Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Pergaulan Baik Antara Suami & Isteri

Go down  Message [Page 1 of 1]

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Oleh : Ummu Abdillah / Ili Dalila

Ada satu kisah yang saya baca dalam kitab ‘Hayya Bina Nu’min Sa’ah‘ (Marilah Kita Beriman Seketika). Kisah ini juga saya pernah dengar dalam kuliah Syaikh Muhammad Hassan hafizhahullah. Ia disandarkan kepada Ummu ad-Dardaa’ kalau tak salah. Dan ada juga disandarkan kepada wanita lain dari kalangan Salafuna al-Salih ridhwanullahi ‘alayhim. Saya kira siapa pun wanita tersebut, inilah akhlak wanita pada zaman as-Salafus-Salih. Moga jadi pengajaran.

Pada malam pertama wanita tersebut berkahwin, ketika dia duduk bersama dengan suaminya buat pertama kalinya, dia memulakan bicaranya dengan khutbat al-haajah (Subhanallah!), lalu berkata :
Sesungguhnya aku ini wanita yang asing bagimu, dan aku tiada pengetahuan mengenai akhlakmu dan akhlak ahli keluargamu. Maka beritahulah aku apa yang engkau sukai, maka akan aku kerjakan dan apa yang tidak engkau sukai maka aku akan jauhi!

Pergaulan yang baik adalah hak suami dan juga hak isteri. Isteri wajib diperlakukan dengan baik sebagaimana suami wajib diperlakukan dengan baik. Suami dan isteri mesti berusaha untuk memasukkan kegembiraan dalam hati pasangan masing-masing.

Seorang lelaki dan seorang perempuan itu tidak boleh memasuki alam rumahtangga melainkan dia tahu hak dan kewajipan dia. Jika si isteri melihat haknya dikurangi oleh pihak suami, dia mesti memberi nasihat dengan cara baik, dan jika dia berdiam diri maka itu dikira dia telah mendiamkan suatu mungkar! Itulah pentingnya isteri juga untuk tahu haknya.

Walaubagaimana pun, kewajipan isteri sangat BESAR. Saya berani mengatakan bahawa kewajipan isteri terhadap suami lebih besar daripada kewajipan suami ke atas isteri. Ini kerana Allah Ta’ala menyebut bahawa bagi lelaki itu dilebihkan satu darjat dan para ulama’ berbeza pendapat apakah darjat tersebut.

Pergaulan yang baik mesti dimulakan dengan niat yang baik. Seorang isteri mesti meluruskan niatnya bahawa perkahwinan adalah satu wasilah untuk mentaati Allah. Mentaati suami bererti mentaati Allah. Jika dia tidak meniatkan perkahwinan untuk mentaati Allah, maka susahlah untuk dia mentaati suaminya, Dalam satu hadis sahih ada menyebut seorang wanita itu tidak menunaikan hak Tuhannya selagi dia tidak menunaikan hak suaminya!

Bagi saya, dalam perkahwinan tidak pernah ada isu yang kecil. Mungkin kita rasa perkara ini remeh, tapi setiap kata, setiap langkah, setiap gerak memberi impak dalam perkahwinan.

Untuk para suami, Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam mengibaratkan isteri ini sebagai tawanan dan lemah sifatnya (al-hadiith). Maka berlemah-lembutlah dan layanlah isteri dengan baik. Jika dengan seluruh bumi dan seisinya si suami boleh berbuat baik tetapi dengan isteri tidak, maka ketahuilah dia seorang yang berpura-pura! Itulah sebab Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam kata mereka yang paling baik adalah yang paling baik kepada isteri. Hanya isteri saja yang tahu akhlak suami yang sebenar. Jika si isteri tidak menjalankan kewajipan, si suami punya kuasa talak atau si suami boleh berkahwin lain. Tapi jika si suami menzalimi isteri..? si isteri tiada tempat lain untuk bergantung melainkan kepada Allah jualah dia memohon pertolongan. Syaikh al-Syanqiti hafizhahullah berkata : Jika hak isteri dizalimi maka itu adalah lebih besar halnya dan lebih teruk keadaannya jika hak suami dizalimi.

Untuk diri sendiri dan para isteri, harapkanlah balasan dari Allah untuk setiap keringat kita berkhidmat untuk suami dan keluarga. Harapkanlah ganjaran dari yang Maha Kaya untuk setiap kepatuhan, kerendahan, penundukan kita kepada suami.

Nasihat tidak lain untuk diri sendiri. Mudah-mudahan yang lain mendapat manfaat. Saya juga masih baru dalam rumahtangga dan masih banyak perlu dipelajari. Tidak mudah menjadi isteri yang taat di zaman yang penuh dengan propaganda Barat dan di zaman yang kononnya wanita mendahului atau sama dengan lelaki dalam banyak hal.

Allah al-Musta’an.


Pergaulan Baik Antara Suami & Isteri 24911125187493795212618

Share this post on: reddit

dheadz

Post Sat Jul 17, 2010 3:47 pm by dheadz

Teringat kat kisah Imam Muda kat Astro Oasis semalam bila baca topik ni. Imam2 muda sekalian mengambil giliran menjadi 'kaunselor' untuk pasangan suami/isteri yang datang mengadu masalah mereka. Bagus utk dibuat pedoman, cuma rasa tak bagus bila tengok kisah/masalah rumahtangga diceritakan kat orang lain. Tapi tidak mengapalah, jika itu boleh membuahkan hasil yang lebih baik.

Yang pentingnya... kerjasama ! Smile Itu betul, yang pentingnya juga kena hargai pasangan masing2. Wink

insyirah

Post Thu Jul 22, 2010 8:55 am by insyirah

Assalamu'alaikum.

Dheadz, saya teringat pada nasihat dari seorang yang layak saya panggil ayah, tapi saya panggil pakcik pada dia. Sebelum saya kahwin, saya minta nasihat darinya dan nasihatnya sangat-sangat terkesan. Dia pesankan pada saya.

"Insyirah, isteri dan suami saling melengkapi dan isteri adalah pakaian bagi suami manakala suami pula pakaian bagi isteri. Kenapa pakaian? sebab saling nak MENUTUPI kelemahan masing-masing, melengkapi apa yang kurang dan sempurnakan apa yang kurang dari pasangan, kenapa dikatakan pakaian? Sebab saling MENUTUP AURAT pada pasangan, maksudnya saling MEMELIHARA kekurangan pasangan dan jangan sesekali ceritakan kelemahan pasangan pada orang lain. Hidup berumah tangga adalah kita berkongsi segalanya."

Ya, benar nasihat tersebut. Selepas berkahwin pun suami selalu nasihatkan perkara yang sama, kalau saya salah dia akan nasihatkan dan kalau dia salah saya tegur. Kisah masalah rumahtangga ni selalu dihebahkan sebab masing-masing jahil tentang ilmu rumahtangga dan jahil tentang ilmu agama, bahkan ramai pula yang jahil tapi tak mahu belajar. Seronok ceritakan aib pasangan secara umum, bahkan menjadi satu kepuasan bila dapat cerita aib pasangan pada orang lain. Nauzubillah. Menakutkan saja.

Asas kebahagiaan adalah taqwa. Saya yakin hanya manusia yang bertaqwa akan bahagia, bukan saja di dunia tetapi bahagia di akhirat. wallahua'lam.

p.s: Imam Muda, ya... saya paling tak dapat terima masa episod serbuan kes khalwat dimana krew menyelak selimut yang dipakai oleh wanita berkhalwat tersebut. AIB! Sepatutnya dia dah tutup, kita lebih patut TOLONG TUTUP tapi dia selak? Allahuakbar... Dah la ramai lelaki, aib! Kalau dia masa tu tak pakai apa-apa, nauzubillah. Sad

dheadz

Post Sun Jul 25, 2010 12:41 am by dheadz

Benar, tak patut ceritakan keaiban pasangan masing2 kepada orang lain. Boleh timbul perasaan malu pada pasangan yang diaibkan, ditambah pula dengan perasaan lain yang kita tak tahu lagi.... isk isk...

insyirah wrote:
p.s: Imam Muda, ya... saya paling tak dapat terima masa episod serbuan kes khalwat dimana krew menyelak selimut yang dipakai oleh wanita berkhalwat tersebut. AIB! Sepatutnya dia dah tutup, kita lebih patut TOLONG TUTUP tapi dia selak? Allahuakbar... Dah la ramai lelaki, aib! Kalau dia masa tu tak pakai apa-apa, nauzubillah. Sad
Saya pun perasan bahagian yang tarik selimut tu, dan saya komen perkara yang sama kepada isteri. Tak patut pegawai2 pencegah maksiat itu buat camtu, memalukan lagi pihak yang membuat maksiat, yang sememmangnya dah malu diserbu. isk isk... Kena tegur pegawai2 pencegah maksiat ni... Crying or Very sad

insyirah

Post Tue Jul 27, 2010 10:31 am by insyirah

Dheadz,

Saya terfikir program Imam Muda masa kaunseling rumahtangga itu di pejabat agama. Pasangan yang nak melalui proses perceraian selalunya diberi kaunseling dengan harapan rumahtangga diperbaiki dan tidak bercerai berai. So, tak leh dinafikan why they buka habis cerita pasal pasangan masing-masing. Maybe other side or both side memang nak cerai dan tak nak lagi duduk dalam ikatan perkahwinan. Nauzubillah.

Wallahua'lam.

Minggu ni penghujung (final)... Very Happy

indah

Post Thu Aug 12, 2010 2:33 pm by indah

Alhamdulillah...

Alrtikel yang Insyirah post ni memang memberi banyak peringatan kepada diri sendiri... Sememangnya antara perkara yang boleh merosakkan rumah tangga antaranya adalah menceritakan perkara-perkara buruk pasangan kepada orang lain... Hmm..

zaujah osman

Post Wed Aug 18, 2010 6:07 pm by zaujah osman

salam...dah menjadi suatu perkara biasa orang bercerita tentang masalah rumahtangga kepada orang luar...sgt2 tak bersetuju....
pernah mendengar ceramah prof kamil, katanya dalam isi ceramah beliau (lebih kurang begini)
"kenapa kita mengadu pada orang, lambat laun akan tersebar kepada orang lain pula dan tak menyelesaikan masalah..mengadulah perihal pasangan kita kepada Allah, dan kita akan menjadi lebih tenang dan Allah akan beri kita balasannya kemudian walaupun kita tidak tahu lama atau sekejap kita akan mendapatnya"...

aysarahanan

Post Thu Aug 19, 2010 10:44 am by aysarahanan

aysa setuju tu..
sepatutnya kita jaga aib dan hal-hal rumah tangga ni ...cukuplah kita,pasangan dan Allah sahaja yang tau.
pendapat aysa,kalau ada sesuatu masalah memerlukan pihak ketiga,carilah orang yang beramanah yang dapat menjaga rahsia rumahtangga kita.seperti kauselor yang bertauliah..


macam adik syira cakap,pokok pangkal TAQWA..insyaAllah dengan taqwalah dapat melahirkan rumahtangga yang sakinah bounce

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum