Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Henpon anda dicuri? Lakukan ini !!

2 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Henpon anda dicuri? Lakukan ini !! Empty Henpon anda dicuri? Lakukan ini !! Fri Nov 14, 2008 4:10 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-

* # 0 6 #

tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula. Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon
bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.

Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain alang-alang dah hilang biar padan muka org yang curi tu pun tak leh guna juga ....

2Henpon anda dicuri? Lakukan ini !! Empty Re: Henpon anda dicuri? Lakukan ini !! Wed Nov 19, 2008 4:28 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

wahhhhhhhhhhhhh...... saya dah buat dah... skrg juga.... bagus betul info ni... thanks to dheadz.... anyway.. mmg dah 2 kali hilang hp.. isk.....

http://www.shindah.blogspot.com

3Henpon anda dicuri? Lakukan ini !! Empty Re: Henpon anda dicuri? Lakukan ini !! Thu Nov 20, 2008 12:27 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

2 kali hilang henpon? isk isk.... camne tu, tercicir ker dicuri Indah.

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum