Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Saat menilai cinta

Go to page : 1, 2  Next

Go down  Message [Page 1 of 2]

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.


2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.


3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.


4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.


5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.


6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Share this post on: reddit

izyan insyirah

Post Sat Sep 05, 2009 10:30 am by izyan insyirah

menarik artikel....mohon copy;)

dheadz

Post Tue Sep 08, 2009 1:44 pm by dheadz

muzafar wrote:
6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.
Tertarik dengan tips yang satu ni. Betul tu, utk katakan tidak, biasanya amat sukar (walaupun bukan dalam soal cinta). Tapi mana yang dirasakan benar, perlu diluahkan. Bak kata pepatah, diluah mati emak, ditelan mati bapak..., tapi kena luah juga. Katakan saja. Wink

avatar

Post Tue Sep 08, 2009 6:03 pm by munira alhashimi

Cinta ibu munira...cinta zaman dulu2. Orang zaman ni tak bolih ikut..rasanya.

muzafar

Post Tue Sep 08, 2009 6:13 pm by muzafar

prinsip cinta sy masa dulu2 plak kak kan..
ambik hati org tua nyer dulu, baru pikat anaknya..
What a Face What a Face

avatar

Post Tue Sep 08, 2009 6:18 pm by munira alhashimi

muzafar wrote:prinsip cinta sy masa dulu2 plak kak kan..
ambik hati org tua nyer dulu, baru pikat anaknya..
What a Face What a Face

Oooo..baru lah akak tahu. Pikat emak nya dulu rupanya.
Ni..menantu kesayangan la ni. Laughing

muzafar

Post Tue Sep 08, 2009 6:24 pm by muzafar

Shhh.. xder la kak..
masa kawin dulu...pak/mak mertua mmg dah bertahun meninggal...
so, masa tu..kira ambik hati kakak2nya jer lar..
nanti suruh anak akak praktikkan camtu...mmg confirm berjaya
Cool Cool

avatar

Post Tue Sep 08, 2009 6:29 pm by munira alhashimi

muzafar wrote:Shhh.. xder la kak..
masa kawin dulu...pak/mak mertua mmg dah bertahun meninggal...
so, masa tu..kira ambik hati kakak2nya jer lar..
nanti suruh anak akak praktikkan camtu...mmg confirm berjaya
Cool Cool

haaa.. nak ikut cara Nuar ke...? Mahu ke dia..?
Tah la budak2 zaman sekarang.... Laughing
Bagi akak..asalkan tak tinggal solat tu..bolih la buat menantu.

izyan insyirah

Post Wed Sep 09, 2009 12:45 pm by izyan insyirah

munira alhashimi wrote:
muzafar wrote:Shhh.. xder la kak..
masa kawin dulu...pak/mak mertua mmg dah bertahun meninggal...
so, masa tu..kira ambik hati kakak2nya jer lar..
nanti suruh anak akak praktikkan camtu...mmg confirm berjaya
Saat menilai cinta Icon_cool Saat menilai cinta Icon_cool

haaa.. nak ikut cara Nuar ke...? Mahu ke dia..?
Tah la budak2 zaman sekarang.... Saat menilai cinta Icon_lol
Bagi akak..asalkan tak tinggal solat tu..bolih la buat menantu.

ni nih syarat paling kurang kan ibu? Saat menilai cinta Icon_biggrin

belum tgk lagi pakaiannya, sikapnya dan sebagainya....

avatar

Post Wed Sep 09, 2009 2:51 pm by munira alhashimi

izyan insyirah wrote:
munira alhashimi wrote:
muzafar wrote:Shhh.. xder la kak..
masa kawin dulu...pak/mak mertua mmg dah bertahun meninggal...
so, masa tu..kira ambik hati kakak2nya jer lar..
nanti suruh anak akak praktikkan camtu...mmg confirm berjaya
Saat menilai cinta Icon_cool Saat menilai cinta Icon_cool

haaa.. nak ikut cara Nuar ke...? Mahu ke dia..?
Tah la budak2 zaman sekarang.... Saat menilai cinta Icon_lol
Bagi akak..asalkan tak tinggal solat tu..bolih la buat menantu.

ni nih syarat paling kurang kan ibu? Saat menilai cinta Icon_biggrin

belum tgk lagi pakaiannya, sikapnya dan sebagainya....

Ye la Yan..syarat yg paling kurang tu... Smile
Tapi jika di halusi...sepertimana ayat 45 surah al-Ankabut, dimana sesungguhnya sembahyang itu, mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
Tengoklah nilai dan qualiti solatnya.
InsyaAllah jika bagus solatnya, maka mungkin cara berpakaian dan sikapnya
harap mengikut etika dalam Islam.

Harap2 la Yan. Kalau idak...kena perati gak perangainya...

izyan insyirah

Post Fri Sep 11, 2009 2:30 am by izyan insyirah

ye, betul tu ibu...
kalau dia benar2 menjaga solatnya, insyaAllah segalanya ok....insyaAllah...kita harapkan yg terbaik....Wink

hem...hari ini terpana seketika ketika dalam kelas usuluddin. ketika pensyarah sedang memperkatakan tentang nubuwah...
satu ayat yang benar2 menusuk jiwa saya...

"seseorang yang kotor dan najis, tidak mungkin akan melahirkan manusia manusia yang suci"~~fahami dalam2 ayat ini....

insyirah

Post Fri Sep 11, 2009 9:47 am by insyirah

Assalamu'alaikum Smile

Ramai orang membuat satu tahap dan ciri-ciri yang begitu sempurna untuk bakal suami/isteri. Kalau boleh dibuat catatan, sepanjang Sungai Nil nak disyarahkan. Nak pasangan yang begitu dan begini, serba serbi sempurna. Sedangkan kita tak meletakkan diri sendiri dengan ciri-ciri yang kita tetapkan untuk pasangan. Sad

Selalu ana tekankan diri sendiri, dalam apa juga pun perlu MENJADI bukannya MENCARI. Menjadi yang solehah, mudah-mudahan dapat yang soleh. Kalau sentiasa mencari yang soleh, sedangkan diri sendiri tak ada kritiria solehah macammana la nak harapkan bulan jatuh ke riba. Sad


Allahummaj 'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi.

aysarahanan

Post Sat Sep 12, 2009 4:31 am by aysarahanan

Tuhanku...
Aku berdo'a untuk seorang pria yang akan menjadi bagian dari hidupku
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
Seorang pria yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau
Seorang pria yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu

Wajah tampan dan daya tarik fisik tidaklah penting
Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ada pada dirinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak hanya otak yang cerdas
Seorang pria yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang pria yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah

Seseorang yang mencintaiku bukan karena kecantikanku tapi karena hatiku
Seorang pria yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seseorang yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku di sisinya

Tuhanku...
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu
Seorang pria yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang pria yang membutuhkan doaku untuk kehidupannya
Seseorang yang membutuhkan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang membutuhkan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Tuhanku...
Aku juga meminta,
Buatlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekedar cintaku

Berikanlah sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu
Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya

Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana,
mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
"Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna."

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan

Amin....

muzafar

Post Sat Sep 12, 2009 4:40 am by muzafar

ayahanda terkenang kisah lama...
tiap kali mengenali seseorg utk dijadikan teman hidup...
ayahanda akan test sorg2...
tongue tongue

aysarahanan

Post Sat Sep 12, 2009 4:42 am by aysarahanan

muzafar wrote:ayahanda terkenang kisah lama...
tiap kali mengenali seseorg utk dijadikan teman hidup...
ayahanda akan test sorg2...
tongue tongue

ooo suke uji yee...
akhirnya bonda yang berjaya yer ayahanda.. Razz

muzafar

Post Sat Sep 12, 2009 4:48 am by muzafar

spt prinsip ayahanda mengambil hati org tua mrk2 tu..
ayahanda uji plak mrk2 tu utk kesesuaian diri ayahanda..

antara yg d uji...masakannya, budi-bhsnya, sifat keibuannya..
tp kan...ayahanda tertinggal satu ujian yg penting..

insyirah

Post Sat Sep 12, 2009 8:52 am by insyirah

muzafar wrote:ayahanda terkenang kisah lama...
tiap kali mengenali seseorg utk dijadikan teman hidup...
ayahanda akan test sorg2...
tongue tongue

Wah wah wah....

Ayahanda mengimbau nostalgi lama nih. Just wanna sharing loving story from my parents Smile

Abi dulu satu pejabat dengan ummi, selalu terserempak di masjid tapi tak pernah bertegur sapa di pejabat. Smile Satu hari, abi bagi surat pada ummi melamar dan suruh ummi istikharah. Bila ummi dah bagi jawapan, 2 minggu kemudian merisik (tanpa sebelah lelaki melihat ummi, hanya melihat gambar) dan kemudian 2 minggu selepas merisik terus akad nikah, petang akan nikah ummi balik ke KL sebab esoknya KERJA Laughing 2 minggu selepas akad nikah terus walimah dan 2 minggu selepas walimah terus fly ke UK. Ummi teman abi furthur study. Very Happy

Ha... Ini memang best, jarak semuanya 2 minggu jer. Razz

Dah kawin baru la nak kenal diri masing-masing, honeymoon ditaja pulak tu. Bercinta selepas kahwin. Hik hik hik... Balik Malaysia bawa abang yang sulung Smile

Rezeki syirah tak tahu lah. Hihihi, ngetest ini perlu. Antara cara nak melihat bakal isteri ialah menilai dari harta, keturunan, pangkat dan agama tetapi Rasulullah berpesan pilihlah dalam hal agama, nescaya beruntunglah KEDUA tanganmu.

Sama juga untuk melihat bakal suami, antara caranya ialah melihat caranya makan. Kalau tangan kanan kotor dan minum dari cawan menggunakan tangan kiri, andai dia mengalas tangan kiri dengan tangan kanan, orangnya insya Allah mementingkan berkat. Harapnya tidaklah berlakon masa tu, mudah-mudahan ianya ialah hasil tarbiyyah kedua orang tuanya. Smile

muzafar

Post Sun Sep 13, 2009 1:05 am by muzafar

simbolik juga pengenalan abi & ummi syirah yer...
walaupun tempoh 4 mggu antara merisik & nikah singkat...
tp penemuan d masjid ni...biasanya umphhh..

ayahanda pun kategori singkat juga...
3bln risik...3bln tunang..bln ke6 nikah...

spt usul dlm Islam..ayahanda stuju bangat agar agama jd pilihan utama dlm menilai bakal isteri/somi...
jika pilihan lain jd sandaran...ayahanda percaya, proses alam r/tangga will be a bit difficult here & there...
ni berdasarkan pengalaman ayahanda lah...
Wink Wink

izyan insyirah

Post Sun Sep 13, 2009 3:44 pm by izyan insyirah

perkahwinan mak ayah sy....family mereka aturkan...
sebenarnya mak tak nk kawen lagi tetapi bila didesak oleh keadaan, mak terpaksa kawen dgn ayah....
alhamdulillah, bertahan sampai hari ini walaupun banyak rintangan yang dihadapi......
huhuhu....rindu mak n ayahh.....sangat rindu.....

insyirah

Post Sun Sep 13, 2009 8:37 pm by insyirah

Sekadar berkongsi, moga tidak ada yang salah anggap Smile

Pengalaman insyirah sendiri, kalau orang "bertanya" maka abi akan minta istikharah sebelum memutus untuk menolak. Bertanya bukan kepada hati tetapi kepada milik diri, Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba Nya. Dan sekiranya tidak ada jawapan, untuk menolak agar tidak menyakiti mana-mana pihak selalunya alasannya adalah abi.

"Abi belum bersedia untuk melepaskan" itu saja jawapannya. Kerana itulah yang abi pinta. Supaya jawapan itu tidak dari insyirah untuk menjaga hati-hati insan lain. Nanti orang sangka demand pulak, walhal diri ini sakit. Very Happy

"Abi belum puas nak menjaga insyirah" adalah alasan yang nak ditekankan sekiranya pihak lelaki masih tak dapat tangkap maksud pertama. Seperti mana sebelum ini, bila sahabat yang berada nun di perantauan menyampaikan maksud, aih... pening juga. Kalau nak dikata agamanya ngak ada, memang belajar agama. Embarassed Tapi, apa pun istikharahlah. Tanya kepada Pemilik diri ini, Allah taala.

Ayahanda Muzafar:

Abi syirah masa mudanya sangatlah syadid Smile
Tidak ada peluang wanita nak 'mengada-ngada'. Walau ada ramai yang cuba tapi abi bukan jenis begitu sehinggalah sekarang kalau ada meeting/out station hatta majlis rasmi sekalipun kalau ummi tak boleh mengiring, maka syirah lah mangsanya. Laughing Sebab tu orang ingat abi kahwin 2, huhuhu. Malah orang pelik sebab dulu ingat syirah madu ummi, boleh seiring sejalan pula.

"Pandai ko carik bini muda yek, macam muka bini tua ko juga."

"erk... anak perempuan saya tuh." Laughing

Kalau jalan dengan ummi, orang kata syirah muka ummi. Jalan dengan abi, orang kata syirah muka abi. Nak buat macammana, dah orang selalu kata ummi+abi adik beradik. Muka mereka mirip Smile

aysarahanan

Post Mon Sep 14, 2009 8:13 am by aysarahanan

insyirah wrote:

Abi syirah masa mudanya sangatlah syadid Smile
Tidak ada peluang wanita nak 'mengada-ngada'. Walau ada ramai yang cuba tapi abi bukan jenis begitu sehinggalah sekarang kalau ada meeting/out station hatta majlis rasmi sekalipun kalau ummi tak boleh mengiring, maka syirah lah mangsanya. Laughing Sebab tu orang ingat abi kahwin 2, huhuhu. Malah orang pelik sebab dulu ingat syirah madu ummi, boleh seiring sejalan pula.

"Pandai ko carik bini muda yek, macam muka bini tua ko juga."

"erk... anak perempuan saya tuh." Laughing

Kalau jalan dengan ummi, orang kata syirah muka ummi. Jalan dengan abi, orang kata syirah muka abi. Nak buat macammana, dah orang selalu kata ummi+abi adik beradik. Muka mereka mirip Smile

aysa jugak ada pengalaman yang sama macam adek syirah.

penah juga jalan2 dengan ayah aysa,bila jumpa dengan kawan2 lama ayah,diorg ingat aysa isteri muda ayah,adoiiyaii..

aysa nampak tua ke atau ayah aysa yang nampak mude .. Laughing Razz
kalau aysa jalan ngn mak pulak,orang ingat mak aysa tu kakak aysa....

agaknye mak ngn ayah kut nampak mude..hehe (xmo ngaku kalah)Razz

insyirah

Post Mon Sep 14, 2009 11:38 am by insyirah

Sama lah tu kak Aysa Smile
Kalau ngan umi orang ingat syirah ni adek, umi lak kakak. Razz
Hihihi, tapi apapun kak Aysa cumel la... gambar kak Aysa ngan itik salu je jadi peneman syirah bile syirah rindu kak aysa Very Happy

dheadz

Post Mon Sep 14, 2009 11:55 am by dheadz

insyirah wrote:Sama lah tu kak Aysa Smile
gambar kak Aysa ngan itik salu je jadi peneman syirah bile syirah rindu kak aysa Very Happy
Gambar? mana? Tak nampak pun.... eheh.. Razz

insyirah

Post Mon Sep 14, 2009 12:07 pm by insyirah

erk... Memang takde pun kat sini lol!

Hanya yang comel jer boleh tengok orang comel Laughing
Hihihi, guwau je eh kak Aysa tapi kak Aysa memang comel pun, sejuk je tengok muka kak Aysa Smile

muzafar

Post Fri Sep 18, 2009 11:15 pm by muzafar

insyirah wrote:erk... Memang takde pun kat sini lol!

Hanya yang comel jer boleh tengok orang comel Laughing
Hihihi, guwau je eh kak Aysa tapi kak Aysa memang comel pun, sejuk je tengok muka kak Aysa Smile

a'aah..mmg comei..
ayahanda pun dah tgk...
hanya org2 yg comei jer yg nmpk...
tongue tongue

Post  by Sponsored content

Back to top  Message [Page 1 of 2]

Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum