Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

16/12/2008 - Saman jika gagal pasang tali pinggang keledar.

Go down  Message [Page 1 of 1]

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Saman jika didapati gagal memasang tali pinggang keledar belakang.


KUALA LUMPUR: Pemilik kenderaan persendirian yang belum melengkapkan kemudahan set tali pinggang keledar belakang diberi tempoh tiga tahun memasang unit berkenaan selepas penguatkuasaan penggunaannya bermula 1 Januari depan.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, berkata selepas tempoh itu tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil jika didapati gagal memasang tali pinggang keledar.

Katanya, pengecualian tempoh tiga tahun itu bagaimanapun, hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau mana-mana kenderaan yang tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar.

“Penguatkuasaan terhadap penggunaan ini tetap berjalan mengikut tarikh ditetapkan iaitu 1 Januari depan. Semua kenderaan tidak terlepas dengan tindakan undang-undang itu nanti.” katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Pemasangan Tali Pinggang Keledar Belakang Bagi Kenderaan Perodua, di sini, semalam.

Menurutnya, sebagai peringatan kepada orang ramai, satu program advokasi atau khidmat nasihat dilaksanakan bermula 16 hingga 31 Disember 2009.

Katanya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula mengeluarkan notis peringatan atau amaran kepada pemilik kenderaan jika didapati penumpang bahagian belakang gagal menggunakan tali pinggang keledar.

“Kita mengharapkan penguatkuasaan undang-undang pemakaian tali pinggang belakang ini mendapat sokongan dan dipatuhi semua pihak terutama pengguna jalan raya.

“Ini kerana kajian mendapati penguatkuasaan undang-undang ini berupaya menyelamatkan 175 nyawa selain mengurangkan kes cedera parah sebanyak 350 kes dan kes kecederaan ringan sebanyak 1,050 kes,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pemilik kenderaan yang masih belum dilengkapi kemudahan itu, dapat menggunakan tempoh masa serta pengecualian itu dengan sebaik mungkin kerana selepas tempoh itu, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang gagal mematuhinya.


Sumber: H.Metro

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum