Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Kalam Hikmah

+7
muzafar
izzah_azzahrah
dheadz
Mahfuzah
kamalzharif
avar_counselor
insyirah
11 posters

Go to page : Previous  1, 2, 3  Next

Go down  Message [Page 2 of 3]

1Kalam Hikmah - Page 2 Empty Kalam Hikmah Mon Mar 17, 2008 8:06 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

First topic message reminder :

Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya, begitu jugalah dengan kehidupan manusia: riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya. Andai kau rasa kecewa, lihatlah ke sungai, airnya masih mengalih biarpun berjuta batu menghalang. Andai kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu. Andai kau gembira, sujudlah ke bumi tempatmu berpijak sebagai tanda syukurmu kepadaNya. (",)

Salam :)
Tajuk lama posting ini ialah AYAT-AYAT CINTA dan ana menukarkan kepada KALAM HIKMAH yang bermaksud kata-kata yang berhikmah/manfaat. Semoga ruangan ini menjadi inspirasi kepada kita semua dalam menempuh kehidupan yang banyak onak dan duri. Sebagai kembara sang abid menuju ke arah pengabadian kepada SANG KHALIQ.



Last edited by insyirah on Tue Sep 15, 2009 10:37 pm; edited 1 time in total


26Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Mon May 04, 2009 9:43 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Smile

Berlari sang itik tkutkn hujan, smbil mmbuka si payung canggih, Gagal & Berjaya dua2 ujian, agar usaha lbih kuat, lbih gigih. makan ikan di dalam talam, ikan dimakan x tinggal tulang, berkat kerja utkmu ISLAM, kerja cmerlang, akademik gemilang. > usaha & ikhtiar < Akhirnya serahkan pdNya. Allahlah yg berkuasa mnntukan apa shj yg trbaik utk kita & yg termmpu buat diri kita. *SALAM PERJUANGAN*

Pesan pada hati, sekiranya kau peroleh kejayaan, janganlah kau berbangga diri kerana itu hanyalah pinjaman dari Allah & bila2 masa ianya akan ditarik balik.. pesan juga pada hati, sekiranya kau mengalami kegagalan, usah bersedih kerana ianya adalah ujian dari Allah, untuk menguji sekuat mana hatimu menghadapinya kemudian bangkit dari kegagalan itu... pesan pada hatimu juga, jagalah hubungan kasih sayang (ukhuwwah) kerana itulah pelentur semangat dalam kehidupan.. (~_^)

Iman itu menghilangkan kegelisahan dan melenyapkan duka cita. Iman itu adalah kekasih orang-orang yang beriman dan kesenangan orang-orang yang beribadah. [Dr Aidh Abdullah al-Qarni]

27Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Tue Jun 16, 2009 10:10 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-

28Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Sun Jul 05, 2009 8:23 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Sahabatku sayang,
Mintalah teman yang soleh dalam sujud terakhirmu sewaktu tahajud kerana dia bisa menguatkan kakimu di jalan Allah. Sahabatku, disekeliling kita terdapat banyak hati-hati yang kosong dan rindukan sentuhan iman dari teman yang soleh. Mulakan dengan menjadikan dirimu penawar kepada mereka semua. Penghidup hati-hati yang gersang! Banyakkan memberi dari mengharap. Biarlah diri kita tak dihargai, asalkan kita menghargai orang lain kerana kelak Allah pasti menghargai kita.

Salam perjuangan duhai sahabatku sayang. Smile

29Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Tue Jul 28, 2009 9:44 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Ibnul Qayyim berkata, ”Hubungan intim tanpa pernikahan adalah haram dan merosak cinta, malah cinta di antara keduanya akan berakhir dengan sikap saling membenci dan bermusuhan, kerana bila keduanya telah merasakan kelazatan dan cita rasa cinta, tidak boleh tidak akan timbul keinginan lain yang belum diperolehinya.” Smile

30Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Tue Jul 28, 2009 11:25 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian. Semakin bertambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan. Hanya IMAN dan KETAQWAAN mampu mengayuh perahu ke arah lautan hidup yang penuh bergelora menuju pulau akhirat yang kekal abadi. (^_~)

31Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Wed Aug 05, 2009 10:25 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Semoga Allah merahmati Yahya bin Abi Katsir yang pernah mengatakan,

“Ilmu itu tidak akan didapatkan dengan banyak mengistirahatkan badan”, sebagaimana tercantum dalam shahih Imam Muslim. Terkadang seseorang harus menerima gangguan dari orang-orang yang terdekat darinya, apalagi orang lain yang hubungannya jauh darinya, hanya karena kegiatannya menuntut ilmu. Tidak ada yang boleh bertahan kecuali orang-orang yang mendapatkan anugerah ketabahan dari Allah.”

32Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Sun Aug 16, 2009 11:24 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Betapa banyak orang yang berpuasa yang sebenarnya BERBUKA dan yang berbuka padahal berpuasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan DOSA dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah lapar dan haus tapi tercemar anggota tubuhnya dengan perbuatan DOSA. (Hujjatullah al-Imam Al-Ghazali rahimahullah)

33Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Sat Aug 22, 2009 1:24 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Hadis Rasulullah SAW:

Daripada Salman bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim. " (Hadis riwayat al-Tirmizi)

34Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Mon Aug 24, 2009 11:20 pm

Mahfuzah

Mahfuzah
Ahli Baru
Ahli Baru

Baha Zain pernah menulis; hari ini terkoyak sehelai kertas di kalendar, yang muda sehari lebih tua, yang tua setapak lebih dekat ke pusara, aku tidak takut menghadapi kematian atau bakat yang berkurangan, daun-daun pun lekang dari dahan, kupu-kupu pula sementara di cahaya pelita, aku tidak akan berduka, kita para kekasih akan mati, tapi cinta tak reput di bumi... pusingan dan perjalanan hari tak pernah mau terhenti selagi alam ini bernama dunia. lain pula ceriatanya bila alam ini ditukar situasi dan kondisi serta namanya, lalu dipanggil akhirat, maka tidak ada pusingan hari-hari, kerana masa sudah diizinkan berhenti. ya, semua manusia dan yang pernah menerima subsidi nyawa akan mati sama ada mereka bersedia ataupun secara yang dipaksakan. yang jadi persoalan apakah yang sempat kita tinggalkan untuk jadi bahan buat direnungkan?

35Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Fri Sep 04, 2009 1:15 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Manusia dibekali dengan 3 perkara.

[1] Nafsu
[2] Akal
[3] Marah


Mengagungkan nafsu lebih teruk dari binatang, tanpa nafsu jiwa pincang, orang yang dapat imbangi nafsu dipanggil bermaruah. Tanpa akal manusia umpama haiwan, mengagungkan akal umpama mulhid, mereka yang dapat imbangi akal dipanggil adil. Tiada marah, manusia dipanggil pengecut, terlebih marah manusia menjadi zalim manakala yang dapat imbangi marah akan dipanggil berani. Orang yang dapat imbangi ketiga-tiganya akan memperoleh sifat wara'.

36Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Fri Sep 04, 2009 10:02 pm

izzah_azzahrah

izzah_azzahrah
Ahli Baru
Ahli Baru

waaa...

bestnya dapat tazkirah free mcni.. Smile

nnt sy pn nk upload jgk laa

sbb skg ni xsmpat laa

CINTA... CINTA... AYAT AYAT CINTA....

37Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Sat Sep 05, 2009 8:28 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

izzah_azzahrah wrote:waaa...

bestnya dapat tazkirah free mcni.. Smile

nnt sy pn nk upload jgk laa

sbb skg ni xsmpat laa

CINTA... CINTA... AYAT AYAT CINTA....

hehe...upload izzah, jgn x upload..
x sempat lantaran kesibukan belajar ke keje ni?
x per...x perlu terburu2
Wink What a Face

38Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Sat Sep 05, 2009 9:44 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]

39Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Tue Sep 08, 2009 1:28 am

nurul muslimah

nurul muslimah
Ahli Junior
Ahli Junior

Kerlipan Cinta
by: Rabbani

Hidayah ..
Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Keseorangan ....

Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu

Ku kembara setia disisinya ...
Ku inginkan Bahagia abadi
ku impikan sentosa dibawaha naungannya
selamanya

http://nurulmuslimah.blogspot.com

40Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Tue Sep 08, 2009 2:08 am

nurul muslimah

nurul muslimah
Ahli Junior
Ahli Junior

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1748.
Dari 'Ubadah bin as-Shamit, dari Nabi saw., beliau bersabda: "Siapa yang cinta untuk bertemu dengan Allah, maka Allah juga cinta untuk menemuinya." Siapa yang benci untuk bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci untuk bertemu dengannya." Lalu 'Aisyah atau salah seorang isteri Nabi yang lain berkata: "Kami memang benci untuk mati." Nabi berkata: "Bukan begitu! Tetapi seorang yang beriman, kalau kematian telah datang kepadanya, maka ia diberi berita gembira dengan keredhaan dan kemurahan Tuhan. Maka tidak ada yang lebih disenanginya selain dari apa yang di depannya (akan diperolehnya). Kerana itu, ia cinta untuk menemui Allah dan Allah cinta pula untuk bertemu dengannya. Sedangkan orang yang kafir kalau telah didatangi kematian, maka ia diberi berita tentang seksaan dan hukuman Allah. Kerana itu tidak ada yang lebih dibencinya dari apa yang di depannya (akan ditanggungkannya). Ia benci bertemu dengan Allah, dan Allah benci pula bertemu dengannya."

http://nurulmuslimah.blogspot.com

41Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Tue Sep 08, 2009 10:18 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

Wallahua'lam Smile

42Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Mon Sep 14, 2009 4:39 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Anakku, ingatkan kamu pesan ulama Rabbani, jangan kamu menanam pohonan syurga dengan benih-benih neraka?” Mengerjakan solat dengan kesungguhan tetapi tahajud langsung tidak membantu mendekatkan diri kepada Allah. Hanya tahajud, hanya gerakan badan, sedangkan hati tidak bersama-sama. Hanya bangun di malam hari sedangkan simbahan cahaya pada mata hati redup sekali. Bacaan al-Quran yang hanya menjadi gerakan bibir dan basahan lidah sedangkan akal tidak mengerti dan jiwa semakin kontang. Hanya zikir yang terlafaz sedangkan mata tidak menangis. Hanya merenung dosa dengan ingat-ingatan bukannya dengan jiwa dan rasa mendalam

43Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Tue Sep 15, 2009 3:21 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Muhasabah:

Semua makhluk bertasbih diwaktu pagi dan petang kepada ALLAH, namun kita tidak memahami bahasa mereka hingga terkadang ada yang mencemuh ayam berkokok, gemersik suara cengkerik sedangkan dengan sebab mereka kita masih diberi seteguk air oleh ALLAH taala...

44Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Tue Sep 15, 2009 10:34 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Bagi mewujudkan rasa dekat dengan ALLAH sudah tentu memerlukan perjuangan dan pengorbanan. Begitu juga demi meraih cinta daripada ALLAH, menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Individu yang meyakini ISLAM sebagai satu-satunya jalan hidup, bererti dia sudah memilih TAUHID yang sebenar. Dia cenderung mengenali ALLAH sebagai sumber bagi segala sesuatu, segala kesempurnaan, segala rahmat, serta yakin dekat dengan NYA setia masa. Ikatan batin pun berbicara sehingga ke mana pun berbicara sehingga kemana pun dia pergi ada tali tautan yang menghubungkannya dengan ALLAH. Smile

Insya ALLAH.

Ujian itu TARBIYYAH...
Sabar itu INDAH...
Wink

45Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Sat Sep 19, 2009 2:51 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

la` tahzan,inallaha maana.

jangan bersedih,sesungguhnya Allah bersama kita
I love you

46Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Mon Sep 28, 2009 9:47 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

TaZkiRah :

Sesiapa yang mempertahankan maruah saudaranya diluar pengetahuan saudaranya maka ALLAH pasti menjaga maruahnya diluar pengetahuannya. Sebaliknya jika sesiapa menyebar aib seseorang maka ALLAH akan menyebar aibnya didalam rumahnya sendiri.

47Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Mon Sep 28, 2009 1:12 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

insyirah wrote:Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya, begitu jugalah dengan kehidupan manusia: riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya. Andai kau rasa kecewa, lihatlah ke sungai, airnya masih mengalih biarpun berjuta batu menghalang. Andai kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu. Andai kau gembira, sujudlah ke bumi tempatmu berpijak sebagai tanda syukurmu kepadaNya. (",)

Salam Smile
Tajuk lama posting ini ialah AYAT-AYAT CINTA dan ana menukarkan kepada KALAM HIKMAH yang bermaksud kata-kata yang berhikmah/manfaat. Semoga ruangan ini menjadi inspirasi kepada kita semua dalam menempuh kehidupan yang banyak onak dan duri. Sebagai kembara sang abid menuju ke arah pengabadian kepada SANG KHALIQ.
Assalamualaikum..
Maaf tak ke sini sejak dulu.. Alhamdulillah baru ada kesempataan..

Cuba renungkan.. kenapa hendak mencari ketenangan.. ada yang ke pulau.. pantai.. laut.. mahupun sungai.. ada juga mendaki gunung.. ada yang berkhemah di hutan.. Apa yang sebenarnya mereka cari..

Jika laut.. sungai.. pantai mahupun pulau dapat menenangkan.. lihat ajelah air.. mahu pun pasir di mana2.. kan itu lebih mudah.. senang.. tapi adakah kita lebih tenang bila buat begitu.. begitu juga bagi pendaki.. panjat aje banggunan.. bukankah juga banggunan tu pun batu.. kalau berkhemah.. nape perlu ke hutan.. tanam aje pokok banyak2.. ataupun tengok kehijuan kat mana2.. adakah itu meyebabkan kita lebih tenang?

Pengisiannya.. sebenarnya.. mereka bila ke sana.. secara tidak langsung dalam sanubari mereka mengagungkan pencipta alam semesta.. Pencipta kita juga.. Meraka cuba kembali ke fitrah.. mencari asal kita...
Cara yang paling senang.. jika kesuntukan masa untuk kembali pada fitrah... cubalah baca sekurang2nya al-fathiah 17 kali sehari..
Nape 17.. bukan angka lain.. tu kan jumlah rakaat solat setiap hari...
Dalam fathihah kan ada doa minta Allah tunjukkan jalan yang lurus dan diredhai..

Wassalam

http://www.umaruddin.blogspot.com

48Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Thu Nov 05, 2009 11:12 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Bulan tak pernah melanggar hukum. Malam tak pernah cemburukan siang. Bumi tidak merungut tentang kedudukannya rendah dari langit. Namun manusia sering melanggar batasan, cemburu pada kelebihan insan, mengeluh tentang kekurangan. Wujudkan sifat-sifat makhluk Allah ini, biarpun tanpa akal mereka lebih 'berakal' dari kita dalam mentaati Pencipta.

49Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Tue Nov 24, 2009 1:39 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Kadangkala akal terlalu dangkal dek kerana terlalu ingin kesempurnaan, hati boleh mati kerana terlalu ingin kegembiraan. Namun kedangkalan akal dan hati yang mati dapat dihindari dengan NASIHAT iman dari teman yang beriman (",)

50Kalam Hikmah - Page 2 Empty Re: Kalam Hikmah Tue Nov 24, 2009 9:42 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Emm, boleh kot tambah kata-kata hikmah ini:

Orang yang pandai itu bukannnya tidak bodoh, tapi orang itu pandai kerana pandai menyembunyikan kebodohannya. Manakala orang yang bodoh bukanlah tidak pandai, tapi jadi bodoh kerana sering menampakkan kebodohannya.

Sponsored content



Back to top  Message [Page 2 of 3]

Go to page : Previous  1, 2, 3  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum