Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Peringatan dari PDRM.

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Peringatan dari PDRM. Empty Peringatan dari PDRM. Fri Nov 14, 2008 11:56 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Terima cerita melalui email, nak berkongsi info dengan semua.

**************************************************************************

Peringatan dari PDRM.


Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah,
manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..

Berhati2 semua terutama para wanita. (peringatan utk isteri,saudara
perempuan,bf etc...)

Bahaya..!!!

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa
nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta
saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam
minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.


AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... Kita berjalan menghampiri tempat
parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan
bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat
kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin
belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka
pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang
menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang
kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya,
masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda
dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa?
Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri
memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita.
Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan
memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca
email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan
keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri
yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang
lain.

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum