Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Mengubati Mulut Celupar

+2
umaruddin
insyirah
6 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Mengubati Mulut Celupar Empty Mengubati Mulut Celupar Thu Oct 08, 2009 12:08 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.

Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Wallahu’alam. Selamat mencuba Smile

2Mengubati Mulut Celupar Empty Re: Mengubati Mulut Celupar Thu Oct 08, 2009 5:41 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum..
InsyaAllah kalau diamalkan... memang mulut akan kurang celupar.. sebabnya hatinya kian tenang dipenuhi NurIman.. dan mulut dah sentiasa bertasbih.. berzikir.. tak sempat nak celupar...

http://www.umaruddin.blogspot.com

3Mengubati Mulut Celupar Empty Re: Mengubati Mulut Celupar Fri Oct 09, 2009 10:59 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Sesuatu yg menarik ni...
Izinkan ayahanda copy tok d paste kan pd artikel ayahanda erk sbg tanda utk ingat-mengingat kan sesama kita...

4Mengubati Mulut Celupar Empty Re: Mengubati Mulut Celupar Fri Oct 09, 2009 12:39 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Nasihat yang bagus.

Zaman sekarang mmg jauh berbeza dengan zaman dahulu kala, kalau dilihat dari pelbagai segi. Sekarang, nampaknya kita mudah berkata apa sahaja yang kita mahu, banyak topik yang hendak dibicarakan, politik, cerita itu ini, mmg mudah hendak dibualkan. Bertambah hangat pula kalau satu pihak lain cuba menegakkan apa yang dirasakan betul, tapi tidak pada pandangan pihak yang satu lagi. Tapi, kita harus sedar, dalam berkata harus pandai memilih apa yang perlu dikata. Jangan sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Kalau tidak sekarang, mungkin kelak. Akan berlaku jua.

Jadi, tapis-tapislah apa yang hendak dikata ye, wahai rakan taulan.

5Mengubati Mulut Celupar Empty Re: Mengubati Mulut Celupar Sat Oct 10, 2009 5:20 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

kasi cili je ....hehe

6Mengubati Mulut Celupar Empty Re: Mengubati Mulut Celupar Sat Oct 10, 2009 12:45 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum...
Tapi sekarang.. Ingat... berkomunikasi bukan guna mulut aje... jari pun kena jaga..
Kan dah ramai guna SMS.. Chat.. forum.. blog .. tu baru sikit...
Pokok pangkalnya hati kena jaga.. bila hati bersih.. akal terbuka.. kuranglah celuparnya..
Sebab tu saya juga selalu sarankan motto Adjust - Don't Judge dalam blog saya.. sesuaikan.. jangan nilaikan.. bila dah sesuai.. serasi.. kita kurang menilai.. InysaAllah.. celupar tu kurang le..

http://www.umaruddin.blogspot.com

7Mengubati Mulut Celupar Empty Re: Mengubati Mulut Celupar Sat Oct 10, 2009 2:55 pm

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

yer betul tu Tuan Umar..
apepun tindakan, fikiran, percakapan... bermula dgn hati
kalo hati bersih...segala2nya elok

8Mengubati Mulut Celupar Empty Re: Mengubati Mulut Celupar Sat Oct 10, 2009 3:53 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Sokong sangat-sangat, semuanya bermula dengan hati. Apa yang kita cakapkan, perbuatan kita dan segalanya lahir dari hati kita sendiri. Ada sesetengah orang berkata: "aku ni, mulut jer camni.... tapi hati aku baik". Ada ke camtu, hati yang baik akan menzahirkan perbuatan dan percakapan yang baik. Wallahualam.

9Mengubati Mulut Celupar Empty Re: Mengubati Mulut Celupar Sun Oct 11, 2009 11:41 am

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum...
Tuan Muzafar dan Tuan Dheadz...
Kan balik pada fitrah asal.. Allah dari Zat yang bersih.. dan jadikan kita pun asalnya bersih... sepatutnya Akal dan hati kita kena bersih.. tapi biasalah.. nama pun insan.. pelupa.. kita lupa diri kita ni bersih.. dan jadikannya kotor dengan perbuatan yg tak sepatutnya..
Cara nak bersihkannya kembali.. cukup mudah.. berwudhuk.. dan solat sekhusyuk mungkin.. wajib mahupun sunat.. InsyaAllah.. setiap kali kita sujud.. jika kita buat ikhlas.. akal dan hati kita kian bersih..

http://www.umaruddin.blogspot.com

10Mengubati Mulut Celupar Empty Re: Mengubati Mulut Celupar Mon Oct 12, 2009 9:07 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

umaruddin wrote:Assalamualaikum...
Tapi sekarang.. Ingat... berkomunikasi bukan guna mulut aje... jari pun kena jaga..
Kan dah ramai guna SMS.. Chat.. forum.. blog .. tu baru sikit...

Wa'alaikumussalam whb,

Saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan ayahanda Umar. Bukan komunikasi dengan LISAN semata-mata tetapi perbualan yang berbentuk TULISAN juga ialah sama dengan LISAN. Bezanya satu bersuara (bernada) tetapi satu lagi tidak, moga kerukunan dan keharmonian di Al-Insyirah berkekalan. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Smile

Hablum minaLLAH wa hablum minannas.. Smile

11Mengubati Mulut Celupar Empty Re: Mengubati Mulut Celupar Thu Nov 05, 2009 4:23 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

Mengubati mulut celupar...
emmm...macam kata asya...kasi cili je..!!

Baiklah... ni ibu turunkan petikan dari Buku DON'T BE SAD/LA TAHZAN.


...Mereka tidak akan diam dari mengkritik anda sebelum anda masuk ke dalam tanah, menaiki tangga
ke langit, dan berpisah dengan mereka. Sekiranya anda masih berada di tengah-tengah mereka maka
akan tetap ada perbuatan mereka yg membuat anda bersedih hati dan menitiskan air mata, atau membuat
tempat tidur anda gersang.

Ketahuilalh bahawa orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh., dan manusia tidak akan menendang
anjing yang sudah mati. Kalau mereka marah dan kesal kepada anda adalah kerana mungkin anda mengatasi
mereka dalam hal kebaikan, keilmuan, tingkah-laku atau harta. Pendek kata, anda pada pandangan mereka
adalah orang berdosa yang tidak bolih diampunkan hingga anda melepaskan semua anuggerah dan nikmat Allah
yg ada pada diri anda, atau hingga anda meninggalkan semua sifat2 terpuji dan nilai2 mulia yang selama ini
anda pegang teguh. Dan jika anda menjadi orang yang bodoh, pandir dan jahil, memang itulah yang mereka
inginkan berlaku pada anda.

Sebab itu, berwaspada terhadap apa yang mereka katakan; kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan
hinaan mereka. Bersikaplah bagai batu batan: tetap kukuh berdiri sekalipun diterpa ketulan2 salji tiap-tiap saat dan
ia bahkan bertambah kukuh kerananya. Dengan kata lain, jika anda merasa terusik dan terpengaruh dengan kritikan
atau cemuhan mereka, bermakna anda sudah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan
hidup anda.


...demikian indahnya petikan kata2 dari buku Don't be sad. Kata2 ini memberi semangat dan pengajaran buat ibu.

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Similar topics

-

» Notis kiamat dlm mulut bayi

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum