balik kerja dan kemudia memberi satu benda (untuk merotan dirinya) kiranya dia ada melakukan kesalahan. Dia juga mengangkat kainnya hingga ke paras betis.

Setelah suaminya berlalu. Fatimah tanya, "untuk apa kamu mengangkat kain hingga menampakkan betismu?" Lalu jawapannya... "Untuk suamiku, kiranya dia berhajat kepada aku."

Subhanallah... Ini akhlaq penghulu syurga hingga Fatimah r.a. sangat cemburu.

Satu kisah lagi pun mengenai seorang wanita solehah, dimana seorang ulama' bermimpi seorang lelaki dimasukkan ke syurga lantaran kesolehah anak perempuannya dimana ayahnya sakit tenat tetapi dek kerana suami tiada di rumah untuk meminta izin keluar rumah, perempuan ini menangis tetapi tidak menziarahi ayahnya yang tenat. Beberapa kali orang kampung bagitau ayahnya sakit tapi dia tetap tak ziarah kerana tidak ada izin dari suami lantaran suaminya kerja (zaman dedulu mana ada teknologi, pegi berdagang pun dengan unta, keldai...) Sehingga ayahnya meninggal pun beliau TIDAK ziarah ayahnya walau hatinya meronta-ronta. Sad

Akhirnya ayahnya MASUK SYURGA lantaran mempunyai seorang anak yang solehah yang mentaati suami... Smile

Kisah ketiga. Ummu Sulaim yang mana mahar kahwinnya adalah keislaman Abu Talhah (orang sekarang hantaran pun ribu riban tak termasuk pakej honeymoon lagik). Tapi yang nak diceritakan ialah... Masa anaknya meninggal, waktu itu Abu Talhah tak de di rumah, Ummu Sulaim rilex je layan Abu Talhah. Masa Abu Talhah keluar, anaknya sedang sakit.

"Dimanakah anakku? Aku belum nampak lagi anakku sejak aku pulang..."

"Anak mu berada di tempat yang aman."

Dan sampailah Abu Talhah siap makan, dah bersihkan diri dan mereka melakukan hubungan suami isteri.

Ummu Sulaim tanya "Kalau ada orang pinjamkan barangnya kepada kita dan mengambil semula, apa pendapat kamu wahai suamiku?"

"Itu adalah haknya, maka pulangkanlah..."

"Anakmu telah meninggal... Allah meminjamkannya dan telah mengambilnya semula."

Abu Talhah sangat marah dengan Umm Sulaim terus jumpa Rasulullah dan ceritakan masalahnya pada Rasulullah. Kemudian, Rasulullah berkata "Moga Allah meredhai hubungan kamu sebentar tadi dan mengurniakan anak-anak yang soleh."

Hasil hubungan tersebut dan berkat doa Rasulullah, maka Ummu Sulaim mengandung dan 10 orang anaknya adalah penghafaz al-Quran dan ulama' yang hebat-hebat. Very Happy

Wallahua'lam.

Subhanallah! 3 cerita ni selalu berjaya membuat ana tersenyum dalam keresahan. Resah boleh ke tidak nak mengikut nih... Huk huk... pale

Anak yang soleh/solehah beracuankan ibu yang solehah! Sebab apa "IBU" dan bukannya "BAPA" sebab anak secara fitrahnya hampir dengan ibu dan akan copy paste semua dari ibunya. Smile Anak-anak yang soleh/solehah adalah dari ibu yang solehah. Anak-anak yang hebat adalah dari ibu yang hebat. Maap ye bapak-bapak, ambe mencelup kata-kata pak ustaz aje Very Happy

Isteri yang hebat pun dari suami yang hebat juga... Smile -- Nak menangkan lelaki juga, takut irihati Smile

Wallahua'lam

Balik ni peluk cium seorang IBU kerana dengan sifat penyayangnya lah kita menjadi seorang manusia yang 'coraknya' seperti hari ini. Smile

izyan insyirah

Post Fri Sep 11, 2009 2:42 am by izyan insyirah

semoga diri ini menjadi isteri terbaik buat suami dunia akhirat...ameenn...

aysarahanan

Post Fri Sep 11, 2009 6:11 am by aysarahanan

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.
Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.
Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri
dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t
utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya
dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.
Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk
kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

aysarahanan

Post Fri Sep 11, 2009 8:01 am by aysarahanan

Ada diriwayatkan bahawa Asma’ binti Kharijah Fazari berkata kepada anaknya
sewaktu perkahwinan anaknya dengan berkata:

” Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau
dilahirkan sehingga menjadi besar. Kini engkau mesti beralih ke suatu
tempat dan rumah yang belum kau kenal dan engkau mesti berkawan dengan
seoarang yang belum di kenali. Itulah suamimu, jadilah engkau sebagai
tanah untuknya dan ia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau sebagai
lantai untuknya dan ia akan menjadi tiang untukmu. Jadikanlah dirimu
pengasuhnya, nescaya ia akan menjadi hambamu. Janganlah engkau
menghimpunkan untuknya berbagai kesukaran, sebab itu akan membuatkan ia
meninggalkanmu. Janganlah engkau terlampau jauh daripadanya, nanti ia akan
melupakanmu. Tetapi kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan sekiranya ia
menjauhimu, jauhilah ia dengan baik, peliharalah suamimu, hidungnya,
pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah suamimu itu mencium
sesuatu dari dirimu melainkan yang harum, jangan pula ia mendengar
melainkan yang enak, jangan pula ia melihat melainkan yang indah dari diri
mu.

aysarahanan

Post Fri Sep 11, 2009 8:03 am by aysarahanan

DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati


Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

muzafar

Post Sat Sep 12, 2009 3:12 am by muzafar

waaa..menarik lar bingkisan aysa ni..
kot2 ade lg...paste kan yer...
Wink Wink

aysarahanan

Post Sat Sep 12, 2009 3:25 am by aysarahanan

Berkata Umar al-Khattab :
====================
Tiada pemberian yang lebih baik kepada seseorang selepas IMAN melainkan wanita yang solehah.

HR Thabrani, Hakim, Baihaqi
=====================
Dari Anas Bin Malik :
Rasul SAW bersabda :
Barang siapa di kurniakan isteri yang solehah, dia telah membantu menyempurnakan setengah dari Ad-Deen nya.

HR Muslim :
====================
Dari Abdullah Ibu Amr bin Ash :
Rasul SAW bersabda :
Dunia adalah perhiasan, seBAIK-BAIK perhiasan adalah seorang wanita yang solehah
Jenis-Jenis Seorang Isteri .. Kerana10

izyan insyirah

Post Sun Sep 13, 2009 4:06 pm by izyan insyirah

sabda Nabi Muhammad saw "kalaulah aku boleh memerintahkan manusia sujud kepada makhluk, nescaya aku akan memerintahkan isteri sujud kepada suaminya..."

Post  by Sponsored content

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum