Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Malu Seorang Muslimah

4 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Malu Seorang Muslimah Empty Malu Seorang Muslimah Wed Sep 30, 2009 10:21 am

Mahfuzah

Mahfuzah
Ahli Baru
Ahli Baru

Diambil dari : www.akhisalman.blogspot.com

MUKADDIMAH

Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar sy ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog dan freindster. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang mempunyai sifat malu yang tinggi untuk dia sewenang-wenangnya mendedahkan diri dan mukanya kepada khalayak ramai tanpa tujuan yang dibenarkan. Sebentar tadi saya baca buku "makarimul akhlak Fil Islam" yang tentang kisah seorang wanita yang malu mendedahkan mukanya di mahkamah perbicaraan Islam. Oleh itu saya ingin menulis tentang malunya seorang wanita.

MALUNYA WANITA DALAM QURAN

Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:

"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.

Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH

كان صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها

"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih)

Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."

Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).

KESIMPULAN


Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. Firman Allah swt:

ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن

"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)

Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:

"Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:

اجتمعن يوم كذا وكذا

"Berhimpun pada hari sekian-sekian."

Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Dalam athar ada menyebut:

نعمت النساء نساء الأنصار لم يمنعهن الحياء من السوءال عن دينهن

"Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama."

Pengajaran: Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani ke hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.

Rujukan:

[1]Safwatut Tafasir oleh Sobuni
[2]Makarimul Akhlak Fil Islam
[3]Riadus salihin oleh Imam Nawawi.

2Malu Seorang Muslimah Empty Re: Malu Seorang Muslimah Wed Sep 30, 2009 12:26 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Huhu.... tq to mahfuzah... Embarassed

http://www.shindah.blogspot.com

3Malu Seorang Muslimah Empty Re: Malu Seorang Muslimah Wed Sep 30, 2009 3:46 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Terima kasih kerna kongsi info yang amat bermanfaat utk semua ini Mahfuzah. Semoga ramai yang membacanya dan dapat manfaatkan ilmu yang dikongsi ini.

Sekarang ramai yang letak gambar di internet, selain Blog dan Friendster, Facebook juga semakin popular. Banyak khabar angin yang tidak baik tentang Facebook, hingga saya rasa nak tutup akaun dengan laman web ini.

4Malu Seorang Muslimah Empty Re: Malu Seorang Muslimah Fri Oct 09, 2009 9:54 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum, pengalaman saya menggunakan akaun Friendster dulu pernah juga letak gambar sendiri di public album (tetapi berniqab la Embarassed ) kemudian banyak mendatangkan 'masalah'. Dan... Saya telah pun delete akaun tersebut. Seorang kenalan senior pernah beritahu "kalau paparan gambar (walaupun berniqab) jangan hingga nampak dahi dan mata kerana terkadang hanya mata pun boleh jadi fitnah." Itu yang saya bukan saja delete gambar-gambar tetapi akaun pun saya delete juga. Very Happy

2 hari lepas, ustaz pula bagitahu saya; "Kalau dahulu apabila melihat wanita berniqab (di luar) lelaki tidak mahu melihat (mungkin nampak macam hantu kot) tetapi sekarang walaupun berniqab sekalipun lelaki suka memandang hatta kepada mata perempuan tersebut." Rolling Eyes

Katakanlah kepada lelaki yang beriman, tundukkanlah pandangan mereka...

Kak Indah cumel... (pernah tengok dalam blog) Smile

5Malu Seorang Muslimah Empty Re: Malu Seorang Muslimah Fri Oct 23, 2009 11:08 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

insyirah wrote:

Kak Indah cumel... (pernah tengok dalam blog) Smile

Alahai.. ni yang segan ni... tapi itu gambart udah lama... sekarang udah makin bulat.. lagi2 tengah pregnant ni kan...

Seandainya kita ingin mempamerkan gambar kita untuk kebanggaan.. itu salah.. kadang sesetengah remaja upload gambar dengan pakaian x sesuai.. seksi bebeno.. pun ade juga.. lagi-lagi la kalau dilihat di Myspace.. Frenster.. uhuhu... macam seolah-olah tengah buat iklan..

Kalau upload untuk memberitahu kawan-kawan contoh gambar anak ke.. nak bagitau dah kahwen ke.. boleh la diterima lagi... uhuuu...

http://www.shindah.blogspot.com

6Malu Seorang Muslimah Empty Re: Malu Seorang Muslimah Tue Nov 03, 2009 9:09 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum.

Pada pendapat insyirah kalau gambar-gambar itu menutup aurat, tiada tabarruj atau aksi menggoda maka terpulang kepada individu tetapi hati dan mata yang melihat gambar itu kita tak tahu siapa. DI FB, FS, MS dan sebagainya... Terlalu ramai boleh mengakses melainkan kalau kita jadikan profile sebagai privet. Terkadang gambar itu hanya biasa saja tetapi orang lain memandang dengan nafsu, oleh itu berhati-hatilah Smile

Wallahua'lam.

7Malu Seorang Muslimah Empty Re: Malu Seorang Muslimah Tue Nov 03, 2009 11:05 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, baik juga kalau tidak letak sebarang gambar di internet ni. Hati senang, tak perlu susahkan diri sendiri dan orang lain.

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum