Cara saya belajar pulak, camni. Saya suka keadaan sekeliling yang 'indah' (yang bersesuaian dengan mood pada masa itu). Contohnya saya nak belajar, buat latihan tentang subjek yang berkenaan dengan pengiraan, maka saya akan buka lagu2 yang berentak rancak, agresif (bukan yang berentak sentimental atau lagu yang 'membuai jiwa'). Dengan itu saya akan dapat memberikan tumpuan, disamping tubuh badan yang turut bergoyang, selari dengan irama muzik yang didengar.
Tapi, jika saya nak tumpukan perhatian pada subjek yang memerlukan tumpuan sepenuhnya, saya akan ke tempat yang sunyi, perpustakaan contohnya. Saya akan cari sudut2, yang tiada ramai orang, bukan laluan orang, bukan di sebalik pintu yang kerap dibuka. Dengan cara ini, tumpuan akan lebih.
Bagi pelajar, tumpuan itu yang penting. Ada sesetengah orang yang jika mereka telah memberikan tumpuan sepenuhnya pada sesuatu, apa sahaja yang berlaku di sekeliling, tidak akan mempengaruhi orang itu. Contohnya dia begitu minat, leka, khusyuk dengan apa yang dilihat di televisyen, jika ada yang memanggil sekalipun tidak akan dapat memesongkan, mengalih tumpuan orang itu. Bukannya dia tidak mahu memberi balas kepada panggilan itu, tapi dia seakan di dalam dunianya sendiri, tidak terusik dengan apa yg berlaku di sekeliling. Bagus kan?