Makin bertambah nampaknya slot di Al Insyirah ini..jadi saya sedang mengambil kesempatan ruangan yang disediakan..huhu.
Seperti yang kita tahu, hampir setiap IPT mempunya badan dakwahnya sendiri. Namun, saya perasan kadangkala konsep dan fungsi badan dakwah itu kurang jelas lalu kurang berkesan fungsinya. Misalnya, stu badan dakwah itu seharusnya dekat pada semua pelajar, bukan sesama para naqibah sahaja hinggakan badan ini menjadi asing dan kelihatan 'menakutkan' bagi sesetengah pelajar..
Iyelah, kerana yang menjadi naqibah dan naqib itu semuanya yang bertudung labuh, kelihatan alim2 dan ciri seumpamanya. Lalu pelajar yang tahap biasa2 ni menganggap diri mereka tidak layak bergaul bersama malah mungkin anggap hal berkaitan BADAR ini tiada kaitan dengan mereka walaupun para naqib dan naqibah itu tidaklah berniat wujudkan situasi sebegini..
Kadang2 bergaul macam biasa saja, tapi bila dalam perbualan tersebut pasal BADAR, ada sedikit diam di situ...huuu
Situasi sebegini sedikit sebanyak berlaku di kolej saya yang terletak di bandar. Jadi, penuntutnya kebanyakan tinggal di KL dan kurang pendekatan pada agama. Malah, ada sebilangan tidak bertudung..pengkid pun ada. Maknyah so far alhamdulillah..belum jumpa.huhuhu.
Jadi, sekadar mohon pandangan ahli forumers sekalian, bagaimanakah kekurangan badan dakwah ini boleh dibaiki agar fungsi badan dakwah ini lebih berkesan?