Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

[cerpen] Pohon Cinta Madinah

+2
munira alhashimi
insyirah
6 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1[cerpen] Pohon Cinta Madinah Empty [cerpen] Pohon Cinta Madinah Thu Sep 17, 2009 10:21 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Bismillahirrahmanirrahim Smile

[1]

"Istikharahlah ukhti, mohon bantuan Allah dalam membuat keputusan ini. Apapun jangan lupa, bersihkan hati dan hindari dari memberatkan sesiapa pun dalam urusan ini."

Senyum dalam menahan segala rasa. Ada riak luka di wajah. Bukan tidak berusaha untuk menolak dengan sebaik-baik cara tetapi takut melukakan hati sesiapa, bukanlah bermaksud tiada yang terluka tetapi sekurang-kurangnya ada usaha untuk mengurangkan rasa kecewa.

"Ustazah, ana ada perkara mustahak nak beritahu ustazah sebelum ustazah berangkat ke Madinah."

Satu SMS ku biarkan, fikiran masih penat dengan beberapa urusan yang berkaitan hati. Bukan tidak tegas berdepan kerenah ajnabi tetapi urusan hati melibatkan perasaan membuatkan aku juga turut tak keruan. Allahu Rabbi...

Selang beberapa hari baru aku teringatkan SMS dari sahabat dari bumi ambiya', perkara apakah yang mustahak. Haruskah aku membantu sebelum berangkat ke Tanah Suci? Hati masih berat melangkah namun aku harus kuat mental dan fizikal untuk mengharungi hari-hari indah di Tanah Haram. Tapi, kalau aku biarkan saja... Mungkin sedang terdesak memerlukan pertolongan aku.

"Ustaz nak ana bantu apa?"

Aku gagahi juga menekan "sent" sementelah hari-hari terakhirku di Tanah Air. Arh... Rindu benar aku pada bau debu Tanah Haram. Aku rindu untuk memeluk dan dipeluk jaddatun warga Arab yang bertubuh besar, terasa hangat ukhuwwah walau nasab kami memang jauh benar. Tetapi kata Ammu Harun, aku mirip orang Arab. Aku selalu menggayakan abaya dan tudung hitam di depan mak dan ayah, lagak seorang Arab. Namun, darah Melayu dalam tubuh aku masih pekat. Aku orang Melayu...

"Insya Allah, ana dah hantar e-mail pada ustazah. Bukalah sebelum ke Madinah. Semoga selamat dalam perjalanan, doakan ana najah di sini."

Aku membiarkan SMS tanpa balasan lantas desktop kesayangan di buka. E-mail apakah yang begitu mustahak sehingga di 'saran' untuk membaca sebelum berangkat ke Tanah Suci.


Assalamu'alaikum waRahmatuLLAH.

Sebenarnya ana mahu menyimpan 'pertolongan' ini sehingga sampai pada masanya tetapi ana khuatir tidak sempat menyampaikan maksud e-mail ana. Ana mahu melamar ustazah, istikharahlah dan ana harap untuk dapat jawapan ustazah setelah ustazah pulang dari Mekah.

Wassalam.




Aku ketap bibir, entah dari mana datangnya airmata tiba-tiba bajuku basah. Allahuakbar... Seolah tanganku menggigil, badan sejuk pantas aku ambil wuduk dan sejukkan getaran jiwa. Sejadah aku hamparkan mengadap kiblat, solat aku bersulamkan esak tangis tanpa reda. Ujian apakah yang Engkau berikan ya Tuhan... Mehnah apa yang Engkau titipkan untukku ya Tuhan... Habis solat dan luahan rasa sepenuhnya pada Khaliq, aku mencapai mushaf al-Quran. Ku dakap penuh rindu, aku mahu meredakan gelora hati. Aku mahu sinar buat hati...

Fazkuruni azkurkum...

Tersekat-sekat alunan suara yang diiringi esak tangis, aku tidak mampu menghabiskan bacaan lalu ku ulang dan terus ulang hingga lancar. Diam. Tuhan, dosa apakah yang aku lakukan hingga Engkau tidak mengizinkan aku melancarkan lidah membaca kalam dari Mu? Tuhan, sehitam manakah hati ini dengan titik hitam hingga kelu lidahku menghabisi ayat indah Mu. Astaghfirullah hal azhim...

Mushaf al-Quran aku tutup kembali, kembali mendakap seeratnya. Aku mahu puas memeluk mushaf al-Quran, aku mencari kekuatan. Istighfar dilantunkan sebanyak mungkin, menggigil badan kesejukan. Akhirnya terlena berselimutkan telekung putih hadiah dari mak dan beralaskan sejadah dari ayah, mushaf al-Quran masih lekat di dada.

"Assalamu'alaikum... Ukhti sihat?"

SMS dari Ummu Hanani melekat di mata, arh... Aku pasti Ummu Hanani mahukan jawapan istikharahku. Dengan hati-hati, aku memuntahkan segala perasaan yang aku pendam.

"Wa'alaikumussalam Ummu Hanani. Alhamdulillah bi khair. Moga ukhti juga sihat hendaknya. Ana tahu, ukhti mahukan jawapan dari soalan. Sudah sampai tempoh yang ukhti berikan. Insya Allah, ana berusaha memberi jawapan yang terbaik untuk ana dan dia. Ana menolak lamaran darinya... Maaf. Doakan perjalanan ana ke Tanah Suci dipermudahkan Allah."

Hanya itu yang terdaya aku sampaikan. Kembali aku mendakap mushaf al-Quran.

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dengan sedikit kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang sabar. (Al-Baqarah : 155)

(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan 'inna lillahi wa innaa ilaihi raaji'un' (Al-Baqarah : 156)

Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah : 157)

****

[2]

Aku memanjangkan munajat hamba di sudut tepi Raudhah. Sengaja aku mencicip rasa hati dan meluahkan bicara. Raudhah, taman syurga. Alhamdulillah, Allah memilih aku mendiami taman syurga yang sangat tenang dan damai. Tika aku mabuk dengan cinta dan merasa dekatnya aku dengan jasad Rasulullah, aku dihujani air mata. Segera aku menutup muka dengan purdah, lantas bangun dan memberi laluan kepada para jemaah lain untuk mengambil tempat aku. Aku bersandar di tiang dalam Raudhah, hatiku masih merintih.

"Ya Ilahi Rabbi, tunjukkan aku kebenaran... Berikan aku kekuatan dalam menghadapi ujian berdepan dengan hamba Mu."

Segera aku berpaling, mata tertancap pada satu sudut. Terpaku. Arh, benarkah ini? Astaghfirullah hal azhim. Aku memisat mata yang masih bersisa air mata. Subhanallah. Aku meneruskan selawat atas Junjungan mulia, aturan langkahku tak selonglai tadi. Seakan ada kekuatan yang menyusup tubuh kerdil.

"Malizi?"

Aku disapa seorang nenek Turki. Tidak susah mengenali mereka, ada imejnya tersendiri. Aku jadi ketawa sendiri, aku meneka ini jemaah Turki, ini pula jemaah Iran dan begini begitu.

Aku sekadar mengangguk kepala. Lantas secawan air dihulurkan kepada aku. Iya, air zam-zam. Aku meneguk dan kembali mengangguk sambil tangan aku dekatkan di dada... "Syukran..." Entah apa doa yang dibacakan untukku tidak sepatah aku memahami, diusap-usap kepalaku lagak si ibu yang sedang mendoakan anak. Aku jadi kaku, entah kemana hilangnya kudratku untuk melangkah. Lantas aku dipeluk dan dicium. Subhanallah walhamdulillah.

Seperti biasa, mak dan ayah menunggu di satu pintu masjid untuk memudahkan perjumpaan sebelum pulang ke pondok. Aku lihat kelibat mak dan ayah sedang berjenaka di sebelah tiang masjid. Ya Rabbi, bersaksikan Masjid Nabawi ini... Aku memohon pada Mu ya Allah, panjangkanlah jodoh mak dan ayah hingga ke syurga Mu. Himpunkan kami bersama orang-orang yang bertaqwa, perkenankanlah ya Allah.

"Assalamu'alaikum. Dah nak balik ke?" Aku menyapa mak dan ayah.

"Wa'alaikumussalam waRahmatuLLAH. Khalas? Jom pusing-pusing di luar masjid. Nak beli kebab kalau kedai dah buka, kemudian balik bilik."

Aku mengangguk dan menarik tangan mak, kami beriringan bersama. Hati resah menjadi berbunga, subhanallah! Moga itu pilihan dari Mu untukku.

****

[3]

Sepanjang bermusafir di Tanah Suci, hatiku bagai dibugar kemas. Kuntum mengembang dan terasa hangatnya berada di dalam rahmat Nya, insya Allah. Malam itu, ayah berhajat untuk qiyam di Masjidil Haram manakala aku dan mak hanya tidur di hotel. Aku tiba-tiba teringatkan peristiwa di Raudhah semasa di Madinah beberapa hari lalu, biarkan dahulu. Sebelum melelapkan mata, aku mengambil wuduk dan solat taubat. Aku yakin harapan Allah tidak palsu.

****

[4]

Beberapa bulan sekembalinya dari Tanah Suci aku tergamam dengan apa yang aku lihat. Air liur seakan tersekat dan air mata semacam laju membasahi pipi, tiada kata dan bahasa yang aku mampu luahkan selain air mata tumpah semacam empangan pecah!

Allahuakbar.

Hati masih kaget, terkejut dengan apa yang diperlihatkan kepadaku. Lantas diam, aku menenangkan diri dalam munajat sepi kala dinihari. Semakin aku tenangkan diri, semakin aku teringatkan peristiwa di Raudhah beberapa bulan lalu. Dalam diam, zikrullah masih aku gagahi supaya hati tidak menari sama rancak dengan tangisan. Menangis apakah ini? Aku tidak sedih. Aku juga tidak mendapat khabar gembira. Tangisan syukur barangkali.

Syukur kerana kepingan puzzle telah ditunjukkan kepada aku. Benarkah ini? Lantas aku kembali sujud pada Rabb, Dia mampu membelai aku supaya aku tidak 'meracau' seperti ini. Tenang dalam zulumat malam.

Akhirnya, kepada ayah aku suarakan bicara hati. Tentang yang aku lihat di Raudhah sewaktu di Madinah, juga apa yang berlaku semasa aku di Masjidil Haram kala berkhalwat dengan Tuhan. Aku terangkan juga apa yang aku rasakan...

"Dialah yang lelaki misteri yang selalu hadir dalam hampir setiap istikharah, tanpa mengenali seraut wajah, tanpa mengenali budi dan pekerti sehinggalah wajahnya di tampakkan di Raudhah di ruangan solat Muslimah. Mustahil seorang lelaki di celah-celah muslimah! Tetapi tidak mustahil pada Allah kan ayah? Dia juga lelaki yang mahu mengambil Jannah, menggantikan abi untuk menjaga urusan dunia dan agama Jannah."

Aku menghabiskan sisa kata-kata dengan suara terketar-ketar tanpa melihat raut wajah ayah... Tanpa aku sedari, ayah tersenyum dengan anggukan kecil.

"Ayah redha dengan pilihanmu..."

Subhanallah.

~ EnDiNg ~

Lalalala... Sengal jer, dapat idea ni secara spontan dan terus menarikan jari jemari... Hip hip hoorayyy! Dah lama sangat tak tulis macam ni. Hehehe. Alhamdulillah. Sebenarnya cerita ni macam tergantung, antum buat ending sendiri jer la sebab ana dah tak de idea nak tulis. Ngeh ngeh ngeh... Laughing


Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka - Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar; Analogi Cerpen Aku Pun Tahu.

Wallahua'lam.

*copyright*

Posted by الوردة الشوكية

2[cerpen] Pohon Cinta Madinah Empty Re: [cerpen] Pohon Cinta Madinah Thu Sep 17, 2009 2:21 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

Tulisan yg indah!!...sambung lagi ceritanya.

3[cerpen] Pohon Cinta Madinah Empty Re: [cerpen] Pohon Cinta Madinah Fri Sep 18, 2009 5:32 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum whb.

Jazakillah ibu, sebenarnya syirah masih lagi belajar menulis. Belum cukup indah lagi pun. Insya Allah, selepas menulis Pohon Cinta Madinah seorang sahabat menyarankan untuk meneruskan penulisan Pohon Cinta Madinah. Setelah 2 tahun dipaksa tetapi tidak pula nak terpaksa, akhirnya mengalah juga dengan kata-kata sahabat untuk menulis secara serius.

Insya Allah, Pohon Cinta Madinah sedang dirangka penulisannya untuk dibukukan. Insya Allah. Doakan semoga ianya dipermudahkan Allah dan diberikan pertolongan untuk mendapat idea-idea yang bermanfaat. Syukran.

Doakan saya agar boleh menyiapkan hingga ke noktah terakhir. Smile

4[cerpen] Pohon Cinta Madinah Empty Re: [cerpen] Pohon Cinta Madinah Sat Sep 19, 2009 3:53 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Insyaallah, Insyirah boleh punya siapkan sampai habis buku tu. Insyirah memang berbakat dalam penulisan, ini terbukti dengan apa yang kita lihat dan baca dari forum ini, dan blog Insyirah sendiri. Insyirah boleh. Semoga berjaya. Wink

5[cerpen] Pohon Cinta Madinah Empty Re: [cerpen] Pohon Cinta Madinah Sat Sep 19, 2009 8:20 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Doakanlah insyirah ye akhi Smile

Insya Allah, harapannya end of this year Pohon Cinta Madinah khalas Smile
Dan juga seorang sahabat sedang menulis buku Akidah Islam dan Jenayah Murtad
Alhamdulillah sudah banyak yang siap, cuma sedikit lagi yang belum lengkap.

Insya Allah, Pohon Cinta Madinah mungkin terbang ke bumi ambiya' dahulu Smile
Doakanlah ye semua... Semoga dengan buku ini boleh menyumbang sesuatu kepada ummah.

Syukran!

6[cerpen] Pohon Cinta Madinah Empty Re: [cerpen] Pohon Cinta Madinah Sat Sep 19, 2009 11:54 pm

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

dr blog syirah tu...
ayahanda beranggapan syirah mmg ade tokoh utk jd penulis...
teruskan impian syirah tu...
Wink Wink

7[cerpen] Pohon Cinta Madinah Empty Re: [cerpen] Pohon Cinta Madinah Wed Sep 30, 2009 9:39 am

Mahfuzah

Mahfuzah
Ahli Baru
Ahli Baru

muzafar wrote:dr blog syirah tu...
ayahanda beranggapan syirah mmg ade tokoh utk jd penulis...
teruskan impian syirah tu...
Wink Wink

Dari tulisan-tulisan kak Insyirah juga ada yang tak lena tidur Very Happy

8[cerpen] Pohon Cinta Madinah Empty Re: [cerpen] Pohon Cinta Madinah Wed Sep 30, 2009 12:19 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

X sangka... mike sume memang berbakat.. ehehe... dulu-dulu masa zaman sekolah menengah ..ade jugak saya menulis cerpen ni.. tapi banyak ke arah.. sains futuristik... ehehe... Alhamdulillah.... semua pun berbakat besar...

http://www.shindah.blogspot.com

9[cerpen] Pohon Cinta Madinah Empty Re: [cerpen] Pohon Cinta Madinah Thu Mar 25, 2010 12:18 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Insya Allah buku sulung saya sedang dalam proses design Very Happy
Menghitung waktu untuk memegangnya... hihi, excited macam seorang ibu nak pegang bayinya! Razz

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum