Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Program Ramadhan Al-Insyirah

+3
dheadz
indah
insyirah
7 posters

Go to page : Previous  1, 2

Go down  Message [Page 2 of 2]

1Program Ramadhan Al-Insyirah - Page 2 Empty Program Ramadhan Al-Insyirah Mon Aug 17, 2009 3:20 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

First topic message reminder :

Assalamu'alaikum whb.

Sahabat-sahabat di Al-Insyirah yang dihormati, bagi pihak pentadbiran Al-Insyirah ana ingin mewar-warkan Program Ramadhan Al-Insyirah yang bakal dilaksanakan SEPANJANG BULAN RAMADHAN. Insya Allah.

Program ini dibuka kepada SEMUA ahli Al-Insyirah yang berdaftar (admin, moderator dan ahli biasa). Sesiapa yang berminat bolehlah tinggalkan komen pada topik ini. Penyertaan ini akan ditutup pada hari Jumaat bersamaan dengan 21 Ogos 2009.

Setelah berbincang dengan rakan-rakan pentadbir forum Al-Insyirah, kami ingin melaksanakan program ini bersama-sama sahabat yang lain. Insya Allah, kita bakal menyambut 1 Ramadhan pada hari Sabtu (22 Ogos) atau mungkin hari Jumaat (nanti kita tengok anak bulan sama-sama) Wink

Pihak Al-Insyirah mengajak sahabat-sahabat untuk bersama kami untuk menjayakan program
"Mengimarahkan Ramadhan Dengan Al-Quran"

30 juzuk al-Quran akan dibahagikan kepada setiap orang yang menyertai. Jadi, apabila sudah dibahagi dan bila semuanya selesai membaca bahagian masing-masing, dikira juga seperti khatam al-Quran untuk sesi forum Al-Insyirah. Kemudian, kalau sesiapa nak meneruskan pembacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk sendirian, tafaddhal masykura. Insya Allah.

Contoh:

10 penyertaan dari ahli.
30 juzuk dibahagi 10 orang = setiap ahli membaca 3 juzuk (pembahagian juzuk akan diberikan pada hari Jumaat - 21 Ogos)

Setiap ahli yang menyertai akan diberikan cenderahati dari pihak Al-Insyirah, tanda kenangan program ramadhan ini. Insya Allah.


p/s: Sekiranya anda seorang huffaz (penghafal) al-Quran sila maklumkan pada Insyirah melalui mesej (semasa komen dibawah) ataupun melalui PM.

Sekiranya kita berpuasa pada hari Sabtu, makanya pada waktu maghrib hari Jumaat kita boleh mulakan bacaan bahagian masing-masing kerana mengikut hari dalam Islam, waktu Maghrib adalah permulaan hari yang baru. Wallahua'lam.

Jazakumullah khairan.


26Program Ramadhan Al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Wed Sep 16, 2009 12:03 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Bagus, mungkin boleh digilirkan pembahagian juz... katalah bulan ni saya dapat bahagian utk baca juz 1-5, bulan depan 6-10, bulan depannya lagi 11-15 dan seterusnya... Lama-kelamaan, setiap orang dapat baca setiap ayat dalam Al-Quran dengan cara ni.

Lagi ramai lagi bagus, seronok.

27Program Ramadhan Al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Wed Sep 16, 2009 3:30 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Insya Allah, menarik juga idea Dheadz ni. Nanti kita buat pusingan lengkap sampai la khatam 1 Quran ye. Insya Allah. Tapi kalau lebih ramai lagi cepat habis. Very Happy Mungkin selepas ini forum lebih bermakna, tautan ukhuwwah dan kalamullah menjadi medium perencah rasa dan penambah selera. Smile

Salah satu usaha kecil membina peribadi generasi al-Quran. Very Happy

Mula-mula membaca, tadabbur akan makna, mula-mula faham makna, nanti lama-lama akan timbul rasa nak memahami al-Quran maka perlulah berguru untuk belajar tafsir Quran. Kemudian, masing-masing dengan sendirinya boleh hafaz beberapa surah lazim, nanti 'separa sedar' dah banyak yang dihafaz. Insya Allah. Wink

[i]p/s: Semalam tengok Astro Oasis mengenai Salasilah Madrasah yang menceritakan susur galur sekolah pondok. Semalam menceritakan tentang Syeikh 'Alaq yang sangat humble dan berusaha gigih untuk menjadikan anak-anak kecil sebagai hamlatul Quran (hafiz/hafizah Quran) Smile Melihat anak-anak Arab, saya cemburu kerana seteruk mana pun kehidupan mereka hatta buta huruf sekalipun, atau anak jalanan sekalipun masih boleh membaca al-Quran malahan siap hafaz Quran. Subhanallah. Orang arab memang terkenal dengan sifat hafazannya. Smile Tak salah mencuba kan... Laughing

28Program Ramadhan Al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Sun Sep 20, 2009 1:06 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Assalamualaikum....


Maaf .. x dapat nak online 2 tiga hari ini... Alhamdulillah.. saya dah selesaikan part saya .... Saya pun sokong cadangan Dheadz... Jika ramai yang join.. lagi meriah... beribadah bersama... Smile

http://www.shindah.blogspot.com

29Program Ramadhan Al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Mon Sep 21, 2009 5:20 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

alhamdulilah berlalu sudah ramadhan.
tapi ini tidak bermakna amalan membaca Al Quran harus di tinggalkan.
beristiqomah dalam diri untuk melazim membaca2 ayat suci ni setiap hari
di samping bertadabur .
Smile

30Program Ramadhan Al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Thu Mar 25, 2010 12:19 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Salam.

Semua dah dapat ke cenderahati yang saya pos?

p/s: Kak Aysa seorang je yang belum saya pos cenderahatinya.

31Program Ramadhan Al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Fri Mar 26, 2010 5:24 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

Wsalam, ana dah terima, syukran jazilah ya ukhti...

https://al-insyirah.forummotion.com

32Program Ramadhan Al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Mon Apr 26, 2010 4:24 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Sudaaaaa!!!....~~~~

http://www.shindah.blogspot.com

33Program Ramadhan Al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Tue Aug 10, 2010 4:36 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Salam semua...


Ramadhan kali ini.. tiada kah program seperti Ramadhan sebelum ini....


Huhu...

http://www.shindah.blogspot.com

34Program Ramadhan Al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Tue Aug 10, 2010 8:25 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

InsyaAllah akan ada... tunggu pengumuman drpd Penyelaras kita, Pn. Insyirah!

https://al-insyirah.forummotion.com

35Program Ramadhan Al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Wed Aug 11, 2010 11:31 am

AbuMuaz


Ahli Baru
Ahli Baru

Salam..

oops.. dah terlepas yea. Dah pun masuk Ramadhon. Apa pun, moga sukses yea.

Budak baru belajar.

36Program Ramadhan Al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Wed Aug 11, 2010 11:33 am

AbuMuaz


Ahli Baru
Ahli Baru

Aikhhhh...

Ni tahun lepas punya ker?

Alamak! Maluuuu..maluu..

Silap tarikh rupanya...

Salam Ramadhon ya...

Mohon permisi dulu...

Wassalamu'alaykum ...

37Program Ramadhan Al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Mon Aug 16, 2010 11:12 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Saya ingin bertanya tentang program ini.. dahulu x terfikir dan tertanya-tanya. Ada pihak yang memberitahu saya, jika tilawah tu x didengar oleh ahli-ahlinya dikira bukan tilawah..
"
Adapun kaedah yang saudara sebutkan di atas iaitu setiap orang membaca bahagiannya tanpa didengar dan diperhati orang lain, maka itu –pada pandangan saya- tidaklah dapat dinamakan tadarus kerana tadarus membabitkan dua pihak iaitu pihak yang membaca dan pihak yang mendengar serta menyemak. Setiap orang yang membaca dalam kumpulan itu -Insya Allah- ia akan mendapat pahala dari tilawahnya. Namun adakah ia turut akan mendapat pahala dari bacaan kawan-kawannya yang lain (tanpa ia mendengar dan menyemak bacaan mereka), maka itu memerlukan penegasan dari nas yang lain. Jika ada nas, dapatlah kita mengiyakannya. Namun jika tanpa nas, tidak ada hak untuk kita mereka-reka pahala tanpa sebarang kenyataan dari Allah dan RasulNya. "

Saya musykil, dan nak minta pendapat sangat tentang hal ini.. sebab.. sekiranya ia boleh dilakukan.. saya bercadang untuk mengalikasikan ia di pejabat saya...

http://www.shindah.blogspot.com

38Program Ramadhan Al-Insyirah - Page 2 Empty Re: Program Ramadhan Al-Insyirah Tue Aug 17, 2010 2:10 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

boleh je..apa yang penting bacaan itu berlafaz dan di dengar.bukan baca di dalam hati.

tadarus memang akan ada yang menyemak.ini antara adab-adab bertilawah atau membaca alquran.andai tiada yang menyemak,eloklah bacaan itu di nyaringkan.agar dapat di dengari orang lain,dan kita sendiri dapat mendengar bacaan kita..

pahala atau tidak hanya Allah yang tahu.
insyaAllah niat yang baik akan di berkati Allah

Sponsored content



Back to top  Message [Page 2 of 2]

Go to page : Previous  1, 2

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum