Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Peranan badan dakwah di IPT

5 posters

Go to page : Previous  1, 2

Go down  Message [Page 2 of 2]

1Peranan badan dakwah di IPT - Page 2 Empty Peranan badan dakwah di IPT Fri Sep 25, 2009 9:53 pm

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

First topic message reminder :

Makin bertambah nampaknya slot di Al Insyirah ini..jadi saya sedang mengambil kesempatan ruangan yang disediakan..huhu.

Seperti yang kita tahu, hampir setiap IPT mempunya badan dakwahnya sendiri. Namun, saya perasan kadangkala konsep dan fungsi badan dakwah itu kurang jelas lalu kurang berkesan fungsinya. Misalnya, stu badan dakwah itu seharusnya dekat pada semua pelajar, bukan sesama para naqibah sahaja hinggakan badan ini menjadi asing dan kelihatan 'menakutkan' bagi sesetengah pelajar..
Iyelah, kerana yang menjadi naqibah dan naqib itu semuanya yang bertudung labuh, kelihatan alim2 dan ciri seumpamanya. Lalu pelajar yang tahap biasa2 ni menganggap diri mereka tidak layak bergaul bersama malah mungkin anggap hal berkaitan BADAR ini tiada kaitan dengan mereka walaupun para naqib dan naqibah itu tidaklah berniat wujudkan situasi sebegini..
Kadang2 bergaul macam biasa saja, tapi bila dalam perbualan tersebut pasal BADAR, ada sedikit diam di situ...huuu

Situasi sebegini sedikit sebanyak berlaku di kolej saya yang terletak di bandar. Jadi, penuntutnya kebanyakan tinggal di KL dan kurang pendekatan pada agama. Malah, ada sebilangan tidak bertudung..pengkid pun ada. Maknyah so far alhamdulillah..belum jumpa.huhuhu.

Jadi, sekadar mohon pandangan ahli forumers sekalian, bagaimanakah kekurangan badan dakwah ini boleh dibaiki agar fungsi badan dakwah ini lebih berkesan?

http://normyislam.blogspot.com

26Peranan badan dakwah di IPT - Page 2 Empty Re: Peranan badan dakwah di IPT Wed Oct 21, 2009 1:39 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

normyislam wrote:hehe... maaf atas kekeliruan 'quote' di atas. (^_^)
Assalamualaikum...
Normy... tak perlu minta maaf... saya beri saranan.. kongsi pendapat.. Ikhlas.. Lillahi Ta'ala.. so salah quote tak pe.. bukan kerana nama..
Harus diingat.. ni cara saya berdakwah... kalau nak guna kaedah ni.. Alhamdulillah.. Mana tahu kalau Allah terima ini sebagai ilmu yang bermanafaat.. yang pahalanya tak putus walaupun kita sudah tiada.. MasyaAllah... InsyaAllah... Alhamdulillah...

http://www.umaruddin.blogspot.com

27Peranan badan dakwah di IPT - Page 2 Empty Re: Peranan badan dakwah di IPT Fri Nov 27, 2009 7:13 pm

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Hmm.. baru-baru ni ada antara rakan-rakan saya yang rancak mengikuti program dakwah ni. Dek kerana program itu sedikit mencurigakan kerana diadakan secara persendirian di rumah2 sewa tempat meraka berkumpul, saya sedikit risau.
Jadi dipendekkan cerita, saya ingin tahu lalu turut serta dalam satu program yang diadakan.
Sejujurnya ingin saya luahkan pandangan, program ini sangat baik kerana membuka minda dan hati pelajar2 IPT seperti saya dan rakan2 dalam tanggungjawab dakwah. Malah saya amat kagum atas komitmen mereka yang sanggup mempertaruhkan wang ringgit malah mungkin keselamatan mereka kerana program usrah yang mereka jalankan boleh saja disalah ertikan.

Dan akak2 usrah ini hampir setiap minggu juga datang menjenguk kami di kolej, menjalankan usrah di rumah. Namun hanya melibatkan pelajar perempuan. Saya sendiri suka menghadirinya (^_^).

Apapun,, di dalam kolej kami sudah mempunyai badan dakwahnya sendiri, dan peneraju kami ada mengingatkan agar tidak mengikuti program dakwah di luar sangat. Hmm.. saya cuba memikirkan rasionalnya apa yang diperkatakan ini. Sememangnya apa yang cuba digerakkan oleh badan dakwah di kolej saya hampir sama dengan badan usrah luar tersebut, cuma pendekatannya berbeza di mana program luar tersebut lebih 'ekstrem' saya rasakan...hehe. Sebaliknya di kolej, pendekatannya lebih lembut. Hee... saya akan sambung kemudian kerana sudah maghrib(^_^)

http://normyislam.blogspot.com

28Peranan badan dakwah di IPT - Page 2 Empty Re: Peranan badan dakwah di IPT Fri Nov 27, 2009 8:13 pm

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Baiklah... sekadar ingin pandangan daripada forumers, apakah pendapat kalian mengenai program dakwah yang dijalankan secara 'sulit' ini? saya menggunakan istilah 'sulit' tersebut kerana ianya tidak dijalankan secara terbuka..

Pengisian program yang dijalankan pula amat baik saya rasakan.. mereka cuba mengumpul kekuatan2 muda-mudi dalam memperjuangkan dakwah ini, malah pada mulanya mungkin mereka yang mengikuti program ini takut untuk merasa 'terikat' dengannya, namun saya berpegang dengan cara saya, di mana tidak kira kelompok mana jua yang saya sertai, saya menggunakan medium yang saya sendiri yang saya kira lebih mudah untuk saya iaitu badan dakwah di kolej saya sendiri..

Mungkin berdasarkan apa yang saya ceritakan ini mungkin menimbulkan berbagai pandangan, apapun, saya ingin membaca pandangan tersebut Smile

http://normyislam.blogspot.com

29Peranan badan dakwah di IPT - Page 2 Empty Re: Peranan badan dakwah di IPT Sun Nov 29, 2009 2:30 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Asslamualaikum...
1) berani kerana benar.. kalau benar.. nape perlu bergerak secara sulit? Islam ni ugamanya Indah.. Syummul.. tiada cacat cela.. tak perlu takut kalau dilandasan benar.. kalau bergerak secara sulit.. perlu berwaspada..
2) Islam menggalakkan Amal Makruf Nahi Mungkar.. kalau bergerak secara sulit.. amal makruf InsyaAllah boleh dilaksanakan.. tapi Nahi Mungkar macam mana?
3) Islam untuk semua umat manusia.. Adam dan hawa.. Nape pergerakkan tu menjurus pada hawa sahaja?

WallahuAlamBilSawab

http://www.umaruddin.blogspot.com

30Peranan badan dakwah di IPT - Page 2 Empty Re: Peranan badan dakwah di IPT Sun Nov 29, 2009 11:33 pm

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

umaruddin wrote:Asslamualaikum...
1) berani kerana benar.. kalau benar.. nape perlu bergerak secara sulit? Islam ni ugamanya Indah.. Syummul.. tiada cacat cela.. tak perlu takut kalau dilandasan benar.. kalau bergerak secara sulit.. perlu berwaspada..
2) Islam menggalakkan Amal Makruf Nahi Mungkar.. kalau bergerak secara sulit.. amal makruf InsyaAllah boleh dilaksanakan.. tapi Nahi Mungkar macam mana?
3) Islam untuk semua umat manusia.. Adam dan hawa.. Nape pergerakkan tu menjurus pada hawa sahaja?

WallahuAlamBilSawab

wssalam... huu.. persoalan yang mungkin ingin jawapan atau sekadar untuk difikirkan. Saudara Umaruddin bertujuan untuk saya fikirkan rasa saya, terima kasih (^_^) Wajar sekali persoalan2 ni diambil berat, kerana sesuatu yang benar itu hakikatnya tiada persoalan lagi padanya..
Apapun, saya cuba fahamkan situasi di pihak mereka, maybe its worth to seek first, to understand then to be understood=)

Bergerak secara sulit.. Tiba-tiba saya terfikir, yang sulit itu tak pula adil jika terus dihukum sebagai songsang...huhu, mencurigakan mungkin. Betul juga seperti kata saudara Umaruddin, malah saya sendiri banyak kali persoalkan kenapa mereka menjalankan secara sulit. Dan kesimpulannya, saya tidak bersetuju dengan idea ini sebenarnya. Namun saya cuba fahamkan pula tindakan mereka ini berdasarkan beberapa sebab yang mungkin.

Berdasarkan pemahaman saya, mereka ini mengajak muda mudi ini untuk bergiat dalam dakwah secara serius, memberikan komitmen yang tinggi, dan ini adalah sesuatu yang sukar kerana halangan tetap ada.. ibu bapa misalnya yang tidak mahu anak mereka abaikan pelajaran kerana komitmen tersebut. Melalui sini, saya sendiri melihat ada kekurangan di situ di mana pelajaran itu juga sebahagian daripada tanggungjawab agama. Bagi kami yang masih mentah ini, mungkin akan keliru lalu salah aturan langkah walaupun pada hakikatnya berjalan di landasan yang benar. Kerana itulah juga saya merasakan tindakan ini kurang membantu kerana tiada apa yang perlu disembunyikan sebenarnya..

Atau kemungkinan lain yang saya lihat ialah mereka tidak menjalankan secara sulit sebenarnya, namun dalam prosesnya kelihatan begitu..huhu. Kerana mereka cuba mencari jalan supaya ahli usrah dapat berkumpul, mengadakan program selama 2/3 hari.. Jadi, salah strategi mungkin, hee~

Mengenai ingin mengamalkan nahi mungkar pula, pandangan saya saja, boleh melalui individu yang sudah tedidik itu. Tiap individu itu memegang peranannya masing2 dalam masyarakat. Mungkin itulah dia, memantapkan tiap individu itu sendiri terlebih dahulu.

Em kalau tak silap saya, ada juga untuk kaum adam, cuma dilakukan berasingan, namun pengisian yang sama..

Apapun,sejujurnya saya akui saya sendiri bersikap pesimist akan kumpulan2 sebegini. Namun kadangkala terfikir, pesimist manusia itu sememangnya sudah wujud sekian lama.. sejak zaman sewaktu Nabi s.A.W berdakwah lagi. Mungkin kerana perlunya waspada itu, supaya kita tidak salah taksub pada sesuatu yang kita sendiri tidak fahami. Itulah yang cuba saya analisakan, kerana saya merasakan perlu untuk melihat perkara ni dari pelbagai segi juga, bukan corak luaran sahaja. Untuk saya menilai malah mungkin menghukum sesuatu itu juga saya perlu sebab dan alasan kukuh. Boleh jadi pemahaman saya silap.. Harap perbincangan ini membantu=)wallahualam.

http://normyislam.blogspot.com

31Peranan badan dakwah di IPT - Page 2 Empty Re: Peranan badan dakwah di IPT Tue Feb 16, 2010 7:44 am

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Salam.. wah, lama sungguh saya tak menaip di sini.
Sempena maulidur Rasul yang bakal menjelang, ada dicadangkan dalam muktamar BADAR di kolej saya agar satu minggu tu kalau boleh semua pakai jubah, serban ke...huhu. Saya suka idea yang menarik ni=)

Em kebetulan saya diamanahkan untuk menjalankan kuiz terkumpul sepanjang minggu... haaa.. telah disarankan supaya cari soalan perihal Rasulullah s.a.w yang unik.. huhu, entah unik macam mana, tak tahula, tak ada orang reti nak jawab pula nanti, hehe~

http://normyislam.blogspot.com

32Peranan badan dakwah di IPT - Page 2 Empty Re: Peranan badan dakwah di IPT Tue Feb 16, 2010 12:12 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

bagus gak idea tu... 26hb ni.. insya Allah sama2 mengingati Rasulullah...

erm... apa pendapat kalian tentang perarakan sewaktu maulidur Rasul?

https://al-insyirah.forummotion.com

33Peranan badan dakwah di IPT - Page 2 Empty Re: Peranan badan dakwah di IPT Tue Feb 16, 2010 7:18 pm

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Kebetulan, kami ada merancang untuk perarakan..hee~

Perarakan ni seingat saya dulu sangat meriah waktu kecik2..huhu. Jadi walaupun tak benar-benar memahami apa signifikan maulud nabi, perasaan bahawa Nabi Muhammad itu seorang yang sangat penting itu ada dalam jiwa kanak-kanak macam saya waktu tu:)

Perarakan, bukanlah satu adat malah bagi saya dengan berarak ini kita akan saling mengingati, siapakah junjungan besar kita. Saya tak nafikan, ada sebilangan yang langsung tidak ambil kisah mengenai maulidur Rasul.. Jadi, sekurang-kurangnya kita saling mengingatkan dengan memeriahkan suasana. Dengan penglibatan yang melibatkan 'effort' macam ni, insyaAllah lebih terkesan, berbanding sekadar dengar-dengar ceramah dan sebagainya.. (pada sayalah)

Misal kata di kolej, seboleh-bolehnya kami cuba nak sambut maulidur rasul ini sehebah mungkin, supaya satu kolej mahu melibatkan diri dengan semua program.. insyaAllah..

http://normyislam.blogspot.com

34Peranan badan dakwah di IPT - Page 2 Empty Re: Peranan badan dakwah di IPT Wed Feb 17, 2010 2:32 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum..
Kalau boleh.. hari mula hari khamis.. 11rabiulawal (25Feb) hingga sabtu 13rabiulawal (27Feb) kita pakat ramai2 puasa memperingati Rasulullah SAW. Berarak tu bukan tak bagus.. dikhuatiri matlamat tak sampai.. timbul syak pula.. tambahan kita masyarakat majmuk. Baginda pun sendiri tak pernah buat.. tapi berpuasa ye.

http://www.umaruddin.blogspot.com

Sponsored content



Back to top  Message [Page 2 of 2]

Go to page : Previous  1, 2

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum