Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

KHASIAT DAN CARA BERAMAL

Go down  Message [Page 1 of 1]

1KHASIAT DAN CARA BERAMAL Empty KHASIAT DAN CARA BERAMAL Mon Feb 25, 2008 7:06 pm

aisha-humaira

aisha-humaira
Ahli Baru
Ahli Baru

YA ALLAH

1. Barang siapa yang melazimkan membaca "Ya Allah" 5000 kali pada setiap malam selama sebulan dengan hati yang khusyuk dan tawaduk (merendah diri kepada Allah),insyaAllah segala hajatnya terkabul.

2. Barang siapa berzikir "Ya Allah" 5000 kali tiap-tiap hari,insyaAllah rezekinya datang mencurah-curah.

3. Barang siapa berzikir "Ya Allah" 66 kali selama 66 hari tiap-tiap lepas solat fardhu,insyaAllah dirinya memperoleh kemuliaan dan kebaikan yang banyak dalam ilmu duniawi dan ukhrawi.Oleh itu lebih baik diamalkan terus pada setiap hari.

4. Barang siapa berzikir "Ya Allah Ya Haiyu" 1000 kali pada setiap hari,insyaAllah dirinya diberi sifat yakin yang sempurna.

5. Barang siapa berzikir "Ya Allah Ya Haiyu" 100 kali pada setiap hari Jumaat sebelum solat Jumaat,dalam keadaan dirinya suci daripada hadas dan najis serta menghadirkan diri (khusyuk),insyaAllah dimudahkan baginya segala yang dituntut dan diperjuangkan.

SeLaMaT BeRaMaL
ايش حميرا

2KHASIAT DAN CARA BERAMAL Empty Re: KHASIAT DAN CARA BERAMAL Mon Feb 25, 2008 7:11 pm

aisha-humaira

aisha-humaira
Ahli Baru
Ahli Baru

YA RAHMAAN

1. Barang siapa berzikir "Ya Rahmaan" 100 kali tiap-tiap hari setiap lepas solat fardhu,insyaAllah dirinya terhindar daripada sifat lupa dan lalai.

2. Barang siapa yang mengulangi menyebut "Ya Rahmaan" 100 kali setiap selepas solat fardhu dirinya akan memperoleh ingatan yang baik,kesedaran yang mendalam dan memiliki hati yang bersih.

SeLaMaT BeRaMaL

ايش حميرا

3KHASIAT DAN CARA BERAMAL Empty Re: KHASIAT DAN CARA BERAMAL Wed Feb 27, 2008 11:32 am

aisha-humaira

aisha-humaira
Ahli Baru
Ahli Baru

YA RAHIM

1. Barang siapa berzikir "Ya Rahiim" 100 kali tiap-tiap hari,insyaAllah lembut hatinya dan kasih sayang terhadap makhluk.

2. Barang siapa jatuh sakit kepada sesuatu yang dibencinya,maka berzikirlah dengan ar rahman ar rahim.Zikirkan "Ya Rahmaan nu Ya Rahiim" 100 kali,insyaAllah dirinya aman daripada kejahatan yang dibencinya itu.

3. Barang siapa yang mengulangi menyebut "Ya Rahmaan nu ya Rahiim" 100 kali selepas solat subuh,setiap orang akan berbaik dengannya dan suka menolongnya apabila dalam kesusahan.

SeLaMaT BeRaMaL
ايش حميرا

4KHASIAT DAN CARA BERAMAL Empty Re: KHASIAT DAN CARA BERAMAL Wed Feb 27, 2008 11:33 am

aisha-humaira

aisha-humaira
Ahli Baru
Ahli Baru

YA MALIK

1. Barang siapa yang mengulangi menyebut "Ya Malik" ini pada setiap masa,insyaAllah dirinya akan dihormati dan menerima layanan yang wajar daripada orang lain.

2. Barang siapa berzikir "Ya Malik" 121 kali tiap-tiap hari selepas waktu fajar atau ketika gelincir matahari,insyaAllah dibukakan pintu rezeki luas untuknya.

SeLaMaT BeRaMaL
ايش حميرا

5KHASIAT DAN CARA BERAMAL Empty Re: KHASIAT DAN CARA BERAMAL Wed Feb 27, 2008 6:38 pm

aisha-humaira

aisha-humaira
Ahli Baru
Ahli Baru

YA QUDDUS

1. Barang siapa berzikir "Ya Quddus" 100 kali tiap-tiap hari ketika gelincir matahari,insyaAllah hatinya menjadi bersih,terhindar perasaan sombong,rakus,dengki,dendam dan seumpamanya.

2. Barang siapa berzikir "Ya Quddus" 1000 kali,insyaAllah dirinya selamat daripada bala bencana.

3. Barang siapa berzikir "Ya Quddus" 100 kali setiap hari dirinya terlepas daripada segala kebimbangan dan kecemasan.

SeLaMaT BeRaMaL

ايش حميرا

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum