Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Kurnai daku zauj yang soleh..ameen...

+2
insyirah
yanna_syaddiqin
6 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Kurnai daku zauj yang soleh..ameen... Empty Kurnai daku zauj yang soleh..ameen... Tue Feb 26, 2008 5:01 pm

yanna_syaddiqin

yanna_syaddiqin
Ahli Junior
Ahli Junior

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti". Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang :

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros. Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan. Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...

http://www.friendster.com/muslimat

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Amin ya Rabbal alamin Smile
Mencintai dan dicintai itu memang fitrah manusia tapi jangan fitrah manusia itu menyebabkan fitnah.
Smile

3Kurnai daku zauj yang soleh..ameen... Empty Re: Kurnai daku zauj yang soleh..ameen... Thu Apr 10, 2008 10:30 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Rasa terpanggil untuk baca artikel ni hari ni, mungkin sebelum tak berkesempatan.

Bukan mudah untuk menjadi lelaki yang berciri seperti di atas. Tapi tak mustahil. Boleh saja kalau mahu, pokok pangkalnya hati. Seperti kata pepatah yang biasa kita dengar, lihat - "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih." Smile

Indahnya dunia ini.

yanna_syaddiqin

yanna_syaddiqin
Ahli Junior
Ahli Junior

na'am akhi dheadz..
xmustahil..
chaiyok2..!! Smile
attoyyibat littoyyibun...
subhanallah..

http://www.friendster.com/muslimat

yanna_syaddiqin

yanna_syaddiqin
Ahli Junior
Ahli Junior

syiraa..betul2..
ana doakan anti dikurnia zauj
g soleh dan siqoh ye..insyaAllah.. Wink

http://www.friendster.com/muslimat

6Kurnai daku zauj yang soleh..ameen... Empty Re: Kurnai daku zauj yang soleh..ameen... Tue Apr 22, 2008 10:12 am

avar_counselor

avar_counselor
Ahli Senior
Ahli Senior

Amin...kurniakan aku insan yang soleh..
tengah mencari tulang rusuk yang aku pinjam ni...hahahah
Twisted Evil

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...


ameen ya Rabbalalamin.... Sad

think_c09

think_c09
Ahli Baru
Ahli Baru

study jadi-lah diri sendiri...

agar segala ilmu yg di pelajari, mudah nk di serapkan kedalam diri

& meneguhkan langkah yg masih belum kukuh sebenar2

http://usahjemu-menuntutilmu.blogspot.com/

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum