Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

13/05/2008 - Wimax: KL bandar raya pertama menggunakannya.

Go down  Message [Page 1 of 1]

dheadz

dheadz
Admin
Admin

KL bandar raya pertama guna WiMAX.


KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan satu lagi sejarah apabila Kuala Lumpur menjadi bandar raya pertama di dunia menggunakan teknologi WiMAX 2.3 giga hertz di mana semua warga kota akan menikmati perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 512 kilobait sesaat, akhir tahun ini.

Teknologi itu hasil projek bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Synapse Technologies Sdn Bhd dan Packet One Networks (M) Sdn Bhd yang dilancarkan di sini, semalam.

Sejajar matlamat Wawasan 2020, kerajaan memberi segala komitmen dalam projek ini untuk merealisasikan usaha negara menambah daya saing serta meningkatkan aktiviti ekonomi seluruh dunia tanpa sempadan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab Hakim Borhan, berkata 3,500 zon Wifi akan dipasang di seluruh ibu negara menjelang tahun depan termasuk kawasan awam, pejabat kerajaan dan swasta, pusat beli-belah serta kawasan perumahan DBKL.


Projek itu juga merangkumi dua projek utama iaitu Portal Metropolitan Kuala Lumpur (www.kul.com.my) oleh Synapse Technologies Sdn Bhd dan Wireless@KL oleh Packet One Networks (M) Sdn Bhd.

Pelancaran teknologi ini yadirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, bertujuan meningkatkan kadar jalur lebar di seluruh Lembah Klang sebanyak 90 peratus penggunaan menjelang 2010 di bawah inisiatif 'Klang Valley Broadband Push' (KVB90).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Packet One Networks, Michael Lai, berkata pada masa akan datang, lebih banyak pilihan akan ditawarkan termasuk kelajuan penggunaan jalur lebar jika mendapat permintaan tinggi daripada seluruh warga kota.

“Setakat ini, keutamaan diberikan untuk menyediakan jalur lebar di seluruh bandar raya Kuala Lumpur dan semua pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini secara percuma selama dua tahun selepas mendaftar,” katanya.

Warga kota berpeluang menikmati perkhidmatan teknologi canggih ini di mana saja sekitar ibu kota tanpa perlu menggunakan kabel dan wayar menggunakan Internet dengan lebih pantas.

Malah, projek portal www.kul.com.my direka khas untuk warga Kuala Lumpur.


Sumber: H.Metro.

**********************************************************************************

Definition for Wimax:

WiMAX, the Worldwide Interoperability for Microwave Access, is a telecommunications technology aimed at providing wireless data over long distances in a variety of ways, from point-to-point links to full mobile cellular type access. It is based on the IEEE 802.16 standard, which is also called WirelessMAN.

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum