Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Cerita Orang-Orang Soleh

Go down  Message [Page 1 of 1]

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

kisah pertama: Kelebihan sangka baik.

Syeikh Abi Said al-Kharraz r.a berkata: Aku masuk ke dlm Masjidil Haram dan aku melihat seorang faqir sedang meminta sesuatu. Aku pun berkata dalam hatiku "Perbuatan seperti ini menyusahkan manusia." Tiba2 dia memandang kearahku dan membaca ayat "Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada yg berada di dalam dirimu maka hendaklah kamu berwaspada terhadapNya."(235: Al-Baqarah) Lalu aku pun beristigfar dalam hatiku. Maka dia memanggilku dan membaca ayat "Dan Dialah tuhan yg menerima taubat daripada hamba2nya dan memaafkan kesalahan2" (25: as-Syura) Kemudian dia hilang begitu sahaja dari pandangan.

ulasan: Firman Allah "Hai org2 beriman hendaklah kamu jauhi kebanyakan sangkaan buruk kerana kebanyakannya adalah memberi dosa..."(12: Al-Hujarat)

Kisah kedua: Karamah seorang wanita.

Setengah orang soleh berkata: Suatu hari aku berjalan di sebuah pendalaman bersama sebuah gerombolan. Aku melihat seorang wanita berjalan dihadapan gerombolan. Akup un berkata dalam hatiku "Wanita yang lemah ini mendahului gerombolan supaya tidak ketingalan." Aku mengeluarkan beberapa dirham daripada poketku dan aku berkata kepadanya "Ambillah duit ini. Bila gerombolan ini singgah dimana-mana tempat, carilah aku supaya aku mencarikan tunggangan untuk kamu naiki." Bila saja dia mendengar kata-kataku terus dia menghulurkan tangan kearah langit dan tiba-tiba ditangannya ada beberapa dirham. Dia memberinya kepadaku dan berkata "Kamu ambil duit dari jaib(poket) dan kami ambilnya dr alam ghaib."

Ulasan: Firman Allah "Dan Allah memberi rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka kepada orang yang bertakwa"(3: at-Talak)

kisah ketiga: Keinginan yang tertunai.

Seorang syeikh berkata: suatu hari aku lalu di tepi sungai furat. Tiba-tiba aku teringinkan ikan yang lembut isinya. Dengan tak semena-mena air meluahkan ikan kearahku dan seorang lelaki berlari ke arahku dan berkata "Boleh saya memanggangnya untkmu." Aku jawab "Ya" Dia memanggangnya dan aku pun memakannya.

Ulasan: "Dan sesiapa yg bertawakkal kepada Allah maka Dialah yang akan mencukupinya."(3: At-Talak)

Kisah keempat: 1 dibalas 10.

Abu Ja'far bin al-Khottab berkata: Seorang peminta sedekah berada dipintu rumahku. Aku pun bertanya pada isteriku "Apa yang engkau ada?" Dia menjawab "4 biji telur" Aku pun terus berkata "Serahkan semuanya kepadanya" Bila sahaja peminta sedekah tadi pergi, seorang kawanku telah memberikan kepadaku bekas yang mengandungi telur. Aku bertanya kpd isteriku "Ade berapa telor?" Isteriku menjawab "30 biji" Aku pun berkata "Aik aku bagi empat tapi yg datang hanya 30; macamane ni?" Isteriku menjawab "Semuanya 40 tapi sepuluh pecah." Dikatakan satu dr 4 yg diberi itu pecah.

Ulasan: Firman Allah: "Sesiapa yang melakukan satu kebaikan maka dia akan mendapat 10 balasan seumpamanya."(160: Al-Anam)

Kisah kelima: Simati mentalqinkan sihidup.

Syeikh Najmuddin al-Asbahani r.h telah mengiringi jenazah seorang soleh di Makkah. Bila saja siap dikebumi maka orang yang mentalkin duduk mentalkinkan mayat. Tiba2 Syeikh Najmuddin ketawa (sedangkan dia jarang ketawa). Maka temannya bertanya sebab beliau ketawa. Dia memarahi penanya dan menjawabnya selapas peristiwa itu "Aku ketawa hanyalah disebabkan apabila penalqin duduk utk mentalqin; aku mendengar jenazah itu berkata "Adakah kamu tidak pelik apabila org yg mati (hati yg mati) mentalqin org yang hidup (hati yg hidup).?"

Ulasan: Sabda Nabi s.a.w: "Perumpamaan org yg mengingati tuhannya dgn org yg tidak mengingati tuhannya adalah seumpama org yg hidup dan org yg mati.(hr Bukhari)

rujukan: Ruadur Rayyahin oleh Yafiie dan Tafsir Jalalain.

Share this post on: reddit

No Comment.

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum